Followers

Showing posts with label protester. Show all posts
Showing posts with label protester. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Korban protes Mesir meningkat

PENUNJUK perasaan Mesir cuba melontar bekas gas pemedih mata ke arah anggota keselamatan ketika perusuh lain cuba mengelak menghidunya dalam pertempuran hari ke-3 di Dataran Tahrir, Kaherah.

KAHERAH: Angka korban pertempuran antara penunjuk perasaan anti pemerintahan tentera dengan anggota keselamatan Mesir sejak tiga hari lalu meningkat kepada 24 orang semalam, perkembangan yang mengancam pilihanraya Parlimen seminggu lagi.

Tentera mendakwa, keganasan terbaru tidak akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan tetapi ia pasti menjejaskan kesahihannya.
Ada pihak tertentu termasuk golongan konservatif menjangka mereka akan mendapat sokongan kuat dalam pengundian 29 November depan dan menuduh pihak tentera sengaja membiarkan keadaan tidak tenteram untuk terus memerintah.
Selain itu, buat kali pertama sejak revolusi menggulingkan Hosni Mubarak, polis Mesir berpakaian seragam hitam. Unit keselamatan seragam itu adalah unit penindasan paling dibenci ketika pemerintahan Mubarak.

Penunjuk perasaan berkata, mereka melihat tiada beza antara jeneral dan presiden yang dijatuhkan.

Seorang penunjuk perasaan menyifatkan keganasan dilakukan kerajaan tentera sama seperti rejim lama.

“Kami cuma mempunyai satu tuntutan: tentera mesti meletak jawatan dan diganti dengan majlis awam. Keganasan menunjukkan Mubarak masih berkuasa,” kata Ahmed Hani.
Selama protes baru meletus, polis berdepan dengan bilangan penunjuk perasaan yang semakin ramai di tengah Kaherah, melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang ramai di Dataran Tahrir, pusat revolusi yang menjatuhkan Mubarak.

Penunjuk perasaan membalas dengan balingan batu dan bom petrol dan menjelang tengah hari kelmarin dataran itu kembali dikuasai mereka.

sumber... Agensi/AFP

Saturday, September 10, 2011

Kedutaan Israel diserbu, duta dan staf lari keluar Mesir

KAHERAH, 10 Sept — Duta Israel ke Mesir meninggalkan Kaherah hari ini ekoran gelombang keganasan yang menyaksikan penunjuk perasaan yang marah menyerbu bangunan misi rejim Yahudi itu di sini.
Media kerajaan melaporkan bahawa sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk membawa keluar duta, keluarganya dan kakitangan mereka kembali ke Tel Aviv.

Perkembangan terbaru ini membawa Mesir ke dalam krisis diplomatik paling buruk sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu.
Keganasan meletus malam tadi.

Amerika Syarikat, yang menyalurkan berbilion dolar dalam bentuk kerjasama ketenteraan kepada Mesir sejak perjanjian damai dengan Israel pada 1979, melahirkan kebimbangan ekoran keganasan selepas penunjuk perasaan mencampakkan dokumen-dokumen kedutaan dan bendera Israel melalui tingkap.

Polis melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan pula membakar tayar di jalan-jalan dan sekuarang-kurangnya dua kenderaan dibakar dekat dengan kedutaan, yang terletak di bahagian atas blok apartmen kediaman yang menghala ke Sungai Nil.

Ketika subuh tadi, kira-kira 500 penunjuk perasaan terus berada di jalan-jalan raya. Sesetengahnya membaling batu ke arah polis dan kenderaan tentera.

Ia merupakan keganasan kali kedua ke atas kedutaan itu sejak lima pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam operasi Israel bulan lalu. Insiden itu telah menyebabkan Mesir memutuskan untuk menarik balik dutanya.

Duta Israel Yitzhak Levanon berlepas ke Tel Aviv bersama kakitangan dan keluarganya awal pagi ini.

Tindakan menarik balik diplomat Israel meskipun buat sementara waktu dari Mesir, negara Arab pertama menandatangani perjanjian damai dengan rejim Yahudi, akan menggugat keyakinan Israel.

Israel juga berhadapan dengan krisis diplomat dengan Turki, sejak minggu lalu ekoran serangan tentera laut Yahudi itu ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan rakyatnya terbunuh Mei 2010.

“Tindakan ini menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan revolusi muda Mesir ke atas Israel khususnya sejak serangan Yahudi yang menyebabkan askar-askar Mesir terbunuh,” kata penganalisis politik Mesir Nabil Abdel Fattah kepada Reuters.

sumber...TMI