Followers

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Thursday, February 7, 2019

Pemuda PAS Mula Pertikai Pemimpin Ambil Duit Umno dan Ejen CIA. {VIDEO}

 
Pemuda Pas telah menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam kes RM90 juta
Abu Ulwan
Tadi ada kawan msg, dia kata pimpinan ramai dok pening bila enta post macam tu dlm fb, depa kata jenuh nak jawab kat ahli, pimpinan lupa yang depa juga akan jenuh jawab depan tuhan😩

Terfikir sejenak, kalau aku yang bersalah, maka aku akan dipersoal oleh Allah seorang diri, tetapi sekiranya aku benar semua yang menjadi pemimpin pasti akan disoal mengapa kamu tahu perkara itu salah, tapi kamu diamkan?kamu takut hilang jawatan ka?kamu takut dibenci rakan sekiranya kamu bercakap benar? Mana lebih baik seorang disoal @ semua akan disoal oleh Allah??😄
 
So untuk menyelamatkan semua pimpinan PAS dari disoal dihadapan Allah solusinya ada 2:


1. Wajib bercakap benar walaupun pahit....

2. Pimpinan negeri dan kawasan menekan pimpinan Pas pusat untuk menyiasat dan membawa isu ini ke muka keadilan supaya semua dapat tahu siapa benar dan siapa yang salah.
So 2 cara ni menyelamatkan anda dari disoal oleh Allah


Tragedi menjadi sejarah

Komen aktivis Pro Rakyat Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Dalam Audio Nik Abduh Tak Ada Pun Sebut Rm90 Juta?

Alhamdulillah, ada ahli PAS sudah mula tanya saya soalan ini. Memang betul dalam audio tersebut tak ada sebut pun tentang rm90 juta. Tapi bila tuan mula bertanya tentang audio tersebut maknanya tuan yakin tentang kesahihan audio tersebut.

Ini adalah penting kerana Nik Abduh pernah menafikan sekeras-keras nya audio tersebut dan menganggap ianya fitnah. Nik abduh sebagai secondary receiver most likely tidak tahu berapa jumlah besar yang PAS terima; mungkin 90 juta, mungkin 200 Juta tapi point that matters is, PAS mmg terima dana dari Umno dan Nik Abduh adalah salah seorang penerima dana tersebut. 

Infact dalam kes 1mdb, 2.6 billion bukan lah jumlah final yang di songlap oleh bossku Najib razak.

Jumlah sebenar hanya di ketahui oleh pemberi, Penerima dan soon SPRM. Sebagai parti yang claim zero rasuah adalah sangat2 tidak bermoral untuk PAS terima dana dari umno. Bila kita lihat ATGNA dahulu, beliau sama sekali tidak akan ambil dana dari umno secara rahsia walau pun 1 sen. Tapi bila pasca ATGNA, pas semacam hilang dari perjuangan asal. Ini boleh kita lihat dengan konsep taawun la, berlembut dengan umno dan senyap menyepi tentang Kebobrokan umno. Betul la pepatah kata, bila termakan budi, tergadai maruah parti.

Dan juga implikasi audio sangat tinggi sehingga memungkin kan pembatalan kerusi2 yang di menangi pas sebab masuk pru dengan wang haram. Dan ini juga boleh explain dari mana pas dapat Dana luar biasa bertanding 154 seat parlimen hampir 2 kali ganda dari pru lepas. Mcm org tua2 kata, bila duit tu bukan sendiri punya, tu yang tak kisah pun bertanding di kerusi yang mana pun, walau chance nak menang tu 0. Bukan duit sendiri apa kisah kan?

Foto: FB Nasharudin Mat Isa n Twitter

Tuesday, April 3, 2018

Sepupu Dakwa Kenal Sangat Suara Nik Abduh


Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Mohd Sabri Salleh menggesa PAS menyiasat audio yang dikatakan mirip suara anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, penafian dibuat anak kepada bekas mursyidul am PAS itu tidak cukup untuk memberi keyakinan bahawa suara itu bukan miliknya.

Sebagai seorang sepupu, katanya, beliau mendakwa sangat mengenali suara anggota jawatankuasa PAS pusat itu.

"Saya yakin itu suara dia, berdasarkan lenggok bahasa, pelat, cara dia ucap satu-satu perkataan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, isu rakaman audio yang didakwa melibatkan pertemuan antara Nik Abduh dan seorang pemimpin muda PAS tersebar secara bersiri di media sosial sejak Februari lalu.

Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.

Individu dalam rakaman itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanannya.

Lebih mengejutkan, individu itu juga mengaku mempunyai hubungan dengan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA)
.
"Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana," katanya dalam rakaman tersebut.

Nik Abduh telah membuat penafian dan menyifatkan tuduhan itu sebagai "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.

PAS sebelum ini melalui naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abddullah turut menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu dan cukup dengan penafian Nik Abduh.

'Perang dingin Nik Abduh'

Sementara itu Mohd Sabri mendakwa, sebelum munculnya audio tersebut sudah berlaku perang dingin antara pihak Nik Abduh dan pemimpin itu.

"Apa yang menguatkan lagi dakwaan mengenai audio itu adalah perang dingin yang sudah pun wujud antara kedua-dua pihak yang terlibat sebelum ini.

"Ia adalah asas benda (perkara) ini, boleh jadi sokongan audio Nik Abduh," jelasnya yang juga adik kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

Tambah Mohd Sabri, tindakan PAS enggan menyiasat kesahihan audio itu sudah dijangka kerana kepimpinannya kini bukan lagi seperti dahulu.

"Sebabnya pimpinan sudah maklum mengenai perkara yang dibangkitkan itu.

"Kalau dalam kepimpinan PAS dahulu, saya yakin perkara ini akan disiasat. Jadi saya harap PAS sekarang telus," katanya yang mendakwa memilih untuk bersama AMANAH selepas melihat PAS tersimpang daripada perjuangan asal.

sumber...mKini

Friday, March 2, 2018

AMANAH Cabar Nik Abduh Saman Penyebar Audio


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan jika Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan saman berhubung isu audio didakwa mempunyai kaitan dengan anggota parlimen Pasir Mas itu.

Kata Husam Musa Nik Abduh sepatutnya membuktikan dia masih bermaruah dengan mengemukakan saman berkenaan, sekali gus membersihkan namanya daripada terpalit dengan sesuatu dakwaan.

"Sepatutnya dia samanlah, tak boleh ugut saja.

"Saya tak nak ulas soal saman ini (lebih lanjut) sebab saya sendiri sudah diugut untuk disaman oleh PAS berpuluh kali dah, tapi sampai hari ini saman itu tidak ada," katanya.

Justeru kata bekas exco kanan Kelantan itu jika Nik Abduh mahu mengemukakan saman kepadanya atau mana-mana pihak, langah itu itu sangat dialu.

Malah kata Husam tindakan menyaman itu akan menentukan sama ada seseorang pemimpin mempunyai maruah atau tidak.

Husam berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bilik operasi Pusat Daerah Mengundi Khatib Ali di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

 Hadir sama Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang dan pimpinan HARAPAN kelantan.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan satu petikan audio yang dikatakan mirip suara Nik Abduh menjadi tular dan menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Melalui rakaman audio berkenaan seorang lelaki - yang bercakap dengan nada suara yang tinggi - mengakui menerima wang daripada Umno.

Turut dipetik dalam rakaman itu ialah nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa yang dinafikan

Bagaimanapun Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya suara dalam rakaman itu adalah dirinya, malah menganggap ia sebagai karut, marut dan fitnah ke atas dirinya serta PAS.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata anak bekas menteri besar Kelantan itu.

Kata Husam rakaman yang tular sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan dirinya, namun menegaskan beliau juga memiliki salinan yang dipercayai sama seperti yang sudah tular itu.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan menegaskan dia sebelum ini bercadang untuk mendedahkannya selepas parlimen dibubarkan dan sedia bertanggungjawab atas rakaman berkenaan.

 Anggota Dewan Undangan Negeri Salor itu juga menyoal apakah yang dinafikan oleh Nik Abduh sebenarnya.

"Adakah dia nafi suara dalam audio itu suara dia? Ini terpulang kepada kita semua (yang) dengarlah.

"Saya berharap semua ahli PAS tentukan sendiri suara itu suara Husamkah atau Lim Guan Eng atau Jeming Hassan, atau suara siapa?" katanya.

Husam juga mencadangkan supaya PAS menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.

"Ucapan itu dibuat dalam majlis tertutup. Tentulah ada orang yang hadir, ada penganjur, tarikh dan perkara yang disebut adalah daripada mulut orang itu.

"Kalau kita (sengaja) nak reka-reka (memang) payah.

