Walau ada pendapat mengatakan Najib tidak akan dicabar kedudukannya sebagai Presiden Umno (Baru) kerana konon kejayaan memperolehi 88 kerusi Parlimen.
Tetapi politik dalaman Umno sebenarnya panas dan sedang menanti tarikh dan waktu untuk upacara 'membungkus' Najib.
Terkini beberapa orang veteran Umno sudah pun menjangkakan perubahan pucuk pimpinan pada persidangan tahun ini.
Pada pendapat mantan Presiden Umno, Najib lebih 'teruk' dari Pak Lah.
Mamak Madey sebenarnya adalah 'pemain' utama Umno (Baru), Adakah gabungan Najib Rosmah akan bisa menyanggah hasrat Madey ?
Mahathir sanggah pendapat Najib
Mantan perdana menteri itu mengakui orang Melayu mengundi Umno kerana wujud perasaan takut kepada parti Anwar dan DAP. (hasil ugutan Umno melalui siaran TV termasuk TV3suku,guru kemas dan makcik kain merah,utusan meloya,berita hairan)
PETALING JAYA: Tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan Umno memenangi 88 kerusi parlimen, hakikat ini disanggah oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri dan juga Presiden Umno itu mendakwa jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Umno hampir menyamai jumlah 89 kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat (DAP, PAS dan PKR).Kenyataan ini disanggah oleh Dr Mahathir ketika bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, di mana menurut beliau kemenangan Umno dalam Pilihan Raya Umum yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam Umno.
Tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutama kepada parti lawan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan di Malaysia.
“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada Umno,” kata Dr Mahathir, dipetik dari blog kerengga.
Najib melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Umno walaupun sebenarnya prestasinya lebih buruk berbanding dengan prestasi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Pak Lah ketika beliau menjadi perdana menteri berjaya memperolehi 140 kerusi parlimen untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 berbanding dengan prestasi Najib yang merosot kerana hanya berjaya mendapat 133 kerusi.
Tindakan Najib untuk menggambarkan kekuatan Umno dan kejayaannya membawa kemenangan 88 kerusi bagi Umno berbanding 79 kerusi yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008, tidak lain adalah bertujuan agar ahli Umno tidak cuba menjatuhkannya.
Tetapi dengan kenyataan Dr Mahathir ini yang menyanggah kenyataan Najib berhubung kekuatan dan kejayaan Umno ini pastinya akan menimbulkan senario baru dalam Umno.
Dr Mahathir juga secara tidak langsung mengakui kemenangan Umno adalah kerana kejayaan program menakut-nakutkan orang Melayu mengenai DAP yang sering dipropagandakan dengan fahaman ekstremis Cina yang mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.
oleh FMT Staff