Followers

Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Saturday, September 7, 2019

Kes 1MDB: Bekas Pegawai Najib Londeh 10 Perkara




Kes 1MDB: 10 Perkara Didedah Bekas Pegawai Khas Najib

KES 1MDB | Lima hari pertama perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin tampil sebagai saksi penting pendakwaan.

Amhari, 43, yang berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun, memberi butiran mengenai kerja-kerja pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan urusan mereka dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Amhari memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian pada 1999, sebelum dipindahkan ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai pegawai khas Effendi Norwawi, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab memantau EPU di bawah PMO pada tahun 2006.

Dua tahun kemudian, Amhari kembali ke BNM sebagai pengurus Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia dan sempat berkhidmat selama dua bulan ketika ditawarkan untuk menjadi pegawai khas Najib.

Amhari kemudian ditugaskan untuk menguruskan media sosial dan komunikasi dalam talian untuk Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri. Tugas lain termasuk mempromosikan jenama 1Malaysia.

Amhari diletakkan di bawah pengawasan Azlin. Apabila Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, Azlin menjadi pengarah Bahagian Ekonomi PMO, dan Amhari telah ditugaskan menjadi pegawai khas kepada PM yang turut berada di jabatan yang sama.

Selepas kematian Azlin dalam nahas helikopter pada tahun 2015, Amhari kemudian diberikan tugas Azlin, termasuk urusan yang sangat sulit bagi mewakili pihak perdana menteri.

Pada 2016, Amhari dipindahkan dari Bank Negara ke Khazanah Nasional Bhd, dan menerima gaji bulanan sebanyak RM55,000. DIa memperoleh RM25,000 sebulan ketika berada di bawah BNM.
Menurut keterangannya di mahkamah, sejak pemindahannya ke Khazanah Nasional, Amhari memperoleh RM75,000 sebulan, termasuk RM20,000 lagi sebagai pengarah Orb Solutions Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk membantu mempromosi Najib dalam talian.
Antara perkara penting dari keterangannya adalah seperti berikut:

1) Pegawai Najib mengadakan pertemuan rahsia dengan Jho Low

Amhari memberi keterangan mendakwa bahawa dian dan pegawai atasannya di PMO, Allahyarham Azlin Alias, telah bertemu Jho Low secara rahsia berhubung 1MDB tetapi hanya menyedari ia merupakan satu skandal apabila nama syarikat tersebut mula timbul dalam berita.
Menurutnya, ini kerana kerja-kerja mereka dibahagikan secara berasingan, dan hanya Najib dan Jho Low "mempunyai gambaran keseluruhan mengenai apa yang dirancang".

Amhari memberi keterangan bahawa pertemuan dengan Jho Low dilakukan pada waktu malam di Prince Hotel di Kuala Lumpur di mana projek dan keputusan utama dibincangkan.

2) Amhari mendakwa Jho Low berada dalam lingkungan keluarga Najib

Amhari pertama kali berjumpa dengan Jho Low pada tahun 2007 ketika menjadi pegawai khas kepada Mohd Effendi Norwawi, kemudian Menteri yang bertanggungjawab memantau EPU.
Menurutnya, sejak pertama kali bertemu dengan Jho Low, ahli perniagaan itu banyak bercakap tentang keluarga Najib seolah-olah dia berada di dalam keluarga keluarga timbalan perdana menteri itu.

Jho Low juga kemudian memberitahu Amhari bahawa dia rapat dengan Najib, dan Jho Low mengenali ahli parlimen Pekan itu melalui anak Najib, Riza Aziz memandangkan Jho Low sudah mengenali Riza sejak zaman remaja mereka.

"Banyak kali Jho bercakap tentang kekerapan pertemuannya dengan keluarga Najib dan kadang-kadang dia tahu lebih banyak mengenai rancangan yang telah dibuat oleh keluarga Najib walhal saya sendiri, sebagai pegawai khasnya, tidak tahu mengenainya," kata Amhari.

Amhari juga mendakwa bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor sering menerima panggilan daripada Jho Low.

3) Jho Low tahu lebih banyak maklumat daripada pegawai Najib sendiri

Menurut Amhari, Najib sering berjumpa dengan Jho Low untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal sulit.

Amhari yang menggambarkan Jho Low sebagai 'penasihat penting' kepada Najib berkata ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu telah mengenali Najib sebelum Amhari menjadi pegawai khasnya.

Amhari turut menggambarkan Jho Low 'sangat rapat’ dengan Najib dan isterinya, Rosmah.
Menurutnya, terdapat juga situasi ketika arahan khusus yang melibatkan perkara sulit diberikan kepadanya atau Azlin oleh Jho Low.

Dia percaya bahawa Najib telah meluluskan arahan ini kerana ketika mereka mengesahkan perkara tersebut dengan Najib, Najib mengetahuinya dan mengarahkan Amhari dan Azlin untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh Jho Low.

Amhari juga memberi keterangan bahawa dia percaya yang Jho Low adalah “pakar manipulasi”, yang dapat memperoleh perkara yang diinginkan.

"Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan Jho Low, saya mendapati dia pandai dan manipulatif ketika berurusan dengan pegawai dari pelbagai peringkat dan pangkat, dari Malaysia atau luar negara, yang kebanyakannya diketahui Najib," katanya.

4) Jho Low menggunakan pembantu Najib untuk membuka akaun bank

Pada 2012, Amhari dan Azlin membuka akaun bank di luar negara atas arahan Jho Low, dan Jho Low mendakwa ia sebagai akaun ‘standby’ dan ‘just in case’ yang akan dikendalikan olehnya.

Walaupun kedua-dua mereka menyatakan kebimbangan, Amhari berkata mereka terpaksa mengikut perintah Jho Low kerana mereka takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka atau kerjaya mereka jika mereka memilih untuk melawannya.

Amhari kemudian mendapat tahu pada tahun 2016 bahawa akaunnya dengan BSI Switzerland mempunyai lebih dari AS$800,000 ketika dia menerima panggilan daripada bank. Bagaimanapun, akaun itu terpaksa ditutup atas arahan BSI dan dia terpaksa membuka akaun lain di Bangkok.

Dia mendakwa kedua-dua akaun itu berada di bawah kawalan Low dan tidak tahu apa yang berlaku kepada wang itu.

5) Jho Low mengarahkan pembantu Najib untuk hapuskan dokumen, tetapi Amhari tidak melupuskan kesemuanya

Amhari di mahkmah juga mendakwa bahawa Jho Low sentiasa mengingatkan dia dan Azlin untuk menghapuskan dokumen yang mereka miliki selepas setiap mesyuarat.

Selain dokumen, pegawai-pegawai juga dimaklumkan untuk memadamkan setiap e-mel dan mesej Blackberry Messenger yang Jho Low telah hantar kepada mereka.

Menurut Amhari, ketika menghapuskan dokumen dari perbincangan mereka, ada beberapa yang dia terlepas pandang.

Amhari bagaimanapun percaya bahawa Azlin mungkin telah menghapuskan semua dokumen dalam simpanannya kerana menurutnya Azlin merupakan seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

6) Jho Low bertemu dengan Agong terdahulu mengenai 1MDB

Amhari pertama kali menyertai mesyuarat berhubung rancangan untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), (nama sebelum ditukarkan kepada 1MDB), atas perintah Jho Low, yang mendakwa bahawa dia mendapat kelulusan Najib untuk meyakinkan Amhari.

