Followers

Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Wacana "Kejatuhan PAS Kedah": Kemana Wakil PAS Menghilang ?



 MSO menjawab tohmahan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat

Wakil PAS Kedah tidak hadir pada wacana diskusi buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali sebagai MSO berkata, kenyataan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat bahawa beliau (Mohd Sayuti) diupah individu tertentu untuk menulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’, merupakan satu kenyataan berniat jahat dan prejudis terhadap beliau.

Dihubungi FMT sebentar tadi, Mohd Sayuti berkata Mohd Azam perlu faham etika kewartawanan dan profesionalisma sebagai penulis.

“Saya minta Mohd Azam memberitahu, bila dan di mana saya pernah memaklumkan bahawa saya diupah untuk menulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’?

“Setiap kali saya tulis buku, orang tuduh saya diupah oleh orang itu dan orang ini.

Contohnya jika saya tulis buku mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), orang tuduh saya diupah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri).
“Jika saya tulis buku mengkritik Datuk Seri Najib pula, orang tuduh saya diupah oleh Datuk Seri Anwar.
I’m not that stupid’ (Saya bukan begitu bodoh) untuk maklum pada orang ramai yang saya diupah untuk tulis buku itu.

“Saya nak tanya, jika ada pun seseorang individu diupah untuk menulis, logikkah penulis itu mengaku bahawa beliau diupah?

“Dalam etika ‘journalism’ (kewartawanan), seorang wartawan, editor atau penulis tidak akan dedah sumber informasi beliau.

Kenyataan Mohd Azam mempunyai syak wasangka yang amat buruk terhadap saya dan satu kenyataan yang tidak bermoral.
Baca keseluruhan 15 bab dalam buku saya. Jangan ambil bab-bab tertentu sahaja dan membuat tuduhan liar,” kata Mohd Sayuti dalam nada kecewa.

Mohd Sayuti juga berkata pada minggu lepas, beliau diundang untuk satu wacana diskusi buku tulisan beliau di Pandan, Selangor.

“Saya diberitahu oleh penganjur bahawa mereka juga menjemput Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Muhammad Sanusi Md Nor yang juga kini merupakan Ketua Penerangan PAS Kedah.

“Penganjur juga menjemput Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.

“Saya kata pada penganjur, tiada masalah untuk saya hadir dan seperti dijanjikan saya hadir pada wacana diskusi itu.

Malangnya Muhammad Sanusi dan Musoddak yang tidak hadir.

Kalau saya menulis buku itu dengan berniat jahat, boleh sahaja saya mengelak daripada menghadiri wacana diskusi itu.
Sebaliknya saya bertanggungjawab berhadapan dengan wakil PAS Kedah,” jelas Mohd Sayuti lagi.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Mohd Azam dipetik berkata, penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah’ perlu mendedahkan nama individu yang mengupahnya untuk menulis buku tersebut.

“Sebelum ini penulis pernah memaklumkan, beliau seperti diupah individu tertentu untuk menulis buku tersebut,” katanya kepada akhbar tersebut.

Amaran perilaku pemimpin PAS telah pun dibuat oleh perwakilan dalam muktamar pada tahun lalu

PRU13: 'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah

 Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.


"Biarlah didedah jawatankuasa postmortem dibuat dengan kadar segera," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.

Mengakui perit dan dukacita dengan kejatuhan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu pada pilihan raya lalu, Nasir Zakaria bagaimanapun mengakui masalah "faktor dalaman" menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Padang Terap, bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik "masalah dalaman" umpama "barah" yang berlaku di negeri itu.

"Masalah yang dihadapi oleh anak, tidak mampu diselesaikan atau ditanggung oleh anak, maka ia dileraikan oleh mak bapa. Ayah kena ambil tindakan dengan pantas, adil dengan masalah yang berlaku.




Adakah Selangor selepas Kedah?

"Kita tidak mahu masalah umpama barah (merebak). Mungkin (selepas ini) menyerang parlimen, negeri (lain) yang kita kuasai," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu yang dibentuk diaktifkan segara sekaligus memantau dan memberi nasihat profesional kepada negeri yang ditadbir oleh PAS.


sumber...FMT/malaysiakini 

Saturday, October 26, 2013

Kesah Lemah Tenaga Batin Dan Najib Razak ..

