Followers

Showing posts with label Pkr. Show all posts
Showing posts with label Pkr. Show all posts

Thursday, December 17, 2020

Grand Coalition: Siapakah Yang Beruntung ?

 

 

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

 
Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?
 
Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.
 
Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.
 
Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.
 
Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!
Kenapa tak masuk PH sahaja?
 
Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.
 
Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!
 
Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!
 
Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.
 
Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.
 
Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?
 
Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?
 
Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.
 
Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.
 
Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.
 
Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?
 
Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.
 
Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.
 
PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.
 
Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk jadi ketua.
 
Tapi baik tak payah. Ada banyak parti tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?
 
Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.
 
Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.
 
Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.
 
oleh: - R a j a G e l a p -

Sunday, November 3, 2019

Satu Dua 'Ngok Ngek' dalam PKR Sudah Tak Relevan - Anwar




Presiden PKR Anwar Ibrahim memberitahu anggota parti itu agar mengabaikan segeintir pihak dalam parti itu yang disifatkan sudah tidak relevan.

Berucap pada Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan hari ini, Anwar berkata parti itu sebaliknya perlu menumpukan kepada agenda rakyat.

"Tumpu kepada agenda rakyat, satu dua ni ngok-ngek ngok-ngek ni biarlah, not relevant," katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, beliau dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

Menyentuh konvensyen di empat negeri di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan yang dihadirinya, Anwar merumuskan beliau mendapat 90 peratus sokongan akar umbi.

"Di Johor semalam semua cabang hadir, saya ke Pulau Pinang, Sabah, sambutan baik.
"Mana boleh (Sokongan) 100 percent, you ketua cabang, you pun tak 100 percent sokong, samalah saya presiden," katanya diiringi tepukan.

"Adakah ini satu masalah? Kamu ada 90 peratus sokongan (ahli akar umbi) parti dan pimpinan. Jadi sebab itu saya nak minta 90 percent tetapkan suara rakyat, suara Keadilan (PKR)," katanya.

Tanpa menyebutkan nama, Anwar juga mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak lupa bahawa mereka dikenali dalam politik disebabkan PKR.

Pada sidang media kemudiannya, Anwar menjelaskan bahawa beliau hanya membuat peringatan itu secara umum kepada semua pemimpin parti.

"Itu peringatan, saya sendiri jadi presiden kerana dukungan ahli, bila saya pimpin kena fikir. Satu peringatan umum yang perlu difahami oleh semua pemimpin," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkata terdapat menteri atau timbalan menteri dari PKR bertindak seperti menteri-menteri Umno.

"Menang (PRU) ini mulanya pelaksanaan tanggungjawab rakyat, tapi sesetengah kita fikir dah menang semua betul, kadang-kadang tengok jawapan-jawapan ni, aku tengok ish, macam menteri Umno. 

"(Mereka kata) Kita semua faham dan perkara ni dah kita laksanakan, rakyat semua memang faham dan senang hati, rakyat mana yang senang hati?

"Patut kita dengar, ada rasa rendah diri untuk mengakui masalah," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu memastikan keputusannya berhubung projek perumahan memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya pemaju perumahan.

 [Baca berita asal]

sumber...mKini

Tuesday, January 1, 2019

Wan Azizah Minta Azmin Bertenang



Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menasihati timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali untuk "bertenang".

Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu.

Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya.

"Bertenang (keep cool)...Mungkin ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu. Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat PKR.

"Dan seperti dia (Azmin) kata itu adalah hak presiden, dan juga (untuk) kesatuan dalam parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Street Dakwah di Kuala Lumpur malam ini.

[Baca berita asal]

sumber... Annabelle Lee mKini

Friday, December 28, 2018

Rafizi dilantik Naib Presiden PKR



Rafizi Ramli - yang tewas dalam pemilihan PKR yang lalu - dilantik sebagai naib presiden parti itu.Ia diumumkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan lantikan bagi parti itu.

"Antara yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini.

"Diharapkan mereka dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia baru ini," katanya.

Berikut adalah senarai penuh jawatan lantikan bagi penggal 2018-2021:
  • Naib presiden: Rafizi Ramli
  • Naib presiden: Chang Lih Kang
  • Naib Presiden (Sabah/Sarawak): Ali Biju
  • Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail
  • Bendahari Agung: Lee Chean Chung
  • Ketua penerangan: Shamsul Iskandar Md Akin
  • Setiausaha pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Ahli MPP (lantikan): Lee Khai Loon
  • Ahli MPP (lantikan): Faisal Sanusi
  • Ahli MPP (lantikan): Syed Ibrahim Syed Noh
  • Ahli MPP (lantikan): Rayyan Abdul Rahim
  • Ahli MPP (lantikan): Raymond Ahuar
  • Ahli MPP (lantikan): S Kesavan
  • Pengarah strategi: Dr Mansor Othman
  • Pengarah komunikasi: Fahmi Fadzil
  • Timbalan setiausaha agung: Dr R Santhara Kumar
  • Timbalan ketua penerangan: Sim Tze Tzin
  • Timbalan ketua penerangan: S Manivanan
  • Ketua jawatankuasa keanggotaan: Tian Chua
  • Ketua jawatankuasa sistem pemilihan parti: Dr Lee Boon Chye
sumber...mKini

Wednesday, February 17, 2016

Rafizi Dakwa Tabung Haji Rugi RM933 Juta



Rafizi Dakwa Tabung Haji Rugi RM933 Juta, Gesa Abdul Azeez Ditukar

Rafizi Ramli mendakwa Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengalami kerugian RM933 juta ke atas pelaburannya dalam saham Felda Global Ventures (FGV).

