Followers

Wednesday, March 13, 2019

Bila Sedap Kutuk Dr Wan Azizah...




Sedap kutuk dr Wan Azizah selaku TPM dengan ayat... 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'."Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " kata ADUN Pas Kelantan Rozi Muhamad.

Jika pemimpin parti Pas sendiri begini tingkah lakunya apa nak heran jika ahli bawahan dan penyokong mereka tanpa rasa malu dan bertanggungjawab membuat fitnah ,dakyah jahat dan sebagainya melalui artikel di semua saluran media sosial.

Tabaiyyun atau selidik sudah tidak ada lagi dalam kantung mustika puak takfiri dan mula diselaputi fahaman Assobiyah perkauman sempit ini.

Inilah akibat dan kesan untuk berbohong dari Presiden dan Mursyidul Am Pas. Pas sudah tersasar jauh dari landasan islam sebenarnya.

Malaysia Baharu tidak memerlukan puak anti klimaks dan anti establish ini.Malaysia Baharu akan terus maju dengan peradaban Rahmatan Lil A'lamin menurut ucapan rasmi YDP Agong untuk persidangan Parlimen terkini.

Laporan dari mKini...

ADUN PAS mohon maaf lepas sebar berita palsu Fitnah TPM

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Dengan rasa bersalah dan rendah hati, saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan pada posting yang saya printscreen (tangkap layar) kenyataan Wan Azizah.

"Setelah menyemak status berita berkenaan ia jelas tidak benar sama sekali. Kelamahan saya (apabila) menerima berita tersebut adalah kesilapan sikap saya yang tidak berhati-hati dan tidak cermat dalam menapis berita ini," kata Rozi dalam kenyataan di Facebooknya.

Terdahulu, Rozi memuat naik perkongsian berita bertajuk 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'.

"Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " katanya mengiringi perkongsian tangkap layar itu.

Selepas memuat naik kenyataan mohon maaf, beliau turut memadam perkongsian berita palsu berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Roslan Ismail berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun tersebut.

Tindakan itu, katanya, tidak sesuai dengan taraf sebagai pemimpin PAS dan mereka tidak sepatutnya memburukkan pemimpin negara apatah lagi bertindak sebagai "ejen penyebar fitnah".

"Saya hormat dan kagumi beliau selaku pemimpin di negeri ini, tapi tidak sangka beliau mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak nakal.

"Walaupun kita mempunyai ideologi politik berbeza tetapi beliau sepatutnya meletakkan rasa hormat kepada pemimpin negara termasuk timbalan perdana menteri," katanya.

Jelas Roslan, PKR Kelantan akan meneliti perkara itu dan menyerahkan kepada Wan Azizah sama ada mahu mengambil tindakan.

Sementara itu, Roslan turut mengingatkan penjawat awam agar tidak terlalu galak menggunakan media sosial untuk mengkritik kerajaan.

Katanya, mereka tidak boleh bertindak melampaui batas dengan ruang dan kebebasan bersuara yang diberikan kerajaan persekutuan kini.

sumber...N Faizal Ghazali  mKini