Followers

Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

Wednesday, October 7, 2020

Menteri Pengajian Tinggi Sila Letak Jawatan

 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad didesak untuk meletakkan jawatan susulan tindakannya pada saat akhir yang mengarahkan agar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober ini.

Menerusi tinjauan di Twitter, tanda pagar ‘Menteri KPT Sila Letak Jawatan’ mula menjadi trending dengan rata-rata pelajar kesal tindakan kementerian yang lambat mengumumkan perkara tersebut.

Dengan lebih 23,000 Tweet ketika ini, para pelajar mengakui kerugian ribuan ringgit berikutan kos tiket penerbangan yang sudah ditempah termasuk pembayaran rumah sewa yang sudah dilakukan lebih awal.

Kekecewaan juga disebabkan mereka dikatakan sudah mula mendaftar untuk memasuki semester baru, namun dikejutkan dengan keputusan kerajaan yang baru hari ini mengumumkan penangguhan pembelajaran.

“Hari ini ada yang dah daftar ke kampus dan hari ini jugalah baru KPT buat kata putus. #MenteriKPTsilaletakjawatan.

“Menteri Pendidikan Tinggi yang paling tidak berfungsi adalah Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sekarang,” ciap pengguna Nadia.

Ayah saya jual motor dan tangguh bayar kereta sebab nak bayar yuran pengajian dengan nak beli barang barang kolej,” tulis pengguna lain.

Sementara itu, ada yang menganggarkan kerugian sehingga RM6,000 akibat keputusan kerajaan itu.

Ketika ini juga, pengguna Twitter mula menggerakkan senarai kerugian mereka untuk menuntut Kementerian bertanggungjawab dan menguruskan perjalanan balik para pelajar ke rumah masing-masing.

“Pelajar IPT, senaraikan kerugian korang. Kita viralkan tweet ini dan tuntut KPT dan kerajaan untuk berunding dgn syarikat pengangkutan (bas, kapal terbang) untuk uruskan perjalanan pulang pelajar yang dah sampai ke Universiti untuk pulang ke kampung secara percuma.

“Keputusan saat akhir ni sangat membebankan pelajar. Dari segi rumah sewa yang dah dibayar, kos pengangkutan dan sebagainya.

“Kerajaan perlu lebih peka terhadap segala permasalahan ini dan kerugian ini perlu ditanggung oleh KPT dan kerajaan, bukannya pelajar,” tulis Anwar Ahmad.

oleh: 

Sunday, January 10, 2016

WOi Najib Rosmah Turun La Mai Tengok SAT !

Apalah nak jadi dengan Malaysia ni...

Semakin hari semakin terok..

Wa percaya kalau dinegara luar seperti negara komunis ke,syiah ke dan bukan islam lainnya pasti tak berlaku perkara macam nih !

Woiii malu ler, ini negara Islam Ahli Sunnah wal Jamaah ler, jangan ler buat leceh beb !

Ini aset negara beb jangan buat sembarangan..Lu punya kek harga ribu riban campo peruntukan kepada PERMATA lagi ratusan juta ringgit beb..

 Siswa kelaparan, 300 bungkus habis tidak sampai 10 minit


Pelajar yang memerlukan makanan percuma, anjuran Food for Mahasiswa (FFM), berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. FFM membuka gerai tiga hari dari Selasa hingga Khamis mulai 8 malam kecuali hujung semester, selama lima hari bekerja. — Foto ehsan Facebook/Food for Mahasiswa

Masalah kelaparan di kampus-kampus tempatan makin serius. Ramai pelajar dilaporkan tidak makan kerana masalah kewangan.

Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).

Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.

Bermula dengan agihan 100 pek makanan, kini di Kompleks Pusanika dan Kolej Keris Mas, gerai FFM diserbu pelajar. Mereka sanggup beratur panjang mendapatkan makanan setiap kali dibuka untuk agihan.

Kami rasa tidak seronok tengok kawan-kawan dan pelajar yang lain dalam kelaparan. Kami duduk bersama dan keluar idea spontan untuk membantu mereka dengan cara yang terbaik.

Ada yang suruh kumpul duit, tapi masalahnya kita pun tidak cukup duit. Kemudian terfikir, kenapa tidak kita bagi mereka makan?

Kalau bagi makanan, mereka tidak rasa segan hendak terima, berbanding [terima] duit,” kata Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi, pengasas bersama FFM, kepada ProjekMMO semalam.