Bercakap sebagai Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) , Rafizi menggesa Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digantikan dengan calon yang lebih berkelayakan.

Langkah awal untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Tabung Haji akan dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji dengan seorang yang lebih layak.

Saya akan terus mengulangi perkara ini sehingga kerajaan gantikan Azeez. Dengan apa yang sedang berlaku, ini sudah cukup untuk mengeluarkan Azeez dari Tabung Haji,” katanya pada sidang media, Selasa.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa Tabung Haji yang masih memegang saham FGV dan tidak melupuskannya walaupun mengalami kerugian menunjukkan wujudnya campur tangan politik.

Katanya, saham yang dibeli Tabung Haji pada RM1.3 bilion kini hanya bernilai RM454 juta.

“Ini bermakna walaupun harga saham FGV mula menunjukkan penurunan mendadak, Tabung Haji tidak mengambil apa-apa langkah melindungi dana pendeposit sebanyak RM1.3 bilion yang telah dilaburkan di dalam FGV," katanya.

Katanya adalah sesuatu yang pelik apabila Tabung Haji mengekalkan saham itu, apabila institusi lain yang melabur dalam FGV, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, melupuskan saham mereka perlahan-lahan antara 2012-2015.

"Tabung Haji mempunyai 284 juta saham FGV yang bernilai RM454 juta pada masa ini, dengan nilai kira-kira RM1.60 seunit berbanding RM4.50 seunit ketika pertama kali disenaraikan pada 2012," katanya.

Ditanya mengapa penglibatan politik memaksa Tabung Haji untuk terus berpegang kepada saham FGV, Rafizi berkata penjualannya akan menunjukkan sesuatu yang buruk.

"Mereka adalah pemegang saham ketiga terbesar FGV, jadi jika mereka menjualnya, ia bermakna bahawa mereka sedang melalui masa yang sukar," kata Rafizi.

Ketika dihubungi, Abdul Azeez berkata beliau sedar akan keadaan ini tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

sumber...Mstar Online

Monday, January 18, 2016

Siapa Pulak Call Rafizi Ajak Buat Sex ?Hahaha


Rafizi Ketawa Dihubungi Untuk Seks

Jarang-jarang sekali nombor telefon bimbit ahli Parlimen dikelirukan dengan hotline perkhidmatan seks.

Tetapi itulah yang berlaku kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli apabila seorang pelanggan yang 'berminat' terhadapnya menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp, mengajaknya mengadakan hubungan seks.

Rafizi, yang menyiarkan perbualan itu melalui 'paparan skrin' di Twitternya berkata beliau lebih berasa geli hati dengan kejadian itu.

"Saya mengambilnya sebagai satu perkara yang membuat hidup saya lebih menarik," katanya kepada The Star Online sambil ketawa.


Dipercayai bahawa nombor telefon beliau telah diletakkan pada risalah yang diedarkan di Subang Jaya.

Risalah itu berbunyi: 'Adakah anda kesepian? Telefon/SMS/ WhatsApp?', diikuti dengan tujuh gambar wanita yang hampir tidak berpakaian bersama-sama dengan nama dan nombor telefon masing-masing.

Nombor Naib Presiden PKR itu telah digunakan untuk seorang gadis bernama 'Rara'.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara itu, Rafizi berkata beliau tidak berniat untuk berbuat demikian.

"Ia adalah asam garam (ahli politik)," beliau ketawa, sambil menambah beliau sama sekali tidak kelihatan seperti 'Rara'.

"Tunggu sehingga saya menunjukkan perut Rara ini," seloroh beliau.

sumber...Mstar Online

HANGAT: Rafizi Jawab Bantahan Setiausaha Pas Kelantan !


PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan PAS, kata Rafizi

Rafizi Ramli berkata untuk menjatuhkan Umno, PKR akan akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu.

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. – 17 Januari, 2016.   

sumber...TMi

*gambar FB Datuk Wan Rahim

Tuesday, January 5, 2016

Penjelasan Kak Wan Berkenaan Perjanjian Pakatan Harapan


Perjanjian lambang kematangan politik Pakatan Harapan – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 5 JAN: Pakatan Harapan menggariskan tujuh fasal utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mapan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjanjian yang akan dimeterai KEADILAN, DAP dan Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam, Sabtu ini ialah berkenaan prinsip dan kaedah membuat keputusan dan membina kesatuan politik di antara parti.
“Seterusnya adalah prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.

Dan menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi, menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang dan akhir sekali ialah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari,” jelas Wan Azizah pada sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Amanah.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang yakin pemeteraian perjanjian ini merupakan kemajuan besar dan melambangkan kematangan politik ketiga-tiga parti yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini.

“Perkara ini telah termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini termasuk kerangka dasar bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain.

“Ia diterjemahkan oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Ia juga menguatkan lagi ketiga-tiga parti ini dengan niat dan keikhlasan kami dan akan mengotakan sebahagian harapan rakyat,” katanya.

sumber...: http://www.keadilandaily.com/?p=68580

Wednesday, December 30, 2015

Rafizi Dakwa Harga Pasaran Minyak Dunia Turun 66%


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencadangkan supaya kerajaan menghentikan kenaikan tambang yang baru diumumkan dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25sen/kWj. – Gambar fail The Malaysian Insider

Henti kenaikan tambang, elektrik kerana harga petroleum turun, kata PKR

PKR menggesa Putrajaya agar menghentikan kenaikan tambang pengangkutan awam serta kadar elektrik apabila mengambil kira penurunan harga petroleum yang berlaku sekarang.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan anggaran harga petrol RON95 yang dijangka berada pada RM1.80 sehingga RM1.85 seliter.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati rakyat (jika tidak, kerana keadaan matawang ringgit yang tidak menentu) dengan cara berikut:

"Hentikan semua kenaikan tambang yang diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam.

"Mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran penurunan harga minyak mentah itu adalah berdasarkan Laporan “Weekly Petrol Prices Report” Institut Petroleum Australia, yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015.

Ia juga dianggarkan berdasarkan laporan harga minyak mentah Brent bagi Disember 2015, yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, berdasarkan pemerhatiannya, harga petroleum ditetapkan Putrajaya juga tidak selaras dengan penurunan harga minyak pasaran dunia – menyusut sebanyak 66% sejak Julai 2014.

"Saya mencadangkan sebelum ini supaya satu kaedah penetapan harga baru diperkenalkan dengan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar matawang ringgit kepada dollar.

"Namun, saya yakin konsep ini tidak akan difahami menteri dan tidak akan dilaksanakan selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan kenaikan kos sara hidup.

sumber...TMi

Sunday, February 15, 2015

Latest: Nurul Izzah Dedah Tawaran Antara BN dan Anwar



BN pernah tawar Anwar jawatan TPM jika tinggal Pakatan, kata Nurul Izzah

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap semasa kempen ‘March 2 Freedom’ di Seberang Jaya ,semalam.

Barisan Nasional (BN) pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi 52% undi popular pada 2013, kata anaknya malam tadi.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memberitahu satu ceramah di Pulau Pinang yang tawaran itu dibuat semasa rundingan pendamaian pasca pilihan raya.

"Dia disuruh mengabaikan sekutu PKR, PAS dan DAP; menerima tawaran itu, membentuk kerajaan... 'que sera sera' (apa yang terjadi, akan terjadi), kita bergembira bersama-sama.

"Apa keputusan beliau? Beliau menolak tawaran itu sama sekali kerana ia berkaitan hidup dan mati perjuangan kami. Sebagai sebuah gabungan, kita hanya boleh bekerja bersama-sama selagi kita berpegang kepada prinsip," katanya pada ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya di Permatang Pauh, kawasan Parlimen Anwar.

Ceramah itu diadakan bagi memberi penghormatan kepada Anwar yang dipenjarakan di penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan ketua umum PKR itu terhadap sabitan liwatnya dan mengekalkan hukuman 5 tahun hukuman penjara terhadapnya Selasa lepas.

Nurul Izzah memberitahu hadirin seramai kira-kira 1,000 orang itu, Anwar bersetuju berunding apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya satu pendamaian diadakan selepas pilihan raya.

Beliau berkata, bapanya menetapkan syarat, antara lain, mesti wujud usaha menangani rasuah dalam kerajaan persekutuan dan dalam menangani isu ekonomi, tetapi rundingan itu akhirnya tidak berjaya.

Nurul Izzah terdahulu berkata, ayahnya terpaksa dipenjara kerana beliau merupakan cabaran utama kepada pemimpin BN selepas beliau mengetuai PR mencapai kemenangan yang lebih besar pada 52% undi popular dalam pilihan raya 2013.

Katanya, beliau dan adik-beradiknya bangga menjadi anak-anak Anwar kerana mereka tahu sekurang-kurangnya beliau tidak rasuah, tidak menyalahguna kuasa atau menindas rakyat, dan akan berdiri dan berjuang bersama rakyat.

Beliau juga menyifatkan bapanya sebagai seorang pejuang yang tidak akan menyerah kepada ugutan politik.

Ibunya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memberitahu hadirin tentang keadaan Anwar sejak dimasukkan ke penjara pada Selasa.

"Saya amat kecewa melihat keadaannya begitu ketika lawatan kami selama 45 minit. Dia cuba menggembirakan kami, katanya dia baik-baik saja.

"Dia dimasukkan ke dalam sel yang tidak mempunyai katil, hanya tilam setebal satu inci. Tiada kerusi, tiada meja. Dia tidak mengeluh tetapi dia mengalami sakit belakang, jadi memang susahlah untuknya.

"Kalau boleh, demi kesihatannya, berilah dia katil. Kami bukan meminta layanan VIP... beliau seorang tahanan politik. Kerana politik, beliau menderita begitu teruk. Sedih saya," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang turut berucap pada ceramah itu menawarkan sokongannya untuk Anwar dan Dr Wan Azizah; menggesa rakyat membantu PR mengekalkan kerusi persekutuan Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil kelak.

Anwar akan kehilangan kerusi itu dalam masa 2 minggu melainkan beliau mendapat pengampunan diraja.

Beliau berkata, PR masih percaya Anwar bakal perdana menteri Malaysia, dan meminta orang ramai menjadi "mahkamah yang akan memberi keadilan kepada Anwar".

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, BN dan Umno hanya cuba menggunakan isu lain bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah berkaitan ekonomi.

"Sekiranya Anwar masih bersama kita di sini, beliau pasti akan berdiri di barisan hadapan melawan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)," katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberikan penghormatan kepada Anwar, menyifatkan beliau sebagai satu spesimen yang jarang ditemui kerana keberaniannya.

Anwar, katanya, dikenali kerana keberaniannya sejak zaman beliau sebagai pemimpin pelajar sehingga beliau meningkat naik menjadi menteri, jatuh pula kemudiannya dan akhirnya berperanan sebagai ketua pembangkang.

"Walaupun pernah menikmati kekuasaan, dia masih boleh kembali dan berjuang bersama-sama dengan orang biasa.

"Beliau boleh sahaja meninggalkan negara ini, tetapi beliau memilih tinggal di sini dan berdepan dengan sistem dan kini beliau di penjara. Jarang kita jumpa lelaki seperti ini," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ceramah itu juga mendengar pemimpin memberi penghormatan kepada Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia Khamis malam baru-baru ini.

