Followers

Showing posts with label Dr Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Dr Wan Azizah. Show all posts

Sunday, January 31, 2021

Pendedahan Terbaru: Agong Pernah Cadangkan Wan Azizah Jadi PM Tapi...

 


Agong pernah cadangkan Wan Azizah jadi PM tapi Dr M tak setuju - Thomas

Dr Mahathir Mohamad didakwa campur tangan dan berkeras ingin menjadi perdana menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu, kata Tommy Thomas.

Dalam pendedahan menerusi buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness, bekas peguam negara itu turut menyifatkan Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Punca utama kegagalan hubungan gabungan PH disebabkan pemimpinnya, perdana menteri Mahathir. Pemimpin PH bertanggungjawab atas kegagalan ini," tulis Thomas.

Dia juga menganggap sokongan yang diberikan pelbagai lapisan masyarakat kepada ahli parlimen Langkawi pada peringkat awal kerajaan PH juga sebagai luar biasa.

Selain itu, Thomas mendedahkan tindakan Mahathir menggalakkan anggota parlimen Umno meninggalkan parti itu untuk melompat ke Bersatu juga membimbangkan.

Pada masa sama katanya tindakan Mahathir meminggirkan Presiden PKR Anwar Ibrahim - yang dipersetujui bersama untuk dilantik sebagai perdana menteri kemudiannya - juga tidak disenangi.

“Yang memburukkan lagi keraguan (Anwar) untuk jadi perdana menteri jelas pada tahun pertama pentadbiran PH, ketika hubungan perdana menteri dengan musuh utama Anwar dalam PKR, Azmin Ali.

“Tindak balas PH yang disifatkan tidak aktif dan lambat berhubung isu perkauman dan agama juga membuahkan keputusan pelik dari perdana menteri. 

“Selain mempertahankan rakan sekutunya - yang turut berjuang dalam pilihan raya umum (PRU14) - Tun (Mahathir) malah mempelawa ahli parlimen Umno dan menyambut mereka dengan tangan terbuka.

“(Berlaku) Dua atau tiga gelombang 'katak' dari Umno menyebabkan 18 daripada mereka beralih parti ke Bersatu,” kata Thomas.

Ketika Azmin berpaling tadah dengan meninggalkan PKR dan menyertai Muhyiddin yang membawa Bersatu keluar dari PH, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Namun dakwa Thomas, Mahathir segera mencalonkan namanya kembali untuk jawatan perdana menteri ketika berlaku ketidaktentuan politik dalam negara.

Ini bukan satu kebiasaan dalam politik moden. Perdana menteri yang selesa berkuasa, mengundurkan diri atas kehendak dan kemahuan sendiri.

“Bertegas dengan keputusan itu, dia sepatutnya meninggalkan dunia politik selepas memegang jawatan penting dalam negara,” katanya.

Jelas Thomas, keputusan untuk melantik Dr Wan Azizah - yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Mahathir - pasti menjadi keputusan perlembagaan yang betul.

Dia turut mengkritik keputusan Mahathir membubarkan kabinet selepas peletakan jawatannya dengan berkata, barisan pentadbiran itu sepatutnya perlu dikekalkan.

“Perlu diingatkan peletakan jawatan Tun bersifat peribadi, hanya sebagai perdana menteri.

"Jawatan itu tidak dibincangkan dalam pejabat mahupun seluruh kerajaan," katanya lagi.

sumber...mKini

Wednesday, March 13, 2019

Bila Sedap Kutuk Dr Wan Azizah...




Sedap kutuk dr Wan Azizah selaku TPM dengan ayat... 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'."Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " kata ADUN Pas Kelantan Rozi Muhamad.

Jika pemimpin parti Pas sendiri begini tingkah lakunya apa nak heran jika ahli bawahan dan penyokong mereka tanpa rasa malu dan bertanggungjawab membuat fitnah ,dakyah jahat dan sebagainya melalui artikel di semua saluran media sosial.

Tabaiyyun atau selidik sudah tidak ada lagi dalam kantung mustika puak takfiri dan mula diselaputi fahaman Assobiyah perkauman sempit ini.

Inilah akibat dan kesan untuk berbohong dari Presiden dan Mursyidul Am Pas. Pas sudah tersasar jauh dari landasan islam sebenarnya.

Malaysia Baharu tidak memerlukan puak anti klimaks dan anti establish ini.Malaysia Baharu akan terus maju dengan peradaban Rahmatan Lil A'lamin menurut ucapan rasmi YDP Agong untuk persidangan Parlimen terkini.