Sekitar akhir 2008, pertemuan itu diadakan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


 Menurut Amhari, Jho Low telah membangkitkan rancangan untuk menubuhkan TIA kepada Agong ketika itu, tetapi Tuanku Mizan tidak memberikan sebarang keputusan.

Amhari berkata dia mula mengetahui tentang rancangan untuk menubuhkan TIA menerusi kutipan dana apabila Jho Low menjelaskan kepadanya tentang idea menggunakan papan putih di dapur rumah Jho Low di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Jho Low juga memaklumkan kepadanya bahawa rancangan TIA mengambil model dana kekayaan Mubadala di Abu Dhabi, dan TIA adalah projek Najib.

Amhari juga memberi keterangan bahawa Jho Low terlibat dalam perancangan kerjasama 1MDB dengan IPIC dan Aabar. Bagaimanapun, Amhari berkata dia tidak mempunyai banyak maklumat kerana kebanyakan perbincangan telah dikendalikan oleh Azlin.

7) Jho Low arahkan naratif mengenai kawalan kerosakan 1MDB

Selepas skandal 1MDB mendapat tumpuan, PMO terutamanya Azlin yang merupakan ketua setiausaha sulit Najib perlu mendapatkan penyelesaian untuk melindungi imej Najib sebagai perdana menteri.

Amhari berkata, Jho Low telah memainkan peranan dalam usaha menangani kesan skandal 1MDB, dengan  beliau telah menyediakan kandungan ucapan dan pelan tindakan untuk PMO.

Ahli perniagaan tersebut juga telah memberikan soalan-soalan lazim (FAQ) kepada PMO untuk digunakan apabila menjawab soalan 1MDB.

Menurut keterangan Amhari, pada satu tahap, Jho Low juga menyediakan dokumen yang menyangkal dirinya sendiri mempunyai sebarang peranan dalam 1MDB.

Amhari berkata apabila pihak berkuasa Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat isu 1MDB, Jho Low menyerahkan dokumen kepadanya dan Azlin untuk membuktikan, antara lain, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Petrosaudi.

8) Pelan rasionalisasi 1MDB datang dari Jho Low

Antara lewat tahun 2014 dan awal 2015, Amhari menerima dokumen yang disediakan oleh Jho Low, yang memperinci rancangannya untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

Menurut saksi, dokumen yang bertajuk '1MDB Rationalisation Plan Overview: Accompanying Notes' menerangkan pelan rasionalisasi untuk 1MDB.

"Dokumen ini adalah rancangan Jho Low untuk menyelesaikan hutang 1MDB. Nota ini adalah untuk menjelaskan pelan rasionalisasi untuk 1MDB. Pelan ini merupakan isu hangat ketika itu.

"Oleh kerana isu 1MDB tersebut tidak begitu baik, rancangannya adalah untuk menjual semua aset dan liabiliti 1MDB, dan untuk menutup 1MDB.

"Jho Low mahu menjual semua aset dan liabiliti 1MDB untuk menampung masalah hutang yang dihadapi oleh 1MDB."

9) Najib mengarahkan Amhari untuk berunding penyelesaian IPIC

Apabila Abu Dhabi berhasrat membawa Malaysia ke mahkamah antarabangsa berikutan hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) pada tahun 2016, Najib kemudian mengarahkan Amhari untuk mengadakan misi rundingan.

Dia diminta berunding dengan ketua pegawai eksekutif Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi.
"Najib menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara, dan juuga mencetuskan risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang.
"Pada masa itu, isu 1MDB masih menjadi topik hangat di seluruh dunia," katanya.

Menurut Amhari, satu siri rundingan kemudiannya dijalankan, termasuk antara 1MDB dan IPIC dan peguam kedua-dua syarikat tersebut, sebelum perjanjian penyelesaian akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada pertengahan 2017.

10) Tiga rundingan dengan China bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB

Sekitar masa yang sama ketika rundingan dengan Abu Dhabi sedang berjalan untuk mencapai penyelesaian hutang 1MDB, Amhari juga telah dihantar untuk misi lain ke China - bagi membincangkan projek-projek yang akan menyelamatkan 1MDB.

Amhari berkata dia diarahkan oleh Najib untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.

"Seperti yang ditunjukkan oleh (ahli perniagaan itu) Low Taek Jho menerusi kandungan ucapan dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usaha (antara Malaysia dan China) bertujuan untuk menjadi pelaburan yang akan membantu membayar hutang 1MDB (bailout) seperti hutang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada tahun 2016) hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib," kata Amhari.

Projek-projek yang Amhari maksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans Sabah (TSGP).

Merujuk kepada dokumen yang bertajuk 'Action Point: China-Malaysia Economic Programme' yang dihantar melalui e-mel kepada Amhari oleh Jho Low, Amhari berkata e-mel itu bertujuan untuk memastikan Najib memberi Terence Geh, rakan sekutu Jho Low, peranan penyelaras untuk 1MDB dan program penyelesaian hutang SRC yang dikaitkan dengan rundingan pelaburan Malaysia-China.

Saksi itu berkata dokumen menyatakan cadangan projek yang boleh menyelamatkan 1MDB.

"Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat (talking points) untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL," kata Amhari.
Pada Nov 2016, Najib mengunjungi China untuk membuat beberapa perjanjian dengan negara tersebut dan syarikat-syarikat di negara itu.

Menurut Amhari, perjanjian tersebut merupakan:

1. Perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan di antara China Communications Construction Company (CCCC) dengan ECRL Sdn Bhd, dan CPP dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)
2. Perjanjian pembiayaan penuh antara China Exim dan ECRL dan antara China Exim dan SSER.
3. Perjanjian penuh Bon Renminbi antara China dan ECRL, dan antara SSER dan pihak China.

sumber...mKini

Saturday, April 13, 2019

Polis: Berlian Merah Jambu Dibeli Guna Wang 1MDB



Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Khalil Azlan Chik berkata, terdapat bukti jejak kewangan transaksi pembelian tersebut daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang 1MDB.

"Walaupun pink diamond tersebut gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti yang terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya," kata beliau.

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah pada 8 April lalu mengesahkan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.

Susulan itu Rosmah berkata ia membuktikan beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya dengan fitnah berbanding kebenaran.

"Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).

"Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar," katanya
Pada Jun 2018, pihak berkuasa merampas wang tunai, barang kemas, beg tangan mewah dan jam tangan bernilai RM1.1 bilion daripada enam premis yang dikaitkan dengan Najib Razak.

Sebulan kemudian, Rosmah disaman oleh syarikat pemborong barang kemas Lubnan bagi menuntut pulangan barang kemas bernilai AS$ 14.79 juta (RM59.83 juta) yang dikatakan dihantar kepadanya untuk diteliti sebelum pembelian dilakukan.

Rosmah menafikan beliau membeli barang kemas berkenaan.

sumber...mKini

Tuesday, February 5, 2019

Laporan Bukti Ostad Hadi dan Pas Terima Dana Rompakan 1MDB


 LAPORAN BUKTI HADI AWANG DAN PAS MENERIMA DANA ROMPAKAN 1MDB BERNILAI RM 90 JUTA DARIPADA NAJIB RAZAK & UMNO-BN

Bismillah....

