Followers

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, January 21, 2019

Pemuda DAP Minta PAS 'Bertaubat'




Dalam menegaskan pendirian partinya hari ini, Pemuda DAP meminta PAS "bertaubat" dari melakukan "politik fitnah".

"Pendirian Pakatan Harapan (PH) selari dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan berubah sama sekali.

"DAP akur dengan pendirian ini 100 peratus.

"Jika ada mana-mana pihak termasuk sesetengah pemimpin PAS cuba menafikan atau memfitnah kami, tiada lain yang boleh dibuat selain mengharapkan Tuhan sahaja yang akan membalas perbuatan mereka," kata Ketua Pemuda DAP Howard Lee dalam kenyataan media hari ini.

Howard membuat kenyataan itu selepas dicabar Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin agar DAP membuat pengisytiharan  berhubung kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khairil membuat cabaran itu sebagai mengulas laporan polis yang dibuat Pemuda DAP terhadap Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Laporan polis itu dibuat berhubung tuduhan Muhammad Khalil bahawa DAP sebagai parti politik yang anti-Islam.

Sementara itu, Howard dalam kenyataannya hari ini juga menyahut cabaran Khairil dan mengulangi pendirian partinya berhubung isu yang dibangkitkan.

"Saya ulangi pendirian kami seperti berikut: Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dimartabatkan, diangkat dan dipertahankan oleh Pakatan Harapan dan DAP.

"Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, itu akan terus dipertahankan.

"(Dan) Perkara 153 berkaitan kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum kaum yang lain tidak akan dipersoalkan," katanya.

'Menderhaka pada Raja-raja Melayu'
 
Howard yang merupakan Adun Pasir Pinji juga memetik titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di istiadat mengadap sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-62 baginda pada 4 November lalu.

Titah Sultan Nazrin yang dimaksudkan Howard ialah: "Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender – kesaksamaan kaum – kesaksamaan agama – kesaksamaan wilayah;... dan rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni - saling menghormati – saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum. Kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang akan terus mendapat sokongan rakyat ialah kerajaan yang dapat memenuhi impian dan hasrat majoriti rakyat."

Jelas Howard, titah Sultan Nazrin itu sekian lama merupakan apa yang diperjuangkan PH dan DAP.
Maka, kata Howard, tindakan PAS menuduh PH dan DAP hendak membuang institusi istana boleh dianggap sebagai menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

"Bagi saya, ini merupakan tohmahan yang bersifat menderhaka dan menghina kebijaksanaan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu, serta memperlekehkan dan memperkecilkan keagungan Institusi Istana secara khusus- serta Perlembagaan Persekutuan secara amnya.

"Hujah perkauman, cauvinistik dan fitnah daripada Umno dan PAS adalah perkara yang biasa.

"Akan tetapi, seruan saya kepada Pemuda PAS, adalah jangan sekali-kali menakut-nakutkan pengundi dengan menyalah gunakan nama Duli-duli Tuanku dan mencemar kesucian institusi diraja," katanya.

sumber...mKini

Tuesday, December 8, 2015

Tanda PAS Positif Kerjasama Dengan UMNO


PAS Tunjuk Tanda Menggalakkan Ke Arah Permuafakatan Dengan Umno - Najib 

PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 Novmber lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen di sini, Isnin malam.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv.
Najib percaya, tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam.

"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, enam anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).
Manakala empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Abdul Hadi tidak hadir pada sesi itu.

Najib juga berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Abdul Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam agama Islam.

"Cuma kita tak boleh paksa ini berlaku. Ini perlu terbit dari nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan UMNO dan PAS sedar bahawa perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya.

sumber... Bernama

Sunday, June 28, 2015

Syeikh Omar Dedahkan Kenapa Menyertai DAP


Sheikh Omar Ali berkata semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP selari dengan semangat yang dianjurkan Islam, dan berbanding PAS, parti tersebut tampak lebih serius tentang memperjuangkan isu membabitkan rakyat. 

 Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.

Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.

Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.


"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.

"Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.

Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.

Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.

"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.

"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.

Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.

Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.

Ia sekali gus mencetuskan ura-ura akan wujudnya parti baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS dalam PR.

"Saya memilih DAP kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di Malaysia," kata Sheikh Omar ketika diajukan pertanyaan sama ada akan menyertai parti baharu itu sekiranya ia ditubuhkan.

"Sekiranya terbentuk parti baharu oleh golongan profesional PAS, saya harap ia benar-benar dapat menjadi elemen penguat ke arah menyatukan barisan pembangkang, termasuklah DAP dan PKR, dalam satu pakatan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Sheikh Omar turut berkata, meskipun berlatarbelakangkan pendidikan agama, 'penjenamaan Islam' dalam DAP bukan isu pokok yang menjadi matlamatnya menyertai DAP.

"Bagi saya, Islam adalah pada intipati, ruh, semangat, penghayatan dan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem serta nilai kehidupan.

"Natijah akhirnya ialah kesejahteraan kepada rakyat dalam bernegara. 'Baldatun toyyibatun, wa robbun ghafur' – negara yang baik sejahtera dan Tuhan maha pengampun," katanya.

Sayap Islamis, atau apa sahaja 'penjenamaan Islam' dalam parti demokratik itu, katanya, bukan isunya.

"Komitmen DAP untuk melawan rasuah, pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah, ketirisan, perkauman sempit dan sebagainya adalah intipatinya, walaupun tanpa 'sayap Islamis' atau 'Dewan Ulama'," katanya.

Bekas exco pemuda PAS Johor itu menyertai DAP secara rasmi minggu lepas apabila menyerahkan borang keahlian kepada Penasihat DAP, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada satu majlis berbuka puasa di Kluang.

Sheikh Omar turut berkata, selain ibu bapa, isterinya turut menyokong tindakannya itu.

"Keluarga saya tiada masalah dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa saya. Merekalah sumber kekuatan bagi diri saya untuk berpencak di lapangan politik.

"Rakan-rakan umumnya, serta kenalan dalam PAS, memberikan pandangan yang berbeza-beza.

Namun semuanya saya anggap sebagai motivasi, dorongan serta nasihat tanda 'peduli' mereka dalam mengikuti perkembangan karier politik saya," katanya, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.

oleh: Mohamad Farhan

Monday, June 22, 2015

Preview: Penubuhan Parti Baru Dalam Pakatan Rakyat


Politik Malaysia akan diwarnai oleh parti politik baru untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat.

Sebagaimana slogan terdahulu 'Pakatan Harapan Rakyat', 'New Hope and Dream' akan diterjemah pada sedikit masa lagi oleh pemimpin parti dan pemimpin PKR dan DAP.

Harapan dari blog ini, semoga tindakan kali ini akan membawa kebaikan kepada harapan rakyat menjelang PRU14 nanti. Selamat maju jaya.

Ulasan pertama dari dr Zulkefly Ahmad bekas pengarah Strategi dan Penyelidikan Pas.

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

sumber...TMI

Tuesday, November 11, 2014

Pengakuan Terbaru Dari Presiden PAS

Haji Hadi akui kurang sihat, perlu banyak rehat

Kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak begitu baik sejak kebelakangan ini


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memecah kesunyian setelah sekian lama membisu sejak berakhirnya kemelut menteri besar Selangor hujung September lepas.

Beliau memberitahu Harakahdaily semalam, keadaan kesihatannya tidak berapa baik kebelakangan ini, memaksanya menolak untuk memenuhi jemputan ceramah yang diterima.

