Followers

Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Tengok Muka LAHANAT Utama Pembunuhan Beramai Ramai Penyokong Presiden Morsi







Luu orang bayangkan dengan dana sebesar USD 5 Billion..

Macam macam benda atau perkara boleh dibuat bro..

Boleh beli orang beli alat senjata dan sebagainya..
Aqidah orang pon boleh dibeli bro..

Soalan yang selalu berlegar di ruang sosial, kenapa Arab Saudi tidak mengadakan
pilihanraya dalam negerinya?
Tidak JANTANkah pemimpin/Raja Arab Saudi ?

Kenapa Arab Saudi suka sangat menjadi 'sponsor' utama tindakan
BARBARIAN dalam segala krisis samada di Yaman,Bahrain,Syria,Lebanon,Iraq
dan terkini di Mesir ?

Hanya mereka yang memahami istilah 'rule behind the bush' akan dapat jawapan yang konkrit.

Raja Abdullah Arab Saudi sokong tindakan ganas tentera Mesir



Raja Abdullah menggesa warga Arab bersatu menentang percubaan untuk menggugat kestabilan Mesir.

Raja Arab Saudi itu menggesa penduduk Timur Tengah untuk menghalang percubaan pengganas untuk mengganggu gugat keamanan rantau itu.

"Kerajaan Arab Saudi dan rakyatnya bersatu menentang keganasan di Mesir, katanya dipetik dari laporan Al Jazeera.

"Saya menggesa kerajaan Mesir, Arab dan negara Islam lain bersatu menentang keganasan yang telah menggugat keamanan wilayah Arab dan orang Islam," katanya.

Beliau turut menanam keyakinan keadaan di Mesir akan kembali seperti sedia kala.
Arab Saudi nerupakan bekas sekutu rapat bekas presiden Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan tegang dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Beliau menyumbang US$5 bilion (RM16.4 bilion) kepada Mesir selepas Dr Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin digulingkan tentera bulan lalu.

Keganasan tercetus sejak beberapa hari lalu diantara penyokong bekas presiden Morsi dan kumpulan menentangnya sehingga menyebabkan ada yang terbunuh dan ramai cedera.

Oleh Hasbullah Awang Chik TMI

Saturday, July 6, 2013

Mesir Dan Kejatuhan Morsi




Morsi Diguling

Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan. Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa' Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.

Demokrasi Melampau

Adakah istilah 'demokrasi melampau?' Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir. Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau. Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden   yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi. Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.

Ikhwan Gagal?

Salah satu faktor yang dikatakan menyebabkan kepimpinan Morsi dipertikaikan ialah tanggapan bahawa Ikhwan telah mendominasi politik Mesir sedangkan kebangkitan rakyat adalah terjemahan berbagai pihak. Tanggapan bahawa Morsi tidak mewakili kehendak rakyat dan hanya mewakili kelompoknya adalah asas yang menjadi kempen penentang Morsi. Perlu diingatkan bahawa Morsi memenangi Pilihanraya Presiden dengan meraih 52% sahaja sokongan rakyat. Golongan Liberal Sekular tiada pilihan calon mereka kerana Morsi yang mewakili parti Kebebasan dan Keadilan adalah cabang politik Ikhwan yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai penyokong grassroot yang kuat. Kemenangan Morsi dilihat sebagai terjemahan kepada kekuatan Ikhwan yang wujud sekian lama (hampir 85 tahun) dan berjaya kekal dalam suasana politik yang tidak menyebelahinya sepanjang proses itu. Kegagalan Ikhwan mentadbir negara yang cuba digambarkan oleh musuh politiknya dari kalangan Liberal Sekular akan meninggalkan bekas yang buruk kepada Ikhwan malah ia adalah isyarat kepada potensi kegagalan mana-mana parti Islam yang mahukan kuasa politik di mana-mana negara lain. Ikhwan Muslimin dianggap sebagai paling kanan dan menjadi idola kepada hampir semua gerakan Islam dunia malah mempunyai cawangannya di hampir seluruh dunia Islam khususnya. Propaganda ini berjaya membunuh dua burung dengan satu batu atau serampang dua mata untuk meranapkan cita-cita politikal Islam yang menyertai proses demokrasi hari ini.

