Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Thursday, July 7, 2011
Umno sah demam kuning dan gelabah biawak
Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini termasuk zul kulim lebai mangkuk
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.
Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.
Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.
Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.
Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.
Amar berkata mereka yang disenaraikan dalam perintah mahkamah boleh ditahan jika memasuki ibu negara.
“Publik boleh masuk (ke Kuala Lumpur) tetapi kami menggesa orang ramai tidak masuk ke Kuala Lumpur pada hari itu,” kata Amar ketika ditanya sama ada halangan ini termasuk publik.
Selain tiga pemimpin tersebut turut tersenarai ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Teresa Kok, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, Presiden Jemaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hasan.
Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang Sabtu ini sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.
Katanya mereka yang melanggar perintah boleh didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
sumber...TMinsider