Hadi dilaporkan akhir-akhir ini kerap tidak hadir mesyuarat dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), juga mesyuarat partinya sendiri, sejak krisis menteri besar Selangor berakhir.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya ketika ditemui di Parlimen selepas membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Menurut portal berita itu, tubuh ahli Parlimen Marang itu kelihatan sedikit susut berbanding biasa, malah ketika berbahas sebelumnya, suaranya sering tersekat-sekat dan hanya berbahas tidak lebih 10 minit.

Katanya kepada lidah rasmi parti itu, beliau tidak sekerap dahulu aktif memenuhi undangan ceramah yang biasa diadakan pada waktu malam.

"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," beliau dipetik berkata.

Pada Mei lalu, Hadi dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki setelah mengalami sesak nafas ketika dalam rangka program di negara itu.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam PR dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya terus memimpin parti Islam itu.

Sumber berkata, jika Hadi setuju berundur, PAS boleh memperbaiki hubungannya bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin beliau.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Beliau juga tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Sumber berkata, jika Hadi berjaya dipujuk untuk berundur, beliau boleh mengambil alih jawatan Mursyidul Am PAS yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang Hadi bercadang membawa PAS keluar PR, dan katanya beliau sering berhubung dengan Hadi.

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," kata ketua umum PKR itu.

Saturday, August 16, 2014

Jawapan Kepada 'Bolehkah Wanita Menjadi Pemimpin' ?




Satu analisa kepada jawapan persoalan 'Bolehkah wanita menjadi Pemimpin' menurut para ulamak

Imam Al-Mawardi r.a (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sebagi salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’. ( Al-ahkam as-sultaniyyah, hlm 22)

Menurut Imam Hasan Al-Banna, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasul SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.

Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasul SAW telah memilih 12 org ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. (rujuk an-nizom as-siyasi fil Islam, hlm 335)

Dr.Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung membenarkan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri atas alasan bahawa kepimpinan hari ini bukanlah bersifat Perdana Menteri yang memutuskan keputusan dengan kuasa vetonya tetapi mereka mempunyai kabinet atau majlis syura yang menentukan dasar, serta bukannya hak Perdana Menteri melakukan sewenang-wenangnya. Bagaimanapun tetapi alasan ini tidak boleh diguna pakai dalam sebuah negara komunis atau autokratik yang memberi peluang serta kuasa sepenuhnya kepada Presiden/Perdana Menteri.


Dr. Yusoff Al-Qaradhawi berhujjah dengan dalil berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)

قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)

Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)

2. Menolak sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :

a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)

Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki. Ini bermakna , perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyaah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Maka seolah-olah Qaradhawi cuba memberi isyarat di sini, isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman. Yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.

3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa tika wujudnya Khilafah Islam, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng ‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad.

Dengan itu, wanita adalah boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain.

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.

Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memegang apa-apa jawatan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. (Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89)

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :

Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengtahui kebenaran lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim

Lafaz kalimah “Qadhi” ( kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang diguna di dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk kaum lelaki, demikian juga pemerintah.


KESIMPULAN

Demikianlah serba sedikit perselisihan ulama’ dalam menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, sebenarnya ia berlaku demi menjaga kemaslahatan manusia, sebagai kesimpulan :

1) Urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga , dan lelaki yang berkelayakan memimpin sebuah negara beserta rakyatnya, maka inilah yang terbaik dan paling ideal menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan hukum logik aqal. Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula sangat sesuai memimpin institusi keluarga yang menjadi rakyat bersendikan seni halus mereka, kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sbagi wanita yang sangat mudah tercemar, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut. sekiranya salah satu gagal, maka akan sukarlah negara mencapai kebaikan.

Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak negara!

2) Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ usul fiqh kecuali ulama’ Hanafiah, umum lafaz membawa ‘dalalah zanniyyah’ , maka harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) (rujuk al-Syeikh Saifudin al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-ahkam)

3) Menurut pengamatan terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia kelihatan lebih utuh dan sesuai menurut suasana hari ini, di samping ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap RUH TASYRI’ serta tidak jumud di hadapan lafaz nusus. Antara syarat yang diletakkan oleh beliau adalah :-

One- Dr. Yusof al-Qaradhawi juga tidak lupa menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka juga tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.

Two- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.

Three- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

Four- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka , menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

“أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina”

Five- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Apapaun, kesesuaian persekitaran merupakan factor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh


Adakah Mereka Boleh Berpolitik, keluar rumah dan seumpamanya?

Kesimpulan bagi isu ini adalah, menurut pandangan Al-Qaradhawi dalam Fiqh ad-dawlah, dibenarkan bagi wanita untuk keluar rumah (syarat dengan redha suami jika sudah bersuami dan ayah jika belum) dengan syarat menjaga adab dan malu, serta tidak memakai perhiasan seumpama golongan Jahiliyyah.

Ummul mukminin Saidatina A’isyah ra, selaku isteri nabi yang terfaqih dan terbanyak meriwayatkan hadith sendiri keluar dari rumahnya di Madinah bermusafir ke Basrah, mengetuai bala tentera yang bersamanya ramai sahabat termasuklah 2 orang sahabat yang dijanjikan syurga iaitu Talhah dan Zubair al-awwam, mereka berdua juga merupakan calon khalifah yang diletakkan oleh Khalifah Umar ra. A’isyah keluar dengan maslahat umat Islam, lalu tindakan ini sudah tentu menggambarkan betapa wanita dibenarkan berperanan tetapi dalam had-had yang dijaga. Maka dalam hal keluar dakwah, berpolitik untuk memenangkan Islam juga mempunyai alasan dan menepati maksud syarak yang penting.

Bab wanita menjadi calon, asasnya adalah dibenarkan sebagaimana hujjah-hujjah di atas. Dalam hal ijtihadi ini dan keadaan semasa yang mengizinkan wanita untuk menjadi calon, maka adalah sewajarnya wanita dapat memainkan peranan dalam bidang ini. Terutamanya dalam keadaan masa begitu ramai wanita-wanita terpelajar yang keliru dan ragu akan hak yang diberikan Islam terhdp kaum Hawa. Kita bimbang, kejumudan ijtihad serta taqlid hukum tanpa meninjau keperluan semasa dalam perkara yang termasuk maslahah mursalah akan menjauhkan manusia dari Islam.

Imam Al-Qarafi al-Maliki mengingatkan umat Islam bhw hukum ijtihadi bertukar menurut zaman dan masa, bersesuaian dengan masalahat untuk Islam di zaman tersebut, kejumudan akan membawa kesesatan dalam agama, lalu dengan berdalilkan ‘maslahat mursalah’, dan ‘maslahat muktabarat’ wanita seharusnya dibenarkan mengetuai sekelompok masyarakatnya dalam bentuk penampilan yang diterima syarak dan jalan pelaksanaan tugas yang dibantu oleh kaum adam. Hal perubahan hukum dengan perubahan maslahat juga ditegaskan oleh Imam Ibnu Qayyiman Az-Zaila’ie al-Hanafi.

Malah, di bidang pekerjaan juga wanita diberi hak untuknya, dalam syarat agar menjaga tatasusila sebagai sebagai seorg wanita muslimat serta tidak menyalahi syarak padanya.

sumber...i love Allah swt and Prophet Muhammad SAW

Tuesday, June 3, 2014

Ambik Kau : Giliran Dyana Sofea Pulak Tibai Tunku Aziz




Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalaman beliau dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah berbeza

 Berikutan itu, Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana beliau bermula sebagai ahli biasa ketika menyertai DAP.