Kah kah Kah..

Ape punya citer ni..

Luu daa buat statement ape ni..

Luu tak tau nak safe bajet dan buat projek untung ..

Luu gi salahkan benda manis pulak...Kah Kah Kah

Luu ade problem 'tenaga' ke ??... tanya jer...kah kah kah



Najib dan Muhyiddin mempertahankan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang dibentangkan semalam.



 Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.

"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.

Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.

Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.


Kenyataan Muhyiddin tidak beradab, PAS desak mohon maaf

 Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak dan pengundinya di Sungai Limau kerana keceluparan mulutnya.

Bagi beliau, adalah amat tidak wajar dan tidak beradab untuk Muhyiddin mengaitkan orang yang telah mati demi menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula.

"Ia merupakan satu kenyataan tidak beradab dan tidak berakhlak dari seorang Timbalan Perdana Menteri. Beliau begitu tergamak mengaitkan seorang yang telah tiada dan orang itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk selama lima penggal.

"Saya nak beritahu pada Muhyiddin itu bukan adab penduduk Sungai Limau cara percakapan beliau, seolah cuba untuk memburukkan Allahyarham kononnya tidak menjaga kesihatan sehingga memudaratkan.

"Kita mahu dia (Muhyiddin) tarik balik kenyataan dan minta maaf pada balu arwah, keluarga dan juga seluruh pengundi Sungai Limau,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

 

Wednesday, May 15, 2013

Jom Tengok Jawapan "BANGANG" Ostad Azizan Ex MB Kedah


Wa dapat satu mesej dari seorang pembaca blog cekai ini..
Dengan nama beliau sebagai 'pemerhati politik Pas Kedah'..

Mesej berbunyi begini..
"Esok hari  tuan tuan dan puan puan tolong pangkah BN, pejam mata pi lah sekali demi
negeri kita".

Katanya mesej itu beliau dapat dari orang yang ternama dalam Pas Kedah..

Siapakah gerangan orang itu?

Kalau luu orang tak tahu, sama ler dengan wa !!

Hari ni wa dapat maklumat ostad Azizan merasa LEGA..Kerana Pas Kedah kalah dalam
pru-13..

Astaghfirullah al Azim...

Inikah pejuang islam yang bermaruah?

HANCU$$$$$...wa cakap Luu..

Patot ler kawan wa kat Kedah cakap sebab utama "pergaduhan" antara Phahrolrazi dan Dr
Ismail dengan ostad Azizan kerana mereka tidak bersetuju ostad Azizan berikan projek
maintenance jalan bernilai RM60 juta kepada company Umno.

Belah laa luu ostad Azizan...kan Pas dan Umno umpama abang adik jer bagi luu (biarkan Umno menterus menyesatkan aqidah orang melayu dan mentekedarah harta rakyat Mesia).


Azizan lega PAS kalah di Kedah?

Setiausaha Politiknya mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri tersebut.

 PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei lalu.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,”kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Sebaik berakhir PRU13, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada PRU13.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi kerusi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

sumber...FMT

Friday, May 3, 2013

Bolehkah Orang Syiah Jadi Ahli Politik ??


You just answer my questions yes or no...
Kah Kah Kah...macam peguam christopher fernandez ler pulak..

Setahu wa ler kan ..
Apesal reporter tak tanya ostad Azizan MB Kedah, adakah Datok Seri seorang Syiah ?
Kan senang gitew, kerana setiap ucapan dan ceramah Datok Seri pasti akan menyelitkan kata kata hikmat
atau pun contoh tauladan dari Saidina Ali Karramallahu wajaha...Macam orang Syiah selalu mengambil Tabarruk itu..

Bagi wa, kalau yer pon ostad Azizan seorang Syiah ke aper ke?
Ada aku kesah?
Calon Pakatan Rakyat dari orang Singh pon wa sokong !!!
Asalkan Bukan Umno laknatullah..
Mungkin dengan keberkatan sebab selalu mengambil contoh tauladan Rasulillah dan Saidina Ali , ostad daa
4 penggal bertanding sebagai calon Pas tak pernah kalah satu kali pon.
Hingga berjaya buat pertama kali dalam sejarah mentadbir negeri Kedah dari Pas/PR.
Bila tanya orang kampong kat tempat beliau, ok ke ostad Azizan jadi YB dan Menteri Besaq
Diorang akan jawab, kalau hang tanya JKKKP pon dia kata selagi ostad Azizan bertanding
disini Pas tak akan kalah punya.
Dia buat Kolej Insaniah tak pakai satu sen pon duit kerajaan pusat.
Waris orang mati pon dia amik kesah bagi rm500 tanda ingatan tak pilih apa bangsa islam ke bukan islam ke.