Lim berkata semangat Nik Aziz mesti terus dihidupkan dalam perjuangan PR, manakala Mohamad berkata bekas menteri besar Kelantan itu dihormati kerana beliau memimpin melalui teladan dan sentiasa merendah diri.

Mat Sabu berkata, Nik Aziz tidak terkenal kerana berjaya menarik orang ramai mendengar ceramahnya, tetapi kerana beliau seorang ulama yang mengamalkan apa yang diajarnya.

"Almarhum juga bukan terkenal kerana ilmu pengetahuannya. Beliau tiada PhD seperti orang lain tetapi beliau dikenali kerana kebaikannya dan contoh baik yang ditunjukkannya.

"Apabila beliau menjadi menteri besar Kelantan, beliau terus tinggal di rumah lamanya, dengan kehidupan yang serba sederhana. Inilah yang sepatutnya kita buat bila kita ada kuasa," katanya.

Walaupun PR kehilangan kedua-dua pemimpin, Mat Sabu berikrar memastikan pakatan pembangkang akan kekal bersama dan berjuang sehingga mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin juga mengumumkan poskad "March to Freedom" parti itu di ceramah malam tadi.

Orang ramai yang ingin menghantar kata-kata semangat kepada Anwar boleh menulis di poskad itu yang akan dihantar ke penjara Sungai Buloh.


sumber...TMI

Tuesday, February 10, 2015

Anwar di Penjara: Betul Apa Yang Azmin Ali Kata



Penahanan Anwar kuatkan Pakatan menentang BN, kata Azmin

Keputusan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali (gambar, kanan).

Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru.

"Saya percaya ini akan mengukuhkan hubungan PR bagi meneruskan perjuangan," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

"Kita akan bermesyuarat secepat mungkin. Kita akan tentukannya nanti".

Anwar hari ini gagal dalam rayuan kes Liwat II dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana yang ditetapkam Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.

Mahkamah juga mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.



Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman".

Azmin berkata Anwar mengingatkan pimpinan dan anggota pembangkang supaya meneruskan perjuangan membawa perubahan.

Katanya, reformasi total mesti dilakukan dalam negara untuk maju ke tahap lebih cemerlang.
Mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebaik sahaja keputusan mahkamah pagi tadi, Azmin berkata ia menunjukkan perancangan rapi di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan badan kehakiman.

Saya percaya rakyat akan melihat adakah keadilan sudah diberikan dalam kes Anwar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong berkata keputusan hari ini adalah keputusan politik yang sudah dijangkakan.

Katanya, mesyuarat pimpinan PR minggu lalu juga ada membincangkan bagaimana jika Anwar dipenjara dan perincian lebih lanjut akan dimaklumkan kemudian. .

Semua orang amat sedih tetapi ini kes politik yang membuatkan kita lagi marah. Saya yakin rakyat bijak melihat ini satu sandiwara. Mereka akan memperkukuh azam untuk menjatuhkan Umno BN,” katanya.


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Monday, February 2, 2015

Anwar Nak Lari Keluar Negara, Biar Betul ?




'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'

Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.

“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

“Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan “Rakyat Hakim Negara”.

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

“Mudah-mudahan saya bebas.

“Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu,” katanya.

Tak banyak ulas kes

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.

“Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

“Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
“Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).

“Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

sumber...mkini

Wednesday, January 28, 2015

Giliran Saifuddin Pulak Tibai Che'gu Pa Ali



Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Datuk Mustafa Ali hari ini yang mengatakan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) kukuh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Bekas setiausaha agung PKR itu mengingatkan PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan ketua umum PKR itu.

"Isu Anwar bebas atau tidak tetap akan beri impak kepada Pakatan dan rakyat keseluruhannya, impak itu tetap relevan," kata bekas ahli Parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.

"Pada 2004, kita sudah lihat bagaimana hubungan antara parti dengan parti tidak memadai dan buktinya Barisan Alternatif (BA) tidak mampu diselamatkan dan isu negara Islam akhirnya menyebabkan perpecahan," kata Saifuddin yang juga pengarah pilihan raya PKR.

Saifuddin juga membangkitkan prestasi parti pembangkang ketika itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin berkata, PAS tidak harus menafikan perkara tersebut dan membuat perbandingan dengan keputusan diperoleh PR pada 2008 dan 2013 selepas Anwar dibebaskan.

"Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur.

"Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular.”

Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya.


Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya.

"Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan untuk alternatif rakyat, maka keputusan mahkamah nanti tetap sangat penting.

"Anwar adalah seorang personaliti yang kuat, beliau (Mustafa) tidak boleh keluarkan kenyataan simplistik sedemikian," katanya.

Selaku pemimpin kanan, Saifuddin juga membidas Mustafa yang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak bijaksana.

"Sebagai pemimpin senior, beliau (Mustafa) perlu keluar kenyataan yang lebih bijaksana," katanya.

Jika PAS enggan mengiktiraf peranan ketua umum PKR itu, Saifuddin berkata, biarlah rakyat sendiri yang menilai dan mengiktiraf signifikan Anwar dalam arena politik negara.

"Kalau benar PAS tidak iktiraf atau mengakui signifikan Anwar dalam politik dan negara, biarlah rakyat terbanyak dan pendokong reformasi di Malaysia terus berdoa demi pembebasan Anwar.

Mustafa hari ini pada satu sidang media berkata hubungan PR akan tetap menjadi lebih kukuh walaupun tanpa Anwar jika dihukum penjara.

