Followers

Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Meninggal Selepas Mengadakan Hubungan Seks..(18 SX)

  


Meninggal selepas berasmara

Muar: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di sini, semalam.

Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi.

Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama.
Katanya, sekitar jam 10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk bertemu seorang wanita.

“Bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita terbabit.

“Wanita terbabit yang panik segera memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan.

Difahamkan, lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit.

“Mangsa disahkan mati di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.

“Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

sumber...mymetro

Sunday, August 19, 2012

Hospital Serdang Mulakan Unit Pakar Jantung Pediatrik Sebelum Akhir Tahun ini


SERDANG: Hospital Serdang akan memulakan Unit Pakar Jantung Pediatrik sebelum akhir tahun ini dengan kos peralatan dan kelengkapan terkini bernilai RM20 juta, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, keperluan unit itu begitu terdesak buat masa ini dengan jumlah bayi yang memerlukan rawatan dan pembedahan jantung terus meningkat.

"Memandangkan pesakit jantung bayi ini amat mendesak, kita perlu menambah pusat ini di mana kebanyakan kes penyakit jantung bayi memerlukan rawatan pembedahan segera.

"Hospital Serdang telah dikenal pasti sebagai hospital yang mempunyai kepakaran jantung, banyak pembedahan jantung telah dapat dilaksanakan di hospital ini.

"Kita sudah kenal pasti pakar itu, tetapi kita kena siapkan dulu dengan kelengkapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang bersama isteri, Datin Seri Lee Sun Loo, sempena Aidilfitri pada Ahad.

Liow berkata, sebagai permulaan, seorang pakar jantung akan ditempatkan di hospital itu dan bilangannya akan ditambah secara berperingkat, mengikut keperluan.
Beliau berkata ketika ini, hampir 1,000 hingga 1,500 pesakit pediatrik yang menghadapi masalah jantung menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setiap tahun.

Bagi kes yang memerlukan rawatan pembedahan segera pula, mereka terpaksa dihantar ke hospital pakar swasta atau luar negara.

"Dengan bermulanya operasi hospital ini, maka masa menunggu untuk pembedahan jantung bayi boleh dikurangkan," katanya sambil menjelaskan dengan usaha penaiktarafan itu, Hospital Serdang bakal menjadi hospital pakar jantung bayi kerajaan kedua yang menawarkan khidmat pembedahan jantung selepas IJN.

Sementara itu, Liow berkata, pelbagai pendekatan terus diambil bagi menyelesaikan masalah parkir yang menjadi rungutan utama pesakit dan pelawat di semua hospital kerajaan di negara ini.  

sumber... BERNAMA