Followers

Showing posts with label Pas Kedah. Show all posts
Showing posts with label Pas Kedah. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Wacana "Kejatuhan PAS Kedah": Kemana Wakil PAS Menghilang ?



 MSO menjawab tohmahan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat

Wakil PAS Kedah tidak hadir pada wacana diskusi buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali sebagai MSO berkata, kenyataan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat bahawa beliau (Mohd Sayuti) diupah individu tertentu untuk menulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’, merupakan satu kenyataan berniat jahat dan prejudis terhadap beliau.

Dihubungi FMT sebentar tadi, Mohd Sayuti berkata Mohd Azam perlu faham etika kewartawanan dan profesionalisma sebagai penulis.

“Saya minta Mohd Azam memberitahu, bila dan di mana saya pernah memaklumkan bahawa saya diupah untuk menulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’?

“Setiap kali saya tulis buku, orang tuduh saya diupah oleh orang itu dan orang ini.

Contohnya jika saya tulis buku mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), orang tuduh saya diupah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri).
“Jika saya tulis buku mengkritik Datuk Seri Najib pula, orang tuduh saya diupah oleh Datuk Seri Anwar.
I’m not that stupid’ (Saya bukan begitu bodoh) untuk maklum pada orang ramai yang saya diupah untuk tulis buku itu.

“Saya nak tanya, jika ada pun seseorang individu diupah untuk menulis, logikkah penulis itu mengaku bahawa beliau diupah?

“Dalam etika ‘journalism’ (kewartawanan), seorang wartawan, editor atau penulis tidak akan dedah sumber informasi beliau.

Kenyataan Mohd Azam mempunyai syak wasangka yang amat buruk terhadap saya dan satu kenyataan yang tidak bermoral.
Baca keseluruhan 15 bab dalam buku saya. Jangan ambil bab-bab tertentu sahaja dan membuat tuduhan liar,” kata Mohd Sayuti dalam nada kecewa.

Mohd Sayuti juga berkata pada minggu lepas, beliau diundang untuk satu wacana diskusi buku tulisan beliau di Pandan, Selangor.

“Saya diberitahu oleh penganjur bahawa mereka juga menjemput Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Muhammad Sanusi Md Nor yang juga kini merupakan Ketua Penerangan PAS Kedah.

“Penganjur juga menjemput Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

“Saya kata pada penganjur, tiada masalah untuk saya hadir dan seperti dijanjikan saya hadir pada wacana diskusi itu.

Malangnya Muhammad Sanusi dan Musoddak yang tidak hadir.

Kalau saya menulis buku itu dengan berniat jahat, boleh sahaja saya mengelak daripada menghadiri wacana diskusi itu.
Sebaliknya saya bertanggungjawab berhadapan dengan wakil PAS Kedah,” jelas Mohd Sayuti lagi.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Mohd Azam dipetik berkata, penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’ perlu mendedahkan nama individu yang mengupahnya untuk menulis buku tersebut.

“Sebelum ini penulis pernah memaklumkan, beliau seperti diupah individu tertentu untuk menulis buku tersebut,” katanya kepada akhbar tersebut.

Amaran perilaku pemimpin PAS telah pun dibuat oleh perwakilan dalam muktamar pada tahun lalu

PRU13: 'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah

 Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.


"Biarlah didedah jawatankuasa postmortem dibuat dengan kadar segera," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.

Mengakui perit dan dukacita dengan kejatuhan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu pada pilihan raya lalu, Nasir Zakaria bagaimanapun mengakui masalah "faktor dalaman" menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Padang Terap, bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik "masalah dalaman" umpama "barah" yang berlaku di negeri itu.

"Masalah yang dihadapi oleh anak, tidak mampu diselesaikan atau ditanggung oleh anak, maka ia dileraikan oleh mak bapa. Ayah kena ambil tindakan dengan pantas, adil dengan masalah yang berlaku.




Adakah Selangor selepas Kedah?

"Kita tidak mahu masalah umpama barah (merebak). Mungkin (selepas ini) menyerang parlimen, negeri (lain) yang kita kuasai," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu yang dibentuk diaktifkan segara sekaligus memantau dan memberi nasihat profesional kepada negeri yang ditadbir oleh PAS.


sumber...FMT/malaysiakini 

Saturday, May 18, 2013

Mahfuz Omar Akan Kecundang Di Kedah Jika...



 mesej dari kawan wa kat Kedah..



Tahniah diatas perlantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah..