Beliau berkata gerai makanan percuma FFM dibuka tiga hari seminggu, Selasa hingga Khamis semasa musim awal semester.

Menjelang musim peperiksaan hingga akhir semester, yang dianggap lebih genting kerana pelajar mula kekeringan wang, FFM dibuka setiap hari bekerja mulai jam 8 malam.

Kalau hari biasa kita sediakan makanan 250 pek. Tetapi apabila musim kritikal, ketika pelajar semakin kehabisan wang saku hujung semester, kami akan sediakan 300 hingga 350 pek makanan.

“Kebiasaannya nasi ayam kicap, ayam masak merah, atau nasi lemak ayam. Makanan rujinya nasi kerana kami juga mahu rakan-rakan mendapat khasiat agar dapat belajar,” katanya.

Khairul Farhan, 25, yang kini bergelar graduan, berkata ada juga penderma yang membantu membekalkan roti dan makanan lain.

Makanan yang disediakan tidak pernah tidak habis. Lebih-lebih lagi ketika musim kritikal. [Kami] buka gerai pukul 8 malam, tidak sampai 10 minit sudah habis,” katanya.

FFM tidak memilih kumpulan sasarannya. Program makanannya terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Kita tiada data atau ahli berdaftar atau siapa yang patut terima makanan. Tetapi kalau diperhatikan, sejak gerakan ini dibuat tahun lalu, hari-hari nampak muka yang sama beratur.

“Maknanya walaupun pelajar itu berduit tetapi mungkin ketika itu dia dalam kesusahan, kita wajib bantu. Sesiapa sahaja yang memerlukan, kita beri [makanan]. Kita tidak pernah tanya,” katanya.

Khairul Farhan juga berkata FFM kini semakin mendapat perhatian masyarakat, termasuk sumbangan daripada Pusat Zakat UKM sebanyak RM10,000 setiap bulan sejak bulan lalu.

Dana daripada pusat zakat disalurkan terus kepada pembekal makanan. Kumpulan ini juga mendapat sokongan beberapa penderma dan tajaan lain daripada orang awam.

Kami memerlukan sumber sebanyak RM1,200 setiap kali agihan dibuka. Seminggu, kami perlukan RM6,000 dan sebulan RM24,000,” katanya.

“Harapan kami bukanlah bercita-cita tinggi hendak membasmi kemiskinan secara keseluruhan tetapi apa yang kami buat semoga dapat membantu apa yang kurang.”

Setakat ini, tambahnya, FFM memiliki kira-kira 10 sukarelawan dan ia berharap dapat memperluaskan lagi kerja baktinya, termasuk golongan kurang berkemampuan di luar kampus.

“Kami mahu pastikan, kalau tak boleh nak tolong lebih, sekurang-kurangnya mahasiswa tidak perlu ikat perut dan tidak tidur dalam kelaparan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mahu menyokong gerakan ini atau menghulurkan bantuan boleh ikuti FFM di Twitter @Food4Mahasiswa dan dan Facebook ‘Food For Mahasiswa.’

sumber: http://www.themalaymailonline.com/
Pelajar yang memerlukan makanan percuma, anjuran Food for Mahasiswa (FFM), berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. FFM membuka gerai tiga hari dari Selasa hingga Khamis mulai 8 malam kecuali hujung semester, selama lima hari bekerja. — Foto ehsan Facebook/Food for Mahasiswa - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/siswa-kelaparan-300-bungkus-habis-tidak-sampai-10-minit#sthash.KLRVxbWR.dpuf

Tuesday, October 28, 2014

Gambar: Hanya 100 Penyokong Anwar di UM Malam Tadi

















 Lu orang ader mater dan akai...

So lu orang nilaikanlah sundirik...

Adakah hanya 200 orang sahaja penyokong anwar dan student yang berani menyatakan solidariti untuk Anwar dan isu kebebasan bersuara malam tadi di Universiti Malaya ?


Pelajar Universiti Malaya (UM) dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan ketua pembangkang itu berjaya memasuki alma mater beliau malam ini dan berucap kepada kira-kira 2,000 orang hadirin.

Sebelum itu, ratusan pelajar berjaya memaksa pengawal keselamatan membuka pintu masuk utama dari laluan sebelah Kuala Lumpur/Bangsar bagi membolehkan mereka berarak ke dalam kampus sementara menunggu ketibaan Anwar.

Sebaik berada di dalam kawasan kampus, bilangan yang hadir bertambah apabila pelajar yang tinggal di asrama turut menyertai mereka.