Masa depan Partisipasi Islamist

Istilah Islamist menggambarkan kelompok penyertaan gerakan Islam dalam gerakan politik dan sivil sebagai salah satu komitmen terhadap proses demokrasi. Ia berbeza dengan istilah teroris yang bergerak di luar kerangka demokrasi yang mengimani cara keganasan sebagai mencapai matlamat Islamnya. Ikhwan di Mesir selama ini menegaskan dirinya sebagai entiti yang meyakini cara aman untuk memenangkan cita-citanya, malangnya sebelum Revolusi 25 Jan, Ikhwan tiada banyak pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengan tekanan yang kuat dari regim tentera. Walaupun tertindas begitu lama , namun ia mampu menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa hilang pengaruh dan kekuatan prinsipnya. Setelah Revolusi Rakyat, Ikhwan muncul sebagai entiti yang paling berpengaruh dan tersusun berbanding dengan golongan lain. Pasti nya penyertaan dalam proses demokrasi post Revolusi memberikan Ikhwan kelebihan lantas memenangi Pilihanraya Presiden setahun yang lalu. Dari sudut prinsip demokrasi, Ikhwan telah memenangi pilihanraya melalui Parti Kebebasan Dan Keadilan secara demokratik namun kemenangannya terus diragui dari sudut keyakinan dan tindakan politiknya yang sering disalahtanggap.Malah kemenangan Ikhwan tempoh hari dianggap sebahgaian sebagai kebangkitan Islamic Fascism.  Kejatuhan Morsi pasti akan memberi kesan yang besar kepada persoalan partisipasi politikal Islam dalam proses demokrasi.

Memberi Keadilan

Adakah benar dakwaan terhadap Morsi? ataukah ianya tuduhan yang tidak berasas malah sengaja direka secara terancang untuk mengapuskan pengaruh Islam yang terlibat dalam proses demokrasi? Morsi sering mengulangi aduannya bahawa saki baki regim Mubarak masih menguasai beberapa kementerian di mana Morsi gagal untuk membentuk struktur barunya. Ini tidak termasuk dakwaan sabotaj kepada kerajaannya dengan menimbulkan krisis kekurangan tenaga, minyak yang membawa kesan kepada keselesaan rakyat. Rakyat menuduh Morsi gagal dan alasan membuangnya menjadi semakin kukoh pada pandangan awam yang rata-rata berada pada pendapatan US 2.5 dollar seorang. Faktor ekonomi menjadi tekanan terhadap Morsi namun ramai yang mempertikaikan kemampuan untuk reformasi ekonomi dalam jangka masa setahun dan Morsi tidak boleh dipersalahkan. Kementerian Dalam Negeri masih dalam penguasaan saki-baki Mubarak menyebabkan sukar bagi Morsi mengembalikan keadaan stabil dalam negara kerana terlalu banyak sabotaj ke atas inisiatif Morsi.

Reaksi Pro-Morsi

Penganalisis masih menanti reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan dan para aktivisnya dan simpatiannya. Kebimbangan para analisis berpandukan kepada keupayaan Ikhwan untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas tindakan terhadap penggulingan Morsi. Ikhwan terkenal dengan keberanian, disiplin ahlinya dan kesediaan mereka untuk mempertahankan ideologinya dan sebarang kenyataan yang provokatif mampu untuk menambahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Walaupun demikian hingga saat ini, Ikhwan masih senyap dan tetap menyatakan bahawa mereka akan terus membantah tindakan penggulingan Morsi dengan cara aman. Namun siapa yang boleh beri jaminan bahawa kerapuhan yang ada di Mesir berupaya untuk mencetuskan kekacuan kelompok yang sukar untuk dikawal.

Amerika Bersuara

Obama mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika mengambil berat apa yang berlaku dan meminta supaya demokrasi dikembalikan dalam suasana yang telus dan mahkan penguasaan tentera dikembalikan kepada kuasa awam. Malah Obama mahukan tindakan undang-undang tidak dikenakan ke atas Morsi dan penyokongnya. Sudah tentu Amerika akan bertindak balas kerana Amerika mempunyai kepentingan besar di Mesir. Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktirafi Israel pada tahun 1979, sebelum ini Mesir mendapat bantuan ekonomi dan ketenteraan yang besar. Setelah revolusi, bantuan awal US 250 juta diberikan atas semangat reformasi demokrasi dan US 1billion dijanjikan untuk perkembangan selanjutnya ketika Morsi membuat lawatan ke Amerika baru-baru ini. Amerika juga berharap Mesir terus kekal menjadi rakan bagi mengimbangi kuasanya memelihara kewujudan Israel. Morsi tidak dilihat dapat memenuhi kehendak ini berpandukan kepada sikap Ikhwan yang keras terhadap Israel.

