Sejauh mana kebenaran dakwaan penulis terkenal yang juga jurucakap rasmi merangkap Ketua Komunikasi PM berkenaan langkah 40 MP dari Umno akan menyertai parti PPBM telah menjadi bualan hangat parlimen kedai kopi.
Adakah pokok akan bergoyang sendiri atau ada angin menggongkan pokok tersebut atawa pun ada beruk kera yang sedang bermain diatas pokok tersebut.
Bentuk kalam saudara A.Kadir Jasin bagi golongan masyarakat kebanyakkan mencerminkan kalimat dari PM sendiri,itu tanggapan yang tak bisa dielakkan.Benar atau tidak itu cerita lain,masakan A.Kadir Jasin sengaja mempublishkan ucapan itu dan untuk apa ?.
Tanggapan bualan diabad ke 20 ini menjadikan persepsi suatu realiti ,itu sudah jadi suatu penerimaan kepada masyarakat.
Mungkinkah ular sawa menelan ular lidi atawa sebaliknya.
Bagaimana pula rupa parti PPBM yang akan mengadakan pemilihan pada tahun hadapan ?
Malaysiakini melaporkan...
Susulan
penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anggota Majlis Tertinggi
BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil
rakyat Umno akan keluar parti.
"Saya ada terdengar khabar angin, cakap-cakap, sehingga 40 orang ahli parlimen Umno akan keluar parti.
"Dan mungkin sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU," katanya kepada Malaysiakini.
Kadir bagaimanapun menegaskan bahawa BERSATU menetapkan syarat agar anggota parlimen yang ingin menyertai parti itu berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas terlebih dahulu dan BERSATU berhak menerima atau menolak permohonan mereka.
"Bukan semua orang akan diterima menyertai BERSATU," katanya.
Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU semalam, Kadir berkata ia bukan agenda rasmi mesyuarat itu, namun disebutkan ketika parti itu mengadakan persediaan menerima Mustapa.
Mustapa yang juga merupakan bekas menteri, mengumumkan keputusannya menyertai BERSATU semalam, lebih kurang sebulan selepas meninggalkan Umno.
Mustapa mengumumkan keluar dari Umno sebelum ini kerana tidak lagi percaya dengan hala tuju parti itu yang menurutnya tidak selari dengan prinsip politiknya.
Selain Mustapa, wakil rakyat Umno lain yang meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum ke-14 ialah: Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Syed Abu Hussin, Anggota Parlimen Labuan Datuk Seri Rozman Isli, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, dan Anggota Parlimen bagan Serai Datuk Seri Noor Azmi Ghazali.
Umno kini mempunyai 48 anggota parlimen daripada 54 sebelum ini.
Dengan penyertaan Mustapa, BERSATU kini mempunyai 14 kerusi di parlimen, AMANAH 3, DAP 42, dan PKR 50 kerusi.