Followers

Thursday, October 18, 2018

LRT3 akan diteruskan, Telan Belanja RM16.6 bilion



Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan belanja sebanyak RM16.6 bilion merangkumi kos pengambilan balik tanah, faedah semasa pembinaan dan kos-kos lain.

Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Prasarana Malaysia Bhd. telah memaklumkan kepada syarikat mengenai penerusan projek infrastruktur itu melalui surat
kepada MRCB George Kent Sdn. Bhd., yang bertarikh 16 September.

Katanya, pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.

"MRCB akan membuat satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities jika terdapat sebarang perkembangan yang ketara berkaitan dengan projek tersebut," katanya lagi.

Pada tahun 2015, pengendali projek LRT3, Prasarana Malaysia telah melantik MRCB dan George Kent (Malaysia) Bhd. sebagai PDP bagi LRT3 dengan bajet permulaan sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaan dan RM1 bilion bagi pengambilalihan tanah.

sumber...Bernama