Saya Jufazli Shi Ahmad (Penganalisis Politik Bebas) telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik oleh Bekas Perdana Menteri Ke-6 sendiri era pemerintahan Najib Razak dan UMNO-BN di Putrajaya bermula March 2017 lagi.

Sebelum ini Husam Musa (Bekas Pemimpin Kanan PAS), Mahfuz Omar (Bekas Pemimpin PAS), Rafizi Ramli bersama Sarawak Report mendedahkan semua bukti Hadi Awang dan PAS bersekongkol secara sistematik merompak dana 1MDB untuk kepentingan pakatan politik baharu mereka PRU-14 lalu. Namun janji-janji manis Hadi Awang dan PAS untuk saman semua pihak ini gagal dibuktikan di mana-mana mahkamah Malaysia atau mahkamah di luar negara sehingga hari ini.

Sehubungan dengan itu, di atas kegagalan Hadi Awang dan PAS dalam membuktikan dakwaan skandal RM 90 Juta ini adalah fitnah di Mahkamah Tinggi London kerana kesahihan semua bukti PAS menerima dana haram 1MDB daripada Najib Razak,
maka saya sebagai rakyat Malaysia mendesak pihak PDRM dan SPRM menyiasat Hadi Awang dan Najib Razak di bawah Seksyen 16, 17 (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 17 (b) Akta SPRM dan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Kepada Bossku Najib Razak dan Lebaiku Hadi Awang,
Kami rakyat Malaysia dalam negara ini terpaksa menanggung kerugian besar akibat kerjasama kamu berdua merompak dana 1MDB demi kepentingan parti UMNO-BN-PAS semata-mata. Kami rakyat Malaysia menanggung hutang lebih RM 42 Bilion hasil rompakan dana 1MDB yang telah didedahkan oleh semua Penyiasat Bebas dalam Malaysia dan luar Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia,
Seperti mana kita tahu Najib Razak dan Hadi Awang tidak ada telur saman Wallstreet Journal dan Sarawak Report lagi, saya yakin kedatangan hari Selasa yang mulia esok juga mereka berdua tidak akan berani saman saya kerana saya berkata benar di hadapan PDRM dan SPRM.

Dear 4 Juta ahli-ahli UMNO-PAS yang minum air kencing serangga pokok Petai,
Jangan ingat rakyat tidak pegang bukti Najib Razak dan Hadi Awang merompak duit 1MDB RM 90 Juta.
Hari ini dengan penuh bangga saya menyerahkan semua bukti skandal rasuah Hadi Awang dan Najib Razak ini kepada PDRM dan SPRM.

CHECKMATE HABIS BOSSKU, BOSSNYA DAN BOSSMU!

🇲🇾

#MALUAPABOSSKUCURIDUITRM90JUTA
#MALUAPALEBAIKUCURIDUITRM90JUTA
#MALUAPABOSSKALAHDIMAHKAMAHLONDON

oleh: Jufazli Shi Ahmad
Penganalisis Politik Bebas & Aktivis
Graduan Master Dalam Bidang Sains Politik
Graduan Sarjana Muda Dalam Bidang Sejarah

Thursday, January 31, 2019

Parti Politik 'Makan' Duit 1MDB Sila Pulangkan Segera !



Malaysia akan peroleh kembali wang dirompak 1MDB - Guan Eng


Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat kepada negara Malaysia.

"Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang dirompak daripada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan dari mana bayaran itu akan dibuat dan jumlahnya yang tepat.

Beliau juga menggesa parti-parti pembangkang yang menerima 'ratusan juta' daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan semula wang itu.

Pada Julai 2018, Lim berkata Malaysia mungkin memperoleh semula AS $ 3.5 bilion (RM14.2 bilion) dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.

Ini berjumlah 30 peratus daripada AS $ 12.3 bilion (RM50 bilion) yang didakwa lesap.

Awal bulan ini, bank AS, Goldman Sachs, yang membantu 1MDB menerbitkan bon bernilai AS $ 6.5 bilion, memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas jurubanknya Tim Leissner dalam skandal syarikat pelaburan itu.

Sementara itu, Lim juga menyeru parti-parti pembangkang yang menerima beratus juta daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan wang itu.

Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk mendapatkan wang daripada parti-parti politik berkenaan, termasuk tindakan undang-undang, bermula dengan parti yang menerima jumlah terbesar daripada 1MDB.

Lim tidak menyebut nama parti tersebut tetapi mengatakan semua orang tahu parti yang dirujuk beliau.

sumber...mKini

Tuesday, January 22, 2019

Ambik Kau: Biarkan Najib Terus Merempit Atas Kapcai



Biarkan Najib terus merempit atas kapcai kata Rafizi
Masanya telah tiba bagi Pakatan Harapan (PH) untuk bergerak ke hadapan melangkaui skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak serta menumpukan untuk memperbaiki kehidupan rakyat, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini kerana rakyat telah membantu menghentikan 'rompakan' tersebut, kata Rafizi.

"Rakyat telah mengambil tindakan untuk menghentikan rompakan dan kecurian itu, walaupun ada yang sedikit terlambat.

"Tetapi keperluan mendesak untuk menghentikan rompakan dan kecurian wang negara itu telah dicapai.

"Kini, tiba masanya untuk memberi tumpuan memperbaiki kehidupan rakyat," katanya.

Rafizi berkata menjadi keutamaan kerajaan membantu golongan muda mencari pekerjaan.

Terlibat perniagaan

"Membantu seberapa ramai orang muda mencari pekerjaan dan memadankan mereka dengan seberapa ramai majikan kecil dan sederhana yang memerlukan pekerja.

"Saya juga percaya kita boleh membantu orang (supaya) mudah menambah kebolehpasaran mereka tanpa membelanjakan satu sen pun duit kerajaan, seperti yang dibuat oleh Najib (yang tidak pun banyak membantu orang muda dan majikan walaupun beratus juta dibelanjakan)," tulis beliau.
Menurut Rafizi, kerajaan juga patut menggalakkan rakyat, terutamanya orang Melayu untuk terlibat dalam bidang perniagaan.

"Paling bagus, ia akan meyakinkan orang Melayu/ bumiputera bahawa mereka juga boleh bersaing dalam perniagaan tanpa menuding jari kepada sesiapa," katanya lagi.


Bekas anggota parlimen Pandan berkata pengkritiknya daripada kalangan orang PAS dan Umno akan terus "meroyan" kerana golongan itu mahukan Najib kembali menjadi perdana menteri.

"Penyokong PAS Umno yang suka meroyan di Facebook saya akan terus meroyan.

"Mereka memang begitu dari dulu pun kerana mereka adalah #pencintaNajib asalkan Najib menjadi perdana menteri semula, mereka tidak malu pun berketuakan seorang yang dikaitkan dengan rompakan wang rakyat terbesar dalam sejarah dunia," jelasnya.

Rafizi turut berkata bekas perdana menteri itu boleh terus bermimpi untuk kembali berkuasa kerana populariti di media sosial tidak bermaksud orang dengan mudah dapat melupakan kesilapannya.

"Satu dua tahun dari sekarang, bila usaha itu membuahkan hasil, Najib akan terus merempit di atas kapcai dan di media sosial.

"Dan biarkanlah beliau merempit – itu hak beliau, asalkan beliau tidak memakan harta rakyat," katanya lagi.

Najib sedang berhadapan 38 tuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selain didakwa terbabit dalam skandal 1MDB.

