Followers

Thursday, October 10, 2013

Ada Kelab Seks Warga Emas Pulak ??



Sekali pandang, ahli kelab ‘Three Loves’ akan berkumpul setiap petang untuk menghabiskan masa minum teh.

Tetapi realitinya, kegiatan itu turut membabitkan seks antara ahli kelab yang separuh daripadanya berusia lebih 80 tahun.

Polis di Tokyo semalam menahan seorang lelaki berumur 70 tahun kerana melanggar undang-undang pelacuran dengan tuduhan mengatur seks antara kira-kira 1,000 lelaki dan 350 wanita sebagai balasan memperoleh komisyen.

Kiyohide Kuroda dan kelab tehnya melanggar undang-undang pelacuran Jepun, kata pegawai.

Dia dituduh mengatur kegiatan seks di kalangan warga emas menerusi iklan di akhbar yang mencadangkan mereka mungkin dapat menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan minum teh yang lain di kelab miliknya, San Ai, atau Cinta Tiga.

Lelaki tertua yang menjadi anggota kelab itu berusia 88 tahun sementara wanitanya, 82 tahun dan majoriti ahlinya berusia pertengahan 60-an. Hanya mereka yang terpilih saja boleh menganggotai kelab itu. tetapi ia dihadkan kepada mereka yang lebih 40 tahun dan perniagaan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu membolehkan Kuroda memperoleh komisyen lebih RM1 juta.

sumber...Agensi