Followers

Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Sunday, January 24, 2021

RM35 juta Mungkin Dah Boleh Buat Lebih 6 Buah Masjid, kata DAP

 


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempertikaikan kewajaran kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta hanya untuk membina tiga buah dewan di Pagoh, terutama dalam keadaan negara dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19.

Beliau berkata, wang berkenaan jika dibandingkan dengan kos pembangunan Masjid, kerajaan sudah boleh membina lebih enam buah Masjid dalam negara.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, sebagai contoh adalah pembangunan Masjid di Bandar Baru Kampar, Perak yang hanya berjumlah RM1.9 juta dengan kapasiti mampu memuatkan sehingga 500 orang jemaah.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan mengurangkan segala projek yang tidak penting dan memfokuskan segala usaha agar lebih ramai kelompok yang akan menerima suntikan vaksin virus berkenaan.

“Dengan kemerosotan ekonomi semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan seharusnya berhati-hati dalam membelanjakan dana awam.

“Dewan komuniti sering dibiarkan kosong dan tidak digunakan secara kerap. Ini bukan kaedah yang produktif untuk menggunakan dana awam, terutama pada masa krisis kesihatan global.

“Maka tidak salah untuk sesiapa pun yang mempersoalkan kebiasaan perbelanjaan Perdana Menteri, kerana wang itu berasal dari dana awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, PMO dalam kenyataannya berkata, jumlah peruntukan sebanyak RM35.43 juta adalah untuk membina tiga buah dewan, bukan sebuah, dan perolehan projek dibuat mengikut tatacara secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.

Peruntukan pembangunan tersebut antaranya di Gersik, Tangkak (RM13 juta), Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) and Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta).

Sementara itu Lim menggesa agar agensi-agensi kerajaan dan bahagian penguatkuasaan yang berkaitan, segera  menyiasat dan menghapuskan keraguan mengenai ketiga-tiga projek tersebut terutama berhubung kaedah perolehan tender berkenaan.

sumnber...MDLine

Thursday, December 17, 2020

Grand Coalition: Siapakah Yang Beruntung ?

 

 

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

 
Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?
 
Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.
 
Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.
 
Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.
 
Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!
Kenapa tak masuk PH sahaja?
 
Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.
 
Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!
 
Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!
 
Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.
 
Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.
 
Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?
 
Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?
 
Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.
 
Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.
 
Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.
 
Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?
 
Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.
 
Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.
 
PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.
 
Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk jadi ketua.
 
Tapi baik tak payah. Ada banyak parti tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?
 
Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.
 
Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.
 
Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.
 
oleh: - R a j a G e l a p -

Thursday, October 8, 2020

UMNO Sedia Jalin Kerjasama Termasuk Dengan DAP

 


UMNO is willing to cooperate with any party, including DAP, said its secretary-general, Annuar Musa, adding that the party cannot be rigid in new Malaysia.

“We want to keep our options open. Barisan Nasional’s (BN) old formula of alliance is now outdated.

 Umno must keep its options on cooperation open, even if it means working together with its archrival party DAP, says Tan Sri Annuar Musa.

“If Tun Dr Mahathir Mohamad can cooperate with DAP, if PAS can cooperate with DAP, who knows, maybe one day Umno can also cooperate with DAP.

“Don’t keep yourself in a cocoon. The most important thing here is how we can serve the people best,” he said.

He cited the warming up of former Umno strongman and current Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad with long-time nemesis DAP as an example. “Umno must think of how to work with [others, including] DAP. We should not have a mentality to block [cooperation],” he said.

“Malaysian politics is pragmatic… if Tun Mahathir can work with DAP, we also can work with DAP,” he said.

“Umno’s priority right now is to strengthen the party itself, then only think about the coalition. Individual parties have to reinvent themselves [as well],” he said.

“It is not the dissolution that is important. Where are we going? Dissolution will not solve the question of how do we move forward. You are not going to win the [next] election just by dissolving [BN].”

sumber...The Coverage

Tuesday, May 19, 2020

Muhyiddin Yang Pelik...




Kisah Aneh Muhyiddin Yassin

Dalam pesanan teks yang dikirimkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada saya dalam empat tahun kebelakangan ini, dia akan selalu mengantarnya dengan “Bro”. Oleh sebab saya lebih muda daripada beberapa anak-anaknya, saya pula selalu memanggil beliau dengan panggilan hormat “Tan Sri.”

Pengamatan peribadi saya terhadap lelaki yang lemah lembut ini mengingatkan saya kepada kisah Dr Jekyll dan Mr Hyde. Kisah ini cukup aneh tetapi mungkin itu adalah fitrah manusia ketika seseorang itu menghadapi godaan kuasa.

Kali pertama kami bertemu adalah pada 11 April 2016. Saya dan Anthony Loke, mewakili DAP, berbual lama dengan beliau selama dua jam lebih.

Muhyiddin, yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 kerana mempersoalkan penglibatan Najib Razak dengan skandal 1MDB, ketika itu dipantau dan diekori oleh Cawangan Khas. Bagi mengelakkan diri daripada menarik perhatian, pegawainya telah menyewa sebuah bilik hotel di Petaling Jaya. Saya dan Anthony masuk terlebih dahulu diikuti oleh Muhyiddin 10 minit kemudian. Apabila perjumpaan berakhir, beliau pergi dahulu. Kami pergi 10 minit kemudian.

Pada 25 Julai 2016, Muhyiddin bertemu dengan Kit Siang, juga di sebuah hotel, di Kuala Lumpur. Saya dan Anthony turut serta. Kami melalui proses yang sama. Kami masuk dulu, kemudian Muhyiddin masuk.

Hari ini, saya sangat berharap Muhyiddin tidak akan menggunakan Cawangan Khas untuk memantau pemimpin Pakatan Harapan sepertimana beliau sendiri menjadi mangsa ketika beliau tidak berada di tampuk kuasa.

Sebagai konteks, pertama sekali, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir telah dipecat daripada UMNO pada 24 Jun 2016. Kedua, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan dua pertemuan strategi yang melibatkan semua pemimpin pembangkang dan beberapa pemimpin masyarakat sivil pada 28 Jun 2016 dan 14 Julai 2016 untuk membuka jalan kepada penubuhan parti baharu.

Dalam pertemuan dengan Kit Siang itu , Muhyiddin memberitahu bahawa parti baharunya akan bertanding untuk 15 kerusi parlimen, sebaliknya dalam komunikasi kami dengan pihak Dr Mahathir, kami diberitahu Tun sedang berusaha untuk bertanding 40 kerusi.

Selepas pertemuan itu, Kit Siang berpandanganbahawa angka Dr Mahathir lebih realistik (akhirnya Bersatu bertanding 51 kerusi) kerana seseorang tidak sepatutnya membentuk parti nasional hanya untuk bertanding 15 kerusi.

Muhyiddin kurang bercita-cita tinggi pada masa itu kerana dia berpendapat partinya masih perlu bekerjasama dengan PAS, sedangkan Dr Mahathir telah menolak parti Islamis yang beliau anggap tidak lain hanyalah rakan subahat Najib.

Ketika pertemuan itu, Muhyiddin juga meminta Kit Siang untuk membantu parti baharunya untuk memerangi Najib bersama-sama, dan veteran DAP itu berjanji akan menyokong beliau sepenuhnya.