Beliau juga menganggap DAP sebagai keluarga, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.

"Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi tidak bermakna seseorang perlu meninggalkan keluarganya setiap kali berlakunya perbezaan pandangan.

"Saya mempunyai lebih banyak alasan yang boleh 'disabitkan' untuk keluar dari parti berikutan kegagalan dipilih atau dilantik sebagai wakil rakyat.

"Mungkin sekiranya Tunku Aziz menghabiskan lebih banyak masa bersama kami di peringkat akar umbi, beliau turut bersetuju dengan saya," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Peguam berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.

"Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat," katanya.

Bagaimanapun katanya, diharapkan tiada pihak menyalahanggap tentang dirinya kerana beliau berbangga menjadi orang Melayu.

"Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

Selain itu, beliau mendakwa slogan '1Malaysia' yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengalakkan semangat rakyat Malaysia bukan menjurus kepada kepentingan politik.

sumber...Mstar OL

Monday, May 26, 2014

Oh ! RM 40,000,000.00 Aku Punya



Berbaloi jugak bila ada 'cable besar' bro..

Mudah jer nak dapat duit bank..kan ...kan

Kalau orang biasa ..pi mampoih sama luu ler...

Saper pon tak nak pandang..


Bagaimana senangnya beri RM40 juta kepada VIP


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan yang meragukan.

"Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni," ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menyatakan demikian sebagai respons kepada isu skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat yang didedahkan oleh bekas menteri yang juga bekas pengerusi bank itu, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Perdana Menteri mesti menghormati akauntabiliti dan ketelusan dengan berlaku jujur tentang skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat yang didedahkan oleh bekas menteri yang juga bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Ini berikutan pendedahan mengejutkan dalam “The Malaysian Insider” hari ini tentang hubungan naungan, permainan wang dan salah guna dana awam untuk kroni oleh pengurusan tertinggi, seperti yang didedahkan Sabbaruddin Chik setelah tempoh khidmatnya tidak dilanjutkan bersabit permohonan pinjaman RM40 juta seorang VIP yang mempunyai hubung kait dengan Putrajaya.

Sabbarauddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa VIP tersebut telah menggunakan hubungan politiknya untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM32 juta tanpa kiraan faedah kerana campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Sabbaruddin mendedahkan bahawa lembaga pengarah Bank Rakyat awalnya menolak kompromi yang ditawarkan VIP itu untuk menyelesaikan hutang tertunggak berjumlah RM40 juta dengan menawarkan 120 cek tunda untuk ditunaikan oleh pihak bank dalam jangka masa 10 tahun.

Sepuluh tahun untuk membayar suatu hutang tanpa faedah bermaksud mendapat wang tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan, jika faedah ditambat pada kadar 10% setahun.

Lembaga pengarah Bank Rakyat bertindak tepat menolak penipuan dalam tawaran yang penuh skandal oleh VIP terbabit kerana ia membawa kerugian kepada pihak bank dan bertentangan dengan kepentingan awam.

Sabbaruddin turut menunjukkan kepada The Malaysian Insider sepucuk surat yang ditandatangani oleh Hasan mengarahkan Bank Rakyat untuk akur kepada syarat kompromi yang ditawarkan oleh VIP itu.

Setelah lembaga pengarah enggan berbuat demikian, Hasan tidak puas hati dan enggan pula menandatangani surat untuk menyambung tempoh perkhidmatan Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat, yang berakhir pada 8 April, walaupun Bank Negara telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak Sabbaruddin.

Datuk Seri Najib mesti menjelaskan pendedahan Sabbaruddin ini kepada orang ramai kerana VIP yang dimaksudkan mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin BN dan mempunyai capaian ke pusat kekuasaan Putrajaya.

Kedua, Najib mesti menjelaskan apakah asas untuk Bank Rakyat meluluskan pinjaman ini.

Adakah ia semata-mata politik atau adakah mengikut prosedur yang betul dengan mengikut peraturan yang digariskan sewaktu Bank Rakyat memberikan pinjaman RM40 juta ini kepada VIP tersebut?

Bagaimanakah pinjaman yang begitu tinggi nilainya sebanyak RM40 juta senang-senang diberikan kepada seorang VIP tanpa kemampuan membayar semula atau sebarang kekuatan kewangan?

Ketiga, Najib juga harus menjelaskan apa yang terjadi kepada tawaran kompromi oleh VIP ini selepas tempoh khidmat Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak dilanjutkan.

Adakah VIP tersebut dibenarkan untuk membuat pembayaran semula secara 120 kali ansuran selama 10 tahun, tanpa faedah?

Akhir sekali, Najib harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan yang meragukan.

Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni.

Selanjutnya ia turut mempersoalkan kredibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik pemberian wang.

sumber...HARAKAHDAILY

Friday, October 18, 2013

Mamak Madey Ngaku Guna Wang Untuk Menang Ketua Bahagian Umno

 

Dr Mahathir akui ‘salur’ RM200 untuk menang di peringkat bahagian

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang.

Beliau berkata rakyat tidak perlu berharap kerajaan untuk membetulkan sistem sedia ada kerana mereka masih tidak mampu memperbaiki kelemahan dalam Umno.

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir turut menyifatkan perpaduan yang lemah di kalangan orang Melayu menyebabkan suara mereka kurang didengari akibat suara orang Melayu yang terpecah kepada parti Umno, PKR dan PAS.- 18 Oktober, 2013.

MENYUSUL LAGI

sumber... HASBULLAH AWANG CHIK TMI

Tuesday, May 21, 2013

Mengapa Pakatan Rakyat Kalah Di Negeri Sembilan ??



PAS membuat perubahan calon sekitar seminggu dan PKR melakukan kejutan dan “upset” 15 jam sebelum penamaan calon. 

 ANALISA : Kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berpunca daripada penolakan majoriti masyarakat Melayu terhadap calon-calon PAS dan PKR yang umumnya bertanding di kawasan Melayu.

Pakatan Rakyat tewas di semua lima kerusi parlimen majoriti Melayu iaitu Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Jelebu. Tiga kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah merupakan parlimen kawasan bukan Melayu yang mana pengundinya melebihi dari 50% iaitu di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat kecundang di kesemua 22 kerusi majoriti Melayu, kecuali di DUN Sikamat yang menang dengan hanya majoriti kecil iaitu 510 undi.

Hanya satu kerusi yang majoriti bukan Melayu yang sepatutnya memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tersungkur di tangan Barisan Nasional iaitu di DUN Jeram Padang yang ditandingi oleh T Kumar dari PKR. Kekalahan ini disebabkan Kumar bukan calon tempatan sebaliknya orang Kuala Lumpur.

Faktor bukan calon tempatan juga mengakibatkan PKR kehilangan DUN Ampangan sementara PAS gagal menang di DUN Klawang serta DUN Senaling.

Ke semua calon PKR dan PAS di tiga DUN ini walaupun berasal dari Negeri Sembilan tetapi sudah lama menetap di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang dan hanya turun ke Negeri Sembilan jika ada mesyuarat, aktiviti atau program parti.

Pengundi Melayu sudah bijak dan mereka tidak mahu calon yang hanya tunjuk muka sewaktu kempen PRU atau ketika program ceramah sedangkan ketika berlaku sesuatu bencana alam, kemalangan, kematian atau kebakaran, pengundi mahu calon turun padang secara ‘ on the spot’.

