Followers

Saturday, March 9, 2019

Mat Hasan: Kerajaan 'UG' Pas-Umno di 4 Negeri (VIDEO)



Umno mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan (UG) dengan PAS pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini, maklum pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan.

Mohamad dipetik Utusan Online berkata ia akan dinamakan Kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir BN dan PAS.

Menurut timbalan presiden Umno, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat parti itu yang dipengerusikan Naib Presiden, Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa dibentuk PAS kelak.

"Sebab itu saya bincang dengan Pas tempoh hari, kalau boleh kita mulakan dulu kerajaan campuran dikenali sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah ini di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis," katanya.

Sementara itu, beliau juga berkata kerjasama itu akan membuatkan PH tidak senang duduk di Perak dan Kedah.

"Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan 'goncangkan' agar mereka (PH) tidak senang duduk," katanya lagi.

Selepas PRU14, kerjasama PAS dan Umno bermula pada pilihan raya kecil di Cameron Highlands dan membuahkan hasil pada PRK Semenyih apabila merampas kembali kerusi DUN itu setelah terlepas kepada Bersatu pada pilihan raya umum Mei 2018.

Pada 5 Mac lalu, PAS dan Umno mengumumkan telah rasmi 'bersanding' selepas bermusyawarah lebih dua jam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hal itu dinyatakan Mohamad, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin kanan kedua-dua parti.

Kenangan bersama almarhum Tok Guru Nik Aziz


Nik Aziz tidak benarkan Pas bergabung dengan UMNO

Pendirian tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak akan sesekali membenarkan Pas bergabung dengan UMNO sehingga tiada sesiapa dalam kalangan Pas berani untuk menyuarakan pandangan itu.

Bahkan menurut Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Nik Aziz akan meludah muka sesiapa yang berani berkata demikian.

"Tuk Guru kata siapa-siapa yang mahu ajak Pas nak bersama dengan UMNO dia kan ludah. Tiada sesiapa berani ajak Tuk Guru kalau nak jugak kerjasama dengan UMNO tunggu Nik Aziz mati" kata Wan Abdul Rahim demikian kepada pemberita di sidang media harian Pas di sini siang tadi.

Turut hadir calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Hafiz Musa.

Katanya kebencian Nik Aziz kepada UMNO sukar dihapuskan hingga menyebabkan pendiriannya itu sukar digugat oleh sesiapa.

Dalam perkembangan berkaitan, Pas akan merahsiakan terlebih dahulu lokasi ceramah perdananya bagi kempen pilihan raya kecil Dun Pengkalan Kubor yang akan dirancang akan diadakan pada 23 September depan.

Katanya Pas juga kini lebih menumpukan ceramah berkelompok, ceramah mini rumah ke rumah berbanding ceramah secara besar-besaran.

 Muhafandi Muhamad, Astro Awani