10 Februari depan ialah keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


sumber...TMI

Monday, December 15, 2014

Inilah Pandangan Terkini Ahli DAP Terhadap PAS


Di saat DAP cipta sejarah, ahli bimbang kongsi masa depan dengan PAS

Ketika DAP mengambil langkah untuk jadi lebih inklusif, dengan memberi lebih banyak ruang kepada wanita dan menjadi lebih mesra-Melayu, ahli akar umbinya bimbang perkembangan parti itu akan terhalang bukan oleh musuhnya Umno, tetapi sekutunya PAS.

Ahli DAP mengecam pemimpin dan ahli tertentu dalam PAS menyokong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dituduh sebagai penghalang penyatuan Pakatan Rakyat (PR), pada konvensyen nasional semalam.

Parti itu melakar sejarah dengan peraturan baharu iaitu 30% kerusi yang dilantik dalan jawatankuasa pusatnya, badan pembuat keputusan tertinggi parti, perlu diberikan kepada wanita.

Tetapi, lebih seorang pemimpin akar umbi mengadu mengenai Hadi dan mendesak pemimpin kanan mereka melakukan sesuatu mengenainya.

Mencipta sejarah

Kuota wanita mewujudkan kesedaran politik dan moral.

“Dengan peraturan ini kita memberitahu semua wanita di negara ini jika anda mahu jadi ahli politik, DAP adalah parti untuk anda,” kata Teo Nie Ching, timbalan setiausaha publisiti DAP yang juga salah seorang daripada 3 wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada masa ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata wanita termasuk dalam blok mengundi yang kritikal dan hampir 70% lepasan universiti adalah wanita.

“Barisan Nasional memperolehi kekuatannya daripada wanita dan mereka memainkan peranan penting dalam masyarakat. Sudah tiba masanya DAP membenarkan mereka memainkan peranan untuk parti ini,” katanya.

Konvensyen itu juga menyaksikan DAP mengambil lebih usaha untuk menyingkirkan imej Cina-cauvinis.

Berbanding konvensyen lalu, kali ini menyaksikan kira-kira 70% speaker menggunakan Bahasa Melayu dalam bahas mereka. Kebanyakan speaker berkenaan bukan Melayu.

Malah, speaker yang merungut mengenai PAS dan menyerang UMNO turut menggunakan Bahasa Melayu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menyebut mengenai perkara itu dalam ucapan penggulungannya apabila berkata beberapa ahli veteran mengadu kepadanya mereka tidak dapat memahami 90% daripada perbahasan.

Hanya kira-kira 2 daripada 20 speaker bercakap dalam bahasa Mandarin. Mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Kami menggalakkan speaker berbahas dalam bahasa kebangsaan kerana kami tidak mahu DAP jadi parti Cina saja.

“Kami juga mahu membuktikan kepada Umno, memasuki sekolah vernakular tidak menjejaskan kebolehkan untuk menggunakan bahasa kebangsaan,” kata Loke.

Beca, bukan basikal

Tetapi langkah inklusif ini terjejas dengan kekecewaan kemaraan PR ditempangkan oleh Hadi dan puaknya dalam PAS.

“Ahli kami menyalahkan kami, berkata DAP membantu PAS menipu pengundi,” kata perwakilan Melaka Chin Choong Seong.

Serangan daripada penyokong DAP bermula sejurus selepas pemimpin tertentu dalam PAS cuba membawa rang undang-undang di Dewan Rakyat untuk menguatkuasakan Kanun Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan.

Disusuli krisis menteri besar Selangor, di mana Hadi tidak seiring dengan keputusan pakatan itu untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kemarahan dan pengkhianatan di kalangan akar umbi, kata ahli CEC DAP, disebabkan masih ada rasa tidak percaya terhadap PAS dan agenda negara Islamnya.

Pada pilihan raya umum 1999, ramai pemimpin tertinggi DAP diundi keluar – 'hukuman; daripada penyokong kerana bekerjasama dengan PAS dalam pakatan yang dipanggil Barisan Alternatif (BA).

Dua tahun kemudian, DAP meninggalkan BA selepas ia tidak boleh menggabungkan prinsip sekularnya dengan agenda negara Islam PAS.

“Jadi apabila PAS mula patah balik semula kepada hudud selepas Pilihan Raya Umum ke-13, penyokong kami marah kami,” kata pemimpin CEC yang minta namanya dirahsiakan.

Kekecewaan terhadap PAS sangat tinggi kerana wujud hakikat dalam DAP, masa depannya terikat dengan PR yang termasuk PAS dalam gabungan itu.

“PR adalah beca. Ia perlu tiga roda untuk gerak ke depan,” kata pemimpin Belia Sosialis DAP Damien Yeoh dalam ucapannya.

“Ada yang kata kita boleh bergerak dengan 2 roda,” kata Yeoh, merujuk kepada hujah PR mampu bertahan dengan hanya PKR dan DAP.

“Tetapi dengan 2 roda anda mungkin boleh jatuh. Saya percaya 3 roda lebih baik,” katanya.

Realisasi itu berdasarkan kepada fakta tanpa PAS, PR tidak akan dapat manfaat di kalangan Melayu.

Dan tanpa sokongan lebih ramai Melayu, DAP tidak boleh dakwa ia benar-benar parti inklusif.

Tetapi pemimpin DAP Selangor melihat perbahasan mengenai PAS secara berbeza.

“Dalam hubungan kita dengan PAS, ada 5% yang tidak tidak bersetuju dengannya. Tetapi kita asyik bercakap mengenainya, walaupun apabila 95% yang lain kita sehaluan.”

