Followers

Wednesday, July 20, 2011

Bersih: Wartawan makan upah pertahan gambar tulen


Kalau dah namanya makan gaji,apa nak kata lagi, tapi mengapa tak pastikan apa benda yang dipegang oleh saudara Abdul Razak tu.

kantoi mantoi lagi puak puak dan suku sakat najib rosmah nie.


Bersih: Persatuan jurufoto pertahan gambar akhbar Kumpulan NST

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.

Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada pukul 3.30 petang ini.

Dalam laporan itu MPPA mempertahankan keaslian gambar itu dan menafikan dakwaan seorang lelaki dalam laman sosial “Facebook” pada 11 Julai lepas bahawa gambar itu “super imposed.”

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mat Salim berkata gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju putih, berseluar celoreng tentera serta bertopeng seperti hendak melontarkan sesuatu kira-kira pukul 12 tengah hari di hadapan Dataran Maybank yang menjadi gambar muka hadapan akhbar New Sunday Times dan Berita Minggu keesokan harinya, adalah gambar tulen.

Beliau berkata tuduhan lelaki itu yang dianggap liar dan tanpa usul periksa boleh menjejaskan imej MPPA yang dianggotai 400 jurugambar, terutama jurugambar media.

sumber...TMinsider