Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts
Wednesday, June 10, 2015
Alamat Tak Baik: Parti Erdogan Gagal Menang Majoriti
Turki semalam memasuki fasa baharu pergolakan politik dan kewangan selepas parti pemerintah pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hilang majoriti di Parlimen untuk kali pertama sejak 2002.
Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) yang mendominasi politik Turki sejak 13 tahun lalu gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya umum kelmarin yang dikenali sebagai pilihan raya Parlimen.
AKP kini mempunyai pilihan untuk membentuk sebuah kerajaan campuran atau mengadakan pilihan raya lebih awal.
Keputusan yang merudum itu memusnahkan cita-cita Erdogan mengubah perlembagaan untuk menukar pentadbiran daripada sistem Parlimen kepada sistem Presiden.
Rombakan perlembagaan itu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen. Beberapa bulan sebelum pilihan raya, Erdogan menyasarkan kemenangan 400 kerusi untuk AKP.
Dalam reaksi pertamanya mengenai keputusan pilihan raya, Erdogan mengakui AKP tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian dan menggesa parti-parti politik lain supaya bertanggungjawab dalam proses pembentukan kerajaan baharu.
“Menurut keputusan pilihan raya, tiada satu parti layak membentuk kerajaan,” katanya.
AKP memenangi 41 peratus undi diikuti Parti Republik Rakyat (CHP) sebanyak 25 peratus, Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dengan 16.5 peratus dan Parti Demokratik Rakyat (HDP) memenangi 13 peratus undi.
Peratus keluar mengundi pada pilihan raya kali ini pula ialah 86.5 peratus.
Perkembangan itu membayangkan sokongan kepada AKP telah merosot selepas parti itu memenangi hampir 50 peratus undi pada pilihan raya 2011.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi AKP memenangi 258 daripada 550 kerusi Parlimen diikuti CHP 132 kerusi, manakala MHP dan HDP masing-masing memperoleh 80 kerusi.
sumber...AFP
Label:
erdogan,
luar negara,
Turki
Monday, November 18, 2013
Gambar Banjir Di Riyadh, Saudi
BEBERAPA buah kenderaan meredah sebatang jalan yang dilanda banjir di Riyadh semalam.- AFP
RIYADH - Seorang warga Yemen terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di sini, lapor portal berita gulfnews.com semalam.
Warga Yemen itu sedang berjalan di sebatang jalan yang dinaiki air bersama bapanya di Wadi Namar.
Dia dan bapanya berjalan dengan meredah banjir kerana kereta yang dinaiki mereka tidak boleh menyeberangi jalan tersebut yang dinaiki air.
Namun, si mangsa itu dihanyutkan arus yang deras di depan bapanya.
Portal itu tidak mendedahkan identiti si mangsa cuma menyatakan dia merupakan seorang perempuan.
Pihak berkuasa turut mencari dua lagi langsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir itu.
Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung sesi persekolahan di sini akibat banjir tersebut.
Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Arab Saudi itu sejak kelmarin.
Sebahagian penduduk gembira dengan perubahan cuaca yang berlaku di bandar raya tersebut.
Beberapa buah universiti juga ditutup antaranya Universiti Raja Saud dan Universiti Kesihatan Sains Raja Saud Bin Abdulaziz.
Seorang penduduk di daerah Roudah di sini memberitahu portal berita Arab News, banyak kereta tersangkut di jalan raya ekoran banjir.
sumber... Agensi
Label:
arab saudi,
banjir,
luar negara
Friday, November 8, 2013
Saintis Sahkan Yasser Arafat Diracun
BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.
LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.
"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu
"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.
Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.
Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.
Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.
Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.
Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.
Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.
Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.
Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.
Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.
Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.
Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.
"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.
"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.
"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan.
sumber... Agensi
Label:
luar negara,
saintis
Thursday, November 7, 2013
Masjid Bawah Tanah Pertama Di Dunia
Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah, yang pertama seumpamanya di dunia.Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul.
“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam.
Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.
Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.
Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.
Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.
Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.
sumber...MyMetro
Label:
islam,
luar negara,
masjid,
Turki
Sunday, November 3, 2013
Gambar Baby Ada Bulu (Berbulu)
SAVITA mendakap bayi perempuannya.
