Followers

Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu Liang Lahad Untuk UMporNO Agaknyer ??

Apa bendenyer ?
Krisis daa masyuk sebulan bro..
Tak abis abis lagi pon!!
Korban anggota keselamatan dah makan sampai 8 orang. innalillah...
Al _ Fatihah untuk mereka yang menggadaikan nyawa untuk keselamatan negara...






Secara umumnya persoalan ini memamg HANGAT bro..
.

KOMENTAR TUKAR TIUB

apa yang berlaku di lahad datu
dilihat oleh majoriti rakyat sebagai sandiwara
kenapa orang ramai melihat sebagai sandiwara?
1 - sokongan sabah terhadap pakatan melonjak
sokongan terhadap united malays national oprganisation lupus
sabah akan jatuh ke tangan pakatan
2 - tetiba muncul LAHAD DATU
maka ini dilihat sebagai sandiwara untuk gantung pru di sabah
3 - kenapa najib tak cakap PRU akan diteruskan disabah?
kenapa hal gantung pru ini disenyapkan?
hanya ke hulu ke hilir tuduh pakatan
4  pertama ke sini berjalan hampir 1 bulan
orang ramai tidak diberi tahu apa yang sebenarnya berlaku
soalan nya apa sebenarnya perlaku
5 - kenapa  polis  yang jadi penghulu ?  kenapa tidak askar?
6 -  kelmari laporan kata 12 mati - kes tamat
tapi hari ini ada lagi
7 - kata ada 100 orang - mati 12  - kemana 82 yang lain?
8 - apa tuntutan gerila ini?
9 - ada dilaporan gerila ini ingin berjumpa 'personaliti'
siapa personaliti itu?  daj jumpa atau belum
10 - adalah gerila ini marah tak dapat jumpa persinaliti?
semua soalan soalan ini
menjadikan majoriti warga was was
 
emm KANTOI LAGI bro...kah kah kah

wat per gi cayer cakap bohong blogger UMporNO bro
.
 MANILA 5 MAC: Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.
DENI - CopyBeliau juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan 2 Mac lalu melapor berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad datu.
Anwar kemudian memfail saman RM200 juta kepada media kawalan Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula 4 Mac lalu.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.
Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46430