Kesepakatan itu termasuk segalanya seperti polisi penjagaan kesihatan, keselamatan, demokrasi, memerangi rasuah, ekonomi dan mengakhiri pemerintahan Umno.

Beliau berkata semua kemarahan terhadap PAS mengaburi hakikat parti Islam itu mungkin gagal melaksanakan agenda negara Islamnya walaupun ia berjaya memegang kuasa persekutuan bersama PR.

“Mereka mungkin tidak mendapat sokongan yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud atau negara Islam.

“Saya fikir rasa tidak selesa PAS mahu hudud ini tidak sebesar rasa sakit membiarkan Umno terus terlepas dengan rasuah apabila ia masih memegang kuasa,” katanya.

sumber...
OLEH SHERIDAN MAHAVERA TMI

Sunday, December 14, 2014

Nur Jazlan Masuk PKR Pulak ?


Biaq betui bro ?

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan beberapa blog bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan diberikan jawatan naib presiden.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu menegaskan bahawa sokongannya adalah bersama Umno dan Barisan Nasional walaupun beliau berani mengkritik kepimpinan parti.

"Saya merupakan anak kepada salah seorang pemimpin yang banyak memberikan sumbangan kepada pencapaian Umno, maka adalah pasti hati saya bersama parti. Dan saya tidak meninggalkannya untuk menyertai pembangkang," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis di sini, Ahad.

Spekulasi mengenai Nur Jazlan dijangka akan mengumumkan keluar dari Umno pada Isnin, tersebar meluas di Facebook dan beberapa blog.

Kenyataan yang tersebar itu turut menyatakan bahawa Nur Jazlan dijangka menyertai PKR di mana beliau akan dinamakan sebagai naib presiden.

Spekulasi itu timbul selepas beberapa penulis blog dilaporkan tidak gembira dengan Nur Jazlan yang berkongsi pentas bersama bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dalam forum "Kebebasan Berekspresi Diancam" baru-baru ini.

sumber...
Oleh: YEE XIANG YUN
editor@mstar.com.my

Monday, November 24, 2014

Azmin Ali Buat Kejutan Dalam Bajet Selangor Pulak


Selangor bentang bajet RM2.42 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggunakan lebih 90% daripada jumlah RM3.31 bilion rizab negeri bagi Bajet Selangor 2015, bajet tebesar dalam sejarah negeri tersebut.

Azmin semasa pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencadangkan sejumlah RM2.422 bilion untuk bajet kali ini, 53.19% untuk perbelanjaan mengurus dan 56.81% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan.

Namun pembentangan itu menunjukkan bajet defisit apabila kutipan hasil negeri tahun 2015 dianggarkan hanya ‎RM1.97 bilion sahaja, berbanding perbelanjaan RM2.42 bilion.

Pentadbiran menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Bajet 2014 hanya memperuntukkan RM1.8 bilion dan Bajet 2013 sebanyak RM1.63 bilion.

"Kumpulan Wang Disatukan pada 19 November 2014 berjumlah RM3.31 bilion. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM108.68 juta dan pelaburan sejumlah RM3.2 bilion.

"Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM400.8 juta kepada RM3.307 bilion iaitu 13.78% berbanding RM2.907 bilion pada  2013," kata Azmin di DUN Selangor hari ini.

Bertemakan "Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli", Azmin berkata bajet itu bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat.

"Bagi peruntukan mengurus, RM 385 juta adalah bagi emolumen, RM443.5 juta bagi perkhidmatan dan bekalan, dan RM 17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset.

"Sejumlah RM 426.5 juta pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM 16 juta untuk perbelanjaan lain," katanya.

Bagi peruntukan pembangunan pula, perbelanjaan tertinggi RM277.3 juta digunakan bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.

Manakala RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan.

"Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah.

"Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM9.25 juta disediakan," katanya.

Azmin turut membentangkan enam strategi Bajet 2015, iaitu membesarkan lapisan kelas menengah, menjana pertumbuhan berkualiti, memberdaya ekonomi hawa dan generasi
muda.

Selain itu, pembangunan kejiranan hijau, menjana industri budaya dan intelektual, serta menyemarak ekonomi desa turut digunakan sebagai strategi.‎


sumber...TMI

oleh JAMILAH KAMARUDIN

Friday, November 21, 2014

1MDB: Rafizi Tidak Kantoi


Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion.

“Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan.

 “RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan,” katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum ’1MDB Negara Berhutang’ di  Petaling Jaya, malam tadi.

Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen.

“Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan,” jelasnya.

Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.

Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

“Setelah kami semak segala maklumat ini benar, tidak mefitnah dan ada kepentingan awam, maka isu ini kami bawa terus kepada rakyat dan media.

“Kami berdepan dengan saman, tindakan. Kalau apa yang kami sebutkan itu tidak betul, sudah lama kami dimasukkan ke penjara,” jelas Rafizi mendapat tepukan hadirin yang hadir.

Jelas Rafizi, segala pendedahan yang dibuat beliau berdasarkan dokumen-dokumen yang diperolehinya seperti pendedahan mengenai skandal NFC melibatkan bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

“Dulu masa kita bongkar pasal NFC, tak ada orang percaya lembu boleh duduk dalam kondo dan kita sendiri pun tidak percaya skandal itu boleh berlaku.

“Tetapi setakat ini isu yang kami bawa, kami akan berikan bukti sehinggalah menteri atau kerajaan pada mulanya akan menafikan pun akhirnya akan akui juga. Misalnya dalam kes NFC, sampai Ketua Wanita Umno sendiri letak jawatan,” sindir Rafizi.

sumber...
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64164

Saturday, November 8, 2014

Adakah Besok PAS Akan Keluar Dari Pakatan Rakyat ?

