Followers

Showing posts with label lembu. Show all posts
Showing posts with label lembu. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

'Lembu Lembu' Tua Dalam Pilihanraya Kampus


SAYA masih teringat kisah lucu ketika belajar di sebuah IPTA di utara Semenanjung. Kisah ini diceritakan seorang senior ketika kempen pilihan raya kampus sedang rancak berjalan. Ceritanya berkisar tentang seorang siswa yang digelar pelajar lain sebagai "Number One" (#1).

Siswa ini memang dikenali oleh penghuni kampus kerana sifat uniknya. Selain perawakannya yang 'simple' dia juga berpacaran. Pacarnya rakan sekuliah atau sekursus dengannya.

Ketika musim pilihan raya kampus tiba, #1 juga sibuk mengambil borang untuk menjadi calon. Dengan syarat minimum memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.5, beliau pun dipilih untuk bertanding mewakili kursus (sekarang ini fakulti).

Memang calon-calon dibenarkan berkempen, tetapi pada masa itu pilihan raya kampus tidaklah sesengit sekarang. Sekarang ini dimaklumkan, 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti hinggalah di kementerian turut berebut-rebut mahu campur tangan dalam hal ehwal budak-budak (siswa).

Setelah berhari-hari berkempen dan para siswa selesai membuang undi, maka tiba masanya saat pengiraan undi. Pada waktu itu, undi yang diperolehi semua calon yang bertanding akan ditulis di papan putih (whiteboard). Setelah semua kertas undi dikira, alangkah terkejutnya petugas pengiraan undi kerana #1 hanya mendapat satu undi!

Maka kisah #1 mendapat hanya satu undi itu pun menjadi bahan lawak kampus selama berbulan-bulan. Apa tidaknya, jika #1 pada logiknya memberikan satu undi kepada dirinya sendiri, itu bermaksud, pacar (teman wanitanya) juga tidak mengundi #1. Bermula daripada peristiwa itulah siswa tersebut mendapat gelaran #1.

Tidaklah diketahui ke mana perginya #1 sekarang. Mungkin bertugas di Biro Tatanegara (BTN) agaknya.

Semasa mendengar siaran Radio24 (radio Bernama) ketika berkereta ke pejabat, pembaca berita radio memaklumkan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di 15 universiti. Menurutnya, 5 IPTA telahpun mengadakan pilihan raya dan keputusannya memihak kepada pelajar 'proaspirasi' (baca pro-BN).

Diberitakan juga bahawa keputusan pilihan raya kampus kali ini penting kerana ia menunjukkan pola mengundi generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13. Dalam erti kata lain, jika kesemua pilihan raya IPTA dimenangi kumpulan 'proaspirasi', ia menunjukkan sokongan generasi muda kepada BN!

Mendengar laporan berita itu, tidak hairanlah jika kita mendengar kisah bagaimana 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti juga di kementerian semacam berkomplot untuk memastikan semua kampus IPTA dimenangi calon-calon yang dicucuk hidung. Dan pelbagai bentuk tektik kotor, ugutan, penipuan dan sebagainya dikenakan kepada siswa yang dilabel promahasiswa (baca pro-pembangkang) bagi memastikan calon 'proaspirasi' menang mudah atau 'menang tanpa bertanding'.

Tapi benarkah keputusan pilihan raya kampus benar-benar menggambarkan sokongan generasi muda kepada BN mahupun Pakatan Rakyat?

Jawapannya tidak sama sekali!

Bukti paling kukuh adalah ketika kampus-kampus universiti utama dikuasai oleh kelompok mahasiswa yang pro-Islam (baca pro-PAS) pada dekad 80-an dan 90-an, PAS tidak pernah menang selesa dalam setiap PRU yang ditandinginya malah kalah teruk pada 1986 dan 1995. Sokongan generasi muda terhadap PAS juga tidaklah ketara walaupun kampus-kampus utama IPTA dikuasai kelompok pro-Islam.

Kini di saat wujudnya media baru yang mencabar dominasi media konvensional, usaha mempengaruhi siswa untuk menyokong sesuatu kelompok oleh 'lembu-lembu tua' tidak akan berkesan sepenuhnya kerana mereka (siswa) lebih terdedah kepada maklumat dan perkembangan semasa.

Sokongan yang diberikan siswa mungkin bersifat 'artificial' apatah lagi jika ia bercirikan ugutan dan paksaan. Apalah signifikannya untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan idealisme mahasiswa bagi kelompok majoriti pelajar jika hidup di kampus hanya sekadar 3 atau 4 tahun sahaja?

Oleh itu kesungguhan 'lembu-lembu tua' bagi memastikan kemenangan kumpulan proaspirasi di kampus-kampus IPTA tidak banyak menyumbang kepada kejayaan BN dalam PRU mahupun mengukur sokongan generasi muda kepada BN. Ia hanya sekadar 'window dressing' atau mewujudkan 'feel good factor' kepada BN.

Malah jika elemen 'feel good factor' ini mahu dijadikan tangkal azimat untuk BN menghadapi pilihan raya, ia seperti menggali kubur sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman di dada...

Ahmad Tajdid

Thursday, February 9, 2012

Bila Mami Shahrizat "Gabra" Dan Takut Pada Nenek Rafidah Dan Dr Mahathir



Shahrizat yang semakin hilang kewarasan itu mula menunjukkan taringnya terhadap Rafizi Ramli, Pengarah Stategik PKR tetapi tidak berani membidas senior-senior beliau dalam parti, begitu juga timbalam beliau dalam Umno yang mahukan beliau berundur sebelum beliau memusnahkan parti.