Anggota parlimen Pekan itu menafikan semua tuduhan tersebut dan sedang dibicarakan mahkamah.

sumber...mKini

Tuesday, January 1, 2019

3 Tahun Untuk Pulihkan Kewangan Negara




 '3tahun diperlukan untuk pulihkan kewangan negara'

Susulan skandal rasuah 1MDB, hutang RM1 trilion dan kegagalan dasar kerajaan sebelum ini, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan situasi kewangan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam ucapan tahun baru sebagai setiausaha agung DAP, Lim berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah teraju Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengecap beberapa kejayaan.

Kejayaan itu, kata Lim, termasuklah penjimatan tambahan sebanyak RM1.6 bilion, pendakwaan berhubung skandal 1MDB, memburu pemulangan wang yang dicuri, penukaran GST kepada SST dan bayaran balik GST RM19.4 bilion yang akan dipulangkan kepada pembayar cukai pada 2019.

"Walaupun korupsi yang berakar dan penyalahgunaan kuasa antara sebab-sebab untuk kejayaan besar gabungan pembangkang PH pada 9 Mei 2018, sebab utamanya masih kesusahan ekonomi yang dialami rakyat akibat kegagalan polisi, kapitalisme kroni, dan sudah tentunya skandal-skandal kewangan 1MDB yang cukup terkenal.

"[...] Malaysia perlukan 3 tahun untuk pulihkan kesihatan kewangan kita dan mengambil tempat sebagai ekonomi baru muncul yang mempunyai harapan untuk mencapai status pendapatan tinggi," kata Lim.

Sejak mengambil alih kerajaan, PH dilihat berdepan pelbagai tekanan untuk memulihkan ekonomi, terutamanya kerana berkempen menggunakan isu kos hidup dan ekonomi dan salah tadbir.

PH juga kini dikritik kerana didakwa menangguhkan pelbagai janji dalam manifesto pilihan raya mereka.

Anggota parlimen Bagan itu hari ini bagaimanapun menyorot bahawa ekonomi negara sedang pulih, dengan menyatakan bahawa Bloomberg telah meletakkan Malaysia di tempat pertama di kalangan 20 ekonomi baru muncul terbaik di dunia dan berjaya mengekalkan kedudukan dari penarafan kredit antarabangsa.

"Undi percaya ini dibuktikan dengan peningkatan mendadak di dalam eksport pada Oktober 2018 kepada taraf tertinggi di dalam satu bulan sebanyak RM96.4 Bilion dan lebihan dagangan sebanyak RM16.3 bilion yang mencatatkan rekod.


"Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang telah diluluskan di dalam sektor pembuatan meningkat dari Mei ke September 2018 sebanyak RM27.7 bilion atau 379% dari RM7.3 bilion tahun 2017 kepada RM35 bilion tahun 2018," katanya.

sumber...mKini

Sunday, November 25, 2018

Madinah: Najib Juga Arah Sendiri Laporan Audit 1MDB dipinda



Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB, kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

"Bekas perdana menteri telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pada 23 Februari (keesokannya), dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sejak mesyuarat 22 Februari itu, kata Madinah lagi, empat pindaan lagi dibuat termasuk bahagian yang menyebut kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
"...Atas alasan ia sensitif dan untuk mengelakkan fakta diputar-belit pembangkang (pada masa itu)," katanya.

Selain bahagian berkenaan penyata kewangan 2014 dan Jho Low, Madinah bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci bahagian lain yang dipinda atau digugurkan daripada laporan itu.

Selepas lima pindaan itu, Madinah berkata barulah naskhah laporan dicetak ppada 3 Mac 2016 dan diserahkan kepada bekas setiausaha sulit kanan ketua setiausaha negara.

"Pada 4 dan 7 Mac 2016, bekas ketua audit negara membentangkan laporan akhir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

"Laporan akhir audit 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018," katanya lagi.

Pindaan terhadap laporan audit ini didedahkan oleh Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh pada 29 Oktober lalu. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci, sebaliknya hanya mengatakan "kandungan yang hilang itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu".

Keesokannya, Ambrin menafikan dakwaan itu dan berkata tidak tahu apa yang dimaksudkan Wong.

Dua hari lalu, laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber menamakan Najib sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan pindaan itu

Menurut laporan itu, sumebr itu mendakwa ia dibuat dalam mesyuarat di pejabat perdana menteri dan mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitannya dan Jho Low dalam 1MDB.

sumber...mKini

Saturday, November 24, 2018

Utusan: Laporan Audit 1MDB Dipinda Atas Arahan Najib



Laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak, menurut Utusan Malaysia.

Memetik sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar itu.

Beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir sama pada mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu.

'Mungkin ditipu Jho Low'

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari pejabat Najib mengenai dakwaan ini.
Ketua Audit Negara Madinah Mohamad akan menyerahkan laporan audit "asal" mengenai 1MDB pada bulan depan, kata Utusan lagi.

Semalam, Najib memberitahu Sinar Harian dalam wawancara bahawa pentadbirannya mungkin telah ditipu oleh Low berdasarkan maklumat yang diketahui kini.

Pentadbiran Najib telah lama mempertahankan Low tidak ada kaitan dengan 1MDB, walaupun terdapat bukti yang dikemukakan pihak berkuasa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Low didapati telah memainkan peranan utama dalam mendapatkan perkhidmatan bank Goldman Sachs untuk memudahkan pengeluaran bon pinjaman berjumlah berbilion ringgit untuk 1MDB.

Low berhadapan pertuduhan mengubah wang haram di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib, yang juga bekas penasihat 1MDB dengan kuasa eksekutif, kini antara lainnya turut dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram di Malaysia.

sumber...mKini

Thursday, November 22, 2018

1MDB: RM2.973 Bilion Masuk ke Akaun Najib - Polis




Sejumlah 64 individu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Nooryana Najwa telah dirakam percakapan kerana menerima wang dalam transaksi yang kini dalam proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengesahkan sejumlah daripada individu ini adalah terdiri daripada ahli politik.

Jelasnya, sebanyak 132 transaksi penggubahan wang haram ini telah dikenal pasti dan sejumlah RM2.973 bilion telah didapati dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang kini sedang disiasat melalui beberapa fasa.

Setakat ini, polis sudah melakukan serbuan ke lima premis dan tindakan penyitaan telah dilakukan.

 Noor Rashid turut menegaskan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) juga tidak menerima sebarang tuntutan rasmi dari mana-mana pihak ke atas sitaan wang tunai dan barang-barang berharga.

"Pihak AMLA PRDM telah menyerahkan notis atau perintah dibawah Seksyen 32 AMLATFPUAA untuk mereka yang menzahirkan tuntutan ini hadir untuk beri keterangan kepada pegawai penyiasat berkaitan pemilikan harta-harta ini.

"Setakat ini kami belum menerima sebarang tuntutan rasmi dari mana-mana pihak, walaupun beberapa kenyataan akhbar berkaitan isu wang tunai ini dibangkitkan dalam akhbar.

"Kami sudah keluarkan notis hari ini, dan kami jangka mereka akan tampil dalam dua atau tiga hari akan datang, kata Noor Rashid dalam satu sidang media perkembangan isu siasatan 1MDB di Bukit Aman pada Khamis.

Noor Rashid juga mengakui proses siasatan 1MDB ini lebih rumit kerana kebanyakan transaksi dan bahan bukti telah dilakukan di luar negara.