Pengundi tahu pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu kerana mereka bukan kerajaan pemerintah tetapi pengundi mahu pemimpin PKR atau PAS bercita-cita hendak menjadi wakil rakyat seharusnya mempunyai komitmen boleh dihubungi atau boleh ditemui bila-bila masa sahaja.

Tuntutan pengundi ialah sekurang-kurangnya calon-calon ini tunjuk muka apabila berlaku musibah kepada pengundi atau keluarga pengundi, bukan tunjuk muka masa kempen PRU sahaja.

Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar (Jeram Padang); Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas (Ampangan); Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop (Klawang) dan Yang DiPertua PAS Kuala Pilah, Zaharuddin Othman (Senaling) gagal dalam aspek ini, dan faktor ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan mereka.

Menjadi persoalan mengapa Negeri Sembilan yang telah diwar-warkan sebagai sebuah negeri yang bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat tidak menjadi realiti di dalam PRU-13 ini?

Malahan, pelbagai kaji selidik yang dibuat sebelum menjelang pilihan raya semuanya memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi keputusan pilihanraya akhirnya mengalih arah kepada Barisan Nasional.

Pertukaran calon PAS saat akhir bawa padah


FMT merujuk kepada seorang penganalisis politik Negeri Sembilan yang tidak mahu dikenali yang telah membuat analisa mengapa parti yang didominasi Melayu iaitu PAS dan PKR merosot di dalam PRU-13 ini. Beliau menyatakan orang Melayu di Negeri Sembilan mahu membuat perubahan tetapi faktor calon yang tidak bersesuaian banyak menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan. Sebagai negeri beradat, kemesraan pemimpin  bersama rakyat menjadi syarat untuk menambat hati mereka.

Mereka sukar menerima pemimpin yang tidak pernah kelihatan atau tiada di sekeliling mereka. Pemimpin mesti dilihat bersama rakyat. Meletakkan calon yang tidak bersempatan bersama rakyat membawa bencana kepada PAS dan PKR di dalam PRU-13 ini. Kesemua ini berlaku di saat-saat akhir di mana PAS membuat perubahan calon sekitar seminggu sebelum penamaan calon dan PKR membuat kejutan dan “upset” 15 jam sebelum waktu penamaan calon.

Pertukaran calon PAS di saat-saat akhir akhirnya membawa padah. Kesilapan PAS berpunca daripada perubahan calon-calon di saat akhir. Dr. Rosli yang bersedia untuk bertanding di DUN Chembong yang telah melakukan gerak kerja di sana, kemudian di saat-saat akhir ditukar ke DUN Klawang. Walaupun, Dr Rosli calon yang agak popular tetapi beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bermesra dengan pengundi-pengundi di Klawang.

Sepatutnya PAS Negeri Sembilan mengekalkan Timbalan Yang DiPertua PAS Jelebu, Nor Anif Selamat kekal bertanding di DUN Klawang kerana Nor Anif sudah ‘bekerja’ di DUN Klawang sejak tahun 2008 dan lebih dikenali oleh pengundi berbanding Rosli.

Akhirnya Nor Anif terpaksa bertanding di DUN Sungai Lui dan beliau kalah di sana.

Calon digugur saat akhir

Begitu juga di DUN Gemencheh, Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim yang merupakan bekas calon pada tahun 2008 yang telah mempertingkat gerak kerja parti di DUN Gemencheh sejak kekalahan beliau pada PRU-12, diumum oleh parti bertanding di Parlimen Tampin.

PAS Negeri Sembilan mengumumkan muka baru Mohd Noor Yassin yang tidak dikenali oleh pengundi DUN Gemencheh. Seperti Rosli di Klawang, Mohd Noor hanya bertemu pengundi Gemencheh dalam tempoh kempen 15 hari.

Gemencheh merupakan salah sebuah kerusi DUN yang berpotensi dimenangi oleh PAS kerana faktor pengundi bukan Melayu adalah sebanyak 39%. Malah pengundi bukan Melayu di Gemencheh lebih ramai berbanding di DUN Klawang iaitu 36%.

Tetapi Zakaria terus dirundung malang apabila empat hari sebelum hari penamaan calon, beliau digugurkan sebagai calon parlimen Tampin dan digantikan dengan Naib Yang DiPertua PAS Tampin, Abdul Razakek Abdul Rahim.  Abdul Razakek juga kalah di tangan bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Aishah sepatutnya diumumkan lebih awal


PAS Pusat sepatutnya membuat keputusan meletakkan Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol lebih awal iaitu sekurang-kurangnya sejak awal tahun 2012. Mempunyai tarikan tersendiri sebagai bekas artis dan golongan pengundi wanita suka pada beliau; Aishah mungkin mencapai peningkatan undi yang lebih banyak atau peluang menang yang lebih cerah sekiranya beliau sudah lama turun padang di Jempol dan memahami masalah yang dihadapi oleh pengundi Parlimen Jempol yang majoritinya pengundi Felda.

Keputusan meletakkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi merupakan satu lagi percaturan yang kurang bijak. Melayu Negeri Sembilan merupakan masyarakat yang kuat berpegang kepada Adat Perpatih dan Suku. Budaya Adat Perpatih dan Suku masih kuat dikalangan anak jati Negeri Sembilan terutama yang mereka masih menetap di kawasan kampung.

Maka adalah satu keputusan yang amat janggal mencalonkan Aiman Athirah di parlimen Jelebu, di mana pengundi Jelebu merupakan 100% kategori pengundi luar bandar mungkin tidak boleh terima calon import dari luar Negeri Sembilan. Aiman Athirah juga kecundang di Jelebu.

Walaupun Aishah dan Aiman dapat mengurangkan undi majoriti, tetapi ia dipercayai disumbangkan oleh peningkatan undi Cina di DUN Bahau, DUN Serting dan DUN Jeram Padang di bawah parlimen Jempol; manakala pertambahan undi Cina di DUN Chennah, Klawang dan Pertang di dalam parlimen Jelebu. Tetapi memang ada peningkatan undi Melayu di DUN Chennah dan DUN Klawang di dalam parlimen Jelebu.

PAS Pusat harus faham sentimen pengundi Melayu tidak sama dari satu negeri ke negeri yang lain, malah ianya juga berbeza dari satu DUN ke DUN yang lain dalam satu negeri. Sentimen isu tempatan di setiap negeri, kerusi parlimen dan DUN berbeza walaupun dari segi isu nasional mungkin ada persamaan.

Nasib malang PAS di DUN Lenggeng

Malang pula untuk DUN Lenggeng yang sudah dikategorikan menang untuk PAS di peringkat awal tetapi akhirnya tewas apabila calon PAS, Zulkifli Mohamad Omar secara tiba-tiba diserang ‘mild’ strok akibat tekanan darah tinggi dan dimasukkan di hospital di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah tujuh hari berkempen.

Secara tidak langsung masalah kesihatan Zulkifli yang masih tidak pulih sehingga hari mengundi serba sedikit memberi kesan negatif kepada PAS di DUN Lenggeng.

Penganalisa tersebut berpandangan PAS sepatutnya boleh menang di DUN Klawang, DUN Paroi dan DUN Lenggeng tetapi permasalahan pertukaran calon saat akhir di Klawang, masalah pertambahan pengundi serta gerakerja kurang kemas di Paroi dan permasalahan di luar jangkaan di Lenggeng akhirnya mengecewakan PAS untuk memperolehi sebarang kemenangan dalam PRU-13 kali ini.

Manakala nasib tidak menyebelahi Norazman Mohamad di DUN Johol dan kesilapan percaturan di DUN Labu menambahkan lagi beban kekalahan PAS di Negeri Sembilan.

