Tunggu masa nak cekup
Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah mengenal pasti
seorang ustaz di negara itu yang dikaitkan dengan pengutipan sumbangan
dari rakyat Malaysia sebelum didakwa menggunakan wang itu untuk membina
banglo ratusan ribu ringgit di perkampungan miskin dan terpencil di
negara berkenaan.
Difahamkan, ustaz terbabit berada dalam pemantauan pihak berkuasa
di Kemboja dan dijangka ditahan dalam tempoh terdekat untuk siasatan.
Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Kemboja Raja Saifful
Ridzuan berkata, pihaknya memang mengenali ustaz itu yang sebelum ini
pernah membawa rombongan warga Malaysia ke kedutaan kononnya mengenali
individu tertentu di kedutaan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah memantau senario ‘tidak enak’ itu,
malah sudah dihentikan selain tidak mahu ustaz itu bertindak sebagai
‘orang tengah’ seterusnya menjadikan ia sumber untuk mendapatkan wang
daripada warga Malaysia yang mahu ke kedutaan.
“Malah, berdasarkan laporan Harian Metro sejak beberapa hari
lalu, kami sudah mengenal pasti ustaz yang dimaksudkan dan dipercayai
memang gemar menggunakan nama pegawai agensi agama di Malaysia untuk
tujuan berkaitan.
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad mymetro