Tetiba muncul mukhriz anak mamak mahadeath nak persoal mazhab orang pulak!!
Apa kes luu bro...lu mazhab apa?
mazhab fulus wal rembat itu wa rasa daa tentu...kah kah kah
wa nak tanya mukhriz satu soalan jer...rumah luu berapa harga bro??
Kalau nak bandingkan dengan ostad Azizan wa rasa, ostad Azizan boleh buat 25 buah kot?

Puak puak mentekedarah harta rakyat ni sembang banyak pon tak guna ler..

Ser lagi kilang arak tu apa cer...wa doakan PR akan menang gemilang menuju putrajaya dengan sokongan rakyat yang daa muak pada UMporNO/bn tahap atromen skang nie..

Pakatan Kedah yakin pertahan kerusi parlimen, tambah DUN

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin Pakatan Rakyat dapat mempertahankan kerusi parlimen dan menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pakatan Kedah memenangi 11 daripada 15 kerusi Parlimen dan 22 daripada 36 kerusi DUN.

Menurutnya, selain mempertahankan 16 kerusi DUN yang dimenangi pada 2008, PAS boleh mendapat sekurang-kurangnya satu atau dua lagi kerusi tetapi "tertakluk keadaan normal dan  tidak ada apa-apa perkara negatif" berlaku.

Manakala PKR yakin menang di "beberapa kerusi" yang mereka kalah sebelum ini, dan DAP yakin dapat menawan kerusi Derga yang pada 2008, menyaksi pertarungan tiga penjuru dengan BN dan PKR.

"Saya lihat peluang (untuk menang) semakin cerah. Saya yakin ada beberapa kawasan (DUN) yang kita tak dapat dulu, kita akan dapat balik.

"Mereka (PKR) boleh menang berdasarkan daripada sokongan dan maklum balas daripada rakyat... Kini (DAP) bertanding dua penjuru, asas dasar itu, kita boleh menang,"

"Saya fikir, kerusi parlimen kita boleh pertahankan, Insya-Allah,"katanya dalam sidang media di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang dijangka dimenangi oleh PAS dan PKR kali ini.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, setelah Pakatan mentadbir selama lima tahun, semua "andaian negatif" seperti melakukan diskriminasi kaum terhadap pentadbirannya tidak berlaku.

Sebaliknya, tegas beliau, rakyat boleh menilai kesungguhan mentadbir negeri sekalipun berdepan dengan kekangan dan halangan daripada kerajaan pusat.

"Sokongan orang bukan Melayu semakin meningkat pada zahirnya. Yang melampaui jangkauan daripada itu, kita tak tahu. Semua telahan dulu tak betul.

"Rekod kita juga selama lima tahun kerajaan kita tidak rasuah dan tidak menyeleweng hak-hak rakyat," katanya.

Sementara itu, mengulas tuduhan terhadap Timbalan Presiden Mohamad Sabu bahawa beliau "menyokong" Syiah, Azizan berkata seseorang tidak boleh menuduh orang lain tanpa sebarang bukti ataupun meminta Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu dengan pemimpin PAS itu.

"Adakah dalam negara kita, tidak boleh jadi ahli politik kerana dia Syiah? Saya bukan nak bela Mat Sabu, tapi kalau dia (pihak) kata Mat Sabu itu Syiah, kalau orang kata hang (kamu) kapitalis, bagaimana?