Harapan ahli ,penyokong dan rakyat terbanyak masih tinggi kepada Pas.Pas Kedah mampu bangun dari lena dan syok dalam zon selesa.

Mahfuz mestilah membawa perubahan untuk Pas Kedah sebagai parti yang paling kuat
grassroot dan dominan dalam Pakatan Rakyat Kedah , 'masa depan' Pas Kedah kini ditangan Mahfuz.Bagaimana corak pentadbiran Mahfuz nanti?

Jika ostad Azizan telah gagal untuk memahami hati budi ahli dan penyokong Pas,adakah Mahfuz akan meneruskan delegasi ostad Azizan ?

Bolehkah Mahfuz dinasihati ,sudikah Mahfuz mendengar pandangan grassroot?

Atau pun orang bawahan akan terus terusan di JERKAH seperti mana ostad Azizan jugak?

Jangan lupa jumlah keahlian PKR Kedah semakain bertambah dari hari ke sehari. Banyak generasi muda kini lebih suka kepada PKR!!Banyak kawasan Parlimen dimenangi oleh PKR dari Pas di Kedah.

Satu nasihat dari orang bawahan kepada Mahfuz JANGAN AMBIL 2 ORANG INI DUDUK DALAM PENTADBIRAN PAS KEDAH !!

1. Yusuf Husin Baling..dia ini sudah lama "Ditendang" oleh Pas Kawasan Baling, pengampu nombor 1 ostad Azizan Razak.





2. Mohd Sanusi Md Noor..Setpol ostad Azizan, juga sudah lama "ditendang" oleh Pas Kawasan Sik.




Terkini boleh dikatakan dimana mana sahaja orang ramai memperkatan kekalahan Pas berpunca kerana hanya 3 orang ini sahaja yang memerintah Kedah .

Mahukah Mahfuz mengulangi analisa seperti dibawah dalam PRU-14 nanti ?

 Post Mortem Punca Sebenar Pas Tewas Di Kedah

PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.

Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah.


Pentadbiran ala-Umno Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN. Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung. Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN. Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan.

Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu. Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.

Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. Pergolakan dalaman Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU13. Azizan dilihat 'mencantas' Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus. Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian, politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan. Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan tidak pernah diambil peduli. Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja.

Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihan raya. Jabatan pilihan raya gagal Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN. Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan dan kronimya sahaja menang.

Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan. Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat laporan membodek menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya. JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding tanpa strategi khusus untuk menang. Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah. Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan. Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah. Semoga kita sama-sama bermuhasabah.

sumber

Wednesday, May 15, 2013

Jom Tengok Jawapan "BANGANG" Ostad Azizan Ex MB Kedah


Wa dapat satu mesej dari seorang pembaca blog cekai ini..
Dengan nama beliau sebagai 'pemerhati politik Pas Kedah'..

Mesej berbunyi begini..
"Esok hari  tuan tuan dan puan puan tolong pangkah BN, pejam mata pi lah sekali demi
negeri kita".

Katanya mesej itu beliau dapat dari orang yang ternama dalam Pas Kedah..

Siapakah gerangan orang itu?

Kalau luu orang tak tahu, sama ler dengan wa !!

Hari ni wa dapat maklumat ostad Azizan merasa LEGA..Kerana Pas Kedah kalah dalam
pru-13..

Astaghfirullah al Azim...

Inikah pejuang islam yang bermaruah?

HANCU$$$$$...wa cakap Luu..

Patot ler kawan wa kat Kedah cakap sebab utama "pergaduhan" antara Phahrolrazi dan Dr
Ismail dengan ostad Azizan kerana mereka tidak bersetuju ostad Azizan berikan projek
maintenance jalan bernilai RM60 juta kepada company Umno.

Belah laa luu ostad Azizan...kan Pas dan Umno umpama abang adik jer bagi luu (biarkan Umno menterus menyesatkan aqidah orang melayu dan mentekedarah harta rakyat Mesia).


Azizan lega PAS kalah di Kedah?

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.

 PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei lalu.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,”kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Sebaik berakhir PRU13, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada PRU13.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi kerusi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

sumber...FMT

Thursday, March 8, 2012

Kemelut Politik Kedah Cemar Maruah PAS



Pada permukaannya PAS nampak berjaya mengendurkan polemik di antara Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh  dengan aman. Hal ini pernah diramalkan beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa PAS mampu menangani kemelut itu melalui semangat ukhuwah dan mahabbah.
NONE
Malah sehingga tengah hari Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelihatan gesit mengumumkan keputusan “menang-menang” di antara dua pihak yang bertelingkah itu. Phahrolrazi dan Ismail bersetuju menerima pelantikan semula sebagai exco negeri. Azizan pula kekal sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Namun inti persoalan yang mendorong perbalahan itu berlaku rupanya masih belum padam. Ibarat api dalam sekam sedikit hembusan bayu politik boleh menyemarakkan kembali pertikaian itu. Kemelut politik Kedah ini nampaknya benar-benar menguji keampuhan dan keberkesanan  sistem tarbiyah PAS.
Apakah benar semangat ukhuwah dan tarbiyah dalam pelbagai bentuk yang dikendalikan PAS untuk pemimpin dan ahlinya selama ini akan membantu mereda dan mengelak isu itu menjalar menjadi bom jangka bagi cita-cita politik PAS?
NONE
Tidakkah Jawatankuasa Pemandu PAS yang akan menyelia keputusan dan tindak tanduk Azizan (kanan) dan barisan exconya boleh disimpulkan sebagai satu campurtangan “Kerajaan Pusat” PAS?

Bolehkah dibaca  pengwujudan jawatankuasa itu membayangkan bahawa PAS mengakui memang menteri besar dan exconya selama ini memang mendokong sebuah kerajaan negeri PAS yang lemah hingga perlu campurtangan PAS Pusat?

Atau, apakah sebenarnya perselisihan pandangan dan cara kepemimpinan Azizan dengan timbalan-timbalannya begitu luas lompongnya hingga perlu jawatankuasa pemandu mendisiplinkan mereka agar pertikaian tidak melimpah menjadi pergeseran antara “tok-tok demang” atau “warlordism” di Kedah?

Lebih menggusarkan ialah, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Phahrolrazi dan Ismail bertindak mempamerkan “undi tidak percaya” terhadap kepemimpinan Azizan dengan menolak tawaran pelantikan menjadi exco bukan atas sebab  isu peribadi tetapi bersandarkan prinsip perjuangan PAS sendiri, khalayak umum pasti akan terkilan dengan cara kepemimpinan PAS Pusat menangani krisis ini.
NONE
Kini hembusan bayu politik mula membuak menjadi badai yang membawa khabar Phahrolrazi dan Ismail sebenarnya bertindak “degil dan nekad” menentang budibicara Azizan “menganugerahkan” projek satu ribu juta ringgit kepada “kroni”nya. Jika itu benar, memang buruk padahnya pada nama baik dan maruah PAS.

Kini adalah semakin ketara bahawa soal ukhuwah dan tarbiyah tidak dapat menyorokkan punca perbalahan. Malah secara langsung desas desus politik mengisyaratkan bahawa PAS Pusat sebenarnya gagal mereda apatah lagi menyelesaikan kemelut itu. Lebih menyedihkan PAS Pusat seolah-olah bertindak mahu menyembunyikan “salah laku” pemimpinnya di Kedah!

PAS mesti cepat dan tangkas menangani isu ini. Atas nama kebenaran, PAS harus berhenti bermain silap mata politik. Ini soal prinsip. Tugas utama Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan mestilah menyiasat laporan salah laku ini. Ini bukan sahaja untuk memelihara nama baik perjuangan PAS tetapi membersihkan strategi politik PAS.
NONE
PAS harus telus. Tidakkah ahli dan penyokong PAS rasa tertipu jika benar projek sebesar satu ribu juta diberikan kepada kroni menteri besar yang didakwa sebenarnya adalah ahli Umno, musuh politik PAS!

Bukankah itu pengkhianatan namanya? Jika dibandingkan dengan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC), kepetualangan ini lebih zalim dan menghiris jiwa penyokong PAS.

Jika masih ada ruhul Islam dalam perjuangannya, PAS harus menggantung khidmat Azizan sehingga 
Jawatankuasa Pemandu membersihkan namanya. Atau, jika ada kebenaran terhadap tuduhan ini, PAS sendiri harus melaporkan salah laku itu kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sejarah politik Islam banyak teladan untuk pemimpin-pemimpin PAS. Selesai sahaja mengkebumikan Khalifah Sulaiman, Umar bin Abdul Aziz terus mengambil kertas dan tinta untuk mengeluarkan tiga perintah kepada umat Islam di bawah jagaannya.
kaabah mekah islam holycity 080307 satellite imagePertama, Umar membatalkan perintah almarhum Khalifah Sulaiman. Beliau mengarahkan Maslamah, jeneral tentera Islam untuk mengundurkan balatentera dari menyerang Konstantinopel. Ini kerana setelah berbulan mengasak kota itu dari laut dan darat soldadu Islam masih gagal mencapai kemenangan malah semakin lemah peralatan perang dan kurang bekalan makanan mereka.