Madhavnagar: Bayi baru dilahirkan ini berbulu dari hujung rambut sehingga hujung kakinya merupakan anggota terbaru keluarganya yang digelar Werewolf (serigala jadian).
Bayi berusia 22 hari itu mewarisi gen luar biasa keluarganya yang mengakibatkan keadaan dikenali sebagai Sindrom Werewolf.
Ibunya Savita Sambhaji Raut, 26, berkata, beliau bimbangkan masa depan anak perempuannya itu akibat mewarisi sifat berkenaan, namun reda menerima suratan takdir.
Malah, beliau tetap menyayangi anaknya itu tidak kira rupanya.
Beliau yang ditemui di rumahnya di Madhavnagar, India Tengah berkata: “Saya amat gembira apabila dia selamat dilahirkan, namun saya sedih. Saya bimbangkan masa depannya, namun ini yang ditakdirkan Tuhan untuk kami. Saya ibunya jadi saya mesti menerima dan meneruskan kehidupan.”
Ayah bayi berkenaan Milind bagaimanapun amat gembira menyambut kelahiran anak perempuannya itu.
Bayinya yang masih belum diberi nama antara beberapa ratus orang saja di seluruh dunia yang menghidap Sindrom Werewolf.
Keadaan itu yang turut dikenali sebagai hypertrikosis tidak boleh dirawat.
sumber... AFP
Label:
baby,
bulu,
luar negara
Monday, October 21, 2013
GILA : Ada Pengantin Luar Tabie Pulak !!
(DARI KIRI) Helen, Janis, Maxwell dan Felix.
Donia oh Donia
Macam macam kejadian gila punya duk ada..
Jantan nak jadi pompuan , pompuan nak jadi jantan...
London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan.
sumber... Agensi
Label:
gila,
kawen,
luar negara,
luar tabie
Sunday, September 15, 2013
Madonna Umur 55 Tahun Bertunang Dengan Brahim 25
Tunang Madonna ni Brahem perkasam ke ?
Pastinya bukan ! hahaha
Jarak usia 30 tahun antara Madonna dan Brahim tidak menjadi penghalang kepada cinta mereka.
PENYANYI terkenal Madonna dilaporkan telah memperkenalkan kekasihnya yang berusia 25 tahun iaitu Brahim Zaibat sebagai tunangnya ketika hadir ke sebuah majlis di New York baru-baru ini.
Madonna, 55, yang sebelum ini sering mengelak apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Brahim kelihatan cukup mesra dan terbuka ketika dengan teman lelakinya itu.
"Dia kelihatan sangat gembira dan tidak lagi cuba merahsiakan hubungan cinta dengan Brahim malah sempat memperkenalkan lelaki itu kepada tetamu yang hadir sebagai teman lelakinya," kata sumber terdekat penyanyi itu kepada majalah Lifestyle.
Jelasnya lagi, walaupun jarak usia sebanyak 30 tahun di antara mereka, namun Madonna yakin Brahim adalah lelaki paling sesuai untuk dijadikan suaminya.
Madonna sebelum ini pernah berkahwin dengan Sean Penn dna Guy Ritchie.
sumber...mstar OL
Label:
artis,
brahim,
luar negara,
madonna,
wanita
Saturday, September 14, 2013
Inilah Benda Yang Menakutkan Oprah Winfrey !!
Perakuan dari Oprah sendiri
Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat belon adalah identiti kepada sesuatu pesta. Bagaimanapun, bagi hos popular, Oprah Winfrey, belon merupakan mimpi terburuknya.
Menerusi kenyataannya dalam O Magazine untuk edisi Oktober, Winfrey membuka rahsianya yang agak memalukan itu.
“Saya tak suka belon tetapi untuk ulang tahun ke-40 lalu, semua staf saya memutuskan untuk mengejutkan saya dengan belon,” katanya yang kini berusia 59 tahun.
sumber...s.harian
Label:
artis,
luar negara,
oprah winfrey,
wanita
Friday, August 16, 2013
Gila: Buat Seks Dengan Kucing Pulak
Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar
memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu,
sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan
peliharaannya itu beberapa kali selama setahun.Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.
Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.
Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein.
Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
sumber... Agensi
Label:
buat sex,
gila seks,
kucing,
luar negara
Wednesday, August 14, 2013
Krisis Mesir : 450 Terbunuh, 10,000 Penyokong Morsi Cedera
Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.
Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.
Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.
Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.
Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.
Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.
Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.-14 Ogos 2013.
sumber...TMI
Label:
ikhwan muslimin,
krisis Mesir,
luar negara,
Morsi,
rabaah,
tentera
Sunday, August 11, 2013
Kereta Tertua Di Dunia Dilelong $4.6 juta Dolar US
Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.
Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu.
Syarikat lelongan, RM Auctions memaklumkan kereta yang mempunyai kelajuan maksimum 61 kilometer sejam dan sejak 127 tahun usianya kereta itu hanya mempunyai empat pemilik saja.
Pemilik terakhirnya ialah seorang pengumpul antik, dari Texas, John O’Quinn yang membeli kereta klasik yang pertama kali menyertai satu perlumbaan kereta pada 1887 dengan harga AS$3.5 juta pada 2007.
Kereta itu juga pernah menyertai perlumbaan antara London ke Brighton.
Bagaimanapun, pemilik terbaru kereta itu tidak didedahkan kali ini.
Media Amerika bagaimanapun mendakwa ada sebuah lagi kereta yang kini terletak dalam Muzium Kereta Nasional Britain, yang turut didakwa sebagak kereta tertua di dunia.
Kereta buatan British itu dikeluarkan pada 1875 oleh Robert Neville Grenville yang hanya mempunyai tiga roda.
sumber...AFP
Label:
kereta,
luar negara,
motor,
stim
Monday, August 5, 2013
Gambar Putera Khalid Membelot Dari Kerajaan aL Saud
"Dengan bangga, saya mengumumkan pembelotan saya dari keluarga al-Saud di Arab Saudi," tulisnya dalam pernyataan.
Pangeran Khalid bin Farhan Al-Saud mengumumkan pembelotannya dari keluarga kerajaan al-Saud melalui pernyataan resmi dan menyerukan kepada pangeran lainnya memecah keheningan mereka dan mengungkapkan kebenaran demi Allah.
Pangeran Saudi itu menjelaskan penderitaannya di bawah pemerintahan rezim al-Saud dan menggambarkannya sebagai pengalaman pahit yang diungkapkan dalam twitter bersama penulis Mujtahid serta pembangkang Arab Saad al-Faqih, yang saat ini tinggal di London.
Dikatakannya, dia bersyukur kepada Allah Swt yang membantunya memahami kebenaran mengenai rezim Saudi melalui pengalaman pribadi yang mengerikan, sehingga ia masih bisa memiliki rasa seperti yang orang lain derita di seluruh negeri, sejak masa kecilnya.
"Dengan bangga, saya mengumumkan pembelotan saya dari keluarga al-Saud di Arab Saudi," tulisnya dalam pernyataan.
"Rezim di Arab Saudi ini sudah tidak berdiri dengan aturan Allah atau bahkan aturan negara mapan. Dan semua kebijakan, keputusan, dan tindakan semata-mata dan benar-benar didasarkan pada kehendak pribadi pemimpinnya."
"Semua yang dikatakan di Arab Saudi tentang penghormatan hukum dan aturan agama hanya tiruan, dan mereka bisa berbohong dan berpura-pura bahwa rezim mematuhi aturan Islam."
Dia lebih jauh mengkritik keluarga kerajaan yang menganggap negara sebagai milik pribadi sendiri sambil membungkam semua suara dari dalam dan luar pemerintah yang menyerukan perubahan dan reformasi.
Khalid Bin Farhan juga mengatakan keluarga yang berkuasa sengaja menarik negara dengan kondisi saat ini di mana teriakan orang tertindas diabaikan.
"Mereka tidak berpikir mengenai apa pun kecuali keuntungan pribadi mereka dan tidak pernah peduli kepada negara dan kepentingan rakyat atau bahkan keamanan nasional," tambahnya.
Dia memperingatkan masalah yang menimpa saat ini di Arab Saudi bukan perkara dan hal yang sementara atau dangkal, dan masalah-masalah itu tidak akan berakhir hanya pada pengangguran, upah yang rendah, distribusi kekayaan umum, fasilitas, jasa dan lain-lain
"Masalah-masalah yang ada sangat mendalam dan nyata," katanya, "Masalah-msalah tersebut mengenai korupsi politik dan keuangan serta penyalahgunaan kekuasaan dan korupsi dalam sistem parlemen dan peradilan.