Setakat ini, pihak polis telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang diperlukan dari negara-negara luar bagi melengkapkan siasatan.

"Tindakan lanjut oleh pihak polis adalah memohon bantuan dibawah AMLA daripada negara yang terlibat dan seterusnya mendapatkan keterangan dari saki dan dapatkan dokumen untuk menyokong kes kita.

"Kami perlu selesaikan siastan ini, dalam secepat mungkin, dan keputusan boleh dibuat untuk memulakan tindakan undang-undang. Jangan bimbang kami akan selesaikannya," kata Noor Rashid.

sumber...Astro Awani

Saturday, October 27, 2018

Menteri Arab kata RM2.6b Tiada Kaitan dengan Saudi - Saifuddin



Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi."

Menurutnya, ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lepas, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.

"Hari ini ulangi sekali lagi bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di Putrajaya.

Pada 2016 ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki, Adel dilaporkan berkata sumbangan derma kepada Najib datang dari Arab Saudi.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," kata Adel seperti dilaporkan pada 2016.

Pada Januari 2016, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata dalam pertemuan mereka itu, beliau turut menyampaikan keputusan kabinet bahawa Malaysia tidak akan menganggotai gabungan tentera pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman.

“Pada masa ini, semua askar kita sudah balik dan kita sudah tidak terlibat,” katanya.

Berhubung cadangan untuk menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Saifuddin berkata perkara itu turut dibincangkan.

“Idea itu pun belum dilaksanakan dan kita tidak akan laksanakan,” katanya.

Mengenai operasi usaha sama Petronas dan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco), Saifuddin berkata perkara itu akan dibincangkan kedua-dua syarikat itu.

“Kedua-dua pihak mahu kerjasama itu dipertingkatkan. Yang paling utama, jumlah dagangan antara kedua-dua negara akan dipertingkatkan,” katanya.

Ditanya berhubung beberapa keputusan kerajaan yang melibatkan kerajaan Arab Saudi, Saifuddin berkata hubungan kedua-dua negara kini berada pada peringkat sangat baik dan mesra.

“Kita mahu meningkatkan lagi kerjasama ini dan persefahaman ini harus dibuat mengikut saluran biasa. Ini bermakna perbincangan menteri luar dan menteri luar sahaja.

“Di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak lagi ada menteri-menteri tugas khas yang membuat kerja-kerja ini,” katanya.

sumber... Bernama

Monday, October 15, 2018

Hutang 1MDB dengan IPIC Mungkin Lebih Dua Kali Ganda Jumlah Awal


Hutang dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) mungkin‘lebih dua kali ganda’ daripada jumlah awal yang dipercayai dipinjam daripada syarikat milik Abu Dhabi itu.

Menurut akhbar Straits Times (ST), maklumat baru itu diperoleh selepas IPIC mengumumkan awal bulan ini mengenai rancangan untuk memindahkan liabiliti tertentu dan komitmen kewangan berkaitan bon bernilai berbilion dolar 1MDB kepada entiti induknya, Mubadala Development Co PJSC.

Komitmen yang tersenarai dalam penyata IPIC kepada Bursa Saham London berjumlah kira-kira AS$6.89 bilion (RM28.6 bilion) sebelum caj faedah.

Angka itu adalah ‘lebih daripada dua kali ganda jumlah Kuala Lumpur dipercayai berhutang dengan Abu Dhabi’, lapor Straits Times yang dipetik portal Free Malaysia Today (FMT)

Akhbar Singapura itu melaporkan, bon yang tersenarai dalam penyata IPIC tidak ada kaitan dengan apa yang ditegaskan Putrajaya telah dikeluarkan pada 2012.

Memetik pegawai kanan kerajaan Malaysia yang enggan dikenali, ST melaporkan Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan sedar mengenai maklumat baru itu dalam penyata IPIC.

Pihak kerajaan, kata pegawai itu, telah mendapatkan pandangan peguam di London mengenai langkah seterusnya.

“Kami berkemungkinan akan membuat bayaran faedah tetapi dengan bantahan.

“Perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi akan dicabar,” katanya kepada ST.

Pegawai itu juga berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak boleh untuk 'tidak membayar balik’ pinjaman antarabangsa kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pasaran kewangan domestik.

Awal minggu ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$50.3 juta (RM206.23 juta) sebelum tempoh akhir pada hujung bulan ini.

ST juga melaporkan bahawa IPIC menyatakan dalam penyatanya kepada Bursa Saham London pada 1 Oktober bahawa tanggungjawab kewangan menurut perjanjian dengan 1MDB membabitkan ‘enam bon terbitan berasingan dalam dolar AS, euro dan pound sterling’.

“Tambahan lagi, nota bon yang semuanya berjumlah kira-kira AS$6.89 bilion mengandungi tarikh matang berbeza, termasuk satu yang berlanjutan hingga 2041, dan pelbagai caj kupon tahunan,” lapor akhbar itu.

sumber... Agensi

Thursday, October 11, 2018

Polis Teliti Dakwaan Umno Pindah RM2.5juta pada PAS


Polis sedia teliti dakwaan Umno pindah RM2.5 juta pada PAS

Polis perlu meneliti terlebih dahulu sekiranya terdapat laporan polis mengenai dakwaan Umno telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim​​​​​.
​​
"Kalau ada kita akan melihat laporan itu sama ada mempunyai unsur rasuah, jenayah biasa atau jenayah komersial," katanya pada sidang media Forum Perdana ‘Undang-undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi’ anjuran Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) di Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Rashid berkata pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penelitian laporan itu mendapati terdapat unsur rasuah.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang laporan media hari ini bahawa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu sudah membuat laporan polis pada Ahad mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi pemindahan wang itu.

Pihak media memetik pengarah komunikasi Pemuda Amanah Muammar Qaddafi Nasir sebagai berkata salinan transaksi itu membabitkan pemindahan wang RM1.5 juta daripada pegawai khas bendahari Umno kepada Tabung Pembangunan Jawatankuasa Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) dan RM1 juta kepada tiga penama yang juga anggota parti itu.

Muammar juga dilaporkan berkata siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sumber dana berkenaan yang dibimbangi adalah wang 1MDB yang diselewengkan.

Sebelum ini, pada April lepas, anggota parti Amanah Datuk Mahfuz Omar, ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, turut mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu yang menerima wang daripada Umno.

Mahfuz mendakwa wang sebanyak RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lepas.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu mendakwa sejumlah RM1.5 juta turut dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Dalam pada itu, ditanya sama ada polis akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk disiasat, Noor Rashid berkata setakat ini tidak ada keperluan.

"Tiada siasatan dijalankan ke atas Ahmad Zahid setakat ini," katanya.

Ahmad Zahid dilaporkan meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 5.40 petang ini selepas lebih lapan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat badan anti rasuah itu.
Beliau dipanggil SPRM dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Sementara itu, dua individu yang menjadi ahli panel forum hari ini ialah pakar undang-undang Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom manakala bekas Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri Datuk Razali Basri bertindak sebagai moderator.

- Bernama

Friday, March 30, 2018

'Hey Nazri, hey Annuar...'



Siapa yang tidak kenal Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan itu memang terkenal dengan sikap tegas, lantang dan berterus terang dalam pendiriannya.

Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, akhir-akhir ini bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu kembali ranggi apabila pandangan yang diberikannya mengenai isu semasa negara disambut dengan sindiran serta cemuhan beberapa menteri.