"Saya pun tak tahu, saya tengok dia (Mohamad) macam saya juga," kata Azizan.

sumber...malaysiakini

Saturday, April 20, 2013

MB Kedah Ostad Azizan Ditentang 2 Calon Bebas Dan Sepupu

Mesej dari wa punya kawan kat Kedah

Katanya : Bro G.blacks amik ini mesej posting kat ko punya blog

Parlimen P012 Jerai...Calon PR Ustaz Firdaus Jaafar


ditentang oleh calon Ubn Jamil Khir Baharom


N20 Dun Sungai Limau MB Kedah ostad Azizan


ditentang oleh 2 calon bebas.. Sobri Ahmad orang UMporNO sendiri yang mngkin kecewa nama beliau tidak dicalonkan oleh UMporNO bahagian Jerai dengan lambang CINCIN... kah kah kah


dan seorang lagi Abdullah Hashim atau Lah 46 bekas orang kuat Semangat 46 dan sepupu ostad Azizan sendiri calon UMporNO/Bn iaitu Fadzillah Mohamad Ali

Sunday, September 16, 2012

Komplot Jatuhkan MB Kedah Ostad Azizan ??

  
Phahrolrazi: Tiada komplot jatuh MB Kedah

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau individu yang didakwa membuat kenyataan kepada sebuah portal berita, berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu, ekoran masalah kesihatan.

Katanya, krisis yang mengaitkan dirinya bersama seorang lagi Exco, Dr Ismail Salleh dianggap selesai sejurus mereka akur keputusan Pas Pusat untuk kembali dalam barisan Exco, 5 Mac lalu.

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula Pas Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di rumahnya, di Taman Gunung Bayu, semalam.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor berkata, pihaknya kesal kerana namanya masih dikaitkan dengan komplot mahu menjatuhkan Azizan, meskipun krisis itu sudah lama berakhir.

“Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah. Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco,” katanya.

Phahrolrazi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan seorang pemimpin Pas Kedah, bahawa Azizan sepatutnya digantikan sebagai Menteri Besar sejak tahun lalu ekoran masalah kesihatan serius.

Kenyataan itu juga menyebut, beberapa pemimpin Pas Pusat, terutama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali kuat mempertahankan kedudukan Azizan, atas alasan mereka berkawan rapat.

“Mereka yang membuat syor supaya Azizan diganti akan dianggap sebagai pengkhianat. Tetapi politik sebegini tidak menguntungkan rakyat Kedah,” kata pemimpin itu lagi, dalam portal berkenaan.

Februari lalu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah pernah menafikan ada menubuhkan gerakan untuk menentang Azizan dan dakwaan enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Selain beliau turut dikaitkan Dr Ismail yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Mengulas perkara itu lagi, Phahrolrazi berkata, walaupun masih ada ‘mulut-mulut jahat’ yang melemparkan tohmahan terhadapnya konon mahu menjatuhkan Azizan, ekoran krisis Exco lalu, namun hakikatnya, beliau masih berpegang pada prinsip parti.

“Kita tidak layan tohmahan seperti itu, konon Pas Kedah berpuak-puak dan berlaku perpecahan serius. Kita ada prinsip iaitu berpegang pada Islam dan ajaran yang tidak melampaui batas. Walau berbeza pendapat tetapi tidak sehingga ke peringkat merugikan parti atau sampai mahu jatuhkan ketua. Itu bertentangan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, selagi khidmatnya diperlukan dalam Kerajaan Negeri, selagi itu beliau akan berpegang pada prinsip mempertahan kerajaan Pas Kedah, termasuk keputusan yang dibuat oleh negeri.

Mengulas sama ada Azizan masih layak mengekalkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah atau Menteri Besar, Phahrolrazi berkata, perkara itu bawah bidang kuasa Pas Pusat.

“Kedudukan Azizan sebagai Menteri Besar atau Pesuruhjaya Pas Negeri ditentukan Pas Pusat. Pas Kedah tidak boleh campur tangan,” katanya.

Bagaimana pun, Phahrolrazi berkata, sekiranya ada pemimpin Pas Kedah yang mahu Azizan digantikan, mereka perlu membuat cadangan terus kepada Pas Pusat untuk dibincangkan, bukannya Pas negeri.