  

Pemimpin tertinggi PAS bertemu, bincang masa depan dalam Pakatan Rakyat

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.

Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.

"Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR.

Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.

Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak “berpegang kepada janjinya” dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR.

Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini.

Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

PAS Kelantan sebelum ini bercadang mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi meminda beberapa perkara dalam perlembagaan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Umno melalui beberapa pemimpinnya sudah menyatakan akan menyokong rang undang-undang persendirian itu, manakala DAP memberi amaran jika ia dibentangkan, PR akan berakhir.

"Kami akan cuba membincangkan isu ini secara terbuka dalam retreat kali ini melalui kertas yang akan dibentangkan presiden,” kata AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.

"Kalau kita berjaya mencapai kata sepakat penyelesaiannya, dalaman PAS sendiri dan Pakatan Rakyat akan bersatu tetapi kalau kita gagal, tidak tahulah saya.
"Saya penuh harap kita akan mencapai kata sepakat."

Namun Salahuddin yakin mereka akan mencapai persetujuan, dan beliau akan membentang segala fakta dan hujah secara objektif berhubung pencapaian PAS bersama PR semenjak tahun 2008.

"Saya juga akan gariskan halangan atau isu yang menyebabkan rakan-rakan kita dalam Pakatan tidak berapa senang dengan PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Salahuddin, beliau yakin PAS mampu membincangkan perkara ini dengan mengakui kelemahan parti.

"Kita akui ada isu yang tidak selesai dan kelihatan ada pendekatan yang mahu keluar PR.

“Kita kena akui kelemahan ini dan mencari jalan penyelesaiannya dengan cara yang bijaksana," katanya.

Menurut Salahuddin, retreat ini bukanlah satu perkara baru dan menjadi satu kebiasaan bagi PAS untuk mengadakannya setiap kali selepas muktamar bagi membolehkan pemimpinnya berterus-terang dan bersemuka untuk memacu hala tuju parti.

Salahuddin juga mengakui ada pemikiran berbeza di kalangan pimpinan PAS, tetapi yakin ia boleh diselesaikan dengan cara duduk berbincang, berdiskusi dengan fakta dan berasaskan kebenaran, bukannya fitnah dan sentimen.

Beliau juga mengakui penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedikit sebanyak mewujudkan persepsi negatif kepada PAS.

"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Krisis, ia menjadi tanggungjawab saya untuk berjumpa dengan mereka dan berbincang.

"Kita tidak boleh biarkan begitu saja kerana mereka adalah ahli-ahli PAS dan sesetengahnya mempunyai jawatan penting dalam PAS," kata Salahuddin.

Sambutan terhadap PasMa kini semakin hangat dengan kejayaannya menubuhkan cawangan di semua negeri dan di semua daerah untuk negeri-negeri tertentu, termasuk di Terengganu di mana PAS menyatakan penentangan secara terbuka terhadap kumpulan itu.

Walaupun ia ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tetapi ramai memberikan tanggapan ia kumpulan yang tidak senang dengan jalur pemikiran pimpinan tertinggi PAS, khasnya Hadi sendiri.

Retreat kali ini juga bakal menentukan pemikiran yang bagaimanakah yang bakal mewarnai masa depan PAS.

"Jika pemikiran golongan progresif berjaya diterima dan dijadikan pendekatan PAS, maka PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan bekerjasama erat dengan PKR dan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," kata Mujahid.

Sebaliknya, jika pemikiran golongan konservatif yang mahu menjaga kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS mendapat tempat utama dalam retreat kali ini, PAS akan semakin jauh dari PR.

Retreat ini juga akan menentukan halatuju PAS menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun tahun depan, apabila pemilihan pucuk pimpinan akan diadakan.

"Apa-apa keputusan retreat ini akan disahkan menjadi keputusan PAS apabila perwakilan membuat pemilihan pucuk pimpinan PAS nanti," kata Mujahid.

sumber...TMI

Saturday, October 25, 2014

Akhirnya Anwar Dedah 'Rahsia' Selangor



Krisis Selangor bukti Pakatan mampu kekal tanpa saya, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata realitinya, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu kekal walaupun beliau terpaksa ke penjara kali kedua, buktinya dapat dilihat dalam penyelesaian krisis menteri besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu mengatakan, terbukti PR masih mampu membentuk kerajaan negeri secara bersama dengan PAS, DAP dan PKR meskipun PAS dilihat berbeza pendapat sepanjang kemelut tersebut.

Meskipun ramai meramalkan dan melihat krisis berbulan-bulan tersebut akhirnya akan memecahkan Pakatan, Anwar sebaliknya berkata PR masih mampu bersatu selepas menteri besar baru dipilih oleh Sultan.

Selepas krisis Selangor, pemimpin PR termasuk PAS, duduk sekali membentangkan bajet bayangan yang didokong oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Anwar sendiri menyifatkan bajet tersebut sebagai bukti kerjasama antara rakan parti dalam PR masih utuh, semasa bercakap kepada The Malaysian Insider semalam.

Katanya dengan nada sinis, keupayaan PR bersatu bukan semata-mata bergantung kepada dirinya, seperti yang diperkatakan oleh "penyokong yang mahu meningkatkan ego saya."

Menurut Anwar, realitinya ketiga-tiga pemimpin parti mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain, khususnya dalam jawatankuasa antara parti seperti isu membabitkan pilihan raya dan bajet.

"Peranan mereka tidak boleh diperkecilkan, tidak berapa betul kononnya peranan Anwar ini terlalu penting atau tiga pimpinan itu sangat utama.