Khalifah Sulaiman ketika hayatnya mahu misi menawan Konstantinopel diteruskan kerana didorong oleh ego mahu meluaskan jajahannya. Tidak banyak pertimbangan diberikan kepada keadaan dan kebajikan tentera Islam. Sebagai khalifah baru, Umar tidak mahu nafsu berkuasa dan kekuasaan menandai pemerintahannya.

Kedua, Umar memerintahkan Usamah bin Zaid at Tanukhi yang memegang bidang pajakan Mesir dipecat dan dipenjarakan kerana bertindak zalim dan menghukum rakyat tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan Allah.

Ketiga, Umar mengeluarkan surat untuk memecat Yazid bin Abi Muslim dari Afrika yang sering tidak menghiraukan perintah Sultan. Lantaran sikap bengis dan sering menzalimi rakyat jelata, Umar segera bertindak melucutkan pangkatnya.
NONE
Buat masa ini, PAS harus mengetepikan impian menakluki Putrajaya. Yang lebih penting ia harus membersihkan wadah perjuangannya. Ulat dan musuh pemerintahan Islam ialah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan juga ego pemimpin.

Kawallah iklim politik Kedah supaya jangan ia membuat hati rakyat beku dan sinis terhadap apa yang dinamakan daulah Islamiah jika ia tidak banyak bebeza dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

sumber...Abdul Rahman Malik
6:36AM Mac 8, 2012

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Thursday, July 14, 2011

DAP Gesa Pas batal laksana larangan operasi pusat hiburan bulan Ramadan

Azizan Razak tidak akan tunduk kemahuan DAP...(menurut sumber)

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

“Lee melaporkan bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu,” katanya lagi.

“Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.

Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.

Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.

Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya semalam.

Azizan berkata bagi pusat snuker dan kafe siber pula, pihaknya mungkin menyemaknya semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan di bawah kategori hiburan.

“Minta PBT (pihak berkuasa tempatan) perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan. Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya,” katanya.

sumber...TMinsider

p.s....orang Kedah kata jangan buat mudah! bila kena baru nak tengadah.

Thursday, July 7, 2011

Siapa simbah cat merah dirumah MB Kedah?


Depa pakat simbah cat merah dirumah pemimpin Pas Kedah

ALOR SETAR - Rumah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang turut menempatkan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Sungai Limau di Yan disimbah dengan cat warna merah oleh pihak tidak bertanggung jawab dipercayai dilakukan awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, bahagian luar pagar dan lantai simen pekarangan rumah dikotori cat merah, namun tidak mengenai bahagian dinding rumah ekoran jaraknya yang agak jauh daripada kawasan pagar.

Selain rumah Azizan, beberapa rumah, kereta termasuk pejabat pusat khidmat wakil rakyat pemimpin Pas turut menerima nasib sama, dalam beberapa kejadian dipercayai dilakukan serentak malam semalam atau awal pagi.

Turut dijumpai, nota ugutan supaya tidak hadir pada perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dibungkus dengan batu yang turut dilontar di tempat kejadian.

Mengulas kejadian itu, Azizan berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang turut berlaku di daerah Pendang dan Kota Setar.

“Itu mungkin mainan budak-budak nakal yang tidak ada kerja atau mereka cuba cetuskan isu kontroversi dengan buat perkara seperti itu. Biarlah pihak polis siasat siapa dalang di sebaliknya kerana laporan polis sudah dibuat oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa perbuatan itu,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman yang mengalami kerosakan kereta akibat disimbah cat merah.

Pemimpin lain, termasuk Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar yang juga Pembantu Khas ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh, Adnan Saad.

Rumah yang disimbah cat merah pula ialah Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Radi Said.

Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa di Taman Anggerik, Peremba turut disimbah cat merah dan dibaling batu.

Azizan berkata, tindakan terbabit disifatkan kurang bijak dan sekiranya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, ianya perlu dihentikan dengan segera.

“Saya tak kata ianya ada kaitan dengan Bersih, tapi kami semua tak pula berhutang dengan ah long,” katanya berseloroh.

Azizan menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

sumber...Sh