Antara mereka ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Annuar misalnya semalam menempelak Rafidah - serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim - sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan.

“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.

“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.


Nazri yang terkenal dengan pandangan tanpa beralas pula menggelar Rafidah sebagai “mak cik tua yang meroyan kuat sangat".

“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.

“Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.

“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri hari ini.

10 tahun tak bayar yuran Umno

Malam ini Rafidah secara khusus membalas kecaman Nazri dan Annuar itu. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Sebahagian daripadanya diterjemah daripada bahasa Inggeris:

"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.

Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.

Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.

Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?
Who got fed?

Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?

Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.

Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.
Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.

Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.

Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)
Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?

Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?

Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.

Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?

Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.

Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.

Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.

sumber...mKini

Thursday, March 15, 2018

'4B' Najib Boleh Ratakan Gunung




Ada otak Lu pikirlah sendiri...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Malaysia bakal menjadi "negara defisit" kalau tidak ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kalau beliau lupa, Malaysia sudahpun menjadi "negara defisit" dari segi mengalami "defisit fiskal" melepasi dua dekad!

Sejak Najib mengambil alih pada 2009, "defisit fiskal" pada hakikatnya meningkat, bukan menurun kerana Najib menyembunyikan perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan setiap tahun dengan cara "perbelanjaan di luar bajet" atau "off-budget" atau "off-balance sheet spending" untuk menurunkan angka defisit fiskal nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Curang!

Berbilion ringgit dalam projek-projek pembangunan infrastruktur mega seperti MRT, ECRL dibuat di luar belanjawan, tetapi masih dijamin kerajaan.

Jumlah hutang seperti ini atau "contingent liabiliti" (CL) kini berjumlah RM226.88 bilion. Ini tetap dikira hutang kerajaan, andainya gagal dibayar.

Hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbilion ringgit, contohnya, yang dijamin terbitan berbilion bon oleh kerajaan, sekarang ini mesti dibayar oleh rakyat.

Hakikatnya, hutang kerajaan sebenarnya melepasi had statutori 55 peratus KDNK!

Hutang negara meningkat purata sebanyak 10.8 peratus sejak 2009, sementara pendapatan meningkat hanya pada kadar purata 4.9 peratus setahun. Najib sedar ke tu?

Kini hutang kerajaan pusat ialah RM687.43 bilion. Pada kadar 10.8 peratus pertumbuhan hutang, ramalan hutang kerajaan akan mencecah RM1 trilion pada 2021!

Jangan nak temberang

Najib jangan hendak temberang dan menakut-takutkan rakyat tentang Greece. Negara itu bankrap kerana masalah hutang khususnya kerana hutang yang "disembunyi" macam Najib buat sekarang berbelanja secara off-budget spending (CL). Aduh!

Jadi, isu sebenarnya adalah disiplin pengurusan kewangan yang jelek dan tempang oleh Najib. Ini hakikatnya.

"Perbelanjaan pengurusan" terus meningkat sejak 2009 dan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri, contohnya, mengambil jumlah yang sebesar RM20 bilion.

Tabiat Najib juga suka membuat bajet tambahan, hampir dua kali setiap tahun sejak 2009! Perbelanjaan boros dan tidak efisien, serta tiris menjadikan sasaran mencapai 'bajet berimbang' atau 'balance budget' untuk tahun 2020, angan-angan sahaja.

Bayar faedah bunga hutang kerajaan pusat kini mencecah RM30 bilion berbanding RM12.9 bilion pada 2007. Perhatikan.

Ini bersamaan 13 peratus pendapatan negara atau 75 peratus daripada pungutan GST (RM40 bilion). Jadi, pungut GST adalah untuk bayar hutang! Alahai Najib!

Cekik rakyat

Lalu, Najib sangat mudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat. Tak tambah lagi pendapatan, tarik pula subsidi atas barang-barang keperluan rakyat.

Akibatnya, rakyat terbeban dengan kenaikan kos harga barang dan perkhidmatan keperluan asas seperti makanan, pengangkutan dan kesihatan.

Pakatan Harapan (HARAPAN) sangat jelas bagaimana kami akan mengurus kewangan negara khususnya mengatasi "defisit" RM25 bilion ketika GST dihapuskan, dan SST diperkenalkan kembali.

Banyak kaedah untuk menjana pendapatan selain cukai penggunaan, GST. Tanpa memperkenalkan cukai baru seperti 'Capital Gain Tax' (CGT) atas saham dan lain lain keuntungan aset kewangan, kita telah kerap terangkan.

Tutup kebocoran

Sebagai contoh, menutup lubang-lubang kebocoran akan menyelamatkan berbilion ringgit dalam urusan perbelanjaan mega dan perbekalan pembangunan kerajaan.

Tadbir urus baik dan telus, seperti kami buktikan di Selangor dan Pulau Pinang bakal menjana purata 20 peratus penjimatan daripada seluruh perolehan kerajaan pusat.

Semakan kali terakhir, jumlah perbelanjaan perbekalan (bukan gaji) dan kenaan tetap adalah RM136 bilion! Ambil sahaja potensi penjimatan pada kadar 15 peratus, maka kerajaan HARAPAN akan menjana RM21 bilion!

Begitu juga kerancakan ekonomi akibat rakyat yang tidak dicukai dengan GST, mengizinkan RM20 bilion yang tidak dirampas dek kerajaan dengan GST, boleh dibelanjakan rakyat sekali gus meningkatkan kuasa membeli atau "purchasing power" rakyat serta menjana kesan berganda (multiplowr effect) dalam ekonomi.

Defisit keyakinan

Peningkatan permintaan (total aggregate demand) domestik dan isi-rumah, akan merancakkan bekalan (supply) oleh industri dan pengilang. Ini mampu meningkatkan keuntungan korporat dan bayaran cukai korporat yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Najib buat-buat tidak faham perjalanan ekonomi atau mungkin sungguh tidak faham. Beliau mengambil jalan mudah untuk mencekik rakyat dengan kenakan GST dan tarik balik subsidi untuk meningkatkan pendapatan negara.

Mudah ceritanya, Najib perlu tahu status 'negara defisit' adalah lebih tepat lagi bersabitan 'defisit keyakinan' rakyat kepada perdana menteri dan kerajaannya!

Buat perbandingan, kerajaan Indonesia di bawah presiden Jokowi, menduduki tempat pertama mengalahkan negara-negara maju OECD dan yang lain, apabila 80 peratus rakyat Indonesia memberikan kepercayaan kepada kerajaan mereka! (Kajian 'Govt at a Glance', OECD, 2017).

Dengan tadbir urus ekonomi Najib atau Najibnomiks yang berjenama "4B" (bolot, bocor, boros dan bazir) itu, gunung pun boleh rata...Ya Najib, negara ini layak dinobat sebagai "negara defisit" dalam pelbagai aspek pemerintahan...Alahai Negaraku!

Ayuh Bangun!

"Membina Negara, Memenuhi Harapan"

oleh:  DR DZULKEFLY AHMAD
Adalah Pengarah Strategi Parti Amanah Negara.

Tuesday, March 6, 2018

Equanimity: DOJ di Jakarta Untuk Tuntut Kapal Jho Low


Pasukan pendakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kini di Jakarta, Indonesia bagi menuntut kapal layar mewah -  The Equanimity -  milik ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Rebublik Indonesia Daniel Silitonga berkata pasukan itu sudah berada di negara itu sejak seminggu yang lalu.

