Wow ...wow
Ade GRO arab pulak kat KL ni..
Macam maner diorang boleh masuk buat bisnes kat sini hah ?...kah kah kah
KL dah bertukar jadi Lubnan ke ?...kah kah kah
Mengancam iman bro...kah kah kah
Dah ler gebu, hidung mancung pulak tu...kah kah kah
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.
Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.
Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.
“Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan,” katanya.
Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.
sumber...Hmetro
Ini berita lagi best bro... Berita Utusex ...kah kah kah
KUALA LUMPUR 20 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan akhbar itu menyatakan kononnya beliau menghalalkan homoseksual.
Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata, akhbar milik Umno itu mereka pembohongan pada laporan berita muka depannya bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” pada 17 Januari.
Saman difailkan firma guaman M/s Daim & Gamany, dengan ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan pihak mahkamah.
Manakala, peguam beliau, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta sebagai gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.
“Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan,” kata Surendran.
Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang Utusan Malaysia (Melayu) Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.
Utusan pada 17 Januari lalu memutar belit kenyataan Anwar dalam satu temubual dengan rangkaian penyiaran British (BBC), berdasarkan komen bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali yang dipecat.
Ketua Pembangkang itu dituduh kononnya mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan didakwa menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).
Utusan turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk “Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak” di muka surat 10 pada hari yang sama.
Komen Hasan itu disiarkan dengan memutarbelitkan kenyataan Anwar yang menolak undang-undang berkaitan liwat kerana ia dimanipulasi pemerintah zalim demi kepentingan politik parti pemerintah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25766