Definisi Kuasa Rakyat

Pelik memahami perkembangan di Mesir kerana revoulusi rakyat 25 Jan mahukan kuasa tentera dikawal tetapi perhimpunan terkini di Tahrir Square menjemput kuasa Tentera untuk menggulingkan Morsi. Apakah matlamat awal revolusi dikhianati dengan memberikan kuasa kepada tentera hanya setelah 2 tahun revolusi? Apakah kehendak rakyat hanya boleh disampaikan melalui tentera? Lebih penting ialah apakah makna demokrasi jika perlantikan seseorang boleh dibatalkan di jalanraya tanpa peti-peti undi? Para penentang Morsi menegaskan bagaimana mereka tidak turun ke jalanraya sedangkan Morsi gagal membentuk kerajaannya secara demokratik? Mesir akan melalui fasa-fasa yang menyukarkan dalam menemui wajah sebenar demokrasi setelah terlalu lama dicengkam otokrasi. Kesan reaksi selanjutnya sukar dibayangkan kerana selagi tentera terus mempunyai kata putus dan kedua kelompok berkonflik mahu menyatakan sikapnya, Mesir akan menyaksikan konflik berterusan. Menarik kata-kata Qaradhawi seorang ulamak besar yang menjadi penyokong terkuat revolusi rakyat di Mesir bahawa "Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun, tapi tidak boleh bersabar dengan Morsi setahun"? - 4 Julai, 2013.

Oleh Mujahid Yusuf Rawa

Wednesday, May 8, 2013

Selamat Datang Arak Dan Bikini Ke Mesir


Eh bior betol apa yang wa baca nie?

Setahu wa ler kan kan ...

Mesir skang ni daa diperintah oleh Big Brader Ikhwan Al-Muslimin and da geng kan ?

Nie apa pulak yang daa terjadi ?

Arak dan bikini daa boleh beroperasi kembali ..

Booze and bikini are  welcome in Egypt


Tourism is a pillar of the Egyptian economy but has suffered since a popular uprising toppled President Hosni Mubarak in 2011.
FEATURE
DUBAI: Islamist-ruled Egypt is open to visitors who drink alcohol and wear bikinis as it sets out to boost numbers by at least a fifth this year, the tourism minister said on Sunday.
Tourism is a pillar of the Egyptian economy but has suffered since a popular uprising toppled President Hosni Mubarak in 2011 and set off two years of periodic rioting and instability.
The minister, Hisham Zaazou, said the government had “optimistic goals” for the sector, and played down comments from radical Salafi Muslim groups who have called for a ban on alcohol and women wearing swimsuits.
Bikinis are welcome in Egypt and booze is still being served,” Zaazou, speaking in English, told a news conference during a visit to the United Arab Emirates.
“We had talks with these Salafi groups and now they understand the importance of the tourism sector, but still you have some individuals that are not from the leadership saying these things,” added the minister, an independent who is not a member of the ruling Muslim Brotherhood.
Islamist President Mohamed Mursi’s government increased taxes on alcohol in December but backed down after the move was criticized by the tourism sector and by liberals.
Decline and rebound
Before the uprising, tourism was worth more than a tenth of Egypt’s economic output. In 2010, 14.7 million visitors came, generating US$12.5 billion in earnings, but arrivals slowed to 9.8 million the following year and income to US$8.8 billion.
According to Zaazou, 2012 saw a recovery as 11.5 million tourists came and revenues rebounded to about US$10 billion. In the first quarter of 2013 about 3 million tourists visited, a 14.6% rise from the same period last year, he said.
Egypt’s long term target was to reach 30 million tourists and revenues of US$25 billion by 2022.
Zaazou said rebuilding tourism was a national priority. To help meet the goal of increasing visitor numbers by 20 percent this year, his ministry has installed cameras in major resorts which feed live video onto its website.
“We want to show people that Egypt is safe, and the best way to show this is by live streaming. The next step will be to have these images shown on big screens in public squares in Paris or New York.”
Seeking a way into new markets, Egypt tried to open its doors to Iranian tourists this year after 34 years of frozen diplomatic relations. But the move ran into protests from hardline Sunni Islamists in Cairo who accused Iran of trying to spread the Shi’ite faith, leading to the halting of all commercial flights from Iran in April.
“This is just a temporary halt, tourism will resume again and we are currently in talks with these groups who objected,” said Zaazou, who said he hoped the issue would be resolved within two weeks.
- Reuters