"Ia (kepercayaan begitu) mungkin bagus untuk ego saya, tetapi itu tidak benar," kata Anwar dalam temubual ekslusif dengan The Malaysian Insider di rumahnya di Bukit Segambut.

PR baru sahaja berdepan krisis yang mengugat persefahaman dan hubungan sesama parti, ketika Anwar bersiap-sedia menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama dirinya akan ke penjara atau tidak.

Hubungan antara ketiga-tiga parti komponen sudah diperbaiki sepenuhnya selepas selesai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan bulan lepas.

Semasa kemelut tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli kanan Majlis Syura Ulama, unit tertinggi dalam parti, secara terbuka menolak langkah menggantikan Khalid yang dikemukakan PKR dan disokong DAP.

Semasa PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid, Hadi menolaknya walaupun pemimpin dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat menyokong presiden PKR itu.

Perdebatan sama ada parti Islam itu patut kekal atau tidak bersama dalam PR juga menambah kegawatan dalam PAS yang melibatkan perbalahan antara kumpulan Hadi dan kumpulan pemimpin lain dalam jawatankuasa pusat.

Pada ketika itu, para pemerhati melihat keretakan tersebut bakal memecah-belah PR dan membawa perpecahan dalam PAS sendiri.

Semasa kemuncak kes tersebut, peranan Anwar sebagai pendamai tidak signifikan dalam memujuk PAS menyokong keputusan PKR dan DAP yang sudah muktamad memilih calon menteri besar Selangor.

Semasa Ketua Umum PKR tersebut mengadakan pertemuan dengan Hadi dalam cubaan memujuknya bagi menyokong PKR dan DAP, Hadi dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan beliau.

Jika Anwar dihantar ke penjara sekali lagi, ramai yang percaya PR mungkin berdepan cabaran lebih besar untuk kekal bersama ekoran perbezaan pendapat antara PAS dan rakannya.

Bagaimanapun, Anwar mempertahankan presiden PAS itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan Hadi merupakan halangan kepada perpaduan dalam PR.

"Saya tidak setuju dengan pandangan negatif yang orang cakap tentang Hadi. Saya mungkin tidak setuju dalam semua perkara dengannya, tetapi dalam isu ini (perpaduan PR)... Dia bersama kita semasa di Parlimen dan kami berbincang panjang.

"Beliau mungkin tidak hadir dalam mesyuarat PR, disebabkan sakitnya atau berada di luar negara. Tetapi beliau hantar satu pasukan (para pembuat keputusan tertinggi)."

Anwar bagaimanapun tidak komited siapa yang akan menggantikan peranannya dalam PR sekiranya beliau dipenjarakan.

"Mereka ada bincang perkara ini sebelum ini. Semuanya berbalik kepada persefahaman asal kita. Di mana mesyuarat (pimpinan PR) diadakan, ia akan dipengerusikan oleh parti yang menjadi tuan rumah.

"Jadi, kalau di PKR, Dr Wan Azizah akan pengerusikan, kalau PAS, Hadi dan begitu juga dengan DAP."

Anwar berkata, dengan adanya beberapa jawatankuasa antara parti yang menuntut pimpinan dari parti berbeza bekerjasama, pakatan pembangkang sekarang lebih teratur berbanding waktu ia mula ditubuhkan pada 2008.

“Kita ada jawatankuasa pilihan raya, jawatankuasa setiausaha agung, mesyuarat berkala antara menteri besar dan ketua menteri.

“Pengumuman dibuat pemimpin kanan tetapi yang bekerja ialah pemimpin muda kami, contohnya dalam bajet bayangan, kita ada (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Dzulkefly Ahmad, (Ketua DAP Johor) Liew Chin Tong.

“Sama juga dengan jawatankuasa pilihan raya, di mana kita ada (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS) Dr Hatta Ramli. Peranan pemimpin ini semua tidak boleh dinafikan."



sumber...TMI

OLEH MD IZWAN DAN SHERIDAN MAHAVERA

Sunday, October 12, 2014

Review: Kedudukan Terkini Kerusi ADUN Pakatan Rakyat Selangor



Dua Adun PAS di Selangor Digantung keahlian selama setahun dan di benarkan membuat rayuan dalam tempoh 15 hari. Bermakna 2 Adun ini Menjadi ADUN BEBAS selama Setahun.

Kedudukan Terkini :

DAP : 15 Kerusi
 

PAS : 13 Kerusi
 

PKR : 13 Kerusi
 

BN : 12 Kerusi
 

BEBAS : 3 KERUSI

Apa pun 'nasib' Nasharudin Md Isa seumpama 'wakil Najib' yang ke ulu ke hilir masih OK. Wa percaya beliau akan terus bebas dari sebarang tindakan dan hukuman dari JKPP atawa majlis Syuru Ulamak.

Apa pon wa rasa Pak Abu dan YB Hasnul telah membuat 'ijtihad politik' yang tepat kerana untuk menyelamatkan Selangor terlepas dari Pakatan Rakyat.

Ini tidak ada bezanya kerana Pak Abu kali ini daa 2 kali ler kira kena 'sound'. Dulu pertama kali sewaktu menibai Hasan Ali. relax ler Pak Abu. YB Khalid Samad pon sama ler jugak, boleh cool jer.

Tapi Presiden PAS bilakah akan dikenakan tindakan kerana jelas telah memperakui ada hubungan samada gelap atau terang dengan Umno (merujuk laporan the malaysian insider mengenai mesyuarat JK PAS Pusat).

Dalam laporan tersebut The Malaysian Insider di petik berkata Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. 

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu. 

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa. 

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan. 

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. 

“Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama,” kata Hadi, menurut sebaran itu. 

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. 

Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. 

“Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,” kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. 

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.