Pada 13 Disember 2016, Muhyiddin mengetuai kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ataupun Bersatu yang baharu ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Pakatan Harapan.

Usaha ini adalah percubaan rasmi pertama untuk menyelaraskan Bersatu dengan Pakatan walaupun ketika itu Muhyiddin masih memikirkan untuk membentuk “Barisan Rakyat” sebagai platform baharu untuk bekerjasama dengan PAS dan parti-parti Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, Mahathir sudah menjelaskan pendiriannya lebih awal lagi. Pada 12 November 2016, dalam ucapannya kepada Konvensyen Pakatan Harapan, mantan Perdana Menteri itu sudah menyatakan hasrat Bersatu untuk menyertai Pakatan. Mahathir telah pun mendahului masa, manakala, Muhyiddin dan Mukhriz akhirnya menolak PAS hanya pada Februari 2017.

Siapa bakal PM

Selepas upacara MOU itu, di sebuah bilik persendirian di Ibu Pejabat PKR, seorang pemimpin NGO penting secara terbuka mengatakan di hadapan Muhyiddin dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya individu itu mencadangkan Muhyiddin sebagai PM dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai timbalannya. Mesyuarat itu tidak berakhir dengan baik.

Individu daripada NGO tersebut adalah orang sama yang menemui saya untuk makan tengah hari pada bulan April 2015 untuk meyakinkan saya bahawa Azmin harus menjadi calon PM Pakatan. Perkara ini berlaku hanya dua bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 10 Februari 2015.

Pada 9 dan 10 Januari 2017, akhbar Sinchew menerbitkan wawancara eksklusif dua bahagian dengan Muhyiddin. Penerbitan wawancara tersebut jelas membawa agenda untuk menyemai rasa sangsi dalam kalangan pengundi Cina terhadap pemimpin Bersatu. Sinchew memaparkan keraguan Muhyiddin mengenai pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), secara langsung menanam perasan tidak puas hati terhadap beliau dalam kalangan rakan-rakan Cinanya.

Saya dan Muhyiddin terus berhubung. Beliau menjemput saya untuk sarapan pagi di sebuah restoran kegemarannya berdekatan dengan rumahnya pada 24 Januari 2017. Pertemuan ini merupakan kali pertama saya bersemuka dengan beliau secara perseorangan.
.
Kami berbual selama tiga jam. Muhyiddin memberitahu saya bahawa beliau mahu memahami DAP dengan lebih mendalam, “memandangkan kita sekarang perlu bekerjasama”. Salah satu topik yang tidak dapat dielakkan adalah berkenaan jawatan perdana menteri.

Atas permintaan Muhyiddin, Kit Siang berjumpa dengan beliau pada 7 Februari 2017. Muhyiddin meminta sokongan DAP supaya menyokong pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri. Kit Siang menjelaskan kepada beliau bahawa perkara ini perlu dibincangkan dengan Anwar kerana pendirian DAP pada masa itu adalah untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Beberapa bulan selepas itu, idea pasukan kepimpinan Muhyiddin – Azmin masih dicanangkan selepas Pakatan menerima Bersatu sebagai komponen parti secara rasmi. Mesyuarat pertama Majlis Presiden dengan kehadiran pemimpin Bersatu telah diadakan pada 27 Mac 2017 di tingkat 14, parlimen Malaysia.

Pada April 2017, idea untuk memilih Mahathir sebagai perdana menteri telah dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat persendirian. Namun, meletakkan Mahathir semula sebagai Perdana Menteri adalah idea yang masih sukar diterima orang dalam sekeliling Anwar. Walaupun kem Muhyiddin menentang idea tersebut pada awalnya, tetapi populariti Mahathir sebagai PM kian meningkat diperingkat akar umbi.

Tidak lama selepas itu, Muhyiddin bagi pihak Bersatu menyokong Mahathir sebagai calon PM. Saya menghormati beliau kerana dapat melihat gambaran luas dan mengenepikan cita-cita peribadi beliau. Tindakan beliau yang cukup dihormati.

Pakatan mengambil masa beberapa bulan untuk memutuskan Mahathir sebagai pengerusi. Rundingan tersebut hampir gagal, tetapi diselamatkan oleh Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan keluarga Mahathir di London semasa Hari Raya.

Pada jam 12.30 malam, 14 Julai 2017, Pakatan menamakan Mahathir sebagai pengerusi, Anwar sebagai Ketua Umum dan Wan Azizah sebagai Presiden.

Fraksi Azmin keluar, bimbang kerana persetujuan yang telah dicapai untuk memilih kerjasama Mahatihr – Anwar akan menagguhkan perancangan Azmin untuk menjadi PM. Tetapi, Muhyiddin menyokong keputusan tersebut tanpa memperdulikan ‘amukan’ Azmin.

Isu tersebut tidak selesai di sini. Kegelisahan Azmin kekal berterusan. Azmin terus mendokong kombinasi Muhyiddin-Azmin sebagai PM-TPM, tetap Muhyiddin tidak terlibat dengan percaturan ini.

Terdapat pertengkaran hangat antara ahli-ahli Pakatan Harapan yang lain dengan Azmin dan sekutunya di pemukiman Pakatan pada 1 hingga 2 Disember 2017, di Putrajaya. Dalam kalangan empat parti (Amanah, Bersatu, DAP dan PKR), tiga setengah parti bersetuju mengumumkan Dr. Mahathir sebagai PMi ke-7 dan Anwar sebagai PM ke-8, dengan tentangan kuat daripada fraksi Azmin.

Perunding daripada setiap parti berlumba dengan masa untuk menyelesaikan rundingan pada 6 Januari 2018 bagi mengumumkan pencalonan Mahathir dan Anwar Ibrahim, dan pencalonan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, di konvensyen Pakatan pada 7 Januari 2018.

Sekali lagi, Muhyiddin membuktikan bahawa dia seorang yang budiman dengan menyokong persetujuan tersebut meskipun Azmin dan sekutunya meneruskan bantahan keputusan konvensyen.

Selain pencalonan untuk jawatan tertinggi, rundingan untuk kerusi Parlimen di kawasan Semenanjung Malaysia turut diumumkan di konvensyen tersebut. Perundingan ini merupakan pencapaian kali pertama dalam sejarah.

Percaturan Johor

Muhyiddin, Salahuddin Ayub (Amanah), Nurul Izzah (PKR), Anthony Loke (DAP), dan pemimpin Pakatan Harapan Johor telah berjaya menyelesaikan rundingan kerusi Johor pada 18 Januari 2018, negeri pertama yang berjaya melakukannya.

Muhyiddin meminta saya dan Anthony untuk mendapatkan persetujuan DAP untuk kekal bertanding di 14 kerusi demi kepentingan gabungan parti, dan kami pun bersetuju dengan permintaan tersebut.

Pada asalnya, DAP mahu bertanding di 16 kerusi negeri; Johor pada ketika itu masih merupakan kubu kuat BN. Sejak itu, Johor merupakan negeri barisan hadapan yang akan memenangkan Pakatan di peringkat nasional; Pakatan telah memenangi 18 kerusi parlimen (lebih tiga kali ganda berbanding 5 kerusi pada 2013) dan 36 kerusi negeri (dua kali ganda berbanding 18 kerusi pada pilihan raya 2013).