oleh...
ROSLINDA HASHIM
16 September 2012

Thursday, March 8, 2012

Kemelut Politik Kedah Cemar Maruah PAS



Pada permukaannya PAS nampak berjaya mengendurkan polemik di antara Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh  dengan aman. Hal ini pernah diramalkan beberapa pemimpin PAS sebelum ini bahawa PAS mampu menangani kemelut itu melalui semangat ukhuwah dan mahabbah.
NONE
Malah sehingga tengah hari Isnin lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelihatan gesit mengumumkan keputusan “menang-menang” di antara dua pihak yang bertelingkah itu. Phahrolrazi dan Ismail bersetuju menerima pelantikan semula sebagai exco negeri. Azizan pula kekal sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Namun inti persoalan yang mendorong perbalahan itu berlaku rupanya masih belum padam. Ibarat api dalam sekam sedikit hembusan bayu politik boleh menyemarakkan kembali pertikaian itu. Kemelut politik Kedah ini nampaknya benar-benar menguji keampuhan dan keberkesanan  sistem tarbiyah PAS.
Apakah benar semangat ukhuwah dan tarbiyah dalam pelbagai bentuk yang dikendalikan PAS untuk pemimpin dan ahlinya selama ini akan membantu mereda dan mengelak isu itu menjalar menjadi bom jangka bagi cita-cita politik PAS?
NONE
Tidakkah Jawatankuasa Pemandu PAS yang akan menyelia keputusan dan tindak tanduk Azizan (kanan) dan barisan exconya boleh disimpulkan sebagai satu campurtangan “Kerajaan Pusat” PAS?

Bolehkah dibaca  pengwujudan jawatankuasa itu membayangkan bahawa PAS mengakui memang menteri besar dan exconya selama ini memang mendokong sebuah kerajaan negeri PAS yang lemah hingga perlu campurtangan PAS Pusat?

Atau, apakah sebenarnya perselisihan pandangan dan cara kepemimpinan Azizan dengan timbalan-timbalannya begitu luas lompongnya hingga perlu jawatankuasa pemandu mendisiplinkan mereka agar pertikaian tidak melimpah menjadi pergeseran antara “tok-tok demang” atau “warlordism” di Kedah?

Lebih menggusarkan ialah, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Phahrolrazi dan Ismail bertindak mempamerkan “undi tidak percaya” terhadap kepemimpinan Azizan dengan menolak tawaran pelantikan menjadi exco bukan atas sebab  isu peribadi tetapi bersandarkan prinsip perjuangan PAS sendiri, khalayak umum pasti akan terkilan dengan cara kepemimpinan PAS Pusat menangani krisis ini.
NONE
Kini hembusan bayu politik mula membuak menjadi badai yang membawa khabar Phahrolrazi dan Ismail sebenarnya bertindak “degil dan nekad” menentang budibicara Azizan “menganugerahkan” projek satu ribu juta ringgit kepada “kroni”nya. Jika itu benar, memang buruk padahnya pada nama baik dan maruah PAS.

Kini adalah semakin ketara bahawa soal ukhuwah dan tarbiyah tidak dapat menyorokkan punca perbalahan. Malah secara langsung desas desus politik mengisyaratkan bahawa PAS Pusat sebenarnya gagal mereda apatah lagi menyelesaikan kemelut itu. Lebih menyedihkan PAS Pusat seolah-olah bertindak mahu menyembunyikan “salah laku” pemimpinnya di Kedah!

PAS mesti cepat dan tangkas menangani isu ini. Atas nama kebenaran, PAS harus berhenti bermain silap mata politik. Ini soal prinsip. Tugas utama Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan mestilah menyiasat laporan salah laku ini. Ini bukan sahaja untuk memelihara nama baik perjuangan PAS tetapi membersihkan strategi politik PAS.
NONE
PAS harus telus. Tidakkah ahli dan penyokong PAS rasa tertipu jika benar projek sebesar satu ribu juta diberikan kepada kroni menteri besar yang didakwa sebenarnya adalah ahli Umno, musuh politik PAS!

Bukankah itu pengkhianatan namanya? Jika dibandingkan dengan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC), kepetualangan ini lebih zalim dan menghiris jiwa penyokong PAS.

Jika masih ada ruhul Islam dalam perjuangannya, PAS harus menggantung khidmat Azizan sehingga 
Jawatankuasa Pemandu membersihkan namanya. Atau, jika ada kebenaran terhadap tuduhan ini, PAS sendiri harus melaporkan salah laku itu kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sejarah politik Islam banyak teladan untuk pemimpin-pemimpin PAS. Selesai sahaja mengkebumikan Khalifah Sulaiman, Umar bin Abdul Aziz terus mengambil kertas dan tinta untuk mengeluarkan tiga perintah kepada umat Islam di bawah jagaannya.
kaabah mekah islam holycity 080307 satellite imagePertama, Umar membatalkan perintah almarhum Khalifah Sulaiman. Beliau mengarahkan Maslamah, jeneral tentera Islam untuk mengundurkan balatentera dari menyerang Konstantinopel. Ini kerana setelah berbulan mengasak kota itu dari laut dan darat soldadu Islam masih gagal mencapai kemenangan malah semakin lemah peralatan perang dan kurang bekalan makanan mereka.

