Followers

Showing posts with label video seks. Show all posts
Showing posts with label video seks. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Video Seks Azhar Idrus: Siapa Yang Buat ??

(gambar dari rotikaya.com)

 Dalam keadaan harga minyak naik..

Harga barang semakin naik dan diambang pelaksanaan GST..

Kadar jenayah semakin tinggi..

Pemborosan merata rata termasuk 1MDB..

Hutang negara yang semakin meningkat hingga sampai ketahap 'red'..

Fokus terhadap kes rayuan Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman Putrajaya..

Mangkuk mana pulak pi buat video seks menyerupai ostad Azhar Idrus ?

Pembantu Azhar Idrus menafikan individu dalam klip video lucah yang tersebar adalah Azhar dan berkata ia berniat jahat bagi memburukkan institusi ulama di negara ini

Video lucah yang sedang hangat diperkatakan pengguna media sosial menyerupai pendakwah terkenal Azhar Idrus dinafikan pembantunya, Zulkifli Wahab.

Zulkifli berkata, penyebaran video berkenaan berniat jahat dan merupakan usaha bagi memburukkan institusi ulama di negara ini.

"Bukan, jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

“Pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Zulkifli berkata, pelbagai usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk mencemari institusi ulama termasuklah program memegang anjing.

Katanya, Azhar yang popular itu masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya kepada akhbar itu.

Media sosial sejak semalam tersebar video berdurasi kurang seminit itu memaparkan wajah seorang lelaki yang seakan-akan Azhar melakukan hubungan seks bersama seorang wanita.

sumber...TMI



Thursday, February 9, 2012

Menteri India Syok Tengok Video Sex Dalam Henpon


Ayoyo ...Ayoyo

Menteri India pun macam blogger UMporno jugak...kah kah kah
Dalam sidang dewan sempat lagi tengok gambo "Hot"...kah kah kah
Mung nak keras ke aper ke,carik tempat lain ler...kah kah kah
Nak stim pun sampai tak ketahuan tempat , ape barang bro...kah kah kah

BANGALORE (India): Tiga menteri dari selatan India, termasuk seorang dengan portfolio pembangunan wanita dan kanak-kanak, meletakkan jawatan, semalam selepas mereka dituduh menonton video lucah ketika sidang dewan berlangsung.

Menteri dari parti pemerintahan, Bharatiya Janata Party (BJP) ditayangkan televisyen tempatan menonton siaran di telefon bimbit mereka, kelmarin ketika anggota dewan rancak berdebat. “Kami meletakkan jawatan untuk mengelak daripada memalukan parti dan tidak memberi pembangkang peluang untuk mengganggu sidang hari ini,” kata Menteri Koperasi, Laxman Savadi. “Kami sedang menonton klip video perbincangan parti yang dianjurkan di Pulau St Mary (di pantai barat Karnataka). Ia bukan klip video lucah,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, C C Patel dan Menteri Pelabuhan dan Perikanan, Krishna Palemar turut meletakkan jawatan. Dalam siaran televisyen menteri terbabit dilihat menonton klip seorang wanita menari, menanggalkan pakaian dan kemudian melakukan aksi seks.

 Mereka kemudian saling bertukar telefon bimbit. “Ia perbuatan yang memalukan, Ketiga-tiga menteri itu sudah menyerahkan surat letak jawatan. Kami akan membentuk jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu,” kata jurucakap BJP, Nirmala Sitharaman di New Delhi.


Satu kaji selidik yang dijalankan majalah India Today pada 2008 mendapati tiga daripada lima lelaki dan seorang daripada lima wanita menyokong pornografi. Ia diharamkan di India, tetapi kegiatan itu masih berleluasa.

sumber... AFP

Monday, December 19, 2011

Video Sex Anuar Duduki TOP RANKING Play Booy


Maklumat terkini yang didedahkan oleh majalah play booy edisi Pulau White Stone memberikan gambaran jelas mengenai kedudukan ranking terkini video video sex keluaran dari seluruh dunia.

Video sex Anuar nama samaran bagi pelakon bintang filem porno atau porn star dari kepulauan molodiv telah menduduki carta nombor 1 play booy.

Tempat kedua diduduki oleh porn star Najubol dari kepulauan antartuyar dan tempat ketiga dipegang oleh suwa calek porn star dari kepulauan sinna makki.

Kajian ranking menunjukan seperti di bawah...

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.
Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.
Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.
Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.

PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Thursday, November 24, 2011

Pengetua Simpan Pornografi Kanak Kanak Kena Jel 30 Tahun

Bekas pengetua terbabit pornografi dijel 30 tahun

Seorang bekas guru besar sekolah rendah di Iowa dihukum penjara 30 tahun, semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan menghasilkan pornografi kanak-kanak membabitkan murid sekolahnya.

Robert Burke, 43, mengaku sebagai pemimpin sebuah sekolah di Dubuque, Iowa, dia menggunakan kamera video yang tersembunyi di bilik air sekolah untuk merakam secara rahsia alat sulit murid lelaki,” kata Jabatan Perundangan Amerika Syarikat.


Burke juga mengakui menyimpan video itu di komputer di kediamannya.

Kegiatannya terbongkar selepas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Washington memuat turun lapan imej pornografi kanak-kanak yang dikesan dari kediaman Burke. Bagaimanapun, Berke menegaskan dia tidak menyentuh mana-mana kanak-kanak berkenaan secara seksual.


Ujian forensik daripada peralatan komputer Burke turut mendedahkan tiada bukti menunjukkan dia berkongsi video yang dihasilkannya itu dengan pihak lain di sekolah.

Selain hukuman 360 bulan penjara, Burke turut didenda AS$25,000 (RM80,000).

sumber...DM

Tuesday, November 15, 2011

Video Sex Wasiat Tok Guru Di Seberang Perai

Penduduk Islam berang tindakan edar video lucah di masjid

SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.

Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.
Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.
“Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.
“Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.

Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.
Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi “maklumat palsu”, satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22977

Tuesday, October 18, 2011

Video Sex Ahmad Maslan Pula Tersebar




Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak sebentar tadi berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan (gambar) yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.

Majlis Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang diadakan pada hari Sabtu,15 Oktober 2011 antara jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri kira-kira 2,000 orang daripada kakitangan kerajaan,pertubuhan NGO serta orang ramai dan pemimpin kerajaan Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,Setiusaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Rahman Bin Hashim serta beberapa Exco Negeri antaranya Datuk Mah Hang Soon.

Megikut beberapa saksi kejadian,semasa Majlis Penerangan Perdana itu,Ahmad Maslan ada membuat satu ucapan sambil menayangkan video seks yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh,yang juga Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga telah menuduh serta meyakinkan kepada tetamu yang hadir bahawa pelaku tersebut adalah Dato Seri Anwar.Tayangan tersebut juga di buat berulang ulang kali sehinggakan ada beberapa wanita yang hadir keluar dari dewan kerana rasa malu melihat tayangan video itu.

Berikutan kejadian tersebut pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah bergegas membuat satu laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan adil serta telus dan segera mendakwa beliau. Menurutnya lagi,tayangan video seks tidak wajar ditontonkan kerana ianya menyalahi perundangan negara dan boleh disiasat mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Encik Mariappan Subramaniam,63 menunjukan beberapa risalah fitnah yang diterima beliau ketika menghadiri program tersebut.

Apa nak jadi dengan pemimpin UMNO ni. Daripada puak atas sampai ke bawah tak habis-habis dengan lucah. Mad Maslan ni sorang menteri, jagalah sikit adab sebagai menteri. Yang dok usung cd lucah ke hulu hilir nak tayang kat orang tu apa pasal?? Dalam beg ada cd lucah, cuba pakat-pakat pi cek kat rumah dia, rasa aku belambak cd-cd lucah ni, dah jadi koleksi . Malu la sikit nak tayang benda-benda macam tu kat khalayak umum. Yang datang program tu bukan lelaki saja mamat oii. Kakitangan wanita, mak-mak, tok-tok pun ramai. Jenis manusia takda akhlak, jenis menteri takda iman. UMNO dan SEX LUCAH tak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing.

sumber...SK

Monday, October 10, 2011

Video Seks 3GP Mimi one nation emcee?



Mimi beraksi sekadar lakonan

KUALA LUMPUR: Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.

Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham, 25, berkata dia tidak menyangka ada adegan filem itu yang kini berleluasa tersebar di Internet dengan tajuk yang jelas memaparkan dia melakukan hubungan seks itu.

“Saya memang tidak tahu pasal penyebaran klip video itu kerana sudah lama tidak melayari Internet. Namun yang pasti, itu hanya sedutan lakonan saya. Klip itu antara adegan dalam filem Klip 3GP yang saya jayakan.

