Wa cadangkan jer..
Sekarang ni dengan isu 'kematian dalam lokap'..
Pemuda Pas tak nak respond ke ?
Sebagai parti yang memperjuangkan kebenaran,keadilan dan kebajikan..
Ayuh segera 'take action'..
Masyarakat memerlukan khidmat anda!!
Buat persiapan sekuat kuatnya dengan lawyer PKR, DAP dan seangkatannya..
Tibai cukop cukop kes ni..
Bagi nampak sikit tindakan Pas yang daa pon ada DHPP dari kaum India..
Nak harapkan mangkuk mangkuk kat luar tu..
Ngabehkan boreh Yoooo..
Jurutera maut dalam lokap IPD Tampin
Seorang
jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan
polis dalam tempoh dua minggu. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian
di Tampin itu pada malam tadi.Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.
Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.
"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.
Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.
Seroang saudara Karuna, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuna dan darah di bahagian kepala mayat tersebut.
[Baca berita penuh]