Followers

Thursday, October 31, 2013

Umat Islam Ditegah Pergi Berperang di Syria

  
Seruan Mufti Arab Saudi

Dubai: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh menggesa golongan muda negara itu dan umat Islam, supaya tidak menyertai kumpulan militan menentang kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

“Semua ini adalah salah dan tidak diwajibkan. Konflik di Syria adalah pertelagahan puak dan kita tidak patut pergi ke sana. Saya tidak mencadangkan sesiapa ke negara itu.
 
Jadi beban

“Jika anda pergi ke wilayah yang anda tidak tahu dan tiada pengalaman, anda hanya akan menjadi beban kepada mereka. Apa yang mereka mahu adalah doa anda semua,” katanya yang dipetik akhbar al-Hayat.

Ketika menyampaikan ceramah mengenai ‘masalah penyelewengan dalam kalangan belia’ di sebuah masjid di sini, Sheikh Abdulaziz juga mengkritik pemimpin agama yang menggalakkan rakyat negara itu berperang di Syria.

“Umat Islam hanya perlu takut kepada Allah, tidak wajar menipu warga muda dan mengeksploitasi kelemahan serta ketiadaan pengalaman dengan mengajak mereka pergi berperang.

“Saya meminta ulama menasihati belia negara ini sama seperti mereka menasihati anak lelaki masing-masing,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.
 
Saudi sokong tentang Bashar

Kerajaan Arab Saudi yang menyokong penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad, secara terbuka menggesa kuasa dunia membantu Syria mempertahankan sendiri kedaulatannya.

Bagaimanapun, pada masa sama kerajaan negara itu bimbang jika pejuang yang kembali dari Syria akan bertindak melancarkan perang ke atas pemerintah.

sumber...reuters