Pangeran Saudi itu menjelaskan, segala sesuatu yang dikatakan oleh oposisi (pembangkang) pro-reformasi mengenai politik, ekonomi, peradilan negara, sosial dan kondisi keamanan serta penyalahgunaan mereka atas nilai-nilai agama adalah benar, dan "situasinya bahkan lebih buruk dari apa yang dikatakan dalam kritik tersebut".
Dia akhirnya meminta semua orang yang masih peduli untuk masa depan negara segera bergabung dengannya dan aliran reformasi dan memecah keheningan pada korupsi yang merajalela di kerajaan al-Saud.
email dari shoutul arif , Surabaya
Label:
arab saudi,
fahad,
khalid bin farhan al saud,
luar negara
Saturday, July 13, 2013
Krisis Syria: Apa Berlaku Di Syria ?
Apa berlaku di Syria?
Saya pernah sampai ke kota Damas - panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.
Sebelum sampai ke Damas saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS - General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.
Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa saya melingkari kota Damas.
Pada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung ada kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami - saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.
Saya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 - lama sebelum Revolusi Iran kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatollah Khomeini masih lagi ‘orang buangan' sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.
Dengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syia di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.
Hari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamaman untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memailih Islam sebagai musuh baru.
Senjata Sunni-Syiah
Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis, kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.
Awas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab - Sunni dan Syiah - untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.
Saya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al-Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab/Islam. Di belakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika. Perkara inilah yang ingin saya terangkan agar ianya dapat membawa pencerahan untuk kita semua. Ini bukan bermakna saya lebih bijak dari pembaca. Apa yang saya paparkan ini hanya satu analisa dari kajian, pembacaan dan pengalaman saya.
Justeru, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Syiah, Kristian, Baath atau Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya: minyak.
Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya: serangan ke atas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.
Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperial Amerika itu bunyinya amat lunak. Lalu saya meminta semua pembaca bertenang dan berfikir sajenak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria. Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi.
Dari fakta pembacaan, negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasullulah.
Demokratik sungguhkah Qatar?
Sebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah darul yang lebih demokratik. Mari kita bertanya: bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?
Telah saya katakan tadi bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.
Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.
Apabila kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.
Sahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.
Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faizal - pada tahun 1972 - ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.
'Kong kalikong' Amerika
Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.
Di sinilah muncul 'kong kalikong' yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar - Saddan Hussein dibunuh. Gadaffi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.
'Kong kalikong' Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertaluk dibawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.
Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kesah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.
Ketika saya di Beirut pada tahun 1975, saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.
Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita. Di Lubnan, Khristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia Melayu dengan Cina.
Oleh :
Label:
amerika syarikat,
krisis syria,
luar negara,
sunni,
syiah
Saturday, July 6, 2013
Mesir Dan Kejatuhan Morsi
Morsi Diguling
Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan. Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa' Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.
Demokrasi Melampau
Adakah istilah 'demokrasi melampau?' Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir. Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau. Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi. Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.
Ikhwan Gagal?
Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan Liberal Sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong grassroot yang kuat. Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan Liberal Sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain. Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.
Masa depan Partisipasi Islamist
Istilah Islamist menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya. Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama , namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya. Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan Dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahgaian sebagai kebangkitan Islamic Fascism. Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.
Memberi Keadilan
Adakah benar dakwaan terhadap Morsi? ataukah ianya tuduhan yang tidak berasas malah sengaja direka secara terancang untuk mengapuskan pengaruh Islam yang terlibat dalam proses demokrasi? Morsi sering mengulangi aduannya bahawa saki baki regim Mubarak masih menguasai beberapa kementerian di mana Morsi gagal untuk membentuk struktur barunya. Ini tidak termasuk dakwaan sabotaj kepada kerajaannya dengan menimbulkan krisis kekurangan tenaga, minyak yang membawa kesan kepada keselesaan rakyat. Rakyat menuduh Morsi gagal dan alasan membuangnya menjadi semakin kukoh pada pandangan awam yang rata-rata berada pada pendapatan US 2.5 dollar seorang. Faktor ekonomi menjadi tekanan terhadap Morsi namun ramai yang mempertikaikan kemampuan untuk reformasi ekonomi dalam jangka masa setahun dan Morsi tidak boleh dipersalahkan. Kementerian Dalam Negeri masih dalam penguasaan saki-baki Mubarak menyebabkan sukar bagi Morsi mengembalikan keadaan stabil dalam negara kerana terlalu banyak sabotaj ke atas inisiatif Morsi.
