SHAH ALAM, 19 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat. Dalam pada itu, beliau sangat menghargai kesanggupan semua pemimpin PAS dan ahli walaupun memegang berbagai gelaran hieraki ilmu seperti MA dan PhD yang sanggup terjun dalam perjuangan Islam di negara ini bersama dengan PAS.
Menurutnya, jika pemimpin itu ingin hidup senang dan selesa, mereka hanya perlu terus berkhidmat dengan pihak berwajib misalnya dengan gaji RM15 ribu sebagai seorang profesor.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pemegang ijazah sarjana MA pada 1960-an di ketika itu UKM pun belum wujud lagi di negara ini, begitu juga dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang mempunyai MA pada tahun 1970-an.
Menurutnya, jika diikut logik berfikir, agak mustahil mereka ingin membawa PAS menyertai BN setelah mereka menghabiskan sebahagian besar dari umur hayat mereka di dalam perjuangan Islam ini dan di hujung usia ingin pula bersama dengan BN.
Beliau menegaskan tugas sebagai pemimpin sangat berat dan besar tanggungjawabnya . Allah SWT hanya menilai amalan takwa yang dilakukan oleh mana-mana individu termasuk pemimpin dan ahli biasa parti, jelasnya.
Beliau berkata demikian di dalam kuliah tarbiah bulanan yang diadakan setiap Selasa minggu ketiga bermula 9.30 malam di Seksyen 18, dekat sini yang sudah berjalan sejak 10 tahun lalu membicarakan buku Fiqh Harakah karangan Ustaz Abdul Hadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, tiada pemimpin PAS secara individu boleh membawa parti menyertai atau menjadi parti komponen mana-mana parti lain seperti BN tanpa mendapat mandat daripada muktamar penuh.
Kerana itu, tiada sebab untuk sesiapa sahaja meragui atau bimbang dengan perjalanan parti apatah lagi menyertai BN sebab PAS mempunyai perlembagaan kukuh dan mantap yang digubal oleh mereka berpengalaman.
Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.
Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.
"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar.

Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Thursday, January 20, 2011
Friday, January 7, 2011
Thursday, January 6, 2011
Video seks: Pendakwa mahu kekasih Luna Maya dipenjara lima tahun
Ariel berhadapan hukuman penjara 5 tahun
JAKARTA, 6 Jan – Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi utama kumpulan Peterpan Nazriel “Ariel” Irham berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
Kedua-dua mereka merupakan teman wanita dan bekas kekasih penyanyi itu.
Ariel dikenakan tuduhan melanggar undang-undang antilucah yang membawa hukuman maksimum 12 tahun dan denda Rp 6 bilion (RM2 juta).
Pendakwa raya juga berkata pihkanya akan memohon dikenakan denda Rp250 juta (RM85,000).
Penyanyi itu berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah Daerah Bandung di sini.
Ketua Pendakwa Rusmanto berkata, beliau memohon hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor, terutama keengganan Ariel mengaku bahawa dialah lelaki dalam kedua-dua klip video membabitkan Luna Maya dan Cut Tari.
Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan Jun lalu selepas rakaman video itu didakwa dicuri dari komputer bimbitnya.
Kes itu merupakan skandal rakaman seks membabitkan selebriti dan mendapat liputan meluas.
Mahkamah akan bersidang semula Isnin ini di mana peguam-peguam Ariel akan mengemukakan respons mereka berhubung permohonan hukuman itu.
Pihak pendakwa juga memohon hukuman penjara empat tahun ke atas pembantu Ariel yang dikenali sebagai RJ kerana menyebarkan pita seks itu.
Ariel berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam penyebaran bahan lucah, yang dihasilkan olehnya menggunakan kamera telefon bimbit ketika mengadakan hubungan seks bersama selebriti Cut Tari dan Luna Maya, teman wanita Ariel semasa.Cut Tari adalah bekas teman wanitanya dan kini sudah berkahwin.
Ariel yang ditahan sejak Jun lalu didakwa menghasilkan klip video itu, menunjukkan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari pada dua masa yang berlainan.
Ariel dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Antipornografi 2008, Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Kanun Jenayah kerana “mengambil bahagian dalam satu perbuatan jenayah.”
Pada pertengahan Ogos lalu, Ariel menafikan yang dia terlibat dalam dua klip video pornografi apabila dipertontonkan bersama Cut Tari.
Klip video yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon, panjangnnya antara lima dan tujuh minit disebarkan menerusi internet sejak awal Jun lalu.
sumber...Malaysian insider
Label:
video seks
Abus Nawi, 73, jalan kaki tujuh jam serah dompet cicir
GUA MUSANG, 6 Jan – Abus Nawi, 73, seorang Orang Asli berjalan kaki dari tempat tinggalnya di hutan Lojing sejauh 120 kilometer selama tujuh jam semata-mata kerana mahu memulangkan dompet cicir seorang peserta ekspedisi Gunung Camai, di sempadan Kelantan-Perak.
Kejujuran Abus mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di mana dompet itu diserahkan.
IPD itu mengadakan majlis khas menghargai kejujuran Abus.
Ketua Polis Daerah Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Abus yang tinggal di dalam hutan di Hulu Kelantan telah berjalan sendirian ke IPD Gua Musang.
“Polis amat menghargai sifat kejujuran Abus yang memulangkan dompet itu kepada pemiliknya biarpun jauh meredah hutan belantara, inilah sikap sebenar rakyat Malaysia.
“Jadi kita adakan satu majlis khas untuk menghargai kejujuran Abus,” kata Saiful Bahri pada majlis penyerahan dompet Audi Hani Abdullah, 27, daripada Abus di IPD itu hari ini.
Katanya peserta ekspedisi Gunung Camai itu memulakan ekspedisi melalui Pos Brooke di Lojing pada 17 Dis lepas, dan mereka hadapi pelbagai rintangan sehingga tiga daripada 11 peserta itu terkandas selama dua hari di hutan di Hulu Kelantan.
Bagaimanapun, kata beliau, ketika pihaknya mengatur gerakan mencari selepas dua hari terkandas di hutan, ketiga-tiga mereka berjaya keluar semula dari hutan itu pada 23 Dis.
“Berikutan musim tengkujuh, Polis menasihatkan peserta ekspedisi mendaki gunung di kawasan Hulu Kelantan supaya melaporkan dahulu program perjalanan mereka di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Saiful Bahri berkata langkah itu bagi memudahkan anggota polis melancarkan gerakan mencari sekiranya berlaku kejadian kehilangan atau sesat.
“Perkara penting yang perlu dirujuk kepada balai polis – senarai nama peserta, gunung yang akan didaki, bila masa ekspedisi, berapa hari, jalan masuk dan jalan keluar,” katanya.
– Bernama

masyarakat
Umno Takut '24 disember'
SHAH ALAM, 6 Jan – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak kerjasama tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberikan penjelasan kelmarin.
“Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
“Ini menunjukkan betapa hebatnya PAS dan Pakatan Rakyat, kalau PAS sahaja mereka tak jumpa... ini kekuatan Pakatan Rakyat, mereka sudah mula tergugat dan bimbang.
“Pakatan Rakyat tak terjejas kerana pertemuan ini,” kata beliau merujuk kepada laporan media mengenai pertemuan itu.
Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata:
“Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.”
“Apa pun saya masih yakin pemimpin Pakatan dan parti komponen masih percaya antara satu sama lain,” katanya.
“Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat,” katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau kerajaan perpaduan dengan Umno.
“Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli.
“Apa pun yang dibincangkan, sudah tidak perbincangan seperti itu dan tidak keinginan (ke arah itu),” katanya lagi.
Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu.
Justeru mereka mahu PAS mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.
Kata Khalid, pertemuan tempoh hari juga menunjukkan “betapa terdesaknya Umno-BN mahu menggunakan atau memberi idea supaya Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin-pemimpin PAS hadir.”
Kata beliau, Umno-BN sedar bahawa PAS tidak akan hadir jika pihak berkenaan yang mengundang menghadiri seumpama itu.
-Malaysian insider

Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)