Sebagai pengerusi DAP Johor, saya bekerja rapat dengan Muhyiddin. Beliau memutuskan untuk kekal bertanding di Pagoh dan tidak berpindah ke ‘kerusi yang lebih selamat’, satu anjakan keyakinan untuk penyokong Pakatan Harapan. Pada PRU14, pilihan kerusi Muhyiddin, Mukhirz dan Tun Mahathir memberi satu isyarat kuat buat semua pengundi bahawa mereka sedang berjuang berhabis-habisan.

Setelah melihat perangkaan, saya dan pegawai Muhyuddin yakin akan kemenangan Muhyuddin di Pagoh. Kawasan parlimen Pagoh mempunyai 64 peratus pengundi Melayu dan 36 peratus pengundi kaum lain. Saya memilih untuk bertanding di kerusi yang penuh cabaran, Ayer Hitam, untuk menekankan bahawa perjuangan ini soal “hidup atau mati”. Kami yakin Muhyiddin akan menang dengan skonongan pengundi bukan Melayu dan 40 peratus pengundi Melayu. Akhirnya, beliau memperoleh 55.21 peratus undi, kemenangan bergaya buat Pakatan Harapan di kawasan separuh bandar.

Pada malam pilihan raya, saya bergerak dari Yong Peng di Johor ke Sheraton Hotel, Petaling Jaya, dan tiba pada tengah malam. Muhyiddin menenangkan saya atas kekalahan di Ayer Hitam. Pada malam yang penuh bersejarah, saya dapat rasakan keikhlasan yang disampaikan beliau.

Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan Harapan diperakui.

Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu (8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar.

Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama saya menaiki jet peribadi.

Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau.

Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai menawar diri untuk membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup memberangsangkan.

Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang sukar antara 2015 dan 2018.

Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya; hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya.

Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.

Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun (2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya kesepian menyahut persoalan itu.

Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan Harapan diperakui.

Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu (8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar.

Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang sukar antara 2015 dan 2018.

Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama saya menaiki jet peribadi.

Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau.

Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai menawar diri untuk membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup memberangsangkan.


Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya; hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya.

Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.

Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun (2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya kesepian menyahut persoalan itu.

Muhyiddin telah dikesan dengan penyakiti kanser pada Julai 2018. Saya menziarahi beliau di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Kali pertama saya pergi seorang, kali kedua saya mengikuti Guan Eng. Saya menganggap Muhyiddin sebagai sahabat berusia dan sangat bimbang dengan kesihatan beliau.

Ketika beliau sedang beransur pulih, dalam kebanyakan pertemuan kami, beliau telah mengadu kepada saya tentang keinginannya untuk meletak jawatan. Penyakit tersebut telah mengubah perspektif beliau terhadap kehidupan.

Kebuntuan di Johor

Pada 24 April 2019, setelah Muhyiddin dan Dr. Mahathir bercanggah berkenaan pemilihan Mazlan Bujang sebagai ketua Bersatu di Johor, saya berjumpa dengan Muhyiddin di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri. Sekali lagi, beliau menzahirkan keinginannya untuk meletak jawatan kerana Dr. Mahathir tidak menerima pandangannya walaupun Johor merupakan negeri beliau. Muhyiddin merupakan pengerusi Majlis Pakatan Harapan Johor.

Muhyiddin berasa kecewa tetapi tidak menghalang pelantikan Mazlan. Beliau beritahu kepada saya, menurut perlembagaan Bersatu, selaku presiden beliau mesti berunding dengan dan menerima keputusan pengerusi, iaitu Dr. Mahathir.

Ketika mesyuarat-mesyuarat kami pada bulan-bulan seterusnya, beliau berulang kali menyatakan kekecewaannya terhadap pemilihan Mazlan Bujang oleh Pengerusi Bersatu.

Pada 2 Syawal (6 Jun 2019), Muhyiddin telah memberitahu saya, beliau sudahpun hampir pulih daripada penyakitnya. Doktor beliau turut menyatakan perkara yang sama ketika majlis rumah terbuka anak lelaki Muhyiddin. Saya cukup lega menerima berita itu.

Imbas ke hadapan, pada bulan Oktober 2019. Percubaan untuk merampas kuasa oleh trio Azmin Ali, Hishammuddin Hussein, dan Hamzah Zainuddin telah menyemarakkan lagi api perkauman bagi pihak Melayu dan bukan Melayu. Usaha tersebut bertujuan mewujudkan satu kerajaan gabungan perpaduan Melayu baharu tanpa melibatkan DAP dan Amanah.

Muhyiddin sangat bimbang akan “perbezaan pandangan antara kita kerana perbezaan ideologi dan kepercayaan kian jelas sekarang’. Daya maju hubungan gabungan Bersatu-DAP sedang dipersoalkan dengan serius dan terdapat banyak tekanan daripada pihak yang agresif dalam Bersatu agar beliau bertindak menentang DAP.

Beliau menganjurkan makan malam kecil-kecilan antara pemimpin tertinggi Bersatu dan DAP pada 29 Oktober 2019 bagi mencari jalan menyelamatkan gabungan parti. Kedua-dua parti bersetuju bahawa naratif melampau Melayu dan bukan Melayu menyebabkan kita menderita di jalan tengah. Kita harus lakukan lebih banyak lagi untuk menyelamatkan gabungan ini.

Mesyuarat tersebut berjaya mengatasi cubaan rampasan kuasa pada Oktober oleh trio Azmin, Hishamuddin dan Hamzah yang menggunakan DAP sebagai momokan. Tetapi kejayaan ini hanyalah untuk sementara.

Imej Pakatan Harapan tidak ditambah baik, terutama sekali apabila dimanipulasi pihak lawan dengan isu perkauman.

Pada malam 16 November 2019, saya berada di bilik gerakan bersama Muhyiddin dan beberapa orang dalamannya untuk menyaksikan siaran langsung keputusan Piihan Raya Kecil Tanjong Piai. Muhyiddin yang kecewa mengatakan “ini lebih buruk daripada tsunami.”

Pergerakan mencurigakan, motif menghairankan

Majlis Presiden Pakatan Harapan khas diadakan pada 23 November 2019 dengan satu agenda untuk membincangkan pembentangan oleh Muhyiddin sebagai ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya Pakatan.

Beliau menggariskan beberapa cabaran politik yang berikut:
 -Isu sentimen perkauman memberi kesan negatif terhadap PH
-Orang Melayu menganggap PH dikuasai DAP
-Orang Cina mengganggap PH dikuasai Bersatu dan Dr Mahathir
-Isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan PH tidak stabil
-Kabinet PH dilihat tidak cekap


Cadangan beliau buat Pakatan
-Tangani isu kaum dan agama secara bijaksana dengan mengambil sikap yang lebih moderat dan berhemah
-Kikis imej anti-Melayu DAP ; anti-Cina Bersatu
-Kuatkuasakan tindakan disiplin terhadap ahli parti yang mengkritik sesama sendiri atau mengkritik pimpinan parti anggota yang lain
-Tangani isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 secara bijaksana
-Rombak kabinet supaya kabinet PH dilihat berprestasi tinggi
Muhyiddin mencadangkan agar Pakatan berusaha untuk mencapai tahap penilaian penerimaan 60% dalam jangka masa setahun.