Reaksi Pro-Morsi
Penganalisis masih menanti reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan dan para aktivisnya dan simpatiannya. Kebimbangan para analisis berpandukan kepada keupayaan Ikhwan untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas tindakan terhadap penggulingan Morsi. Ikhwan terkenal dengan keberanian, disiplin ahlinya dan kesediaan mereka untuk mempertahankan ideologinya dan sebarang kenyataan yang provokatif mampu untuk menambahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Walaupun demikian hingga saat ini, Ikhwan masih senyap dan tetap menyatakan bahawa mereka akan terus membantah tindakan penggulingan Morsi dengan cara aman. Namun siapa yang boleh beri jaminan bahawa kerapuhan yang ada di Mesir berupaya untuk mencetuskan kekacuan kelompok yang sukar untuk dikawal.
Amerika Bersuara
Obama mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika mengambil berat apa yang berlaku dan meminta supaya demokrasi dikembalikan dalam suasana yang telus dan mahkan penguasaan tentera dikembalikan kepada kuasa awam. Malah Obama mahukan tindakan undang-undang tidak dikenakan ke atas Morsi dan penyokongnya. Sudah tentu Amerika akan bertindak balas kerana Amerika mempunyai kepentingan besar di Mesir. Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktirafi Israel pada tahun 1979, sebelum ini Mesir mendapat bantuan ekonomi dan ketenteraan yang besar. Setelah revolusi, bantuan awal US 250 juta diberikan atas semangat reformasi demokrasi dan US 1billion dijanjikan untuk perkembangan selanjutnya ketika Morsi membuat lawatan ke Amerika baru-baru ini. Amerika juga berharap Mesir terus kekal menjadi rakan bagi mengimbangi kuasanya memelihara kewujudan Israel. Morsi tidak dilihat dapat memenuhi kehendak ini berpandukan kepada sikap Ikhwan yang keras terhadap Israel.
Definisi Kuasa Rakyat
Pelik memahami perkembangan di Mesir kerana revoulusi rakyat 25 Jan mahukan kuasa tentera dikawal tetapi perhimpunan terkini di Tahrir Square menjemput kuasa Tentera untuk menggulingkan Morsi. Apakah matlamat awal revolusi dikhianati dengan memberikan kuasa kepada tentera hanya setelah 2 tahun revolusi? Apakah kehendak rakyat hanya boleh disampaikan melalui tentera? Lebih penting ialah apakah makna demokrasi jika perlantikan seseorang boleh dibatalkan di jalanraya tanpa peti-peti undi? Para penentang Morsi menegaskan bagaimana mereka tidak turun ke jalanraya sedangkan Morsi gagal membentuk kerajaannya secara demokratik? Mesir akan melalui fasa-fasa yang menyukarkan dalam menemui wajah sebenar demokrasi setelah terlalu lama dicengkam otokrasi. Kesan reaksi selanjutnya sukar dibayangkan kerana selagi tentera terus mempunyai kata putus dan kedua kelompok berkonflik mahu menyatakan sikapnya, Mesir akan menyaksikan konflik berterusan. Menarik kata-kata Qaradhawi seorang ulamak besar yang menjadi penyokong terkuat revolusi rakyat di Mesir bahawa "Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi setahun"? - 4 Julai, 2013.
Oleh Mujahid Yusuf Rawa
Label:
arab spring,
ikhwan muslimin,
luar negara,
mesir
Tuesday, June 25, 2013
Krisis Syria: Apa Kata Tok Guru Presiden PAS ?
Syria mangsa kesilapan umat Islam sendiri
ulasan...Ketika ini seluruh dunia bersepakat wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990.
Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia.
Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin dunia, negara kuasa besar dan lebih malang lagi termasuklah pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam.
