Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Tuesday, March 12, 2019
Ini Bukti PH Dikuasai Oleh DAP !
Pernahkah Kelantan dan Terengganu merasai nikmat begini di era BN ?
1. Kerajaan Pakatan Harapan telah pulangkan Royalti minyak untuk Terengganu dan akan diikuti oleh Kelantan setelah selesai kes tarik balik saman . 1 manifesto Pakatan Harapan telah terlaksana.
2. RM1.4 Bilion disalurkan ke Kelantan untuk pembangunan.
3. Semua keputusan kerajaan terlebih dahulu dipersetujui dari Majlis Presiden Pakatan Harapan.Tiada dominasi oleh mana mana pihak parti.
Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembangunan di Kelantan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu bertambah sebanyak RM200 juta berbanding sebelum ini.
Katanya, lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan termasuk membesarkan dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR); Jambatan Palekbang dan jalan raya Pasir P-Machang-Jeli.
“Kelantan juga antara negeri yang diberi keutamaan untuk mendapat agihan peruntukan pembangunan dalam RMK-11.
“Sejumlah RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan di Kelantan sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan dan kita harap ada penyelarasan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Tindakan Negeri dan perjumpaan dengan penjawat awam di Tunjung, yang pertama kali diadakan selepas menjawat jawatan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.
Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Isnin lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terangganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Jelas Mohamed Azmin, Perdana Menteri ingin melihat pembangunan di semua wilayah di negara ini dan memberikan keutamaan kepada enam negeri termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Katanya, peruntukan sebanyak RM450 juta bagi membesarkan dan menaik taraf LTSIP dijangka akan bermula akhir tahun ini.
Ujarnya, pembesaran lapangan terbang itu perlu dilaksanakan memandangkan berlaku kesesakan luar biasa pada masa ini apabila penumpang melebihi kapasiti 1.5 juta orang.
Pembesaran LTSIP dijangka akan dapat menampung lebih empat juta penumpang pada satu-satu masa.
Beliau berkata, projek LPT3 dari Gemuruh, Terengganu hingga Tumpat sejauh 150km diberi keutamaan bagi membangunkan ekonomi di kawasan pesisiran pantai dan dapat memajukan Pelabuhan Tok Bali serta memastikan industri di kawasan pembangunan dapat dikeluarkan dengan lebih efisyen.
Tambahnya, projek itu adalah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan pembangunan komprehensif yang memberi impak yang besar kepada rakyat Kelantan termasuk peluang pekerjaan.
sumber...Astro Awani
#macaipasumnosilameroyan
Label:
manifesto,
Pakatan Harapan,
royalti