PAS seharusnya menang di DUN Labu

Meletakkan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa merupakan satu strategi yang silap kerana calon BN, Datuk Hasim Rusdi memainkan isu Mohd Khairil bukan anak Labu sedangkan Hasim sememangnya anak Labu atau menetap di Labu.

Tidak dapat dipastikan mengapa PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan Yang DiPertua PAS Rasah, Anuar Azhari yang merupakan anak Labu sebagai calon DUN Labu memandangkan beliau lebih dikenali di DUN Labu (menerusi aktiviti parti bersama pengundi dan ceramah) berbanding Mohd Khairil.

Imej Anuar sebagai calon professional yang merupakan bekas pegawai pelaburan sebuah bank serta mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris sememangnya disenangi oleh pengundi Cina dan India di DUN Labu yang mewakili 30.65% daripada jumlah pengundi.

Dengan permasalahan di dalam Umno Labu yang berpecah dua apabila ramai kepimpinan peringkat cawangan Umno yang menolak Hasim, PAS sepatutnya sudah menang di DUN Labu, tetapi faktor tidak meletakkan calon yang sesuai ‘membantu’ Umno menang semula di Labu.

Malah Anuar dalam satu kenyataan akhbar (Sinar Harian) ketika tempoh berkempen mengecam PAS Negeri Sembilan secara terbuka kerana tidak mengamalkan demokrasi dalam isu pemilihan calon PRU PAS di DUN Labu.

Anuar juga mengumumkan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua PAS Rasah tetapi masih kekal sebagai ahli PAS.

FMT Staff

Saturday, April 6, 2013

Anwar Kompom Kekal Di Permatang Pauh




Depan ribuan rakyat Pulau Pinang termasuk pengundi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, mengumumkan untuk mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Umum KEADILAN itu memutuskan demikian ketika berucap di Akira Tenggiri, Seberang Jaya, malam ini, sekaligus menamatkan teka teki mengenai kawasan yang bakal ditandinginya.

Pengumuman itu disambut sorakan gamat ribuan rakyat pada ceramah itu.

Petang tadi, beliau membayangkan kemungkinan bertanding di Parlimen Tambun atau meletakkan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai calon.

Sebelum ini, Anwar diuar-uar bertanding di Perak tetapi penyokong setianya di Permatang Pauh memujuknya untuk mempertahan kerusi Permatang Pauh.

Anwar hampir pasti meraih kemenangan berikutan sokongan besar pengundi Permatang Pauh berdasarkan majoriti yang dicapainya sebelum ini iaitu 15 671 undi.

Permatang Pauh memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Seberang Jaya , Penanti dan Permatang Pasir, dua daripadanya kubu kuat dan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12.

Anwar pada pilihan raya kecil yang dianggap mother of the by-election dengan mudah menewaskan calon Umno BN,  Arif Shah dengan memperoleh 31,195 undi berbanding Arif (15,524 undi) dan Hanafi Mamat dari Akim (92 (undi).

Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menang  tiga kali termasuk pada PRU 12 sebelum mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada suaminya.

Anwar mendominasi kerusi Parlimen itu sejak 1982, 1986, 1990, 1995 sebelum dipecat dari kerajaan dan dipenjara berikutan konspirasi fitnah.

Untuk tonton pengumuman Anwar, KLIK INI.

sumber... http://www.keadilandaily.com/?p=49400

Thursday, March 28, 2013

Khalid Samad "Tunggu" Hasan Ali Di Parlimen Shah Alam


Semakin rancak "demam" PRU13 nampaknyer..
Parlimen Shah Alam bukan sembarang kerusi bro..
Ini kawasan melayu yang ada otak, bukan kawasan totok umngok..kah kah kah
Silap haribulan kot Hasan Ali hilang deposit pulak..kah kah kah




Khalid Samad mengalu-alukan kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon kerusi parlimen Shah Alam.

 SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat  sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Katanya, pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

“Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia.

“Pengundi dah nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan kepimpinan PAS ketika dulu,” katanya kepada FMT di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Hasan Ali semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam.

Katanya, ini berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri.

Khalid dalam responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru.

“Saya yakin Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa.

“Nak tahu prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia,” katanya yang berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua.

Munajat Selamatkan Malaysia

Sementara itu, dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mengumumkan satu program Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu: Rakyat berhak tahu di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada Ahad ini.

Progran anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat itu menurut Johari diadakan bagi mengemukakan jawapan serta respon berhubung isu Lahad Datu yang selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Antara ahli panel forum ialah beberapa bekas pemimpin tertinggi anggota keselamatan; Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksama Pertama (B) Imram Abdul Hamid, serta bekas ketua Cawangan Khas Sabah ACP (B) Mohd Yusoff Babjee.

Beberapa pemimpin Pakatan akan turut hadir berucap antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke Siew Fook.

sumber ... http://www.freemalaysiatoday.com

Monday, June 11, 2012

Aishah Akan Bertanding Atas Tiket PAS ?


Penglibatan artis atau selebriti dalam dunia politik bukanlah satu fenomena yang baru. Namun sejak kebelakangan ini ianya menjadi perdebatan hangat apabila artis muncul di pentas politik pembangkang. Bagi sesetengah pihak ianya perkara yang pelik, tidak pula menjadi pelik apabila artis berada di pentas kerajaan.

Situasi ini sedikit sebanyak dirasai seorang penyanyi bersuara merdu yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah. Beliau kini mengakui ada kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian sama, PAS.

Bagaimanapun semenjak beliau mula mendekati PAS, pelbagai persepsi timbul malah ada yang mengatakan beliau antara yang akan bakal bertanding atas tiket PAS dalam PRU nanti. Sejauhmana kebenaran itu? Ikuti temubual Wartawan Harakahdaily, SALMIYAH HARUN dengan Wan Aishah.


1. Bagaimana perasaan Saudari setelah duduk di dalam PAS berbanding sebelum ini? Seronok?


Menyertai PAS bukan untuk berseronok tapi untuk membantu dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai 'priority' dalam kehidupan rakyat. Ianya satu cabaran yang besar. Saya cuma boleh bantu apa yang termampu tapi ada satu kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian yang sama.


2.Macam mana perhubungan saudari dengan rakan-rakan artis yang lain, adakah mereka memandang serong selepas saudari masuk PAS?
Setakat ini saya macam biasa sahaja dengan rakan-rakan artis, kalau mereka pandang serong itu tidak jadi masalah kepada saya. Kita semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Yang penting ada rasa hormat antara satu sama lain .


3.Saudari berucap di Perhimpunan Hijau ada 1 Jun lalu, bagaimana perasaan saudari ketika itu?

Saya sangat terharu bila berada di perhimpunan hijau tempoh hari, betapa ramainya penyokong yang membanjiri stadium. Rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara, pengorbanan mereka untuk sampai ke perhimpunan itu tanpa dibayar malahan dengan duit mereka sendiri
 Walaupun ramai dari kalangan mereka bukannya datang dari golongan berada. Saya juga terharu diberi penghargaan untuk bercakap. Menunjukkan PAS adalah parti politik yang progresif dan tidak mengamalkan kronisme.


4.Sejak saudari berada di pentas PAS, ada tak tawaran dari pimpinan PAS untuk saudari bertanding dalam PRU nanti?


Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU.

5.Jika saudari diberi peluang bertanding, kawasan manakah saudari mahu?


Saya belum terfikir sampai ke tahap itu.