"Dan yang disebut dalam ucapan itu ialah menerima wang daripada Umno.

"Kalau itu sudah disebut, PAS kena tahu siapa yang terima wang bagi membolehkan PAS menyertai pilihan raya dan pada masa sama parti itu mesti meyakinkan rakyat bahawa rakaman itu tidak wujud," katanya.

oleh: N Faizal Ghazali mKini

fb tag #anatahu

Monday, February 22, 2016

Saya Tidak Pakai Jubah dan Mencuri Duit Rakyat - TMJ


ULASAN l
 Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya.

Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi ustaz atau mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan Allah SWT.

Oleh itu hanya Allah SWT yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya Allah SWT boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak.

Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian.

Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah SWT akan menerima anda atau sebaliknya.

Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan.

Siapa antara kita akan ke syurga?

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda.

Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah Allah SWT akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain.

Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga?
Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul.

Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran.

Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.

Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.

Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya.

Berlakon pakai jubah

Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.

Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh?

Jawapannya mudah. Pendidikan.

Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan.

Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Jadi seorang Muslim tetapi bukan begitu taksub

Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub.

Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Kita semua berbeza.

Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik.

Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni?

Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, Allah Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

Penulis, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor

sumber...mKini

Thursday, July 9, 2015

Sarawak Report Dakwa RM2 juta Masuk Dalam Akaun Rosmah


Sekarang Rosmah pula didakwa terima RM2 juta dalam akaun peribadi

Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

"Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.

"Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat 'pembantu peribadi' pemilik akaun," dipetik laporan Sarawak Report.

Dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 8 deposit itu setiap satunya berjumlah di antara RM150,000 sehingga RM300,000.

Bagaimanapun, ia mendakwa deposit dalam jumlah yang besar sebegitu biasanya perlu dilaporkan ke Bank Negara Malaysia tetapi tidak dilaporkan kerana salah seorang ahli lembaga pengarah bank itu merupakan pengerusi firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sarawak Report boleh mengesahkan akaun bank ini diletakkan di bawah siasatan, kerana ia berkait dengan kemungkinan wang yang digelapkan berkait dengan 1MDB," laporan itu dipetik.

Dakwaan ini timbul tepat seminggu selepas The Wall Street Journal mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima wang RM2.3 bilion bersumber asal daripada dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadinya.

Terkini, peguam negara baru saja mengesahkan 2 akaun Najib yang disebut dalam dakwaan itu sudah ditutup sebelum dakwaan itu dibuat pada 2 Julai lalu.

Kenyataan ini mengesahkan laporan WSJ yang menyebut perkara sama tentang status akaun Najib.

sumber...TMI

Saturday, July 4, 2015

Najib 'TUNJUK' Siapa Di Belakang Dakwaan Sapu Duit 1MDB



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB.

Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini, merujuk kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Perdana menteri menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

"Serangan ini bermula apabila saya enggan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan peribadi Tun Mahathir.

"Saya tidak mahu, kerana saya tidak percaya ianya baik untuk Malaysia diperintah oleh proksi.

"Tun (foto) kemudian mencipta krisis apabila beliau secara melulu mendakwa bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, sedangkan pada hakikatnya, ini adalah hutang diaudit yang disokong oleh RM51 bilion aset yang diaudit," kata Najib..

[Baca berita penuh/asal]

Monday, May 26, 2014

Oh ! RM 40,000,000.00 Aku Punya



Berbaloi jugak bila ada 'cable besar' bro..

Mudah jer nak dapat duit bank..kan ...kan

Kalau orang biasa ..pi mampoih sama luu ler...

Saper pon tak nak pandang..


Bagaimana senangnya beri RM40 juta kepada VIP


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan yang meragukan.

"Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni," ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menyatakan demikian sebagai respons kepada isu skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat yang didedahkan oleh bekas menteri yang juga bekas pengerusi bank itu, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Perdana Menteri mesti menghormati akauntabiliti dan ketelusan dengan berlaku jujur tentang skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat yang didedahkan oleh bekas menteri yang juga bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Ini berikutan pendedahan mengejutkan dalam “The Malaysian Insider” hari ini tentang hubungan naungan, permainan wang dan salah guna dana awam untuk kroni oleh pengurusan tertinggi, seperti yang didedahkan Sabbaruddin Chik setelah tempoh khidmatnya tidak dilanjutkan bersabit permohonan pinjaman RM40 juta seorang VIP yang mempunyai hubung kait dengan Putrajaya.

Sabbarauddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa VIP tersebut telah menggunakan hubungan politiknya untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM32 juta tanpa kiraan faedah kerana campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Sabbaruddin mendedahkan bahawa lembaga pengarah Bank Rakyat awalnya menolak kompromi yang ditawarkan VIP itu untuk menyelesaikan hutang tertunggak berjumlah RM40 juta dengan menawarkan 120 cek tunda untuk ditunaikan oleh pihak bank dalam jangka masa 10 tahun.

Sepuluh tahun untuk membayar suatu hutang tanpa faedah bermaksud mendapat wang tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan, jika faedah ditambat pada kadar 10% setahun.

Lembaga pengarah Bank Rakyat bertindak tepat menolak penipuan dalam tawaran yang penuh skandal oleh VIP terbabit kerana ia membawa kerugian kepada pihak bank dan bertentangan dengan kepentingan awam.

Sabbaruddin turut menunjukkan kepada The Malaysian Insider sepucuk surat yang ditandatangani oleh Hasan mengarahkan Bank Rakyat untuk akur kepada syarat kompromi yang ditawarkan oleh VIP itu.

Setelah lembaga pengarah enggan berbuat demikian, Hasan tidak puas hati dan enggan pula menandatangani surat untuk menyambung tempoh perkhidmatan Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat, yang berakhir pada 8 April, walaupun Bank Negara telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak Sabbaruddin.

Datuk Seri Najib mesti menjelaskan pendedahan Sabbaruddin ini kepada orang ramai kerana VIP yang dimaksudkan mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin BN dan mempunyai capaian ke pusat kekuasaan Putrajaya.

Kedua, Najib mesti menjelaskan apakah asas untuk Bank Rakyat meluluskan pinjaman ini.

Adakah ia semata-mata politik atau adakah mengikut prosedur yang betul dengan mengikut peraturan yang digariskan sewaktu Bank Rakyat memberikan pinjaman RM40 juta ini kepada VIP tersebut?

Bagaimanakah pinjaman yang begitu tinggi nilainya sebanyak RM40 juta senang-senang diberikan kepada seorang VIP tanpa kemampuan membayar semula atau sebarang kekuatan kewangan?

Ketiga, Najib juga harus menjelaskan apa yang terjadi kepada tawaran kompromi oleh VIP ini selepas tempoh khidmat Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak dilanjutkan.

Adakah VIP tersebut dibenarkan untuk membuat pembayaran semula secara 120 kali ansuran selama 10 tahun, tanpa faedah?

Akhir sekali, Najib harus jujur dan memperhitungkan kesemua perjanjian mudah dan pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan yang meragukan.

Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni.

Selanjutnya ia turut mempersoalkan kredibiliti dan integriti Bank Negara dalam memastikan sistem kewangan yang baik dan boleh dipercayai apabila pinjaman diberikan semata-mata atas dasar naungan politik pemberian wang.

sumber...HARAKAHDAILY

Friday, November 1, 2013

Apa Barang Bro,Ostad Kerja Tibai Duit Saja Ke ??



Tunggu masa nak cekup

Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah mengenal pasti seorang ustaz di negara itu yang dikaitkan dengan pengutipan sumbangan dari rakyat Malaysia sebelum didakwa menggunakan wang itu untuk membina banglo ratusan ribu ringgit di perkampungan miskin dan terpencil di negara berkenaan.

Difahamkan, ustaz terbabit berada dalam pemantauan pihak berkuasa di Kemboja dan dijangka ditahan dalam tempoh terdekat untuk siasatan.


Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Kemboja Raja Saifful Ridzuan berkata, pihaknya memang mengenali ustaz itu yang sebelum ini pernah membawa rombongan warga Malaysia ke kedutaan kononnya mengenali individu tertentu di kedutaan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah memantau senario ‘tidak enak’ itu, malah sudah dihentikan selain tidak mahu ustaz itu bertindak sebagai ‘orang tengah’ seterusnya menjadikan ia sumber untuk mendapatkan wang daripada warga Malaysia yang mahu ke kedutaan.

“Malah, berdasarkan laporan Harian Metro sejak beberapa hari lalu, kami sudah mengenal pasti ustaz yang dimaksudkan dan dipercayai memang gemar menggunakan nama pegawai agensi agama di Malaysia untuk tujuan berkaitan.

Oleh  Ahmad Shahrul Nizam Muhammad mymetro