Perlulah kita ingat bahawa para pemimpin kanan Israel, sama ada pimpinan politik atau tentera, telah pun membuat kenyataan terbuka bahawa Israel akan campur tangan menyerang secara langsung ke dalam Syria sekiranya senjata jatuh ke tangan kumpulan Islam, sama ada Ikhwan Muslimin, al-Qaeda atau Hizbullah. Nampaknya Israel tetap menjaga kepentingannya tanpa mengira apakah mazhab yang dianut oleh kumpulan yang bernama Islam. Inilah sikap sebenar negara haram Zionis ini yang menunjukkan sikapnya yang paling bermusuh terhadap Islam.
Aspek yang lain pula, jangan dilupai bahawa semua negara kuasa besar terlibat mewujudkan negara haram Israel sejak tahun 1948 menerusi British Mandate for Palestine. Sejak saat inilah semuanya terpengaruh dengan agenda Zionis yang menjadi guru mencipta ideologi kepada semua negara kuasa besar dan sekutunya yang berbeza ideologi itu. Seterusnya rangkaian Zionis mempengaruhi politik dalaman dan antarabangsa, ekonomi dunia dan medianya.
Sejarah membuktikan, bahawa Zionis ini tidak akan mengizinkan mana-mana kumpulan Islam, sama ada kumpulan itu dari mazhab Sunni, Salafi atau tidak. Mereka juga tidak mengira sama ada kumpulan itu adalah Syiah muktabar atau tidak, dan tanpa mengira pendekatan sederhana atau melampau, Ikhwan atau al-Qaeda atau Hizbullah, semuanya diletakkan dalam satu bakul.
Semuanya tidak diizinkan sekiranya yang mengambil alih kuasa di Syria bagi mengganti Basyar Asad dan Parti Ba'athnya. Israel dan semua kuasa besar itu boleh menerima siapa sahaja yang tidak berjenama Islam tanpa mengira ideologinya. Pendirian mereka ialah bahawa Basyar Asad tetap lebih baik daripada semua kumpulan Islam tanpa mengira mazhab, kerana sebarang perubahan kepada Islam dikira paling membahayakan keselamatan Israel dan menjejaskan kepentingan negara barat dan sekutunya dan juga Rusia, China dan sekutunya.
Bacalah kenyataan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Israel (IDF Chief of Staff) Benny Gantz pada Januari 2012 lalu bahawa Israel boleh menerima puak Alawi dari kumpulan Basyar Asad sebagai pelarian akibat dari Revolusi yang berlaku di Syria, kerana kumpulan ini tidak membahayakan Zionis Israel. Maka akhirnya Kerajaan kumpulan minoriti Alawi yang sesat dan Parti Ba'ath berideologi kiri pimpinan Basyar Asad adalah paling diterima oleh semua kuasa besar itu demi kedudukan masing-masing.
Berlindung dengan kuasa besar
Maka akhirnya rakyat Syria yang menjadi mangsa pertembungan bersenjata yang melibatkan kuasa besar timur dan barat yang melibatkan Amerika, Kesatuan Eropah dan sekutunya, dan juga Rusia, China dan sekutunya.
Terheret sama dalam konflik berdarah ini ialah negara serantau, Turki, negara Arab dan Iran di atas nama strategi masing-masing. Akhirnya Basyar Asad juga yang dilihat lebih berpeluang mengikat semua pihak kerana tidak ada pengganti yang lebih baik daripadanya demi menjaga kepentingan masing-masing. Kezaliman dan kekejaman keluarga Asad menerusi Hafeez al-Asad terhadap rakyatnya sendiri telah berlaku sejak dari tahun 1970-an lagi. Walaupun kumpulan Alawinya yang terlalu kecil (10 peratus) tidak muktabar dalam mazhab Sunni dan Syiah yang muktabar, parti Ba'athnya dapat terus memerintah secara diktator sejak sekalian lama.
Adapun negara serantau pula bertegas dengan strategi masing-masing. Iran dan Hizbullah menjadikan alasan bahawa Basyar Asad adalah rakan strategi jalinan pembekal senjata menentang Israel dan membantu garisan hadapan Palestin dan Selatan Lubnan; dan dalam masa yang sama Syria di bawah kerajaan Alawi dan parti Ba'ath tidak menjadi ancaman besar terhadap Israel. Akhirnya Basyar Asad juga dipertahankan di atas alasan strategi, dengan berlarutan, walau pun membunuh rakyatnya sendiri.
