Followers

Showing posts with label penari tiang. Show all posts
Showing posts with label penari tiang. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

RM 250 Upah Menari Bogel



JOHOR BAHRU: “Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.
Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.

Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.


Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit.

Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.

Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.



Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.

Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup.

“Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.

Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.

“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.

Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.

sumber...Hmetro

Thursday, December 29, 2011

Penari Tiang Separuh Bogel KL Kena Cekup



Penari tiang Siam kena cekup

KUALA LUMPUR: Seramai 68 wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk 17 warga Thailand yang sedang menghiburkan pelanggan dengan tarian ghairah dan tarian tiang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu negara, awal pagi semalam.


Ketika serbuan mengikut Ops Noda oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), seorang pondan warga Thailand yang asyik menari tarian ghairah di hadapan 27 pelanggan turut ditahan.


Pondan yang sudah menukar jantina berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pertama sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata 17 wanita Thailand dan pondan yang berusia antara 21 hingga 33 tahun itu turut didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan berkenaan.

"Kita percaya mereka kerap keluar masuk ke negara ini dan pernah bekerja di beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara secara haram.

"Kita dapati pusat hiburan itu yang dipercayai baru empat minggu beroperasi tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan," katanya.
Azman berkata, pengusaha pusat hiburan itu didapati menggunakan khidmat wanita Thailand untuk menarik pelanggan dengan menganjurkan tarian tiang yang mengghairahkan.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah dan mereka (pelanggan) akan mengalungkan kalungan bunga kepada penari kegemaran mereka sebagai bayaran tips.

"Lebih banyak kalungan bunga, lebih banyaklah jumlah tips yang diterima penari," kata Azman yang turut mengakui tarian tiang kini umpama satu tren di kalangan pengusaha pusat hiburan sekitar ibu negara.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Wisma PGRM 2, Cheras sekitar jam 2 pagi pula, 37 wanita tempatan serta seorang wanita Vietnam berusia 17 hingga 50 tahun yang menjadi GRO ditahan.

"Kita dapati pusat hiburan kedua yang baru sebulan beroperasi juga tidak mempunyai lesen dan turut menggunakan khidmat penari tiang untuk menarik pelanggan.

sumber...bh