Followers

Thursday, April 26, 2012

"Box-Office" PRU 13, Filem Altantuya,Scorpene dan Cooperate Najib ??


Filem ini pasti ngetop pada PRU ke 13 yang dijangkakan tidak lama lagi ..

Bilakah tarikh sebenar PRU 13 bro ?

Adakah setelah gaji cikgu cikgi dinaikkan?

So, Siapa yang benar benar penantu dan benar tahu tarikhnya itu?..

Tanyalah saja pada Big Mama...kah kah kah

KUALA LUMPUR-

 "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.

"Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu.

"Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau.

Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene.

Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu.

"Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad.

Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu.

"Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd.
Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales  International atau Thint Asia.

sumber-Harakahdaily