Selepas mesyuarat khas itu dan Parlimen masuk ke sesi rehat, Muhyiddin pun pergi ke luar negara pada akhir tahun bulan Disember dan beberapa hari pada bulan Januari. Dia kembali kelihatan sangat segar dan dalam keadaan sihat.

Mat Sabu bertemu Muhyiddin pada 22 Januari. Pertemuan mereka membuatkan Mat Sabu berasa sangat hairan. Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu kepada saya bahawa dia bimbang Muhyiddin mempunyai idea baharu yang bertentangan dengan prinsip asas Pakatan Harapan.

Nampaknya Muhyiddin memikirkan suatu bentuk pemerintahan perpaduan Melayu, dan beliau tidak lagi berminat dengan Anwar untuk menjadi PM berikutnya.

Pada 31 Januari 2020, saya dan Muhyiddin menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina di Grisek, kawasan Pagoh. Selepas itu, saya mengunjungi Muhyiddin di rumahnya untuk berbual panjang pada 5 Februari 2020.

Seperti biasa, beliau peramah dengan saya. Tetapi, saya dapat mengesan terdapat sesuatu perubahan dalam pandangannya. Bagi beliau, jika tiada perubahan dalam Pakatan, maka Bersatu akan kalah teruk untuk pilihan raya akan datang. Saya memberi hujah untuk menyanggah pendapat beliau, mengatakan Bersatu akan dimamah hidup-hidup oleh UMNO dan PAS dalam gabungan penyatuan Melayu. Malah, rakan terbaik Bersatu ialah DAP kerana pertindihan kawasan adalah minima.
Pada hari itu saya pulang dengan suatu perasaan bahawa sesuatu yang aneh telah berlaku, sesuatu telah berubah dalam dirinya tetapi saya percaya beliau masih mempertimbangkan pilihannya.

Saya berpandangan bahawa dalam sosok tubuh itu masih wujud Muhyiddin yang terhormat, individu yang selalu melihat gambaran yang lebih besar dan bersedia untuk beralah dengan Dr Mahathir seperti pada tahun 2017. Saya telah berharap agar Muhyiddin yang berulang kali berfikir untuk berhenti itu tidak tergoda oleh kedudukan duniawi tetapi akan memikirkan legasinya.

Namun, beliau hanyalah manusia. Mungkin, godaan tersebut terlalu hebat sehingga beliau tidak dapat menahannya. Boleh jadi, kekecewaan beliau terhadap Dr. Mahathir, dorongan daripada trio Azmin, Hishammuddin dan Hamzah, dan cita-citanya sendiri untuk menjadi PM akhirnya membuat beliau cenderung ke arah kudeta politik Sheraton pada 23 Februari 2020.

Saya sedih apabila sahabat lama saya yang berusia, Tan Sri Muhyiddin memilih jalan ini. Sikap baiknya ketika perlawanan epik menentang Najib sang kleptokrasi telah memberi laluan kepada gambaran perebutan kuasa tanpa keabsahan. Mungkin Dr. Jekyll telah bertukar menjadi Mr Hyde.

Terdapat beberapa pemimpin dan penyokong gabungan rapuh Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin sekarang kembali dengan taktik jahat lama mereka dengan memomok DAP dalam usaha mereka membakar kebencian antara kaum.

Saya ingin berpesan kepada sahabat lama saya yang berusia ini, Tan Sri Muhyiddin. Saya ahli DAP. Dalam empat tahun, dari tahun 2016 hingga 2020, setiap kali anda meminta pertolongan daripada DAP, kami tidak pernah mengecewakan anda, kami lakukan semua perkara semana mungkin untuk membantu anda. Dengan memainkan sandiwara anti-DAP sebagai justifikasi kewujudan gabungan Perikatan Nasional, ini hanyalah menunjukkan hipokrasi.

oleh: Liew Chin Tong

Friday, April 26, 2019

'Mana Perginya Pendekar Bugis' ?




Steven ajak Najib berbalas pantun

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim hari ini mengirim lima rangkap pantun kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim membalas hantaran yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa rangkap pantun Melayu.

Steven mengambil pendekatan kreatif itu bagi menjawab tohmahan Najib yang mendakwa kononnya menjadi mangsa propaganda DAP.

Pantun itu dimuat naik di Facebook Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dengan tanda pagar #PantunBattle #JanganTakBalas.

Dengan tanda pagar #PantunBattle dan #JanganTakBalas, Steven yang juga penulis buku puisi Dalam Salju Ada Bunga membalas kenyataan Najib dengan pantun seperti berikut:

Makan cabai terasa pedas
Meroyan pagi sampai ke petang
Tuah badan bosskur membalas
Berjuta masuk terlepas pandang.

Dulu Birkin kini bosskur
Haloba siapa mangsanya siapa
Dato Seri troll, saya pun akur
Dato Seri tegur, saya pun sapa.

Kura-kura nak jadi angsa
Mana hilang si buah manggis
Pura-pura nak jadi mangsa
Mana hilang pendekar Bugis?

Minta belas mengelak mati
Bacul melayang beralih-alih
Yang hak jelas batil pun pasti
Empunya wayang tak usah dalih.

Tuan menganyam tak pernah rampung
Dongeng didalang mendabik dada
Ibarat ayam riuh sekampung
Cumanya malang telur tiada.


Terdahulu Najib, dalam hantaran di Facebook, mengulas laporan berita yang memuatkan kenyataan Steven yang mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi berita berunsur kebencian dan palsu di media sosial. 

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau kononnya menjadi mengsa propaganda Pakatan Harapan.

Najib kini sedang dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. 

Terdapat puluhan tuduhan lagi yang akan dihadapi beliau di mahkamah.

sumber...roketkini

Thursday, January 31, 2019

Respond Sheikh Omar Kepada Ashraf Wajdi

 
 

Sheikh Omar jawab kritikan: Ingatkan Papagomo, rupanya Asyraf Wajdi

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali berkata kritikan pelantikannya sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan yayasan berkenaan.

"Saya rasa cemuhan itu semua itu bersifat sentimen dan bukan bersifat dasar dan bukan bersifat nak bincangkan soal polisi atau hala tuju bagaimana Yadim hendak bergerak ke hadapan.

"Khususnya macam satu (kritikan) yang ditimbulkan (Ketua Pemuda Umno) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Masa mula-mula baca kritikan itu, saya ingat Papagomo punya kenyataan. Rupanya Asyraf Wajdi.

"Saya rasa saya pun tak akan meluangkan banyak masa untuk jawab tohmahan yang sifatnya terlalu kecil sebenarnya dan bukan perkara dasar untuk melihat Yadim ke depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, pelantikan Sheikh Omar sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim mendapat kritikan beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang yang bimbang dengan latar belakang beliau sebagai ahli DAP.

Dalam kritikannya, Asyraf yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Yadim mendakwa DAP sebagai parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Bagaimanapun, menteri agama Dr Mujahid Yusof mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.

Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.

Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.

"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).