sumber...FMT

Wednesday, November 23, 2011

Tantawi Diseru Letak Jawatan


PENUNJUK perasaan veteran memakai topeng bagi mengelak gas pemedih mata ketika menyertai protes di Dataran Tahrir, semalam.

Husin Tantawi diseru meletakkan jawatan

“Letak jawatan!” kata ribuan penunjuk perasaan Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir di bandar raya ini, kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi.

Gesaan serupa 10 bulan lalu berjaya menggulingkan bekas ketuanya, Hosni Mubarak. 

Puluhan ribu penunjuk perasaan membanjiri dataran berkenaan semalam untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengambil alih kuasa Februari lalu selepas Hosni disingkirkan.

“Rakyat mahu ketua majlis tentera dijatuhkan,” laung mereka, merujuk kepada Hussein, bekas Menteri Pertahanan Hosni yang kini memerintah negara itu.

Seorang penunjuk perasaan dilihat menggantung patung seorang lelaki pada tiang lampu dengan kata-kata berbunyi ‘hukuman gantung terhadap Ketua Majlis Tentera.’

Perhimpunan besar-besaran di Tahrir diadakan selepas pertempuran selama tiga hari antara polis dengan penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik.

Pertempuran masih berterusan di pinggir dataran berkenaan dengan polis menggunakan belantan, gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyurai penunjuk perasaan.

Dalam usaha meredakan krisis berkenaan, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) mempelawa semua parti politik menghadiri mesyuarat tergempar, semalam.
Ikwanul Muslimin, badan politik yang paling tersusun di Mesir berkata, ia akan mengambil bahagian dalam perbincangan itu.

Bagaimanapun, tidak ada tanda-tanda menunjukkan mereka yang berada di belakang tunjuk perasaan itu akan menghadirinya.

Sebelum itu, penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, pusat revolusi Mesir yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu, berarak sambil melaungkan slogan menyelar SCAF dan polis.

“Kementerian Dalam Negeri ialah penjahat,” laung penunjuk perasaan itu ketika berarak untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

Pasukan perubatan berkata, dua lagi terbunuh awal semalam, menjadikan angka kematian akibat pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan sejak Sabtu lalu kepada 36.

Kabinet Mesir yang terdiri daripada pegawai awam yang dilantik SCAF mengumumumkan perletakan jawatannya lewat kelmarin.

Bagaimanapun, laporan televisyen milik kerajaan memetik sumber SCAF sebagai berkata, perletakan jawatan itu ditolak.

“Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf mengemukakan perletakan jawatannya kep kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera,” kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan. 

sumber... AFP

Korban protes Mesir meningkat

PENUNJUK perasaan Mesir cuba melontar bekas gas pemedih mata ke arah anggota keselamatan ketika perusuh lain cuba mengelak menghidunya dalam pertempuran hari ke-3 di Dataran Tahrir, Kaherah.

KAHERAH: Angka korban pertempuran antara penunjuk perasaan anti pemerintahan tentera dengan anggota keselamatan Mesir sejak tiga hari lalu meningkat kepada 24 orang semalam, perkembangan yang mengancam pilihanraya Parlimen seminggu lagi.

Tentera mendakwa, keganasan terbaru tidak akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan tetapi ia pasti menjejaskan kesahihannya.
Ada pihak tertentu termasuk golongan konservatif menjangka mereka akan mendapat sokongan kuat dalam pengundian 29 November depan dan menuduh pihak tentera sengaja membiarkan keadaan tidak tenteram untuk terus memerintah.
Selain itu, buat kali pertama sejak revolusi menggulingkan Hosni Mubarak, polis Mesir berpakaian seragam hitam. Unit keselamatan seragam itu adalah unit penindasan paling dibenci ketika pemerintahan Mubarak.

