Antara janji BN jika berjaya menawan Kedah :
Lesen penjaja kecil akan dihapuskan...Bila nak buat weiii??
Skim Kafalah, bantuan khairat kematian untuk keluarga susah di Kedah yang diberikan oleh pentadbiran Pas/PR sudah dihentikan oleh Mukhriz, apa alasan terbaik Mukhriz ??
DAP cabar Mukhriz ulangi pendirian “tidak perlu undi Cina” di Sungai Limau
Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini dicabar DAP untuk mengulangi pendiriannya "tidak perlukan undi Cina" dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, serta dikecam sebagai ahli politik ketinggalan zaman kerana mengamalkan sikap dendam.Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok membidas kedegilan Menteri Besar Kedah yang tidak mahu melayan tuntutan kaum Cina sebagai tidak menghormati proses demokratik.
"Saya cabar supaya beliau ulang sekali lagi semasa pilihan raya Sungai Limau nanti.
Mukhriz hari ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Mukhriz dilaporkan berkata langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama.
"Saya cabar beliau untuk tunjukkan bukti bilakah kerajaan DAP Pulau Pinang membuat kenyataan hanya akan memberi keutamaan kepada penyokong DAP sahaja atau mengamalkan polisi yang menindas mereka yang tidak menyokong DAP," kata Kok mencabar Mukhriz.
Mukhriz baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas berkata pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.
“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.
“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan media.
Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan misi mustahil memandangkan pengaruh bapanya yang sudah terhakis selepas melepaskan jawatannya. – 1 Oktober, 2013.
sumber...Md Izwan TMI