"Cabaran utama adalah macam mana kita melihat naratif baru dalam dakwah di Malaysia, kerana selama ini sifat dakwah di Malaysia ini seperti kita melihat kita perlu mempertahankan diri kita semata-mata," katanya.

oleh: Hariz Mohd  mKini

Wednesday, January 23, 2019

Kenapa DAP boleh Percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, Tetapi Bukan Hadi Awang ?



DAP boleh percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, tetapi bukan Hadi Awang - Kit Siang

Pertikaian politik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Veteran DAP Lim Kit Siang terus hangat.

Kali ini Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu menyelar kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi dalam Facebooknya.

Jelas Kit Siang, pemimpin DAP lebih mempercayai janji Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz berbanding Abdul Hadi.

Malah kenyataan balas Presiden Pas itu jelasnya, secara halus dan licik menafikan sesuatu yang beliau tidak pernah sebut.
 
 Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri Menanti.
Mungkin Saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya.


Sebaliknya, tambah Kit Siang, langkah Hadi untuk menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu amat licik dan halus.

Tanpa merujuk mana-mana pihak atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai menjadi Perdana Menteri.

Menurut Kit Siang, Pas cuba mengambil langkah bijak dengan tidak menamakan sendiri Abdul Hadi selaku calon Perdana Menteri, namun secara diplomatik mencadangkan Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon jawatan nombor satu itu.

Namun, pendirian DAP sangat konsisten bahawa Perdana Menteri menanti adalah Anwar, malah sebarang usaha mencadangkan nama Hadi menggantikan Anwar tidak akan mendapat sokongan sama ada DAP dan PKR.

Sejarah hubungan antara Abdul Hadi dan Anwar yang dingin dan tidak sebulu, berbeza dengan hubungan Anwar bersama Allahyarham Fadzil Noor Atau Allahyarham Nik Aziz.

Tegas Kit Siang, Abdul Hadi mempunyai kecacatan sifat yang begitu serius sebagai pemimpin politik Malaysia dan antara sebab mengapa DAP tidak boleh mempercayainya.

sumber... Fareez Azman, Astro Awani

Monday, January 21, 2019

Pemuda DAP Minta PAS 'Bertaubat'




Dalam menegaskan pendirian partinya hari ini, Pemuda DAP meminta PAS "bertaubat" dari melakukan "politik fitnah".

"Pendirian Pakatan Harapan (PH) selari dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan berubah sama sekali.

"DAP akur dengan pendirian ini 100 peratus.

"Jika ada mana-mana pihak termasuk sesetengah pemimpin PAS cuba menafikan atau memfitnah kami, tiada lain yang boleh dibuat selain mengharapkan Tuhan sahaja yang akan membalas perbuatan mereka," kata Ketua Pemuda DAP Howard Lee dalam kenyataan media hari ini.

Howard membuat kenyataan itu selepas dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin agar DAP membuat pengisytiharan  berhubung kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khairil membuat cabaran itu sebagai mengulas laporan polis yang dibuat Pemuda DAP terhadap Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Laporan polis itu dibuat berhubung tuduhan Muhammad Khalil bahawa DAP sebagai parti politik yang anti-Islam.

Sementara itu, Howard dalam kenyataannya hari ini juga menyahut cabaran Khairil dan mengulangi pendirian partinya berhubung isu yang dibangkitkan.

"Saya ulangi pendirian kami seperti berikut: Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dimartabatkan, diangkat dan dipertahankan oleh Pakatan Harapan dan DAP.

"Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, itu akan terus dipertahankan.

"(Dan) Perkara 153 berkaitan kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum kaum yang lain tidak akan dipersoalkan," katanya.

'Menderhaka pada Raja-raja Melayu'
 
Howard yang merupakan Adun Pasir Pinji juga memetik titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di istiadat mengadap sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-62 baginda pada 4 November lalu.

Titah Sultan Nazrin yang dimaksudkan Howard ialah: "Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender – kesaksamaan kaum – kesaksamaan agama – kesaksamaan wilayah;... dan rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni - saling menghormati – saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum. Kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang akan terus mendapat sokongan rakyat ialah kerajaan yang dapat memenuhi impian dan hasrat majoriti rakyat."

Jelas Howard, titah Sultan Nazrin itu sekian lama merupakan apa yang diperjuangkan PH dan DAP.
Maka, kata Howard, tindakan PAS menuduh PH dan DAP hendak membuang institusi istana boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

"Bagi saya, ini merupakan tohmahan yang bersifat menderhaka dan menghina kebijaksanaan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu, serta memperlekehkan dan memperkecilkan keagungan Institusi Istana secara khusus- serta Perlembagaan Persekutuan secara amnya.

"Hujah perkauman, cauvinistik dan fitnah daripada Umno dan PAS adalah perkara yang biasa.

"Akan tetapi, seruan saya kepada Pemuda PAS, adalah jangan sekali-kali menakut-nakutkan pengundi dengan menyalah gunakan nama Duli-duli Tuanku dan mencemar kesucian institusi diraja," katanya.

sumber...mKini

Saturday, December 22, 2018

Kes Waytha: Jawapan Terbaik Syed Saddiq Kepada Ramasamy




Desak Waytha undur: Syed Saddiq jawab Ramasamy

Saya tidak masuk politik untuk play safe. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. Saya tidak akan memohon maaf hanya kerana berterus-terang.

Saya cadangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama (mendesak P Waythamoorthy letak jawatan). Bukankah beliau rakan sekerja anda di Pulau Pinang?


Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Pemuda Amanah Terengganu kerana “menghina kebijaksanaan Tun” apabila mencadangkan P Waythamoorthy digantikan dengan Nurul Izzah.

Jangan lupa "sekolahkan" Penasihat Media Perdana Menteri, A Kadir Jasin sekali.

Sayap pemuda parti tuan sendiri mendesak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar letak jawatan (nota editor: Pemuda DAP Sarawak telah menarik balik desakan itu). Tapi bila ada pimpinan pemuda Bersatu buat desakan yang sama, kita dituduh mengkhianati Pakatan Harapan (PH), dituduh memainkan sentimen perkauman, dituduh seperti Umno dan PAS.

Ini tiada kaitan dengan kaum. Ini tentang setuju untuk tidak bersetuju, untuk tidak menekan hak mana-mana pihak menyuarakan pandangan.

Sebagai ketua pemuda Bersatu, saya bertanggungjawab bagi membenarkan rakan-rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan mereka. Kita percaya dengan slogan “berani kerana benar”.

Jadi YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda Bersatu dan menteri belia dan sukan.

sumber...mKini

Sunday, November 11, 2018

Islam Jadi 'Anak Tiri' DAP Penang ?



Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP akan memperuntukkan sejumlah RM56.8 juta pada tahun hadapan bagi mengukuhkan serta memartabatkan institusi Islam.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Pulau Pinang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

“Kerajaan Negeri akan terus berperanan untuk memartabatkan institusi Islam melalui pembangunan dan program yang dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.
“Antara pembangunan yang telah dilaksanakan adalah dalam aspek kemudahan prasarana masjid dan surau,” katanya.

Pada tahun ini, katanya, terdapat beberapa projek pembinaan masjid baharu telah dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan iaitu Masjid Seri Serdang, Masjid Penaga dan Masjid Kubang Ulu.