Khalifah Sulaiman ketika hayatnya mahu misi menawan Konstantinopel diteruskan kerana didorong oleh ego mahu meluaskan jajahannya. Tidak banyak pertimbangan diberikan kepada keadaan dan kebajikan tentera Islam. Sebagai khalifah baru, Umar tidak mahu nafsu berkuasa dan kekuasaan menandai pemerintahannya.

Kedua, Umar memerintahkan Usamah bin Zaid at Tanukhi yang memegang bidang pajakan Mesir dipecat dan dipenjarakan kerana bertindak zalim dan menghukum rakyat tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan Allah.

Ketiga, Umar mengeluarkan surat untuk memecat Yazid bin Abi Muslim dari Afrika yang sering tidak menghiraukan perintah Sultan. Lantaran sikap bengis dan sering menzalimi rakyat jelata, Umar segera bertindak melucutkan pangkatnya.
NONE
Buat masa ini, PAS harus mengetepikan impian menakluki Putrajaya. Yang lebih penting ia harus membersihkan wadah perjuangannya. Ulat dan musuh pemerintahan Islam ialah rasuah, salahguna kuasa, kronisme dan juga ego pemimpin.

Kawallah iklim politik Kedah supaya jangan ia membuat hati rakyat beku dan sinis terhadap apa yang dinamakan daulah Islamiah jika ia tidak banyak bebeza dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

sumber...Abdul Rahman Malik
6:36AM Mac 8, 2012

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

Wednesday, February 8, 2012

MB Kedah Letak Jawatan ?



Apakah benar ostad Azizan Razak letak jawatan ?

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.
  
Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.
  
"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," kata Azizan (kanan) ketika dihubungi.
  
Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau
sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar dalam beberapa jam lagi.
  
Spekulasi itu adalah yang terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar," katanya.
  
Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi menteri besar Kedah pada 2008.
  
Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.
  
Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini.

sumber...BERNAMA

Wednesday, July 20, 2011

MB Ostad Azizan tidur ke,6 siswa KUIN kena gantung


6 student KUIN kesal

ALOR SETAR - Enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang digantung pengajian setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu kesal dengan Jawatankuasa Tatatertib universiti yang menolak permohonan rayuan mereka dan mengekalkan keputusan asal berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat rasmi bertarikh 6 Julai.

Bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Jawatankuasa Tatatertib Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak rayuan keenam-enam pelajar terbabit termasuknya walaupun institusi itu baru pertama kali berhadapan dengan kes demonstrasi dianjurkan penuntutnya.

Menurutnya, keputusan Kuin mengekalkan hukuman gantung dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan denda RM100 terhadap Mohamad Farhan Mohamad Baharin yang baru menamatkan pengajian tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat.

“Saya hairan dengan keputusan Kuin seolah-olah menghukum kami dan bukannya memberi pengajaran, sedangkan tindakan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

“Di Universiti Malaya, pihak pengurusan institusi itu hanya memberikan amaran kepada pelajar yang menyertai demonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus sebelum ini dan ianya dibuat walaupun bukan pertama kali berlaku di sana.

“Ini menunjukkan pengurusan Kuin bersikap diktator dan tidak menghargai jasa kami sebagai wakil pelajar institusi itu selama ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah bekas Pengerusi Biro Penerangan dan Informasi MPM Kuin, Mohd Aiman Abdul Razak dan bekas Naib Presiden MPM Kuin, Mohd Azlan Mat Zain yang turut dikekalkan tindakan digantung pengajian dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu.

Mohd Faiz berkata, susulan permohonan rayuan ditolak pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuin sekiranya usaha mendesak pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib secara terbuka selepas ini tidak mendatangkan hasil.