6.Khabar angin mengatakan Saudari bakal bertanding di Jempol. Betul ke?

Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS.


7.Ditakdirkan saudari menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, apa agaknya perkara utama yang saudari mahu lakukan untuk rakyat?


Kalau ditakdirkan begitu saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah 'to give the people what they realy need' (memberi bantuan kepada yang memerlukan).

sumber...harakahdaily

Thursday, March 8, 2012

Kemelut Politik Kedah Cemar Maruah PAS



Pada permukaannya PAS nampak berjaya mengendurkan polemik di antara Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh  dengan aman. Hal ini pernah diramalkan beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa PAS mampu menangani kemelut itu melalui semangat ukhuwah dan mahabbah.
NONE
Malah sehingga tengah hari Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelihatan gesit mengumumkan keputusan “menang-menang” di antara dua pihak yang bertelingkah itu. Phahrolrazi dan Ismail bersetuju menerima pelantikan semula sebagai exco negeri. Azizan pula kekal sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Namun inti persoalan yang mendorong perbalahan itu berlaku rupanya masih belum padam. Ibarat api dalam sekam sedikit hembusan bayu politik boleh menyemarakkan kembali pertikaian itu. Kemelut politik Kedah ini nampaknya benar-benar menguji keampuhan dan keberkesanan  sistem tarbiyah PAS.
Apakah benar semangat ukhuwah dan tarbiyah dalam pelbagai bentuk yang dikendalikan PAS untuk pemimpin dan ahlinya selama ini akan membantu mereda dan mengelak isu itu menjalar menjadi bom jangka bagi cita-cita politik PAS?
NONE
Tidakkah Jawatankuasa Pemandu PAS yang akan menyelia keputusan dan tindak tanduk Azizan (kanan) dan barisan exconya boleh disimpulkan sebagai satu campurtangan “Kerajaan Pusat” PAS?

Bolehkah dibaca  pengwujudan jawatankuasa itu membayangkan bahawa PAS mengakui memang menteri besar dan exconya selama ini memang mendokong sebuah kerajaan negeri PAS yang lemah hingga perlu campurtangan PAS Pusat?

Atau, apakah sebenarnya perselisihan pandangan dan cara kepemimpinan Azizan dengan timbalan-timbalannya begitu luas lompongnya hingga perlu jawatankuasa pemandu mendisiplinkan mereka agar pertikaian tidak melimpah menjadi pergeseran antara “tok-tok demang” atau “warlordism” di Kedah?

Lebih menggusarkan ialah, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Phahrolrazi dan Ismail bertindak mempamerkan “undi tidak percaya” terhadap kepemimpinan Azizan dengan menolak tawaran pelantikan menjadi exco bukan atas sebab  isu peribadi tetapi bersandarkan prinsip perjuangan PAS sendiri, khalayak umum pasti akan terkilan dengan cara kepemimpinan PAS Pusat menangani krisis ini.
NONE
Kini hembusan bayu politik mula membuak menjadi badai yang membawa khabar Phahrolrazi dan Ismail sebenarnya bertindak “degil dan nekad” menentang budibicara Azizan “menganugerahkan” projek satu ribu juta ringgit kepada “kroni”nya. Jika itu benar, memang buruk padahnya pada nama baik dan maruah PAS.

Kini adalah semakin ketara bahawa soal ukhuwah dan tarbiyah tidak dapat menyorokkan punca perbalahan. Malah secara langsung desas desus politik mengisyaratkan bahawa PAS Pusat sebenarnya gagal mereda apatah lagi menyelesaikan kemelut itu. Lebih menyedihkan PAS Pusat seolah-olah bertindak mahu menyembunyikan “salah laku” pemimpinnya di Kedah!

PAS mesti cepat dan tangkas menangani isu ini. Atas nama kebenaran, PAS harus berhenti bermain silap mata politik. Ini soal prinsip. Tugas utama Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan mestilah menyiasat laporan salah laku ini. Ini bukan sahaja untuk memelihara nama baik perjuangan PAS tetapi membersihkan strategi politik PAS.
NONE
PAS harus telus. Tidakkah ahli dan penyokong PAS rasa tertipu jika benar projek sebesar satu ribu juta diberikan kepada kroni menteri besar yang didakwa sebenarnya adalah ahli Umno, musuh politik PAS!

Bukankah itu pengkhianatan namanya? Jika dibandingkan dengan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC), kepetualangan ini lebih zalim dan menghiris jiwa penyokong PAS.

Jika masih ada ruhul Islam dalam perjuangannya, PAS harus menggantung khidmat Azizan sehingga 
Jawatankuasa Pemandu membersihkan namanya. Atau, jika ada kebenaran terhadap tuduhan ini, PAS sendiri harus melaporkan salah laku itu kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sejarah politik Islam banyak teladan untuk pemimpin-pemimpin PAS. Selesai sahaja mengkebumikan Khalifah Sulaiman, Umar bin Abdul Aziz terus mengambil kertas dan tinta untuk mengeluarkan tiga perintah kepada umat Islam di bawah jagaannya.
kaabah mekah islam holycity 080307 satellite imagePertama, Umar membatalkan perintah almarhum Khalifah Sulaiman. Beliau mengarahkan Maslamah, jeneral tentera Islam untuk mengundurkan balatentera dari menyerang Konstantinopel. Ini kerana setelah berbulan mengasak kota itu dari laut dan darat soldadu Islam masih gagal mencapai kemenangan malah semakin lemah peralatan perang dan kurang bekalan makanan mereka.

Khalifah Sulaiman ketika hayatnya mahu misi menawan Konstantinopel diteruskan kerana didorong oleh ego mahu meluaskan jajahannya. Tidak banyak pertimbangan diberikan kepada keadaan dan kebajikan tentera Islam. Sebagai khalifah baru, Umar tidak mahu nafsu berkuasa dan kekuasaan menandai pemerintahannya.

Kedua, Umar memerintahkan Usamah bin Zaid at Tanukhi yang memegang bidang pajakan Mesir dipecat dan dipenjarakan kerana bertindak zalim dan menghukum rakyat tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan Allah.

Ketiga, Umar mengeluarkan surat untuk memecat Yazid bin Abi Muslim dari Afrika yang sering tidak menghiraukan perintah Sultan. Lantaran sikap bengis dan sering menzalimi rakyat jelata, Umar segera bertindak melucutkan pangkatnya.
NONE
Buat masa ini, PAS harus mengetepikan impian menakluki Putrajaya. Yang lebih penting ia harus membersihkan wadah perjuangannya. Ulat dan musuh pemerintahan Islam ialah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan juga ego pemimpin.

Kawallah iklim politik Kedah supaya jangan ia membuat hati rakyat beku dan sinis terhadap apa yang dinamakan daulah Islamiah jika ia tidak banyak bebeza dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

sumber...Abdul Rahman Malik
6:36AM Mac 8, 2012

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Monday, December 13, 2010

Jatuhkan BN Agenda Utama

KOTA BHARU - Pas mengutamakan agenda untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melulu untuk membincangkan hal pentadbiran pemerintahan negara buat masa ini, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedaya upaya menggerakkan ahli dan rakyat untuk menjadikan usaha menjatuhkan UMNO dan BN sebagai kewajipan serta fardu ain pada pilihan raya umum akan datang.

”Kita sepakat untuk menjatuhkan UMNO dan BN, kita tidak fikir soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri... fikir untuk menggerakkan pimpinan, ahli, rakyat menjadikan ia suatu kewajipan, fardu ain.