“Ketiga-tiga masjid ini telahpun siap dibina sepenuhnya. Malahan terdapat dua lagi masjid baharu yang sedang dalam peringkat pembinaan iaitu Masjid Kampung Rawa dan Masjid Kampung Bonggol,” ujarnya.

Tambah Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, kerajaan negeri juga prihatin terhadap pembangunan sekolah agama rakyat di negeri itu.

“Ini dibuktikan melalui projek pembinaan baharu Sekolah Agama Rakyat di Masjid Seberang Perai Selatan dan Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim yang dijadualkan siap pada akhir tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri juga komited dalam memperkasakan urus tadbir hal ehwal agama Islam khususnya dalam bidang perundangan dan pendakwaan Syariah.

“Kerajaan Negeri telah memulakan penambahbaikan melalui inisiatif untuk mengasingkan Bahagian Pendakwaan, JHEAIPP menjadi satu jabatan yang berasingan bagi memperkemaskan lagi kedudukan institusi perundangan syariah untuk masyarakat Islam negeri ini.

“Adalah diharapkan agar proses perundangan syariah dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan telus,” katanya dipetik Roketkini.

Wednesday, October 17, 2018

Jambatan ke-3 Lebih Penting Dari 'Jambatan Bengkok'



Jambatan ke 3 lebih penting dari "jambatan bengkok" kata DAP Johor

Membina jambatan ketiga menghubungkan negeri di selatan Semenanjung ke Singapura lebih penting daripada menggantikan Tambak Johor dengan projek 'jambatan bengkok' cetusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

"Pendirian DAP Johor kami sangat menyokong jambatan ketiga, terdapat keperluan untuk memperbaiki dan mempercepat pembinaan sistem transit rapid (RTS) bagi menghubungkan kedua-dua negara.

"Pandangan kami adalah kami patut mengutamakan cara berkesan dan segea dalam memastikan sesiapa yang bekerja di Singapura akan mendapat pengangkutan yang terbaik.

"Saya fikir jambatan bengkok bukan agenda yang memerlukan perhatian segera. Kami boleh meneroka lanjut cadangan ini tetapi keutamaan adalah memastikan arus aliran lalu-lintas di kedua-dua belah pihak berjalan lancar," kata Liew di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata projek jambatan ketiga dan jambatan bengkok sedang dalam perhatian kerajaan negeri.

Projek jambatan bengkok asalnya jambatan enam laluan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun, memandangkan Singapura tidak bersetuju dengan projek itu, rekaannya diubah menjadi melengkung di bahagian sempadan Malaysia yang membolehkan kapal berlayar di bawahnya lantas mendapat gelaran 'jambatan bengkok'.

Jambatan itu bersambung dengan bahagian Tambak Johor di sempadan Singapura yang tidak dirobohkan.

Mahathir pada 2003 memberi lampu hijau terhadap projek ini sebelum pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya.

sumber...mKini

Thursday, January 26, 2017

DAP Khianati AMANAH ?


Sejauh mana kebenaran dakwaan itu ?

Ikuti penjelasan Timbalan Presiden Parti AMANAH...

AMANAH tak anggap dikhianati DAP

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menganggap penasihat DAP Lim Kit Siang mengkhianati parti itu apabila menghulurkan salam perdamaian dengan PAS.

 "Tak, tak, tak. Saya rasa itu bukan ideanya. Ideanya adalah untuk menggesa semua parti menentang Barisan Nasional," kata timbalan presiden AMANAH, Salahuddin Ayob kepada Malaysiakini.

Dengan menyatakan AMANAH tidak tersinggung dengan tindakan Lim, Salahuddin menegaskan parti itu pada masa lalu juga menggesa semua parti-parti pembangkang untuk bekerjasama.

"Saya telah memberikan begitu banyak kenyataan kepada kesediaan AMANAH untuk bersama-sama (dengan parti lain), untuk mengetepikan perbezaan kita.

"Kesediaan itu bukan hanya DAP, tetapi juga Amanah, dari hari pertama sentiasa membuka pintu kepada mana-mana parti, termasuk PAS," katanya.

Namun begitu, beliau kesal kerana PAS terus memandang remeh kesediaan AMANAH untuk bekerja bersama-sama.

"Saya rasa kita harus biarkan rakyat menilai siapa yang selalu membantah gesaan untuk satukan barisan pembangkang," kata Salahuddin.

Dengan menegaskan kepentingan agar semua parti pembangkang bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, Salahuddin menggesa semua parti melihat gambaran lebih besar tentang pelbagai isu melanda negara seperti skandal 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Lim, awal minggu ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS, jika presidennya Datuk Seri

Abdul Hadi Awang berkongsi komitmen sama untuk menentang 'kleptokrasi'.

Ahli parlimen Gelang Patah itu turut menyoal Hadi sama ada sedia menyatakan sebarang komitmennya.

Sementara itu Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir turut menyatakan parti itu tidak terasa hati dengan cadangan Lim.

"Tak ada, tak ada sama sekali. Semua orang berhak untuk mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Kita kena hormati semua pandangan," katanya.

Beliau juga percaya salam perdamaian oleh Lim lebih berkaitan kepada persoalan sama ada PAS sedia berjuang menentang kleptokrasi, memandangkan hubungan yang baik antara parti itu dan Umno.

"Jadi kenyataan tegas menentang kleptokrasi tak berlaku (di pihak PAS). Jadi konteks Kit Siang dia bertanya minta pengesahan itu, "kata Anuar.

[Baca berita penuh]

Tuesday, January 5, 2016

Penjelasan Kak Wan Berkenaan Perjanjian Pakatan Harapan


Perjanjian lambang kematangan politik Pakatan Harapan – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 5 JAN: Pakatan Harapan menggariskan tujuh fasal utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mapan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penjanjian yang akan dimeterai KEADILAN, DAP dan Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam, Sabtu ini ialah berkenaan prinsip dan kaedah membuat keputusan dan membina kesatuan politik di antara parti.
“Seterusnya adalah prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.

“Dan menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi, menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang dan akhir sekali ialah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari,” jelas Wan Azizah pada sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Amanah.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang yakin pemeteraian perjanjian ini merupakan kemajuan besar dan melambangkan kematangan politik ketiga-tiga parti yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini.

“Perkara ini telah termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini termasuk kerangka dasar bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain.

“Ia diterjemahkan oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Ia juga menguatkan lagi ketiga-tiga parti ini dengan niat dan keikhlasan kami dan akan mengotakan sebahagian harapan rakyat,” katanya.

sumber...: http://www.keadilandaily.com/?p=68580

Saturday, January 2, 2016

SAMAN: Mungkinkah DAP Maksudkan Dr Zuhdi ?

DAP saman ahli politik dakwa wujud tawaran Israel, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, dakwaan parti menawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, menunjukkan ‘budaya terdesak politik di negara ini’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.

DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, kata Ketua Parlimennya Lim Kit Siang.

Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

"Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau 2 hari," kata Lim malam tadi ketika berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara (Amanah) di Petaling Jaya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".

Ahli politik itu, yang menurutnya daripada sebuah parti politik lain, membuat "tuduhan melulu" mengenai hubungan DAP dengan Israel.

"Pemimpin politik kanan daripada parti lain yang berbohong tentang DAP, seperti seorang yang membuat dakwaan tidak munasabah mengatakan DAP ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah," kata Lim.

