Ape punya citer ni..
Luu daa buat statement ape ni..
Luu tak tau nak safe bajet dan buat projek untung ..
Luu gi salahkan benda manis pulak...Kah Kah Kah
Luu ade problem 'tenaga' ke ??... tanya jer...kah kah kah
Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.
"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.
Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.
"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.
Kenyataan Muhyiddin tidak beradab, PAS desak mohon maaf
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak dan pengundinya di Sungai Limau kerana keceluparan mulutnya.
Bagi beliau, adalah amat tidak wajar dan tidak beradab untuk Muhyiddin mengaitkan orang yang telah mati demi menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula."Ia merupakan satu kenyataan tidak beradab dan tidak berakhlak dari seorang Timbalan Perdana Menteri. Beliau begitu tergamak mengaitkan seorang yang telah tiada dan orang itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk selama lima penggal.
"Saya nak beritahu pada Muhyiddin itu bukan adab penduduk Sungai Limau cara percakapan beliau, seolah cuba untuk memburukkan Allahyarham kononnya tidak menjaga kesihatan sehingga memudaratkan.
"Kita mahu dia (Muhyiddin) tarik balik kenyataan dan minta maaf pada balu arwah, keluarga dan juga seluruh pengundi Sungai Limau,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.