Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Friday, October 11, 2019
Bila Ustaz Azhar Idrus Kena Tibai
Gelar ‘menteri iblis’: Ustaz Ali Muda bidas Ustaz Azhar Idrus
Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ustaz Ali Muda membidas gelaran ‘menteri iblis’ yang digunakan penceramah Ustaz Azhar Idrus ketika berada dalam masjid.
Menurutnya, politik Pas dalam masjid itu menganggap seolah-olah apa yang Pas lakukan sebagai suruhan dan kehendak Allah.
“Ustaz yang terkenal dengan kata-kata ‘bodo..’ ini mendakwa ada orang kata haram berbaik-baik atau bergabung sesama Islam (maksudnya sesama orang Pas dan Umno). Dia menyifatkan orang itu sebagai iblis.
“Dia juga mendakwa ada seorang menteri kata tak boleh berbaik-baik atau bergabung (sesama Pas dan Umno) dan dia mengatakan menteri itu adalah menteri iblis.
“Kita nak tanya ustaz ini siapa orang yang kata haram berbaik-baik atau bergabung sesama Islam itu? Dan kita juga mahu tanya dia siapakah menteri iblis yang kata tak boleh berbaik-baik atau bergabung sesama Islam?
“Nampaknya ustaz ini hanya mengajar ikut arus politik Pas dalam masjid. Kononnya apa yang Pas buat itu adalah suruhan Allah dan kehendak Allah semuanya,” bidasnya dipetik dari Facebook beliau.
Beliau mengulas rakaman video berdurasi hampir dua minit yang memaparkan ceramah Ustaz Azhar.
Ustaz Ali berkata, Pas hanya menganggap semua yang pihak lain lakukan untuk kemajuan Islam dan umat Islam adalah tidak betul dan tidak Islamik.
“Yang betul dan Islamik hanyalah yang Pas buat iaitu dasar Membangun Bersama Islam. Jika dulu mengkafirkan Umno itu kehendak Allah atau kerana mencari redha Allah, kini bergabung dengan Umno pula kehendak Allah.
“Mengkafirkan atau memunafikkan Amanah (yang mereka suka sebut Pan) serta menyifatkannya sebagai khadam musuh Allah pula adalah kehendak Allah.
“Dulu Pas kata dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) itu tidak Islam kerana ia cuma kosmetik. Selepas itu, dasar Wawasan 2020 pun tidak Islam kerana ia juga kosmetik dan was-was syaitan (saya masih ingat seorang cikgu kuat Pas mengajar kami tentang hal ini dalam kelas Tingkatan 6 Atas 1991),” katanya.
Selepas itu, jelasnya, Pas turut menganggap Islam Hadhari tidak betul kerana yang betul ialah Hadharah Islamiyah disusuli kemudiannya Islam Wasatiyah juga tidak betul.
“Kini dasar atau gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah pun tidak betul kerana kononnya ia rahmatan lil kafirin dan hendak buat maqasid tetapi tidak mahu syariah,” ulasnya.
Pijak kepala
Dalam klip video itu, Ustaz Azhar berkata penggabungan tanpa menyebut nama parti adalah bukan kerana politik.
“Tetapi kerana Allah kerana hendak menyelamatkan agama Islam. Kewajipan kita membela bumi umat Islam daripada dirampas oleh musuh-musuh Allah.
“Bukan untuk tujuan politik tetapi untuk mempertahankan hak kita. Ini termasuk jihad. Islam sama Islam hendak bergabung, dia kata haram.
“Itu iblisnya namanya. Ada seorang menteri kata tidak boleh gabung, kekalkan dengan perpecahan. Itu menteri iblis namanya,” tohmahnya.
Selanjutnya, Ustaz Azhar menyebut, “kita redha selama ini kita berpecah belah, Allah ajar kita orang kafir naik, pijak kepala kita”.
Sehubungan itu, serunya lagi, bergabung semulalah bukan kerana hendak undi semata-mata kerana tambahnya, “keranaMu Ya Allah dengan kita bergabung walau mengundi atau tidak, turun pertolongan Allah, itu pasti.”
Mengulas lanjut, Ustaz Ali berharap akan ada khalayak pendengar untuk berani tampil bertanya Ustaz Azhar secara berdepan.
“Jangan angguk-angguk dan ketawa sahaja dengan lawak bohongnya itu,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan terjemahan kepada makna Membangun Bersama Islam yang menjadi slogan kerajaan negeri Kelantan.
“Cuma kita nak tanya apa yang membangunnya Islam di negeri pentadbiran Pas? Apakah kualiti umat Islam di negeri Pas lebih baik daripada umat Islam di negeri-negeri lain?
“Dari segi kebersihan, kecekapan pentadbiran, peluang pekerjaan untuk orang Islam adakah negeri Pas lebih baik? Semua orang tahu jawapan kepada persoalan itu,” tambahnya lagi.
sumber...malaysia dateline
Thursday, October 23, 2014
Video Seks Azhar Idrus: Siapa Yang Buat ??
Dalam keadaan harga minyak naik..
Harga barang semakin naik dan diambang pelaksanaan GST..
Kadar jenayah semakin tinggi..
Pemborosan merata rata termasuk 1MDB..
Hutang negara yang semakin meningkat hingga sampai ketahap 'red'..
Fokus terhadap kes rayuan Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman Putrajaya..
Mangkuk mana pulak pi buat video seks menyerupai ostad Azhar Idrus ?
Pembantu Azhar Idrus menafikan individu dalam klip video lucah yang tersebar adalah Azhar dan berkata ia berniat jahat bagi memburukkan institusi ulama di negara ini
Video lucah yang sedang hangat diperkatakan pengguna media sosial menyerupai pendakwah terkenal Azhar Idrus dinafikan pembantunya, Zulkifli Wahab.
Zulkifli berkata, penyebaran video berkenaan berniat jahat dan merupakan usaha bagi memburukkan institusi ulama di negara ini.
"Bukan, jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
“Pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya kepada Harian Metro.
Zulkifli berkata, pelbagai usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk mencemari institusi ulama termasuklah program memegang anjing.
Katanya, Azhar yang popular itu masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini. Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya kepada akhbar itu.
Media sosial sejak semalam tersebar video berdurasi kurang seminit itu memaparkan wajah seorang lelaki yang seakan-akan Azhar melakukan hubungan seks bersama seorang wanita.
sumber...TMI
Wednesday, November 20, 2013
Pierre Andre Mengaku Guna Populariti Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus (tengah) bersama kumpulan Shiro dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.
"Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.
"Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik," katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.
Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.
"Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.
"Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.
"Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata 'ya' untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima," ujarnya.
Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.
Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.
Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.
sumber...Feride Hikmet Atak
Thursday, September 22, 2011
Hantu Bonceng Dari Pandangan Ostad Azhar Idrus

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.
"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog pulakdah di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.
Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.
Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.
"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
sumber...harakahdaily