Laporan dari mKini...

ADUN PAS mohon maaf lepas sebar berita palsu Fitnah TPM

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Rozi Muhamad tampil memohon maaf secara terbuka selepas memuat naik tangkap layar berita palsu di Facebook yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Dengan rasa bersalah dan rendah hati, saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan pada posting yang saya printscreen (tangkap layar) kenyataan Wan Azizah.

"Setelah menyemak status berita berkenaan ia jelas tidak benar sama sekali. Kelamahan saya (apabila) menerima berita tersebut adalah kesilapan sikap saya yang tidak berhati-hati dan tidak cermat dalam menapis berita ini," kata Rozi dalam kenyataan di Facebooknya.

Terdahulu, Rozi memuat naik perkongsian berita bertajuk 'LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka - Wan Azizah'.

"Ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel (penjaralah) pulok, " katanya mengiringi perkongsian tangkap layar itu.

Selepas memuat naik kenyataan mohon maaf, beliau turut memadam perkongsian berita palsu berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Roslan Ismail berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun tersebut.

Tindakan itu, katanya, tidak sesuai dengan taraf sebagai pemimpin PAS dan mereka tidak sepatutnya memburukkan pemimpin negara apatah lagi bertindak sebagai "ejen penyebar fitnah".

"Saya hormat dan kagumi beliau selaku pemimpin di negeri ini, tapi tidak sangka beliau mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak nakal.

"Walaupun kita mempunyai ideologi politik berbeza tetapi beliau sepatutnya meletakkan rasa hormat kepada pemimpin negara termasuk timbalan perdana menteri," katanya.

Jelas Roslan, PKR Kelantan akan meneliti perkara itu dan menyerahkan kepada Wan Azizah sama ada mahu mengambil tindakan.

Sementara itu, Roslan turut mengingatkan penjawat awam agar tidak terlalu galak menggunakan media sosial untuk mengkritik kerajaan.

Katanya, mereka tidak boleh bertindak melampaui batas dengan ruang dan kebebasan bersuara yang diberikan kerajaan persekutuan kini.

sumber...N Faizal Ghazali  mKini

Tuesday, January 1, 2019

Wan Azizah Minta Azmin Bertenang



Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menasihati timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali untuk "bertenang".

Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu.

Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya.

"Bertenang (keep cool)...Mungkin ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu. Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat PKR.

"Dan seperti dia (Azmin) kata itu adalah hak presiden, dan juga (untuk) kesatuan dalam parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Street Dakwah di Kuala Lumpur malam ini.

[Baca berita asal]

sumber... Annabelle Lee mKini

Tuesday, January 5, 2016

Penjelasan Kak Wan Berkenaan Perjanjian Pakatan Harapan


Perjanjian lambang kematangan politik Pakatan Harapan – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 5 JAN: Pakatan Harapan menggariskan tujuh fasal utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mapan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjanjian yang akan dimeterai KEADILAN, DAP dan Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam, Sabtu ini ialah berkenaan prinsip dan kaedah membuat keputusan dan membina kesatuan politik di antara parti.
“Seterusnya adalah prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.

Dan menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi, menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang dan akhir sekali ialah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari,” jelas Wan Azizah pada sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Amanah.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang yakin pemeteraian perjanjian ini merupakan kemajuan besar dan melambangkan kematangan politik ketiga-tiga parti yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini.

“Perkara ini telah termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini termasuk kerangka dasar bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain.

“Ia diterjemahkan oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Ia juga menguatkan lagi ketiga-tiga parti ini dengan niat dan keikhlasan kami dan akan mengotakan sebahagian harapan rakyat,” katanya.

sumber...: http://www.keadilandaily.com/?p=68580

Tuesday, September 9, 2014

Inilah Fakta Wan Azizah Boneka Anwar !!




 Cerita sekiranya Anwar kena penjara

Anwar confirm masuk penjara selewatnya ahkir tahun nih atau tahun depan,apabila masuk jail macam mana wan azizah nak jadi boneka?

