Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label bank. Show all posts
Showing posts with label bank. Show all posts
Saturday, August 1, 2015
Nyonya Mansor Tibai Zeti Gabenor BNM ?
Rosmah nafi dakwaan 'berusaha singkir Zeti'
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara.
“Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri.
“Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan 'fakta' yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam,” kenyataan Rosmah dipetik.
Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor.
Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk 'Malaysian PM's wife seeks Central Bank governor's ouster'.
[Baca berita asal]
Sementara itu, Bernama memetik kenyataan itu sebagai berkata "perkataan yang digunakan John dalam artikel tersebut adalah boleh membawa mudarat, manakala fakta tidak benar yang digunakannya merupakan sindiran tajam yang membawa konotasi dan boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap Rosmah kerana ia disiarkan dalam domain awam."
Katanya lagi, perkara itu tergambar melalui perkataan, antaranya "... of Rosmah to drive out and have gone after the Governor of the Central Bank, indeed trying to get Zeti sacked, revenge, demanded, resign, dodgy transfers, Rosmah behind the dramatic move to shuffle disloyal cabinet out of government are malicious lies and fabrication of facts to defame and cause injury to the reputation of Rosmah.
(perbuatan Rosmah mengejar dan mengeluarkan Gabenor Bank Pusat, sebenarnya adalah cubaan untuk memastikan Zeti dipecat, dendam, menuntut, meletak jawatan, pemindahan secara berbahaya, Rosmah di belakang langkah memecat anggota kabinet yang tidak setia daripada kerajaan)...adalah pembohongan yang berniat jahat dan mereka-rekakan fakta bagi memfitnah dan menyebabkan kerosakan terhadap reputasi Rosmah).
"Rosmah tidak pernah menuntut agar Zeti mencari siapakah yang membocorkan transaksi dalam tempoh 72 jam atau beliau perlu meletak jawatan, seperti yang ditulis John."
Dalam siaran akhbar pada 10 Julai yang dikeluarkan firma ini bagi pihak Rosmah, perkataan yang digunakan ialah 'adalah diharapkan' agar Bank Negara Malaysia (BNM) segera dan/atau dalam tempoh 72 jam, menjalankan siasatan serta mengumumkan dapatannya mengenai perbuatan membuat pendedahan yang bersifat ofensif tanpa kebenaran, bagi pihak bank berkenaan. Tidak terdapat tanda-tanda gabenor itu diburu bagi membalas dendam mengenai kebocoran yang berlaku dan/atau menuntut peletakan jawatan.
"Kenyataan itu sebenar-benarnya adalah tidak betul, berniat jahat dan nakal," kata firma guaman itu.
Kenyataan itu seterusnya berkata permintan yang dibuat oleh Rosmah lahir daripada keprihatinan beliau tentang ketidakwajaran dan perbuatan yang secara terang-terangan mendedahkan secara tidak sah akaun peribadi beliau kepada umum.
Pada pandangan beliau (Rosmah), sekiranya tindakan positif tidak diambil bagi menyiasat pencerobohan terhadap akaunnya, perkara serupa juga boleh berlaku terhadap akaun pengguna perbankan lain dan ini boleh menghakis kepercayaan pelabur serta pengguna institusi kewangan.
"Sehubungan itu, anak guam saya menuntut agar John membuat permohonan maaf tanpa syarat dan secara sukarela kepada Rosmah mengenai semua dakwaan itu dalam masa 48 jam akan datang.
"Dalam pemberitaan dan pelaporan secara bertanggungjawab, kesopanan perlu diamalkan, dihayati dan diambil kira agar tidak mengutuk dan menghina hak orang lain," katanya.
"Sejajar dengan amalan kewartawanan yang bertanggungjawab, langkah perlulah diambil untuk mengesahkan sesuatu maklumat sebelum ia disiarkan dan percaya bahawa ia adalah sesuatu yang betul melalui penyiasatan secara bertanggungjawab. Mengikut pengetahuan saya, tiada siasatan dibuat terhadap anak guam saya," kata kenyataan firma itu.
"Jika John mendapati terdapat justifikasi dan asas daripada semua sumber yang berpengetahuan dan mempunyai maklumat sahih yang diperoleh Asia Sentinel daripada ahli akademik dan penganalisis politik (seperti yang disebut beliau dalam artikelnya) adalah benar, maka dia perlu menyerahkan semua maklumat itu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk dibuat siasatan dalam tempoh 48 jam akan datang.
"Anak guam saya menyokong sebarang penyiasatan yang dijalankan secara sah oleh pihak berkuasa berkenaan tentang perkara ini. Bagaimanapun, janganlah hendaknya berlaku pendakwaan secara berpilih," katanya.
sumber...mKini
Label:
akaun bank,
bank,
negara,
rosmah mansor,
tibai
Sunday, July 12, 2015
Gabenor Bank Negara dinasihat Letak Jawatan
Integriti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikatakan tercemar dengan tindakan Datin Seri Rosmah Mansor
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinasihat meletak jawatan selepas integriti dan kepercayaan terhadapnya sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia tercabar dengan tindakan, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ia perlu dilakukan segera sebelum terjebak lebih jauh.
“Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible,” tulisnya.
Dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot. com, beliau mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.
Tegasnya perkara itu tidak sepatutnya berlaku .
“Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?,” tulisnya.
Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report.
Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.
“Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan,” tulisnya.
sumber...www.freemalaysiatoday.com
Label:
akaun bank,
bank,
gabenor,
rosmah mansor
Monday, July 22, 2013
Kelam Kabut: Pengendali AES Dikejar Bank
Beta Tegap dan ATES gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual.
PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.
Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.
Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.
Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.
Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.
Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta. Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.
Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.
Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.
Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
oleh FMT Staff
Subscribe to:
Posts (Atom)