Anwar dijemput ke universiti itu bagi berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" anjuran Persatuan Mahasiswa UM, yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Terdahulu petang ini, ketiga-tiga pintu masuk utama ke universiti itu – dua dari Petaling Jaya dan satu dari Kuala Lumpur – ditutup daripada dimasuki semua kenderaan kerana pengurusan UM mengisytiharkan program itu tidak sah.

Pihak universiti juga membenarkan kakitangannya pulang awal pada jam 4 petang, mengatakan terdapat masalah berkaitan bekalan elektrik. Bagaimanapun, dua orang wartawan The Malaysian Insider yang berada di dalam kawasan kampus tidak mendapati sebarang masalah seperti itu sehingga jam 6 petang.

Selepas kakitangan universiti meninggalkan kawasan kampus, pihak keselamatan UM menutup pintu arah Kuala Lumpur dan mengarahkan semua kenderaan menggunakan pintu arah Petaling Jaya.

Terdahulu hari ini, Anwar mengatakan tetap akan datang ke universiti itu dan menemui pelajar pada program itu walaupun mendapat halangan pentadbiran universiti.

Presiden PMUM Fahmi Zainol, yang dibiayai biasiswa kerajaan juga mencabar universiti menyingkirkannya dan bertegas akan meneruskan program itu walaupun diberi amaran akan digantung pengajiannya sekiranya berbuat demikian.

Fahmi berkata, UM tidak mahu memberi persetujuan kepada program itu walaupun selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

sumber...

gambar dari FB Rakyat Bangkit dan TMI

Friday, June 6, 2014

Edisi Bongkar : Student Islam Dalam Gereja Kristian



Gambar yang diambil dari Facebook milik Gereja St.FX. Kebon Dalem.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan penganut Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukan berlaku di Malaysia.


Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.

"Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan pemeriksaaan oleh mStar Online, gambar tersebut dirakamkan di Indonesia.

Pemilik Facebook, Gereja St.Fx.Kebon Dalem turut memuatnaik beberapa keping gambar mahasiswa Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Walisongo, Semarang mengadakan lawatan ke gereja tersebut pada 31 Mei lalu.

Menurut entri dalam Facebook tersebut, program itu dimulakan dengan penjelasan mengenai agama Kristian (Katolik) selain terlibat dalam upacara keagamaan mazhab tersebut.

Antara aktiviti lain yang dinyatakan semasa program itu adalah solat Magrib untuk mahasiswa beragama Islam dan sesi dialog mengenai perbezaan antara agama Islam dan Kristian.

Gambar-gambar tersebut mula tersebar di laman sosial sejak minggu lalu, menunjukkan sekumpulan remaja Islam memegang lilin di dalam sebuah gereja.

Sementara itu, laman web www.pmiigusdur.com turut menceritakan lawatan sekumpulan mahasiswa beragama Islam ke gereja tersebut.

Menurut laman web itu, lawatan untuk mempelajari dan memahami kepercayaan agama Kristian Katolik sudah lama dirancang oleh mahsiswa fakulti tersebut.

Asmawati turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan sebarang bahan yang tidak sahih di laman sosial kerana ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraan awam.

sumber...
 Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

Sunday, February 12, 2012

Nora Danish Bercinta Dengan Student Pulak ?



Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya.

Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.

Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.

"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.

Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang perlu menjadi perhatiannya.

"Banyak undangan lakonan yang diterima sehingga terpaksa menolak kerana tidak mahu membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak lain.

"Bagaimanapun tahun 2012 adalah tahun yang baik untuk saya kerana pelbagai tawaran datang," ujarnya.

sumber...Mstar OL

Saturday, October 29, 2011

Pensyarah Stim Cabul Student

Pensyarah ghairah minta tubuh

KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.


Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.


Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.


“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.


Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.

“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.


“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.


“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.


Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.


“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.


Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

sumber...Hmetro

Monday, September 12, 2011

Pelajar Malaysia di Australia Londeh Najib

Berdusta kerana terdesak,pelajar Malaysia di Perth bongkar kisah Najib

Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.

"Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri - tiada ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle.

Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas.

PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat - jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia.

Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama

Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya.

Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana. Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan.

Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib 'menjadi sumber inspirasi' mereka.

"Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan," Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. "Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami."

Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya. Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air.

"1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia. Itu tidak mengapa. Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , "kata Najib.

Dusta lagi!

Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka.

Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri. Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-kata nya.

Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib.

"Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan. Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu. Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu," Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata.

"Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian."

Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa. Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia.

Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC. Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk 'menipu' penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut.

"Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti 'hebat' dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut" naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.


Wednesday, July 20, 2011

MB Ostad Azizan tidur ke,6 siswa KUIN kena gantung


6 student KUIN kesal

ALOR SETAR - Enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang digantung pengajian setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu kesal dengan Jawatankuasa Tatatertib universiti yang menolak permohonan rayuan mereka dan mengekalkan keputusan asal berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat rasmi bertarikh 6 Julai.

Bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Jawatankuasa Tatatertib Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak rayuan keenam-enam pelajar terbabit termasuknya walaupun institusi itu baru pertama kali berhadapan dengan kes demonstrasi dianjurkan penuntutnya.

Menurutnya, keputusan Kuin mengekalkan hukuman gantung dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan denda RM100 terhadap Mohamad Farhan Mohamad Baharin yang baru menamatkan pengajian tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat.

“Saya hairan dengan keputusan Kuin seolah-olah menghukum kami dan bukannya memberi pengajaran, sedangkan tindakan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

“Di Universiti Malaya, pihak pengurusan institusi itu hanya memberikan amaran kepada pelajar yang menyertai demonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus sebelum ini dan ianya dibuat walaupun bukan pertama kali berlaku di sana.

“Ini menunjukkan pengurusan Kuin bersikap diktator dan tidak menghargai jasa kami sebagai wakil pelajar institusi itu selama ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah bekas Pengerusi Biro Penerangan dan Informasi MPM Kuin, Mohd Aiman Abdul Razak dan bekas Naib Presiden MPM Kuin, Mohd Azlan Mat Zain yang turut dikekalkan tindakan digantung pengajian dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu.

Mohd Faiz berkata, susulan permohonan rayuan ditolak pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuin sekiranya usaha mendesak pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib secara terbuka selepas ini tidak mendatangkan hasil.

Menurutnya, pengurusan Kuin gagal melaksanakan tindakan tatatertib mengikut prosedur sebenar apabila tiada saksi pembelaan dan pendakwaan yang dipanggil di peringkat Jawatankuasa Tatatertib untuk memberi keterangan.

“Tindakan itu bertentangan dengan Kaedah 48 dan Kaedah 49 Acara Tatatertib Universiti 2007 apabila Jawatankuasa Tatatertib dikehendaki memanggil semua tertuduh untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu terlebih dahulu sebelum meminta surat tunjuk sebab daripada mereka selain memastikan saksi pembelaan dan pendakwaan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Ini menunjukkan satu proses tatatertib yang bercelaru telah dilaksanakan dan tidak mengikut budi bicara sewajarnya,” katanya.

Susulan keputusan penolakan rayuan, Mohd Faiz menegaskan kebenaran keenam-enam mahasiswa terlibat untuk memasuki kawasan Kuin, kebenaran bertanding dalam pilihan raya kampus, kebenaran menjadi ahli dan persatuan berkaitan institusi, penerimaan sebarang anugerah akademik dan bukan akademik dari Kuin serta jawatan MPM ditarik balik secara automatik.

“Empat alasan penghakiman yang diberikan iaitu kesalahan dilakukan disedari pelaku, tindakan pelaku bukan didesak, pelaku gagal menunjukkan kekesalan sewaktu tempoh permohonan rayuan dibuat dan hukuman merupakan satu taklik untuk memberi pengajaran kepada pelaku tidak masuk akal dan menutup isu sebenar ditimbulkan kami.

“Kami juga mendapatkan sokongan padu beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa yang bersimpati dengan nasib kami dan berjanji mempertahankan hak kami sehingga keadilan dicapai,” katanya.

Sebelum ini, :Sinar Harian :melaporkan enam penuntut Kuin yang digantung pada 26 Mei lalu oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi diminta menyambung pelajaran ke universiti lain sekiranya enggan menerima keputusan tindakan tatatertib.

Azizan berkata, tindakan itu berlandaskan perlembagaan universiti memandangkan semua penuntut terlibat terbukti melakukan perkara bercanggah undang-undang setelah siasatan dilakukan pentadbiran universiti.

p/s...nampak macam tak ada beza dengan pentadbiran umno dibawah AUKU.

sumber...hsr

Thursday, December 9, 2010

2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.
Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.
Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.
“Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.
“Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.
Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.
“Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.
“Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.
“Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila,” katanya.
Dr Ma’amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.
“Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.
“Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.
“Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara,” katanya.
Tambah Dr Ma’amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).