Adapun setengah negara Arab Teluk dan bukan Teluk menganggap Iran dan Hizbullah bersama mazhab syiahnya adalah ancaman kepada mereka setaraf dengan Israel, maka Iran dan Hizbullah perlu dihapuskan. Akhirnya mereka meletakkan Israel dan Basyar Asad sebagai bukan ancaman sebenar, maka Basyar Asad dan parti Ba'athnya tidak penting, maka selamatlah dia.
Dalam masa yang sama Amerika dan sekutunya mengira Iran dan Hizbullah adalah ancaman terbesar, menyebabkan negara-negara barat itu meletakkan semua kumpulan yang berjenama Islam dalam satu bakul bahaya, tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah, Salafi atau Khalafi, Syiah Muqtada al-Sadr atau Sistani, konservatif atau reformasi, tanpa perbezaan di antara kumpulan sederhana yang memilih demokrasi atau pelampau yang mengharamkan demokrasi. Semua yang berjenama Islam adalah pelampau dan mengancam keamanan dunia, khususnya kedudukan keselamatan Israel lebih penting bagi mereka. Rusia dan China juga masing-masing ada saham mewujudkan negara haram Israel, dalam masa yang sama ikut berlumba dalam persaingan mendapat pengaruh dan pasaran di Asia Barat yang berisikan sumber tenaga yang menjadi rebutan.
Ada pun sebahagian lagi negara Arab pula sangat bergantung dengan kuasa besar, sehingga menjadikannya pelindung lebih daripada Allah SWT. Manakala kumpulan Islam Sunni juga dianggap sebagai ancaman kepada sebahagian negara Arab ini, bukan hanya Syiah, sehingga mengizinkan buminya menjadi pangkalan tentera asing yang diambil kesempatan bukannya menjaga kawan, tetapi lebih utama menjaga Israel dan telaga minyak di rantau itu. Hakikatnya ada negara Arab dan negara umat Islam sekitarnya yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Lebih baik Basyar tak berpegang dengan agama...
Akhirnya tindakan mengekalkan Basyar Asad di Syria adalah boleh mengekalkan pasaran dan menambah nilai semua pihak, kerana daripada pihak lain khususnya kumpulan Islam, adalah lebih baik dibiarkan sahaja Basyar Asad dan parti Ba'athnya yang tidak berpegang dengan agama dan mana-mana mazhab yang muktabar.
Sepatutnya umat Islam tidak celaru dalam menentukan sikap. Umat Islam sepatutnya jelas bahawa negara haram Israel diwujudkan secara haram dan dipaksakan ke atas umat Islam, dan dalam masa yang sama negara kuasa besar tidak boleh diberi kepercayaan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Kuasa besar Barat ini hanyalah melihat dua perkara yang paling penting iaitu (1) survival negara haram Israel dan (2) kekuasaan mereka kepada sumber petroleum sebagai asas tenaga negara Barat; bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab yang berdepan dengan konflik berdarah ini, ataupun keselamatan negara-negara Arab rantau teluk itu sendiri.
Bagi penyelesaiannya, semua negara serantau, Arab, Turki dan Iran bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi kembali kepada Islam.
Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.
Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya.
Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS.
Label:
krisis syria,
luar negara,
presiden Pas
Saturday, June 1, 2013
Hensem Punya Pasal Dapat Hadiah Merc Bro..
Mungkin sebbab bro ni ada mata macam RAMBO kot ?
Pipi pon ada gaya macam RAMBO gak..
Hahaha... Macam macam ler citer dalam donia ni...
OTTAWA - Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.
“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.
Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.
sumber...sinarharian
Label:
kacak,
luar negara,
mercedes
Tuesday, May 28, 2013
Ini Macam Perogol Pun Dah Tak Boleh Buat Projek !!
Wanita Turki tembak kemaluan,penggal kepala perogol
SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.
Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.
Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.
Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.
Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.
“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.
“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.
“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.
Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.
Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.
Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.
Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.
Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.
Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.
"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.
“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.
Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.
"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.
"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.
Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.
Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.
Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.
Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.
Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.
"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.
"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.
“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.
"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.
"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.
Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.
Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.
Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.
"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.
Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.
Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.
Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.
“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.
“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.
sumber...sinar harian
*Diterjemah dari laporan CNN
Label:
kes rogol,
luar negara,
Turki,
wanita
Wednesday, May 8, 2013
Selamat Datang Arak Dan Bikini Ke Mesir
Eh bior betol apa yang wa baca nie?