"Semua pemimpin politik mesti diberi pengajaran yang mereka tidak boleh melepaskan diri selepas berdusta atau membuat dakwaan paling tidak munasabah, atau melindungi diri dari perbuatan jahat dan pengecut itu dengan mendakwa mereka hanya mengitar semula pembohongan."

DAP minggu lalu menjadi sasaran beberapa pemimpin PAS yang mengkritik Ketua Biro Ekonomi Perak DAP Chong Zhemin yang mengecam Kementerian Belia dan Sukan dalam kes atlet Israel yang dinafikan visa dan akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara sukan luncur antarabangsa di Langkawi.

Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamaruddin minggu lalu berkata kenyataan Chong menimbulkan persoalan sama ada DAP menyokong Israel.

Naib Ketua Pemuda Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar juga mengkritik Chong, mempertahankan keputusan kerajaan yang disifatkan wajar sebagai tanda bantahan terhadap Israel kerana menganiaya rakyat Palestin.

Chong bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataannya dan DAP mengatakan ia pandangan peribadi beliau sementara parti itu tetap dengan pendiriannya tidak menyokong Israel.

Dakwaan DAP ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel itu bagaimanapun didakwa dibuat Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seperti dilaporkan pelbagai media. – 2 Januari, 2016.

sumber...TMi

Thursday, July 30, 2015

Aziz Bari Pulak Masuk DAP



Aziz Bari Melayu terbaru sertai DAP

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini diumum menyertai DAP hari ini.

Beliau yang sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di Sabak Bernam atas tiket PKR adalah tokoh Melayu terbaru menyertai parti berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat penafian akan menganggotai pertubuhan berkenaan yang selama ini dikaitkan sebagai parti cauvinis Cina.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan. Wartawan itu membuat kesimpulan sendiri," katanya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz berkata, dia kagum dengan amalan sistem meritokrasi parti berkenaan.

Tak harap imbuhan

Pada Oktober 2014 bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu pernah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi raja ketika Selangor menghadapi krisis menteri besar.

Beliau disiasat selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadap beliau.

Dalam pilihan raya umum 2013, Abdul Aziz bertanding di Sabak Bernam tetapi kalah kepada calon BN, Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, dengan majoriti 1,644 undi.

Abdul Aziz memperoleh 14,743 undi berbanding Mohd Fasiah, 16,387.

Kata Abdul Aziz, dia tidak mengharapkan  sebarang imbuhan atau kedudukan dalam DAP, sebaliknya cuma mahu memberi sumbangan.

Ditanya mengapa memilih DAP, Abdul Aziz berkata beliau mencari ruang lebih besar bagi membolehkan bakat dan kepakarannya dimanfaatkan sepenuhnya.

Abdul Aziz berkata beliau memaklumkan penyertaannya ke dalam DAP kepada Setiausaha Agung PRK, Rafizi Ramli, namun enggan mengulas lanjut apabila ditanya reaksi Ahli Parlimen Pandan itu.

Turut hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP itu, Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Oleh : Geraldine Tong mKini

Wednesday, July 15, 2015

Semua Kerusi PAS di Pantai Barat Tidak Selamat



Akar umbi bimbang masa depan PAS selepas putus dengan DAP

PAS perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam selepas putus hubungan dengan DAP, kata ahli dan aktivis.

Semua kerusi pantai barat tidak lagi selamat buat PAS, kata ahli akar umbi dan aktivis selepas parti Islam itu memutuskan hubungan rasminya dengan DAP.

Walaupun hubungan tidak rasmi masih wujud di antara ahli PAS dan DAP tetapi keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan sekali gus memberi isyarat mereka perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam.

Ia merupakan sokongan komuniti pemimpin akar umbi seperti kata Dr Sheikh Ibrahim Salleh yang merupakan orang penting dalam kemenangan PAS di pantai barat dari Kedah ke Johor.

Ahli akar umbi lain dari Kuala Lumpur pula menyifatkan:“Sokongan bukan Islam kepada PAS di luar jangka ketika mengadakan hubungan bersama DAP. Jadi, bila hubungan PAS-DAP berakhir maka begitulah juga sokongannya.”

Pantai barat tidak selamat lagi

Bagi sesetengah pemimpin akar umbi, penurunan sokongan bukan Islam dapat dilihat sejak sebelum muktamar bulan lalu yang meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia berikutan keputusan DAP pada April untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Resolusi itu mengeruhkan lagi keadaan. Dr Sheikh Ibrahim berkata, bukan Islam meminggirkan PAS sejak krisis menteri besar Selangor pada pertengahan 2014.

Dalam krisis itu, Hadi tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat PKR dan DAP untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Imej PAS merosot sejak itu. Rakan bukan Islam kita mohon maaf berkata mereka tidak lagi menyokong PAS,” kata Sheikh Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong.

“Sokongan kepada PAS akan sangat berkurang dalam PRU akan datang.”

Beliau berkata PAS melakukan yang terbaik di Johor dan kebanyakan tempat di pantai barat dalam pertandingan kerusi campuran di mana nisbah Islam dan bukan Islam ialah 60% kepada 40%.

“Apabila majoriti Melayu lebih daripada 60%, PAS lebih sukar untuk menang. Jadi semua kerusi yang dipegang PAS di Johor tidak selamat kerana kita kehilangan sokongan bukan Islam.

“Perkara sama berlaku kepada tempat di Kedah, Perak malah di Selangor,” katanya.

Majlis Syura Ulama (MSU) secara rasmi memberi lampu hijau untuk memutuskan hubungan dengan DAP, selepas lebih sebulan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas.

Mereka berkata keputusan itu diambil ekoran tindakan provokasi berterusan DAP dan sikap suka campur tangan dalam urusan PAS.

Keputusan yang diluluskan itu akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat selepas MSU bertindak sebagai badan tertinggi yang menetapkan hala tuju dan dasar parti.

Menyalakan semula api lama

Hubungan PAS dan bekas rakan pakatannya, PKR dan DAP menyukarkan ahli biasa bagi mendapat sokongan penyokong yang lebih ramai, kata pemimpin akar umbi Selangor Shazni Munir.

Selepas mengadakan program bersama di bawah satu payung Pakatan Rakyat (PR) sejak 7 tahun lalu, ahli dan aktivis di peringkat akar umbi enggan menjemput DAP ke acara rasmi kerana bimbang dimarahi pimpinan atasan parti.

Keakraban ikatan yang dibayangkan pengundi Malaysia dan diidamkan ahli PAS yang sanggup bekerja tanpa bayaran, kini tiada lagi, kata Shazni.

Sukar memenangi kembali hati pengundi bukan Islam yang sedekad lalu tidak pernah bermimpi mengundi PAS.

“Amat menyedihkan apabila kita berbicara dengan pakcik Cina dan mereka bertanya mengapa PAS tidak menjaga hati orang bukan Islam. Adakah PAS tidak menghargai sokongan mereka?,” kata Shazni yang merupakan timbalan ketua kawasan Sijangkang.

“Pada ketika kita masih susah memenangi undi Melayu kawasan pedalaman, kita sangat menghargai sokongan bukan Islam.”

