Followers

Showing posts with label jual orang. Show all posts
Showing posts with label jual orang. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Mangkuk Mana Pulak Jual Nama Nyonya Mansor Ni ?



Ye ke apa yang dikatakan oleh Nyonya Mansor ni...hahaha

Alahai...Pandai jugak diorang buat duit ...hahaha

Projek oh projek ...janji asyuuuukkk

Tapi kot ada 'peristiwa' yang berlawan macam mana pulak...hehehe

Tolak Permohonan Guna Nama Saya Untuk Lobi Projek - Rosmah

Mereka yang melobi projek menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor bermungkinan besar permohonannya akan ditolak serta-merta.


Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa jabatan , agensi dan kementerian agar tidak meluluskan cadangan projek yang menggunakan namanya.

"Sesiapa yang menggunakan nama saya , saya minta pejabat dan kementerian tidak meluluskannya ," kata beliau pada majlis himpunan tahunan Skuad Sayang di Hotel Sri Pacific di sini, Isnin.

Beliau berkata terdapat kes di mana projek-projek yang dicadangkan mendakwa bahawa beliau mempunyai 20 atau 30 peratus kepentingan di dalamnya .

"Bagaimana ketua-ketua jabatan boleh meluluskan projek-projek tersebut tanpa memeriksa fakta dengan saya? " tanya Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang.

Rosmah berkata cara terbaik untuk memeriksa masalah itu ialah dengan menolak serta-merta orang-orang yang menggunakan namanya .

" Saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa. Tandatangan saya tidak bernilai ," tegas beliau.

Terdahulu , Rosmah membuatkan ahli-ahli Skuad Sayang tersentuh apabila beliau berkata Najib telah mengarahkan beliau untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun terpaksa merangkak ke hotel.

"Saya tak sihat. Saya demam malam tadi dan tekak saya sakit . Tetapi suami saya suruh hadir walaupun saya terpaksa merangkak kerana dia tidak mahu saya mengecewakan orang-orang yang mengambil bahagian dalam acara ini, " katanya.


"Saya menggunakan ubat Cina - Saya rebus badam dengan daun pudina selama empat hingga lima jam, tambah kurma merah dan ia membantu melegakan masalah kahak saya," katanya , sambil menambah beliau hanya mengambil ubat penahan sakit untuk tidur.

Dalam perkembangan yang lebih serius , Rosmah melahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang cuba melemahkan kepimpinan Najib .

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin telah meminta untuk bertemu dengan Najib , tetapi ia menjadi halangan di dalam negara walaupun mereka dari parti yang sama.

"Jangan menikam kawan dari belakang. Mari kita sama-sama bersatu. Kadang-kadang , saya rasa sedih melihat suami saya.

"Jika dia minta tolong, tolonglah dia," katanya.

sumber...Mstar
oleh: SIRA HABIBU

Saturday, October 15, 2011

Jual Orang Lagi Baik ...beb


Jual Orang : Suami Isteri Dipenjara Dan Didenda


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri dihukum penjara lapan tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan memperdagangkan wanita warga Filipina bagi tujuan pelacuran, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Kwong Tuck Choy dan isterinya warga Filipina, Nancy Pahim Nayan Rillera, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 40 tahun, dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu boleh ditambah enam bulan penjara.

Ahmad Zamzani memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula Jumaat.

Beliau turut membenarkan permohonan peguam V. Ravi Chandran yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.

Ahmad Zamzani memerintahkan jumlah jaminan mereka sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dinaikkan kepada RM10,000 serta syarat tambahan lain melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Sentul.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan mencapai niat bersama telah memperdagangkan Dynalyn Villarico Antijojo, 23, bagi maksud eksploitasi di Winner Height Condo, Jalan 2/125, Taman Desa Petaling, Cheras pada 6.30 petang, 24 Ogos 2009.

Mereka turut didakwa bagi dua pertuduhan yang sama terhadap Rhea Aesulga Lim, 23, dan Sarah Francisco Pintcing, 24, di tempat dan pada masa yang sama.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Zulkifli mengemukakan seramai tujuh saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan mengemukakan lima saksi.

sumber... BERNAMA