"Ya (pasukan pendakwa sudah berada di Indonesia) sejak seminggu yang lalu.

"Dua persoalan yang sudah dilaporkan oleh AS secara rasmi mengenai siasatan kes berkenaan rasuah dan pengubahan wang haram.

"DOJ AS yang melakukan tuntutan itu kini berada di Indonesia untuk mengadakan penyelarasan undang-undang antara Indonesia dan Amerika," katanya kepada Malaysiakini.

Kapal layar Equanimity sebelum ini ditahan penguatkuasa Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Kapten matikan AIS

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Kapal layar itu juga menjadi buruan pihak berkuasa AS sejak 2015 dan disyaki bersembunyi di Indonesia.

Bagaimanapun pada 21 Febuari lalu, kapal layar mewah itu berjaya ditahan di Benoa Bali.

Menurut polis Indonesia, kapten kapal, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika disyaki sengaja mematikan automated identification system (AIS) bagi mengelak pengawasan pihak berkuasa.

Serah kepada FBI

Khamis lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kerajaan tidak akan membuat tuntutan terhadap Indonesia kerana kapal itu bukan dimiliki kerajaan.

"Kenapa kerajaan nak tuntut sesuatu yang bukan miliknya?" kata Apandi.

Sementara itu Silitonga turut ditanya adakah pihaknya menghentikan siasatan setelah menyerahkan kapal mewah itu kepada FBI, beliau berkata Indonesia hanya membantu siasatan dan akan menyerahkan bahan bukti kepada FBI.
 
"Indonesia tidak melakukan penyiasatan. Jadi kita akan serahkan semua bukti (kepada FBI) dan perkara-perkara yang kita dapat sepanjang kami lakukan siasatan di Indonesia," katanya.

Jho Low melalui jurucakap dilapor berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.
 
Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan Jho Low adalah pemilik Equanimity.
 
sumber...Anne Muhammad dan Alyaa al Hadjri mKini

Tuesday, January 31, 2017

Fakta: Beza Skandal BMF dan Skandal 1MDB



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan perbezaan antara skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada eranya dengan isu 1MDB yang membayangi Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kemas kini terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata, kes BMF tidak membabitkan tuduhan salah laku secara langsung dengan kerajaan Malaysia.

"Sebaliknya, isu 1MDB berkaitan secara langsung dengan salah laku dengan keadaan sekarang.

"Isu BMF tidak berkait secara langsung dengan saya sebagai perdana menteri ketika itu. Sebaliknya, isu 1MDB mempunyai kaitan terus dengan Najib (Abdul) Razak, perdana menteri ketika ini. Malah hakikatnya dia berada di tengah-tengah skandal berkenaan," katanya.

Skandal BMF diperkatakan ramai pada awal 1980-an apabila berlaku urus niaga yang mencurigakan serta menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion.

Ia membabitkan pinjaman bernilai RM2.5 bilion kepada beberapa syarikat yang mempunyai rekod meragukan, termasuk yang berpangkalan di Hong Kong.

Ia menjadi lebih panas apabila seorang pegawai bank yang ditugaskan untuk menyiasat kes berkenaan di Hong Kong, Jalil Ibrahim, dibunuh.

Skandal itu juga menyaksikan Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) yang memiliki BMF terpaksa diselamatkan oleh kerajaan yang menyuntik modal kepadanya.

BBMB adalah syarikat perbankan yang mempunyai saham kerajaan di dalamnya. Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri kira-kira dua tahun sebelum itu.

Najib pula sentiasa menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB untuk kepentingan peribadi seperti dituduh banyak pihak - termasuk Dr Mahathir.

Petik laporan NYT

Sebaliknya Najib berkata, tuduhan berkenaan sengaja dibuat sebagai pakatan musuh untuk menggulingkannya.

Peguam Negara juga sudah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku membabitkan isu 1MDB.

Mengulas mengenai dokumen CIA baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, ia disediakan oleh agensi perisikan AS dan bukan laporan khusus negara itu mengenai isu BMF.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS secara khusus mengaitkan dapatan mereka dalam isu 1MDB dengan Malaysian Official 1 (MO1).

Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib namun menegaskan perdana menteri tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah dikemukakan oleh DOJ itu. Justeru, kata pengarah komunikasi startegik BN itu, Najib tidak disiasat.

Dr Mahathir juga mengingatkan, berhubung isu BMF, kerajaan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas dan hasil perolehan mereka didedahkan kepada umum.

"Mengenai isu 1MDB, kerajaan Najib belum menubuhkan sebarang jawatankuasa siasatan bebas.

Malah, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sedia ada tidak didedahkan, dan diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi," tambahnya.

Berkaitan kesan daripada skandal BMF, kata Dr Mahathir, ada tindakan diambil ke atas beberapa individu terlibat, sama ada di Hong Kong atau Malaysia.

Keadaan bagaimanapun tidak sama, katanya. Bagi kes 1MDB, menurut Dr Mahathir, pihak yang berkaitan - seperti polis - belum membuat sebarang kesimpulan walaupun pihak berkuasa di AS, Switzerland dan Singapura sudah bertindak, termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

"Tetapi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditolak peguam negara yang baru dan melantik dirinya menggantikan peguam negara terdahulu yang diketepikan, kononnya atas sebab kesihatan tetapi tanpa laporan Lembaga Perubatan," katanya.

Dr Mahathir juga menegaskan, kesan isu BMF itu secara umumnya diterima baik masyarakat, termasuk di kalangan pembangkang serta kumpulan politik lain.

Untuk menguatkan hujahnya bekas Perdana Menteri itu memetik laporan The New York Times pada 8 Januari 1985, bertajuk “Malaysia discloses details of bank scandal” (Malaysia mendedahkan butiran skandal bank).

"Mengenai isu 1MDB, Peguam Negara sebenarnya menghentikan siasatan lanjut, sedangkan dia tidak diberi kuasa untuk berbuat begitu. Parti-parti pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan skandal melibatkan 1MDB," katanya.

[Baca berita penuh]

Thursday, January 26, 2017

DAP Khianati AMANAH ?


Sejauh mana kebenaran dakwaan itu ?

Ikuti penjelasan Timbalan Presiden Parti AMANAH...

AMANAH tak anggap dikhianati DAP

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menganggap penasihat DAP Lim Kit Siang mengkhianati parti itu apabila menghulurkan salam perdamaian dengan PAS.

 "Tak, tak, tak. Saya rasa itu bukan ideanya. Ideanya adalah untuk menggesa semua parti menentang Barisan Nasional," kata timbalan presiden AMANAH, Salahuddin Ayob kepada Malaysiakini.

Dengan menyatakan AMANAH tidak tersinggung dengan tindakan Lim, Salahuddin menegaskan parti itu pada masa lalu juga menggesa semua parti-parti pembangkang untuk bekerjasama.

"Saya telah memberikan begitu banyak kenyataan kepada kesediaan AMANAH untuk bersama-sama (dengan parti lain), untuk mengetepikan perbezaan kita.

"Kesediaan itu bukan hanya DAP, tetapi juga Amanah, dari hari pertama sentiasa membuka pintu kepada mana-mana parti, termasuk PAS," katanya.

Namun begitu, beliau kesal kerana PAS terus memandang remeh kesediaan AMANAH untuk bekerja bersama-sama.