“Malah, lakonan yang saya jayakan juga dilakukan secara profesional, jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan.
“Sehubungan itu, saya sungguh kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurut Mimi, kebanyakan aksi yang boleh dianggap lucah itu disunting supaya ia nampak seperti adegan sebenar, sedangkan sewaktu penggambaran, watak tambahan atau pendua digunakan supaya kelihatan seperti dirinya.




sumber...Hmetro

Wednesday, September 28, 2011

Video Lucah Pejabat Adun Kota Anggerik atau dari henpon blogger UMporno

Video lucah asmara luar nikah ni dah lama pun ada..kata budak budak kedai henpon.

Blogger UMporno macam sial jer buat cerita.

Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri 'Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam'.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

“Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

“Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar.

sumber...FMT

Sunday, September 18, 2011

Papagomol Niat Jahat, AMK buat laporan Polis

Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China.

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Papagomo yang menyiarkan klip video dua lelaki yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Laporan dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang tadi.

Ini berikutan dua klip video yang didedahkan Papagomo pagi semalam yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dua lelaki menuju masuk ke dalam dan keluar lif bangunan dipercayai sebuah hotel di Ampang.

Penulis blog itu mendakwa rakaman CCTV itu berkait dengan rakaman video adegan seks individu yang didakwa sebagai Anwar dengan seorang pelacur China yang pernah didedahkan Mac lalu.

Klip rakaman CCTV itu kemudiannya mula tersebar kepada orang awam melalui Youtube dan disiarkan media termasuk Buletin Utama TV3 malam semalam.

Sehubungan itu, Rozan dalam laporannya mahu Papagomo disiasat berikutan penyebaran video tersebut yang dianggapnya berniat jahat sehingga mampu mengelirukan orang awam.

Beliau juga mahu penulis blog itu dikenakan tindakan kerana mengancam untuk mendedahkan lagi klip video yang berkaitan dengan isu ini pada masa akan datang.

“Beliau secara jelas menuduh dan mengaibkan nama baik Anwar.

“Beliau juga harus disiasat dari sumber mana beliau dapat rakaman video berkenaan malah mahu mendedahkan lagi klip video lain pada masa akan datang,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Enggan mengulas teknikal kesahihan klip video itu, Rozan turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat kenyataan bagaimana rakaman tersebut boleh berada di tangan Papagomo walaupun kes itu masih dalam siasatan polis.

Konspirasi jahat Umno-BN?

Beliau juga mahu pemimpin Umno membuat kenyataan menafikan mereka ada kaitan dengan penulis blog berkenaan yang didakwanya sebagai konspirasi jahat Umno-BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13).

“Kita juga mahu Eskay buat kenyataan media jelaskan bagaimana video ini boleh sampai ke tangan Papagomo,” katanya.

Rakaman video berwarna yang disiarkan dalam blog Papagomo pagi semalam menunjukkan individu yang didakwa Anwar, memakai baju ungu dan berselipar berjalan bersama ahli perniagaan Eskay dari arah lobi sebuah bangunan yang didakwa penulis blog itu sebagai Ampang Apartment.

Eskay kemudiannya dilihat menekan butang lif untuk menuju ke atas sebelum masuk ke dalam lif bersama Anwar.

Waktu rakaman CCTV itu juga menunjukkan individu yang didakwa sebagai Anwar masuk ke dalam lif bersama Eskay pada pukul 10.09 malam dan kemudiannya berjalan keluar dari lif pukul 10.52 malam.

Manakala waktu rakaman video hitam putih adegan dalam sebuah bilik yang pernah tersebar sebelum ini menunjukkan bermula kira- kira pukul 10.30 malam.

Rakaman CCTV berdurasi 3 minit 48 saat itu menunjukkan tarikh 21 Februari 2011, tarikh rakaman yang sama dengan video adegan seks dalam sebuah bilik sebelum mula didedahkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu.

sumber...FMT

Sunday, July 3, 2011

Video seks; Professor kangkong Amerika dah lari malam


Profesor AS terus membisu tentang video seks

Dua profesor Amerika yang melakukan analisis pengiktirafan wajah ke atas video seks lelaki mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjauhkan diri daripada pihak media selepas perbicaraan trio Datuk T berakhir dengan mereka mengaku bersalah menayangkan video tersebut bulan lepas.


Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali untuk mengulas mengenai subjek tersebut.

Lorenzo Torresani, seorang penolong profesor sains komputer, telah menulis beberapa kertas kerja mengenai 3-D modeling, klasifikasi objek dan gaya pergerakan.