”Hasrat kita yang pertama ialah untuk menjatuhkan BN, kemudian kita fikir lagu mana nak buat... matlamat pertama nikah dulu, kahwin dulu, kemudian baru fikir apa (nak buat),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 16 Disember ini, yang dikatakan tidak akan menyentuh isu penubuhan negara Islam diperjuangkan Pas seperti yang dinyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan berkata, tidak ada keperluan untuk pakatan pembangkang membincangkan isu itu kerana ia bukan faktor utama konvensyen berkenaan dan bukan isu yang menjadi agenda utama pembangkang.

Mahfuz berkata, beliau yakin rakyat memahami keadaan politik semasa walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat (PR), termasuk isu Penasihat DAP yang dikatakan dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya dapat menguasai Putrajaya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini kurang sihat, Mahfuz berkata, mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada mengalami keadaan demikian.

“Saya rasa itu perkara biasa, masalah manusia, contohnya macam Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pun pernah demam, ia lumrah kesihatan manusia, bukan semata-mata orang tua sebab orang muda pun (ada) sakit juga,” katanya.
-Sinar

'Siapa yang waras akan sengaja masuk perangkap'

"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?" kata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata
Sankara Nair (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.
Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya.
Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".
Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.

Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."

"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.

Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"
Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.
Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

-Malaysiakini

Pertama Kali Doa Dibaca Di Konvensyen DAP




Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Puluhan ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

DAP sering dituduh cauvinis kaum kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon yang bertanding untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

'Gerakan Perbaiki 'Malaysia oleh RPK

Raja Putra Kamarudin menubuhkan 'Gerakan Perbaiki' Malaysia
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) hari ini mengumumkan bahawa "kuasa ketiganya" - dikenali sebagai Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) - tidak akan mencuri undi dari Pakatan, tetapi sebaliknya bermatlamat untuk "memperbaiki" apa yang rosak di Malaysia.

"Apakah MCLM ini? Nah, jawapan saya ialah KISS: Keep it simple, stupid. Kami adalah sekumpulan tukang-baiki. Dan anda mengatakan ada beberapa perkara yang rosak di Malaysia, seperti parlimen. Kami akan memperbaikinya," katanya semasa siaran langsung webcast dari London malam ini.

Beliau bercakap di satu forum yang kelihatan berlangsung di sebuah hotel di London, anjuran MCLM untuk menjelaskan mengenai gerakan itu dan misinya.

Menurut RPK (kanan), MCLM merupakan satu kumpulan yang dikumpul olehnya dan orang lain yang berpusat di Malaysia, seperti peguam yang juga penulis blog, Harris Ibrahim.

RPK mengetuai gerakan itu, dengan Yolanda Augustines (bawah) sebagai setiausaha manakala Farouk A Peru mengetuai inisiatif maklumatnya. Haris dan yang lainnya menganggotai jawatan MCLM.

Menurut MCLM, ia akan memulakan satu kempen untuk mendidik rakyat
Malaysia mengenai kebebasan awam mereka, yang juga akan merangkumi penerbitan sebuah akhbar rasmi yang akan diedarkan kepada masyarakat.

yolanda augustine raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonRPK menjelaskan bahawa MCLM tidak akan 'mencuri undi' sepertimana yang dibimbangi oleh sesetengah parti politik, tetapi sebaliknya ia akan membantu parti-parti politik untuk mengetengahkan calon-calon terbaik dengan mencadangkan mereka yang mampu berkhidmat dan mendidik masyarakat.

"Mereka mengeluh yang mereka tidak dapat mencari calon yang tepat. Nah, kita memberi mereka calon yang tepat," katanya.

Dengan cara ini, beliau percaya ia akan "memperbaiki" situasi di Malaysia di mana calon-calon yang berkhidmat di Parlimen, menurutnya, kini berkualiti rendah.

"Tujuan kami bukanlah untuk memenangi pilihan raya. Tujuan kami adalah membawa pembaharuan kepada sistem politik," tegasnya.

-Malaysiakini

Friday, December 10, 2010

MCA Kacau Konvensyen BN

MCA kacau semangat konvensyen



Sepatutnya Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu berakhir dengan memberikan gambaran bahawa suatu persefahaman dan kesepakatan telah tercapai untuk perpaduan bagi mempertahankan Putrajaya, tetapi gambaran itu hanya wujud pada ucapan bersemangat tinggi Datuk Seri Najib.

Selepas sahaja konvensyen itu, sebuah parti terbesar dalam BN yang juga kawan lama kepada UMNO telah menampakkan ketidakyakinan kepada jaminan diberikan Najib bahawa “Walau apa pun anutan kepercayaan kita, taraf sosioekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1 Malaysia”.

Suatu kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek telah mengacau dan mengelirukan semua gambaran jelas, indah dan gagah yang telah dibangunkan Najib semasa berucap merasmikan konvensyen itu.

Apabila konvensyen itu tamat, Soi Lek mengisytiharkan tidak lagi mahu amalan memberikan gambaran bahawa UMNO berada pada suatu taraf kepimpinan lebih tinggi dari parti-parti lain diteruskan.

Ini jelas dari kenyataannya bahawa sebarang keputusan berhubung dengan dasar tidak seharusnya diumumkan di Persidangan Agung UMNO atau pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang tidak berada pada taraf Kabinet (Star 6 Disember 2010).

Tidak salah juga jika sesiapa membuat konklusi bahawa Presiden MCA itu tidak senang Presiden UMNO yang merasmikan konvensyen BN kerana ia juga menggambarkan status lebih tinggi.

Oleh kerana semua perkara ini telah diamalkan sekian lama, maka penentangan terhadapnya secara terbuka, sekali gus menunjukkan Soi Lek tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami ucapan Najib, sebaliknya mahu menunjukkan keegoan MCA untuk tetap dengan pendirian baru bagi memulihkan sokongan masyarakat Cina dengan meminjam formula parti pembangkang, iaitu memperjuangkan persamaan hak.

Apabila tuntutan ini datang daripada anggota komponen BN sendiri, tentulah anggapan umum bahawa BN selama ini menafikan hak kaum kaum lain selari dengan fahaman masyarakat Cina selepas pilihan raya 2008. MCA tidak lagi yakin untuk tegak atas pendirian bebasnya dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang selama ini membolehkannya bekerjasama dengan UMNO dan bersama menjadi tulang belakang kepada BN.

Apa yang dinyatakannya memang menggambarkan semangat baru orang Cina selepas kemenangan besar pembangkang yang menghakis teruk imej MCA, tetapi masa dipilih untuk mengulangi kenyataan bersifat sensitif kepada rakan komponen BN lain adalah tidak sesuai dan tidak bijak.

Ketika prasangka antara sesama sendiri mahu dikikis, Presiden MCA itu berasa perlu untuk menyatakan “tidak seharusnya ada abang besar atau abang kecil dalam gabungan. Kita bekerja ke arah matlamat dan tujuan sama. Kita adalah sama. “Walaupun tidak dirujukkan kepada UMNO, tetapi fahaman orang Cina, UMNO lah Abang Besar.

Kenyataan ini adalah penolakan keras kepada kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional dan UMNO tidak seharusnya dilihat selamanya sebagai parti yang lebih penting dari parti-parti lain dalam komponen BN. Orang UMNO tidak wajar terus menjadi Pengerusi BN. Terlalu bodoh untuk sesiapapun tidak membuat konklusi seperti ini.