"Saya rasa kita harus biarkan rakyat menilai siapa yang selalu membantah gesaan untuk satukan barisan pembangkang," kata Salahuddin.

Dengan menegaskan kepentingan agar semua parti pembangkang bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, Salahuddin menggesa semua parti melihat gambaran lebih besar tentang pelbagai isu melanda negara seperti skandal 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Lim, awal minggu ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS, jika presidennya Datuk Seri

Abdul Hadi Awang berkongsi komitmen sama untuk menentang 'kleptokrasi'.

Ahli parlimen Gelang Patah itu turut menyoal Hadi sama ada sedia menyatakan sebarang komitmennya.

Sementara itu Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir turut menyatakan parti itu tidak terasa hati dengan cadangan Lim.

"Tak ada, tak ada sama sekali. Semua orang berhak untuk mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Kita kena hormati semua pandangan," katanya.

Beliau juga percaya salam perdamaian oleh Lim lebih berkaitan kepada persoalan sama ada PAS sedia berjuang menentang kleptokrasi, memandangkan hubungan yang baik antara parti itu dan Umno.

"Jadi kenyataan tegas menentang kleptokrasi tak berlaku (di pihak PAS). Jadi konteks Kit Siang dia bertanya minta pengesahan itu, "kata Anuar.

[Baca berita penuh]

Thursday, February 11, 2016

Video Mukhriz Dakwa 'Sebab' Penyingkiran Jadi Viral


Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dalam sebuah video yang telah menjadi viral mendakwa beliau digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana RM2.6 bilion.


Dalam video hampir lapan minit yang disiarkan di Facebook Mukhriz Mahathir FC, Mukhriz mendakwa beliau menghadiri pertemuan peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh penyingkirannya.

Mukhriz mendakwa sebab sebenar penyingkiran dirinya telah disampaikan oleh Najib semasa pertemuan itu.

"Dia tidak gembira dengan ucapan saya di Saloma Bistro. Katanya, sebagai Menteri Besar, saya tidak patut berkata demikian kepadanya sebagai Perdana Menteri. Dan kerana itu, saya terpaksa mengosongkan jawatan saya.

"Dalam masa sejam setengah kami bercakap, dia tidak sekali pun berkata bahawa dia kecewa dengan saya kerana ketidakupayaan saya untuk mentadbir dalam Umno atau di negeri ini," katanya.

Pada Disember 2015, Mukhriz menganjurkan majlis makan malam di Saloma Bistro untuk perwakilan Umno Kedah yang menghadiri perhimpunan agung parti.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Pada majlis itu, Mukhriz didakwa menyampaikan ucapan mengkritik pengendalian Najib terhadap isu 1MDB.

"Kita semua tahu mengapa ia (pemecatan) berlaku. Ini bukan kerana saya gagal dalam mentadbir Umno, walaupun saya mengakui bahawa saya mempunyai kelemahan.

"Tetapi ini adalah dakwaan terhadap perkara-perkara yang boleh diperbetulkan, bukan perkara-perkara yang sepatutnya menyebabkan pemecatan menteri besar," dakwa beliau dalam video tersebut.

sumber...Mstar Online

Thursday, December 31, 2015

Ini Lagi Benda Yang Najib Nak Serahkan Kepada China ?


Rafizi ramal Putrajaya bakal anugerah syarikat China projek kereta api laju RM47 bilion 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, akan lebih banyak projek negara bakal dimenangi syarikat asing ekoran skandal syarikat sarat hutang yang diilhamkan Najib 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi Ramli meramalkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek sistem kereta api laju Kuala Lumpur ke Singapura berjumlah RM47 bilion kepada syarikat berkaitan dengan China.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, akan lebih banyak projek negara bakal dimenangi syarikat asing ekoran skandal syarikat sarat hutang yang diilhamkan Najib 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya berani meneka pentadbiran Najib juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek sistem keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura yang berharga RM47 bilion itu juga kepada syarikat berkait dengan kerajaan China.

"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.

"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset penting negara akan dijual untuk mengambus hutang besar 1MD," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, perjanjian jual beli di antara 1MDB dengan satu konsortium Iskadar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (CREC) bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Malaysia mengesahkan kebimbangan PKR sebelum ini lebih banyak aset strategik dan projek negara jatuh dimiliki syarikat asing terutamanya dari China akibat kemelut kewangan 1MDB.

"Dengan perjanjian hari ini, CREC akan mempunyai 40% dari 60% pegangan dalam Bandar Malaysia (pegangan 24% di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik.

"Bandar Malaysia kini sedang dibangunkan sebagai pusat pengangkutan utama negara yang baharu dengan memusatkan kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura (HSR), sistem MRT2 dan MRT3 di situ selain dari pembangunan hartanah," katanya.

Rafizi berkata, walaupun pentadbiran Najib akan memberikannya alasan pegangan 24% dari keseluruhan projek yang kini dimiliki syarikat China itu adalah kecil, PKR percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek yang lebih besar - berkait rapat dengan Bandar Malaysia, iaitu pembinaan sistem kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura yang dijangka menelan belanja USD11 bilion (RM47 bilion).

"Sebab itu, saya mengajak rakyat Malaysia menghayati bagaimana kebelakangan ini ada kecenderongan pentadbiran Najib untuk menjual atau menganugerahkan bidaan kepada syarikat yang berkait dengan kerajaan China termasuklah penjualan Edra Energy dan hari ini pegangan di dalam Bandar Malaysia," katanya.

sumber TMi

Wednesday, November 4, 2015

Debat 1MDB 'Bungkus' Jugak Akhirnya

Siapakah yang kantoi bro ?

Tiada debat 1MBD walaupun Pua diganti, kata Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak menegaskan tawaran debat terbuka untuk disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia hanya terhad kepada Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua sahaja.

Menteri komunikasi dan multimedia mengatakan tiada debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan akan diadakan walaupun Pakatan Harapan mahu mencari penganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tawaran awal hanya dibuat bagi Pua-Arul berdebat dan jika salah seorang daripadanya menarik diri bermakna tawaran itu terbatal serta-merta.

"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," kata Salleh di Parlimen hari ini.


Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menawarkan siaran langsung walaupun Pua diganti dan Pakatan Harapan menghantar wakil ahli Parlimen lain.
"Kami bersetuju untuk beri kepada 2 individu ini sahaja. Ini bukan debat antara 2 parti, ini debat antara 2 individu yang mencabar satu sama lain," katanya.

Pua yang merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) sebelum ini mencabar Arul berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.

Susulan cabaran tersebut, Salleh berkata RTM sedia menyiarkan debat itu secara langsung.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat, Pua perlu melepaskan jawatankuasa Parlimen itu terlebih dulu kerana penglibatannya dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan ke atas 1MDB.

Bertindak balas kepada pengumuman itu, Pakatan Harapan mengumumkan mereka akan mendapatkan seorang lagi ahli Parlimen pembangkang bagi menggantikan Pua, yang bukan ahli PAC supaya debat itu boleh diteruskan pada Jumaat ini dan Pua tidak perlu keluar daripada PAC.

Namun, Pandikar pula menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat jika perdebatan diteruskan kerana ia hanya akan menyebabkan tiada lagi keperluan bagi PAC mengadakan siasatan mengenai isu berkenaan selepas ini. – 4 November, 2015

oleh: Mohd Izwan TMI