Penerima anugerah Yayasan Sains Kebangsaan itu sebelum ini bekerja di beberapa makmal penyelidikan industri, termasuk Microsoft Research Cambridge, Like.com dan Digital Persona.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan penyelidikan pembelajaran visual di Dartmouth, Torresani mengkaji cara-cara untuk mewujudkan model sebenar model data visual.

Hany Farid - yang penyelidikannya tertumpu kepada forensik digital, analisis imej, visi komputer dan persepsi manusia - telah mengajar sains komputer selama lebih satu dekad.

Farid juga pernah bertugas sebagai ketua pegawai teknologi dan pengasas bersama syarikat forensik foto Fourandsix Technologies.

sumber...malaysiaKini

Saturday, June 25, 2011

Doktor dajjal rogol dan rakam video mangsanya

Doktor dajjal gila seks

GEORGETOWN (Delaware): Seorang doktor kanak-kanak didapati bersalah atas semua tuduhan dikenakan terhadapnya, semalam, merogol pesakit kebanyakannya baru berusia tiga tahun.

Hakim William Carpenter mendapati Dr Earl Bradley dari Lewes, Delaware, dibuktikan bersalah atas 24 tuduhan merogol, melakukan serangan seksual dan eksploitasi seksual dalam perbicaraan di Sussex.


Bradley dituduh mengeksploitasi berpuluh-puluh pesakitnya di antara 1998 dan 2009.

Kecuali seorang, semua mangsa Bradley terdiri daripada budak perempuan.


Penyiasat berkata, Bradley, 58, merakamkan eksploitasi itu dalam 86 pita video melalui penggunaan kamera tersembunyi.


Bradley tidak memberikan sebarang reaksi emosi ketika Carpenter membacakan penghakimannya.

Ruang mahkamah pula dipenuhi wartawan dan orang awam - sesetengahnya kelihatan teresak-esak menangis mendengar keputusan hakim.


Mahkamah juga dikawal ketat oleh lebih 20 anggota keselamatan bersenjata.

Polis yang menjadi saksi berkata, Bradley lebih gemar memilih mangsa yang tidak boleh bercakap lancar dan usia purata mereka hanya tiga tahun.


Bradley juga sering menghadiahkan mangsa ais krim berwarna-warni untuk dihisap bagi melindungi kesan lebam serta darah akibat paksaan dilakukannya pada mulut mangsa.


Dalam perbicaraan sehari pada 7 Jun lalu, pendakwa mengemukakan dua polis sebagai saksi, sementara peguam bela tidak mencabarnya.

sumber...Reuters

Perbicaraan Datuk T atau pesta serang Anwar?

Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu?

Atau, adakah memadai untuk peguam negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam-peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan Datuk T.

Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh peguam negara, polis dan peguam Datuk T untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.
Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan “pakar” dan bukti-bukti lain yang dikemukakan semalam.

Justeru persoalan yang amat relevan adalah: Adakah peguam negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau?

Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shahryl Eskay Abdullah tidak pula mengaku tidak bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.

Tak berani minta dibicarakan

Jika jawapan Gani adalah “ya”, maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji “bukti-bukti” pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinchi “semangat patriotik' gandingan Datuk T dalam menayangkan video lucah berkenaan


Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam-peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas “pakar-pakar” pendakwaraya.

Namun ini tidak berlaku. Gandingan Datuk T sebaliknya cepat-cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan.

Sebaik sahaja keluar mahkamah, Datuk T dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.

Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah Datuk T adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis?

Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar.

Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian.

NONESatu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk ijazah pertama sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidekan ala-CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu.

Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam Datuk T pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan.

Menyelamatkan Malaysia?

Rahim, Shuib dan Eskay kemudian “dilepaskan” dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup “mengorbankan diri” dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia.

datuk t charged 240611 rahim thamby chikJIka itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka.

Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan Datuk T, oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;

  • Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri. Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis.
  • azlanJusteru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri? Malah, mungkin membekalkan pelacur yang dimaksudkan?
  • Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis? Tiba-tiba isu jam itu “dilenyapkan' daripada paparan orang ramai.

Umno tak terlibat?

Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek-aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya.

datuk t supporters in court 3Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan.

Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam Datuk T “melanyak” beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah.

NONEKetua Pemuda Umno Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar.

Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka?

Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.