“Ia satu komen yang agak murahan dan saya faham beliau semestinya merasa tertekan sekarang. Tetapi kita haruslah bersikap professional. Jika beliau dan keluarga beliau tidak bersalah, beliau seharusnya menyambut baik peluang untuk membuktikan mereka tidak bersalah,” beritahu Rafizi kepada Malaysia Chronicle.


Apabila tertekan, Shahrizat menjadi tidak waras dan kasar

Setelah secara terang-terangan diberitahu oleh bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz untuk pergi sahaja dan tinggalkan Umno dan sebelum itu oleh Mahathir untuk berundur sebelum dihalau serta sehari yang lalu timbalan beliau membuat kenyataan agar beliau jangan membebankan Umno – Shahrizat kelihatan gagah menunjukkan wajah yang selamba.


Dengan melupakan maruah beliau, beliau telah mengutarakan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan kurang ajar. Beliau menyalahkan Rafizi kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan dalam skandal RM250 juta NFC untuk projek ternakan lembu.

Shahrizat yang juga menteri Wanita memanggil Rafizi pondan kerana sangat memberi perhatian terhadap skandal NFC dan juga menawarkan baju kurung merah putihnya kepada Rafizi.

“Dia akan kelihatan cantik dalam baju kurung merah putih saya kerana dia seorang pondan. Nanti wanita Umno akan kirimkan baju tersebut kepada ‘stalker’ saya,” Malaysia Insider melaporkan Shahrizat sebagai berkata.

“Sebab saya rasa dia ni bercita-cita jadi ketua Wanita Umno, mungkin dia memang mahu jadi pemimpin tetapi parti beliau tidak begitu ramai ahli. Wanita Umno ada 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasakan kekuatannya.”


Bila dengan Rafidah dan Dr M, jadi penakut pula..


Sebelum ini, beliau telah menunjukkan sifat penakut beliau dalam berhadapan dengan orang dalam Umno sendiri. Beliau tidak berani menjawap komen Rafidah yang terang-terangan menyuruh beliau berambus dari Umno sebelum merosakkan parti itu.

“Saya tidak mahu menyerang orang yang lebih tua daripada saya. Ibu bapa saya mengajar saya untuk jangan bersikap kurang ajar dengan orang lain apa lagi orang yang lebih tua daripada saya, jadi, ada baiknya saya tutup mulut sahaja,” ujar Shahrizat.


Wanita Malaysia adalah lebih baik daripada itu


Menurut pengkritik, daripada cara beliau menyerang Rafizi, Shahrizat tidaklah sebaik yang beliau canangkan. Bermuka-muka dan menipu diri sendiri adalah sebab kepada kenyataan biadapnya terhadap Rafizi.

Tidak hairanlah Shahrizat menghina Rafizi dengan mempersoalkan kemaskulinan beliau tetapi pada masa yang sama menhancurkan sifat femininnya – yang semestinya adalah tonggak kepada kelembutan dan maruah beliau sebagai seorang wanita.

“Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, PKR tidak akan tertekan dengan serangan peribadi demi membongkar salahlaku Shahrizat dan keluarganya. Sebaliknya, kita akan menjadi lebih fokus dalam memastikan agar tuduhan kami ini berasas dan sukar untuk beliau dan keluarga beliau melepaskan diri daripadanya. Ini bukan balas dendam. Tiada siapa yang kisah sangat pasal Shahrizat dan keluarganya tetapi semua orang berminat mengetahui di mana perginya RM250 juta itu,” beritahu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle.

“Sebagai pemimpin wanita, saya berasa amat malu dengan komen Shahrizat. Bukan sahaja ia tidak sepatutnya dan biadap, ia juga memalukan kaum wanita. Wanita harus bermaruah dan bertenang dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup mereka. Wanita adalah asas kepada sebuah keluarga dan negara.

Tetapi Shahrizat sudah menjadi seperti Ummi Hafilda, yang cakap apa sahaja mereka mahu dengan tidak menghiraukan sekiranya ia seperti cakap-cakap orang gila. I saya rasa mungkin beliau sudah terlalu tertekan dan mungkin ada baiknya beliau ambil nasihat bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat tetapi juga senior beliau dalam Umno- berundur dengan penuh maruah sebelum beliau dihalau keluar. Juga jangan terus memalukan wanita di Malaysia dengan komen-komen bodoh beliau. Wanita di Malaysia adalah lebih tinggi maruah daripada itu.”


sumber...Malaysia Chronicle

Monday, December 12, 2011

Miss Juhi Chawla Import Lagi 10 Kapal Lembu Fidlot ??


Dengar khabar aktress terkenal akan bawa masuk lagi 10 kapal lembu untuk projek NFC..

Betul ke tidak itu wa tak tau ler..wa dengar kat kedai kopi jer..kah kah kah

ini ada gambo lembu demer bagi photostat sama wa.. hi hi hi

Agaknyer ini kot taukeh lembu yang sebenarnye..


itu pun wa agak agak jer... kah kah kah




Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan


Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara,” tambah Ghapur.


sumber...BERNAMA

Thursday, December 8, 2011

Dialog Antara lembu Dan Ayam



Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua

tiga ekor.

Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.

Tapi manusia

ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan

telor aku,

macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak

bunuh diri pun ada.

Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang

pun tak pernah

panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

sumber...gk