Ahli PAS Titiwangsa berkata dapat dilihat penurunan kehadiran bukan Islam dalam program PAS tahun ini.

Pengundi Cina dan India mewakili 30% populasi di kawasan Parlimen Titiwangsa yang biasa ditandingi PAS dan kekalahan ini pastinya akan dirasai dalam PRU akan datang.

Walaupun semangat mereka masih lemah, pemimpin DAP Anthony Loke berharap akan ada perubahan.

Hubungan rakyat di peringkat akar umbi masih utuh, katanya dan di sesetengah kawasan, ahli kedua-dua parti masih menjalankan program bersama.

“Kawasan saya di Jelebu, hubungan dengan akar umbi PAS masih utuh. Kami masih menghadiri sesi buka puasa dengan ahli PAS di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Kota Baru,” katanya.

Antara yang dapat dilihat ialah majlis buka puasa bersama personaliti PAS bersama pimpinan tertinggi PKR dan DAP di Kuala Lumpur pada 23 Jun.

Pada majlis itulah, timbul ura-ura satu parti Islam baru akan ditubuhkan ahli PAS yang disingkirkan dengan kerjasama DAP dan PKR.

Biasanya, pemimpin PAS dan mereka yang wala’ akan cepat mengulas mengenai penubuhan parti baru seperti bekas setiausaha agung Datuk Mustafa Ali yang menjangkakan parti baharu akan dilihat proksi DAP dan tidak kekal lama.

Di sebalik dakwaan itu, ahli biasa PAS dan DAP masih menanti sama ada parti baharu ini mampu menghidupkan kembali semangat lama PR yang membantu mereka menghampiri Putrajaya.

sumber...TMI

Thursday, July 2, 2015

Lawyer {AES} PAS Pulak Masuk DAP ?



Zulhazmi Sharif menunjukkan borang menyertai DAP bersama Shefura Osman. – Gambar Facebook, 2 Julai, 2015.

Selepas seorang aktivis parti meninggalkan PAS dan menyertai DAP 2 minggu lalu, seorang lagi aktivis, Zulhazmi Sharif, mengambil tindakan serupa hari ini.

Keputusan itu diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Mengumumkan keputusannya di media sosial semalam, Zulhazmi berkata beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis hari ini.

"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi ahli DAP.

Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.

Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang dikitar semula.

Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.

Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

Dua tahun lalu, Zulhazmi bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.

Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk Mahfuz Omar.

sumber...TMI
Zulhazmi Sharif menunjukkan borang menyertai DAP bersama Shefura Osman. – Gambar Facebook, 2 Julai, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/seorang-lagi-aktivis-pas-sertai-dap#sthash.fw4XW2Mg.dpuf

Sunday, June 28, 2015

Syeikh Omar Dedahkan Kenapa Menyertai DAP


Sheikh Omar Ali berkata semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP selari dengan semangat yang dianjurkan Islam, dan berbanding PAS, parti tersebut tampak lebih serius tentang memperjuangkan isu membabitkan rakyat. 

 Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.

Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.

Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.


"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.

"Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.

Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.

Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.

"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.

"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.

Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.

Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.

Ia sekali gus mencetuskan ura-ura akan wujudnya parti baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS dalam PR.

"Saya memilih DAP kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di Malaysia," kata Sheikh Omar ketika diajukan pertanyaan sama ada akan menyertai parti baharu itu sekiranya ia ditubuhkan.

"Sekiranya terbentuk parti baharu oleh golongan profesional PAS, saya harap ia benar-benar dapat menjadi elemen penguat ke arah menyatukan barisan pembangkang, termasuklah DAP dan PKR, dalam satu pakatan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Sheikh Omar turut berkata, meskipun berlatarbelakangkan pendidikan agama, 'penjenamaan Islam' dalam DAP bukan isu pokok yang menjadi matlamatnya menyertai DAP.

"Bagi saya, Islam adalah pada intipati, ruh, semangat, penghayatan dan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem serta nilai kehidupan.

"Natijah akhirnya ialah kesejahteraan kepada rakyat dalam bernegara. 'Baldatun toyyibatun, wa robbun ghafur' – negara yang baik sejahtera dan Tuhan maha pengampun," katanya.

Sayap Islamis, atau apa sahaja 'penjenamaan Islam' dalam parti demokratik itu, katanya, bukan isunya.

"Komitmen DAP untuk melawan rasuah, pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah, ketirisan, perkauman sempit dan sebagainya adalah intipatinya, walaupun tanpa 'sayap Islamis' atau 'Dewan Ulama'," katanya.

Bekas exco pemuda PAS Johor itu menyertai DAP secara rasmi minggu lepas apabila menyerahkan borang keahlian kepada Penasihat DAP, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada satu majlis berbuka puasa di Kluang.

Sheikh Omar turut berkata, selain ibu bapa, isterinya turut menyokong tindakannya itu.

"Keluarga saya tiada masalah dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa saya. Merekalah sumber kekuatan bagi diri saya untuk berpencak di lapangan politik.

"Rakan-rakan umumnya, serta kenalan dalam PAS, memberikan pandangan yang berbeza-beza.

Namun semuanya saya anggap sebagai motivasi, dorongan serta nasihat tanda 'peduli' mereka dalam mengikuti perkembangan karier politik saya," katanya, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.

oleh: Mohamad Farhan

Friday, February 13, 2015

Inilah Kata Lim Guan Eng Terhadap Tok Guru Nik Aziz



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata imej sederhana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diingati semua pihak sampai bila-bila. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2015.

Nik Aziz disanjung semua kaum tanpa mengira agama, kata Guan Eng

DAP menyifatkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang bukan saja disanjung oleh umat Islam dalam negara dan luar negara tetapi juga disanjung orang bukan Islam, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha agung DAP itu ketika memberikan ucapan di majlis pengebumian Nik Aziz berkata, kehidupan "sempoi dan bersih" mursyidul am PAS itu akan diingati semua pihak sampai bila-bila.

Beliau juga berkata, Nik Aziz yang menjadi menteri besar selama 18 tahun ketika beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dilantik menjadi ketua menteri dan menteri besar.

"Saya masih ingat, ketika kita tawan lima negeri dalam pilihan raya 2008, kami semua memandang kepada Tok Guru Nik Aziz untuk meminta panduan dan nasihat," kata Guan Eng sebak.

Turut serta bersama Guan Eng adalah bapanya Lim Kit Siang yang tiba kira-kira jam 9.00 pagi di rumah Nik Aziz.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika memberikan ucapan berkata, memang benar yang hilang akan berganti.

"Tetapi kehilangan Tok Guru Nik Aziz tidak akan ada yang boleh menggantikannya," kata Mustafa.

Menurut Mustafa, PAS kehilangan pemimpin yang paling disayangi semua.

Mustafa meminta perjuangan Nik Aziz diteruskan semua ahli PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di antara pemimpin tertinggi kerajaan yang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz.


Oleh: ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Monday, February 2, 2015

Anwar Nak Lari Keluar Negara, Biar Betul ?




'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'

Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.

“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

“Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan “Rakyat Hakim Negara”.

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

“Mudah-mudahan saya bebas.

“Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu,” katanya.

Tak banyak ulas kes

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.

“Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

“Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
“Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).

“Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

sumber...mkini