Rasanya Khairy tahu maksud pepatah “lontar batu sembunyi tangan”

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


Friday, June 24, 2011

Dokumentari dan video dato' T dari PKR

Datuk Johari Abdul mendedahkan teknik pembikinan video fitnah

KUALA LUMPUR: KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.

Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan.

Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.

Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.

Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.

Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar, selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung.

Dalam dokumentari itu juga Johari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.

Menjadi P Ramlee

Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee.

Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.

Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.

“Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee,” ujarnya dalam dokumentari itu.

Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar.

Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun.

Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok.

Video tersebut juga boleh ditonton melalui Youtube di sini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15891

Video seks, pakar Amerika kata 99.99% anwar tapi tadak bukti dokumen


Peguam: Pakar Amerika 99.99% pasti Anwar


Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

“Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi Malaysiakini tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan.

Dalam fakta kes yang dibaca di mahkamah, mahkamah juga mendengar anwar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ianya dirakamkan dengan perakam DVR milik ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks tersebut.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan.

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,
2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik
3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11
2. Alat perakan DVR
3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.


Laporan tambahan oleh Salhan K Ahmad & Regina Lee.

sumber...malaysialini

Wednesday, June 22, 2011

Video seks: Trio 'Datuk T' akan didakwa Jumaat ini


3T kena hadir mahkamah jumaat ini

Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Dalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah
(kiri) berkata dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi Jumaat.

SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

sumber...malaysiaKini

Saturday, June 11, 2011

'video seks Mat Sabu' fitnah terbaru Umno

Terima video lucah, Zuraida kecam tindakan melampau

AMPANG: Video seks fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin disebar secara berleluasa termasuk dihantar kepada Ahli Parlimen KEADILAN.

Terbaru, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita KEADILAN, turut memperoleh video berkenaan yang dihantar ke rumahnya semalam.

Ia dikirim menerusi satu sampul surat menggunakan kepala surat Pas dengan bahagian luar video memaparkan imej Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu bertajuk ‘Skandal Seks Mat Sabu’.

Turut disertakan beberapa risalah yang mengandungi adegan VCD lucah berkenaan.

Justeru, Zuraida membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut Zuraida, beliau mengecam tindakan melampau pihak berkenaan dan kegagalan pihak polis menangkap dalang di sebalik penyebaran video tersebut, yang disebar secara meluas di Selangor dan turut dilapor sehingga ke Terengganu.

“Sebaran VCD Lucah Fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.

“Susulan dari laporan polis saya hari ini juga, saya meminta agar Unit Siasatan PDRM segera menyiasat perkara ini.

“Ini kerana apa yang berlaku jelas bermotifkan politik dan berkemungkinan turut melibatkan arahan dan penglibatan pihak atasan,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendirian beliau berkenaan perkara ini.

Ini kerana penyebaran melampau itu jelas telah mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini, tegas Zuraida.

“Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini.

“Andai ini terus berterusan, sampai bila impian untuk membentuk masyarakat kelas pertama mahu tercapai, sedangkan Menteri sendiri belum lagi mencapai kelas pertama?

“Walau siapa pun dalangnya, saya mahu peringatkan bahawa pengundi Ampang tidak sesekali akan terpedaya dengan budaya politik lucah sebegini. Saya percaya pengundi Ampang sudah cukup bertamadun untuk menilai definisi politik yang lebih bersih dan matang,” tegas beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15103

Friday, June 3, 2011

Video seks ke3 disebarkan pencacai Umno pulak


Klip video seks hampir lengkap didedahkan pula


Versi hampir lengkap klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di internet lagi.

Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini.

Satu dari tiga video itu adalah sama seperti yang dipertontonkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun klip video itu telah disunting menjadi 15 minit dan 3 saat daripada durasi 22 minit yang ditayangkan oleh kumpulan 'Datuk T'.

Video klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat manakala klip ketiga adalah selama 13 minit dan 36 saat.

Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn't Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi.

Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh.

Kumpulan 'Datuk T' sebelum ini mendakwa mereka telah menyerahkan klip video yang asal kepada polis pada 24 Mac.

Polis juga telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah tulen dan telah mengenalpasti lelaki dalam video berkenaan. Namun mereka belum membuat sebarang pendedahan.

Menariknya, klip video hampir lengkap ini didedahkan ketika muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung.

sumber...malaysiaKini

p/s...berapa kali mau sebar daaaa...tadak orang percaya laaa

Thursday, May 26, 2011

Video Seks untuk setiap rumah di Malaya


Pengedaran video seks semakin meluas

Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.


Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.

sumber: malaysiakini