Menurutnya, pengurusan Kuin gagal melaksanakan tindakan tatatertib mengikut prosedur sebenar apabila tiada saksi pembelaan dan pendakwaan yang dipanggil di peringkat Jawatankuasa Tatatertib untuk memberi keterangan.

“Tindakan itu bertentangan dengan Kaedah 48 dan Kaedah 49 Acara Tatatertib Universiti 2007 apabila Jawatankuasa Tatatertib dikehendaki memanggil semua tertuduh untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu terlebih dahulu sebelum meminta surat tunjuk sebab daripada mereka selain memastikan saksi pembelaan dan pendakwaan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Ini menunjukkan satu proses tatatertib yang bercelaru telah dilaksanakan dan tidak mengikut budi bicara sewajarnya,” katanya.

Susulan keputusan penolakan rayuan, Mohd Faiz menegaskan kebenaran keenam-enam mahasiswa terlibat untuk memasuki kawasan Kuin, kebenaran bertanding dalam pilihan raya kampus, kebenaran menjadi ahli dan persatuan berkaitan institusi, penerimaan sebarang anugerah akademik dan bukan akademik dari Kuin serta jawatan MPM ditarik balik secara automatik.

“Empat alasan penghakiman yang diberikan iaitu kesalahan dilakukan disedari pelaku, tindakan pelaku bukan didesak, pelaku gagal menunjukkan kekesalan sewaktu tempoh permohonan rayuan dibuat dan hukuman merupakan satu taklik untuk memberi pengajaran kepada pelaku tidak masuk akal dan menutup isu sebenar ditimbulkan kami.

“Kami juga mendapatkan sokongan padu beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa yang bersimpati dengan nasib kami dan berjanji mempertahankan hak kami sehingga keadilan dicapai,” katanya.

Sebelum ini, :Sinar Harian :melaporkan enam penuntut Kuin yang digantung pada 26 Mei lalu oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi diminta menyambung pelajaran ke universiti lain sekiranya enggan menerima keputusan tindakan tatatertib.

Azizan berkata, tindakan itu berlandaskan perlembagaan universiti memandangkan semua penuntut terlibat terbukti melakukan perkara bercanggah undang-undang setelah siasatan dilakukan pentadbiran universiti.

p/s...nampak macam tak ada beza dengan pentadbiran umno dibawah AUKU.

sumber...hsr

Thursday, July 7, 2011

Siapa simbah cat merah dirumah MB Kedah?


Depa pakat simbah cat merah dirumah pemimpin Pas Kedah

ALOR SETAR - Rumah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang turut menempatkan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Sungai Limau di Yan disimbah dengan cat warna merah oleh pihak tidak bertanggung jawab dipercayai dilakukan awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, bahagian luar pagar dan lantai simen pekarangan rumah dikotori cat merah, namun tidak mengenai bahagian dinding rumah ekoran jaraknya yang agak jauh daripada kawasan pagar.

Selain rumah Azizan, beberapa rumah, kereta termasuk pejabat pusat khidmat wakil rakyat pemimpin Pas turut menerima nasib sama, dalam beberapa kejadian dipercayai dilakukan serentak malam semalam atau awal pagi.

Turut dijumpai, nota ugutan supaya tidak hadir pada perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dibungkus dengan batu yang turut dilontar di tempat kejadian.

Mengulas kejadian itu, Azizan berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang turut berlaku di daerah Pendang dan Kota Setar.

“Itu mungkin mainan budak-budak nakal yang tidak ada kerja atau mereka cuba cetuskan isu kontroversi dengan buat perkara seperti itu. Biarlah pihak polis siasat siapa dalang di sebaliknya kerana laporan polis sudah dibuat oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa perbuatan itu,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman yang mengalami kerosakan kereta akibat disimbah cat merah.

Pemimpin lain, termasuk Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar yang juga Pembantu Khas ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh, Adnan Saad.

Rumah yang disimbah cat merah pula ialah Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Radi Said.

Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa di Taman Anggerik, Peremba turut disimbah cat merah dan dibaling batu.

Azizan berkata, tindakan terbabit disifatkan kurang bijak dan sekiranya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, ianya perlu dihentikan dengan segera.

“Saya tak kata ianya ada kaitan dengan Bersih, tapi kami semua tak pula berhutang dengan ah long,” katanya berseloroh.

Azizan menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

sumber...Sh