Persepsi umum bahawa UMNO berada pada status yang lebih tinggi dari parti-parti lain komponen BN telah terbentuk oleh proses sejarah politik dan sosial negara ini sejak sebelum merdeka yang tidak mungkin dihapuskan dalam masa singkat, sebaliknya akan terus dipertahankan oleh majoriti rakyat kerana ia telah menjadi asas kepada kemerdekaan negara.

Tuntutan kepada persamaan hak telah pun berlaku sejak 1948, tetapi apabila Perlembagaan Persekutuan diterima rakyat terbanyak dan Perlembagaan Rakyat yang dituntut gabungan parti-parti kiri Melayu (PUTERA) dan bukan Melayu (AMCJA) serta Parti Komunis Malaya ditolak, maka Perlembagaan Persekutuan menjadi asas muktamad negara kerana tanpanya kemerdekaan tidak mungkin dicapai.

Golongan pelampau kiri itu mahukan kemerdekaan diserahkan kepada Malayan, tetapi Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengingatkan: “Apabila kita berjuang menentang Malayan Union, pihak lain tidak menyertainya kerana mereka anggap ini hanya masalah orang Melayu dan mereka juga menunjukkan kesetiaan kepada negara asal mereka” (Muka 30 Political Awakening).

Soi Lek sebagai pemimpin parti yang bersama mengukir sejarah kemerdekaan nampaknya lebih cenderung menghayati dan mewarisi semangat parti kiri. Dia terlupa bahawa Tan Cheng Lok Presiden Pertama MCA telah dicederakan oleh PKM kerana penyelewengan sikapnya untuk bersama dengan UMNO.

Kenyataan Soi Lek itu benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat yang mahu dikikis oleh Najib dalam ucapannya; iaitu khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.

Soi lek hanya memikirkan tentang perlunya untuk menawan perasaan orang Cina, tetapi langsung tidak mempedulikan perasaan orang Melayu yang telah banyak tersinggung dengan sikap parti-parti komponen BN, terutamanya MCA dan Gerakan hendak memakai baju DAP.

Telah berkali-kali Najib menyeru agar masalah sensitif dirungkai bersama tanpa bising di luar dan tidak secara terbuka dan ini telah dipersetujui bersama, tetapi Soi Lek tidak menghormati persetujuan itu, sebaliknya berasa perlu untuk mencemarkannya. Terbaru ialah dalam keadaan keharmonian hendak mula berkembang.

Banyak lagi isu boleh ditimbulkan MCA bagi mengembalikan keyakinan orang Cina, selain dari soal yang boleh membangkitkan perasaan marah dalam kalangan parti-parti komponen lain.

Kenapa tidak dikemukakan kemajuan ekonomi Malaysia sejak Najib menjadi Perdana Menteri untuk mengurangkan kebimbangan masyarakat Cina kerana pastinya kemajuan itu akan meluaskan lagi peluang ekonomi kepada mereka seperti telah terbukti sejak kemerdekaan negara.

Bila MCA menimbulkan soal persamaan hak di negara ini, maka keyakinan rakyat terhadap wujudnya ketidakadilan dalam perkongsian ekonomi negara semakin kuat kerana MCA adalah parti pemerintah.

Tetapi apa yang berlaku dalam DAP sendiri membuktikan dasar persamaan hak dalam kepimpinan tidak mungkin dicapai, sebaliknya lebih bersifat retorik indah. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam DAP Perak yang majoriti ahlinya Cina. Orang India dipinggirkan dalam pemilihan kepimpinan peringkat negeri parti itu di Perak baru baru ini.

Sayang Soi Lek tidak memahami ungkapan Najib bahawa “Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasikan kaedah integrasi di mana perbezaan unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong bukannya untuk memusnahkan identiti mana mana bangsa”.

Soi Lek lebih memahami dasar dan formula DAP untuk masa depan negara. Maka itu beliau dalam keadaan sedar atau tidak akan terus menimbulkan prasangka buruk orang Cina terhadap UMNO. Matlamat konvensyen BN telah dikacau dan diselewengkan dari dalam.

Sukar untuk Najib mencabut duri dalam daging.

Tuesday, December 7, 2010

Ketuanan Melayu:S/U PKR Beri Amaran

Ketuanan Melayu: SU Agung PKR beri amaran, label Umno-Perkasa bacul

December 07, 2010
Saifuddin berkata polemik Ketuanan Melayu adalah “benteng terakhir Umno dan Perkasa”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 7 Dis — Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan pendirian Umno dan Perkasa dalam polemik “Ketuanan Melayu” sebagai tindakan “bacul” kerana mengheret institusi Raja-raja Melayu dengan mentaklikkan ungkapan itu sebagai “Ketuanan Sultan”. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, beliau memberi amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah parti itu dan Pakatan Rakyat dalam polemik terbaru berkaitan dengan “Ketuanan Melayu”.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas Penasihat Undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai “ketuanan Melayu” semasa Kongres Nasional PKR hujung bulan lalu.
Awal minggu lalu Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.
Dr Wan Azizah menyaran agar konsep Ketuanan Melayu ditolak.



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan juga membuat laporan polis meminta dikenakan tindakan tegas ke atas Dr Wan Azizah.
Malah tegas Saifuddin, beliau juga menganggap kedua-dua Umno dan Perkasa itu tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan PKR, lalu cuba menggunakan institusi Raja-raja Melayu.
“Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dilihat respons kepada pendirian Perkasa minggu lalu.
Minggu lalu Saifuddin berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian.
Kata Saifuddin, beliau kesal kerana Umno dan Perkasa tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh PKR dalam Kongres Nasional Ketujuh baru-baru ini.
Saifuddin mempertahankan bahawa gagasan yang disampaikan oleh Dr Wan Azizah, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
“Persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Wan Azizah adalah mudah iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?” katanya.
Bagaimanapun kaedah sedia ada dibawa Umno iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka melalui Umno untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.
“Konsep Ketuanan Melayu yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh Biro Tatanegara dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.
“Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas,” kata Saifuddin lagi.
Malah Ahli Parlimen Machang ini menambah, tindakan Umno dan Perkasa itu bukanlah perkara baru.
“Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis Perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.
“Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis Perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka,” katanya.
Oleh itu kata Saifuddin, “ada beza yang besar di antara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.”
Perkasa menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik”.
Menurut Saifuddin, Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009 secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan institusi raja berpelembagaan. Katanya, pendirian itu digariskan dalam Fasal 1 Perkara a(i) iaitu Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar  dengan Perkara 153 manakakala Fasal 1 Perkara a(ii) pula mengatakan Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.
“Makanya, PKR ingin membawa kembali polemik Ketuanan Melayu ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Datuk Seri Wan Azizah iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir,” katanya.
Kata Saifuddin, persoalan yang dibawa oleh PKR adalah persoalan jati diri dan kaedah terbaik membina jati diri tersebut.
Oleh itu tegas beliau, kaedah “Ketuanan Melayu” yang dibawa oleh Umno dan Perkasa bukan sahaja terbukti gagal membina jati diri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak terabai.
“Sehingga kini, selepas tiga dekad Ketuanan Melayu, 75 peratus dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.
“Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40 peratus paling miskin di Malaysia seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10,” katanya.
Malah kata Saifuddin, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun dalam bentuk  subsidi gas kepada penjana bebas tidak disentuh.
Katanya, Umno dan Perkasa tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.
“Justeru, PKR yakin bahawa polemik Ketuanan Melayu ini adalah benteng terakhir Umno dan Perkasa yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
“Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, PKR akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah —kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan Perkasa,” katanya.