Followers

Friday, October 25, 2013

Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati Dimuat Naik di YouTube



Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di Internet 

PETALING JAYA: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berada di dengan pintu bilik kebal.
Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak di muka dengan jarak kurang dari 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah mereka yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang dari bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.

sumber...