Ada dua jawapan


Jawapan Paling logik adalah tak boleh terima arahan anwar from high security jail

Lagi satu jawapan bangang adalah boleh terima arahan walaupun anwar dalam jail

Belanjawan negeri selangor dibahaskan di dun selangor,perbincangan antara exco selangor,exco meeting....hujah hujah dan presentation slide,antara majlis pimpinan pakatan rakyat pun ada perbincangan..........
tapi anwar ada dalam penjara tanpa menghadiri dan melalui proses perbincangan tersebut,macam mana anwar nak influence any decision by menteri besar selangor berkaitan belanjawan negeri selangor jika dokumen rahsia negeri selangor which is black and white dan presentation slide bagi membentangkan hujah hujah tak sampai ke penjara sungai buloh??takkan nak bawa exco meeting kat penjara sungai buloh
we are talking about anwar ibrahim the most wanted man of all time by BN....bn layan anwar sama level dengan al capone and john dillinger which is the most wanted man of all time by US federal,adakah logik perjumpaan wan azizah dan anwar di penjara seperti minum teh tarik dengan kawan kawan kat kedai mamak which is open space and no rules nak cakap apa sahaja
Penjara.......jumpa face to face penghalang adalah kaca,bercakap melalui telefon......takkan lah dalam telefon tuh tak letak pepijat spy yg boleh orang lain dengar perbualan atau kat penjara takkan takde advanced camera yang boleh rakam perbualan,lepas tuh jumpa bukannya takde officer in charge untuk perhatikan perjumpaan antara anwar dan wan azizah......

Jika MB selangor nak GLC selangor company increase shares dalam one of main board bursa listed companies sudah tentu require exco meeting,meeting between seller and buyer lagi,presention slide of course kena ada untuk bentangkan hujah,dokumen rasmi black and white,update to majlis pimpinan pakatan rakyat lagi,meeting with official from bursa saham kuala lumpur lagi..............tapi anwar dalam high security jail macam mana nak influence MB decision apabila sudah tentu anwar tak melalui proses perbincangan dan melihat dokumen rasmi?nak bawa exco meeting,seller and official from bursa saham kuala lumpur pergi meeting dengan anwar kat penjara sungai buloh to influence MB selangor decision?

Mohon macai umno guna otak sikit bila fikir walaupun tak tahu apa apa tentang corporate finance deal within investment bank
 

Sebenarnya memang nak jadikan jawatan menteri besar selangor untuk anwar ibrahim sebagai tangga atau batu loncatan untuk menawan putrajaya tapi disebabkan fitnah moral terhadap seorang yang mempunyai isteri dan anak 6 orang oleh mahkamah najib umno BN maka peluang itu tiada.So peristiwa sama berbalik kepada zaman reformasi dahulu dimana anwar dipenjara dan wan azizah mengambil alih teraju gerakan reformasi.

Jika wan azizah menjadi menteri besar dan anwar sebagai penasihat maka tidak mustahil dalam masa 4 tahun nih pentadbiran selangor akan dibawa ke peringkat lebih maju dan dapat dijadikan batu loncatan untuk menawan putrajaya.Bayangkan seandainya pakatan rakyat memerintah selepas Pru14,sudah tentu siasatan terperinci semua harta,asset dan akaun bank PM,TPM,menteri menteri,menteri besar,timbalan menteri samada yang sudah bersara atau tidak akan diadakan.

Jika terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa selepas melalui proses siasatan dan mahkamah maka eloklah harta mereka disita dan diberikan kepada rakyat seperti membayar hutang negara yg melebihi 500 billion.Bayangkan jika berlaku siasatan terhadap kekayaan tun daim,taib mahmud yg kaya melampau super multi millionaire ataupun bekas menteri besar selangor iaitu khir toyol yg dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh mahkamah tinggi dan rayuan akibat rasuah,kes perwaja,kes lembu 250 juta yg berkaitan dengan ketua wanita UMNO,kes PKFZ,sudah tentu UMNO akan terus nazak.Anwar ibrahim satu satunya harapan untuk memastikan isteri isteri BN politician jual nasi lemak dan pisang goreng seandainya harta dan asset suami mereka disita jika dapat dibuktikan oleh mahkamah ada unsur rasuah.

Bayangkan dengan penurunan harga minyak,tol,tarif elektrik,barang,kos sara hidup oleh kerajaan pakatan rakyat sudah tentu amat sukar untuk UMNO menawan semula.Saya meminta semua ahli umno dan pengundi BN pastikan ini tidak terjadi dan undilah BN Pru 14 supaya negara kita terus hutang melebihi 500 berbillion,rasuah,salah guna kuasa dibawah BN.

sumber...FB  https://www.facebook.com/azmir.cheramli?fref=hovercard

Sunday, August 17, 2014

Akhirnya PAS Tibai Khalid Ibrahim

 

PAS turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini.

Parti Islam itu juga tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.
Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.

"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."

Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat  PR, petang ini.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.