Penunjuk perasaan berkata, mereka melihat tiada beza antara jeneral dan presiden yang dijatuhkan.

Seorang penunjuk perasaan menyifatkan keganasan dilakukan kerajaan tentera sama seperti rejim lama.

“Kami cuma mempunyai satu tuntutan: tentera mesti meletak jawatan dan diganti dengan majlis awam. Keganasan menunjukkan Mubarak masih berkuasa,” kata Ahmed Hani.
Selama protes baru meletus, polis berdepan dengan bilangan penunjuk perasaan yang semakin ramai di tengah Kaherah, melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang ramai di Dataran Tahrir, pusat revolusi yang menjatuhkan Mubarak.

Penunjuk perasaan membalas dengan balingan batu dan bom petrol dan menjelang tengah hari kelmarin dataran itu kembali dikuasai mereka.

sumber... Agensi/AFP

Sunday, October 2, 2011

Apa Motif Artis Hollywood Sean Penn Turut Berdemo Di Mesir



SEAN PENN berjalan bersama pelakon Mesir, Khaled El-Nabawy (bertopi) ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah.
KAHERAH - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn dilapor menyertai ribuan aktivis Mesir yang memenuhi bandar Kaherah kelmarin untuk menuntut pemerintah tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga menggesa supaya undang-undang darurat yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas musuh politiknya ditamatkan.

Media tempatan melaporkan bahawa Penn memegang bendera Mesir, sambil berjalan bersama pelakon Mesir Khaled el-Nabawi di Dataran Tahrir.

Lokasi itu dipilih untuk mengadakan demonstrasi yang mereka sifatkan sebagai 'menuntut kembali revolusi' berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintah tentera mengendalikan peralihan kuasa.

sumber... AP

Saturday, September 10, 2011

Kedutaan Israel diserbu, duta dan staf lari keluar Mesir

KAHERAH, 10 Sept — Duta Israel ke Mesir meninggalkan Kaherah hari ini ekoran gelombang keganasan yang menyaksikan penunjuk perasaan yang marah menyerbu bangunan misi rejim Yahudi itu di sini.
Media kerajaan melaporkan bahawa sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk membawa keluar duta, keluarganya dan kakitangan mereka kembali ke Tel Aviv.

Perkembangan terbaru ini membawa Mesir ke dalam krisis diplomatik paling buruk sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu.
Keganasan meletus malam tadi.

Amerika Syarikat, yang menyalurkan berbilion dolar dalam bentuk kerjasama ketenteraan kepada Mesir sejak perjanjian damai dengan Israel pada 1979, melahirkan kebimbangan ekoran keganasan selepas penunjuk perasaan mencampakkan dokumen-dokumen kedutaan dan bendera Israel melalui tingkap.

Polis melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan pula membakar tayar di jalan-jalan dan sekuarang-kurangnya dua kenderaan dibakar dekat dengan kedutaan, yang terletak di bahagian atas blok apartmen kediaman yang menghala ke Sungai Nil.

Ketika subuh tadi, kira-kira 500 penunjuk perasaan terus berada di jalan-jalan raya. Sesetengahnya membaling batu ke arah polis dan kenderaan tentera.

Ia merupakan keganasan kali kedua ke atas kedutaan itu sejak lima pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam operasi Israel bulan lalu. Insiden itu telah menyebabkan Mesir memutuskan untuk menarik balik dutanya.

Duta Israel Yitzhak Levanon berlepas ke Tel Aviv bersama kakitangan dan keluarganya awal pagi ini.

Tindakan menarik balik diplomat Israel meskipun buat sementara waktu dari Mesir, negara Arab pertama menandatangani perjanjian damai dengan rejim Yahudi, akan menggugat keyakinan Israel.

Israel juga berhadapan dengan krisis diplomat dengan Turki, sejak minggu lalu ekoran serangan tentera laut Yahudi itu ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan rakyatnya terbunuh Mei 2010.

“Tindakan ini menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan revolusi muda Mesir ke atas Israel khususnya sejak serangan Yahudi yang menyebabkan askar-askar Mesir terbunuh,” kata penganalisis politik Mesir Nabil Abdel Fattah kepada Reuters.

sumber...TMI