Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Wednesday, July 13, 2011
BN Ternyata belum kuat untuk tawan Selangor
DUN lulus usul, kutuk kegagalan BN bina jambatan ketiga di Klang
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara meluluskan usul untuk mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Pusat yang enggan membina jambatan ketiga di Klang.
Usul itu dibawa ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan bagi membantah kegagalan kerajaan BN membina projek berkenaan seperti dijanjikan sejak 2008.
“Kerajaan Pusat menjadikan projek pembinaan jambatan di Klang sebagai usaha memancing undi Barisan Nasional. Perkara ini dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12 diadakan iaitu pada 4 Mac 2008.
“Tetapi, sehingga hari ini projek yang kononnya akan siap dalam tempoh dua setengah tahun itu tidak pernah dimulakan,” kata Manoharan ketika membawa usul tersebut.
Pandangan itu dipersetujui oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat lain yang turut menyelar sikap pilih kasih Barisan Nasional melaksana projek pembinaan infrastruktur di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti Selangor.
Sementara itu ADUN Hulu Klang, Saari Sungib yang mencelah ketika usul dibacakan bercadang supaya penduduk di Klang berpakaian kuning dan berhimpun di tapak cadangan jambatan sebagai tanda protes.
“Kita harap Majlis Perbandaran Klang, kakitangannya dan penduduk di Klang boleh memainkan peranan.
“Rakyat di Klang tidak boleh duduk diam dan kita tak boleh tunggu wakil rakyat dari daerah Klang sahaja yang berjuang,” kata Shaari Sungib.
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew mencelah, projek pembinaan jambatan ketiga yang merentasi Sungai Klang di tengah bandar itu difahamkan berjumlah RM 230 juta.
Menurutnya, Upacara pecah tanah pada masa itu dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu bersama bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo.
Katanya, Projek pembinaan jambatan dengan menaiktaraf jalan sepanjang 3.8 kilometer itu meliputi 2 kilometer jalan baru dan jambatan sepanjang 0.5 kilometer.
“Projek ini bukan sahaja untuk memancing undi, tapi projek ‘mee segera’. Selepas mereka gagal mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-12, maka projek dihentikan serta merta.
“Ini adalah ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat negeri Selangor,” tegas Ronnie.
sumber...Keadilandaily
Label:
Pakatan Rakyat,
Selangor,
Umno/bn