Setahu wa ler kan kan ...
Mesir skang ni daa diperintah oleh Big Brader Ikhwan Al-Muslimin and da geng kan ?
Nie apa pulak yang daa terjadi ?
Arak dan bikini daa boleh beroperasi kembali ..
Booze and bikini are welcome in Egypt
Tourism is a pillar of the Egyptian economy but has suffered since a popular uprising toppled President Hosni Mubarak in 2011.
FEATURE
DUBAI: Islamist-ruled Egypt is open to visitors who drink alcohol and wear bikinis as it sets out to boost numbers by at least a fifth this year, the tourism minister said on Sunday.
Tourism is a pillar of the Egyptian economy but has suffered since a popular uprising toppled President Hosni Mubarak in 2011 and set off two years of periodic rioting and instability.
The minister, Hisham Zaazou, said the government had “optimistic goals” for the sector, and played down comments from radical Salafi Muslim groups who have called for a ban on alcohol and women wearing swimsuits.
“Bikinis are welcome in Egypt and booze is still being served,” Zaazou, speaking in English, told a news conference during a visit to the United Arab Emirates.
“We had talks with these Salafi groups and now they understand the importance of the tourism sector, but still you have some individuals that are not from the leadership saying these things,” added the minister, an independent who is not a member of the ruling Muslim Brotherhood.
Islamist President Mohamed Mursi’s government increased taxes on alcohol in December but backed down after the move was criticized by the tourism sector and by liberals.
Decline and rebound
Before the uprising, tourism was worth more than a tenth of Egypt’s economic output. In 2010, 14.7 million visitors came, generating US$12.5 billion in earnings, but arrivals slowed to 9.8 million the following year and income to US$8.8 billion.
According to Zaazou, 2012 saw a recovery as 11.5 million tourists came and revenues rebounded to about US$10 billion. In the first quarter of 2013 about 3 million tourists visited, a 14.6% rise from the same period last year, he said.
Egypt’s long term target was to reach 30 million tourists and revenues of US$25 billion by 2022.
Zaazou said rebuilding tourism was a national priority. To help meet the goal of increasing visitor numbers by 20 percent this year, his ministry has installed cameras in major resorts which feed live video onto its website.
“We want to show people that Egypt is safe, and the best way to show this is by live streaming. The next step will be to have these images shown on big screens in public squares in Paris or New York.”
Seeking a way into new markets, Egypt tried to open its doors to Iranian tourists this year after 34 years of frozen diplomatic relations. But the move ran into protests from hardline Sunni Islamists in Cairo who accused Iran of trying to spread the Shi’ite faith, leading to the halting of all commercial flights from Iran in April.
“This is just a temporary halt, tourism will resume again and we are currently in talks with these groups who objected,” said Zaazou, who said he hoped the issue would be resolved within two weeks.
- Reuters
sumber...FMT
Label:
arak,
bikini,
luar negara,
mesir,
pelancong
Monday, February 4, 2013
Iran Bina Jet Pejuang Futuristik
GAMBAR yang disiarkan di laman web Presiden Iran menunjukkan Presiden Mahmoud
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.
TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.
Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.
Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.
Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran.
sumber...AFP
Label:
Iran,
luar negara,
pertahanan,
teknologi
Wednesday, October 31, 2012
Taufan Sandy Membadai Amerika Syarikat
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.
Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.
Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.
Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.
Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.
Angka kematian susulan bencana Taufan Sandy meningkat kepada 43 orang setakat ini, dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat berikutan beberapa individu dilaporkan masih hilang, kata pegawai tempatan semalam.
Pegawai di negeri Connecticut, Maryland, New York, New Jersey, North Carolina, Pennsylvania, Virginia dan Virginia Barat melaporkan mangsa yang terkorban akibat ribut, manakala pihak berkuasa Toronto melaporkan, seorang wanita Kanada maut selepas terkena serpihan objek yang berterbangan.
Sandy sudah membunuh sekurang-kurangnya 67 orang termasuk seorang warganegara AS di Puerto Rico apabila taufan itu membadai Caribbean beberapa hari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban di AS dan Kanada adalah 110 orang.
sumber... AFP
Label:
bencana,
luar negara,
sandy superstorm,
taufan
Subscribe to:
Posts (Atom)




















