Followers

Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts

Sunday, January 24, 2021

RM35 juta Mungkin Dah Boleh Buat Lebih 6 Buah Masjid, kata DAP

 


Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempertikaikan kewajaran kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta hanya untuk membina tiga buah dewan di Pagoh, terutama dalam keadaan negara dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19.

Beliau berkata, wang berkenaan jika dibandingkan dengan kos pembangunan Masjid, kerajaan sudah boleh membina lebih enam buah Masjid dalam negara.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, sebagai contoh adalah pembangunan Masjid di Bandar Baru Kampar, Perak yang hanya berjumlah RM1.9 juta dengan kapasiti mampu memuatkan sehingga 500 orang jemaah.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan mengurangkan segala projek yang tidak penting dan memfokuskan segala usaha agar lebih ramai kelompok yang akan menerima suntikan vaksin virus berkenaan.

“Dengan kemerosotan ekonomi semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan seharusnya berhati-hati dalam membelanjakan dana awam.

“Dewan komuniti sering dibiarkan kosong dan tidak digunakan secara kerap. Ini bukan kaedah yang produktif untuk menggunakan dana awam, terutama pada masa krisis kesihatan global.

“Maka tidak salah untuk sesiapa pun yang mempersoalkan kebiasaan perbelanjaan Perdana Menteri, kerana wang itu berasal dari dana awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, PMO dalam kenyataannya berkata, jumlah peruntukan sebanyak RM35.43 juta adalah untuk membina tiga buah dewan, bukan sebuah, dan perolehan projek dibuat mengikut tatacara secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.

Peruntukan pembangunan tersebut antaranya di Gersik, Tangkak (RM13 juta), Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) and Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta).

Sementara itu Lim menggesa agar agensi-agensi kerajaan dan bahagian penguatkuasaan yang berkaitan, segera  menyiasat dan menghapuskan keraguan mengenai ketiga-tiga projek tersebut terutama berhubung kaedah perolehan tender berkenaan.

sumnber...MDLine

Tuesday, January 12, 2021

Muhyiddin Perlu Letak Jawatan, Bukan Usul Darurat

 


Muhyiddin perlu letak jawatan,bukan usul darurat - Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepatutnya meletakkan jawatan dan bukannya mengusulkan perisytiharan darurat.

Kata Anwar, itu adalah langkah yang perlu diambil oleh seorang perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab selepas menyedari dirinya tidak lagi memiliki sokongan majoriti anggota Parlimen.

“Apabila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui telah terhakis dengan kehilangan sokongan anggota Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat.

“Padahal, pengendalian Covid-19 mampu dilakukan melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat, melalui langkah-langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.

“Tetapi bila ini gagal, sokongan hilang dan sepatutnya sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab (Muhyiddin) akan meletakkan jawatan dan Agong mempunyai wewenang (hak dan kekuasaan) untuk memanggil seorang anggota Parlimen yang dipercayai mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen.

“Tetapi Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH, di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar berkata demikian merujuk kepada pengisytiharan darurat yang dibuat tidak sampai 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan PKP.

Perkembangan itu juga hadir ketika beberapa wakil rakyat Umno menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anggota Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) sebelum ini mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan diikuti Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Manakala, hari ini Nazri Aziz (Padang Rengas) pula mengambil tindakan yang sama.

Masih boleh persembah sokongan

Sementara itu, mengulas tanggapan yang melihat pembangkang kini berdepan kekangan bagi membentuk kerajaan baru meskipun mempunyai majoriti dalam tempoh darurat ini, Anwar berkata ia tafsiran yang salah.

Kata anggota Parlimen Port Dickson itu, pembangkang masih boleh bertemu Agong untuk mempersembahkan sokongan anggota parlimen.

“Tak betul, itu tafsiran yang salah. Yang tidak ada itu jalur (sidang) Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan dengan kenyataan hilang kuasa sokongan di kalangan anggota parlimen maka (kerajaan) jatuh.

“Jadi, tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat sokongan dan mempersembahkan kepada Agong.

“Apa masalahnya, masalah pengendalian negara, ekonomi, cara pengendalian Covid-19, cara pengendalian masyarakat Melayu dan pelbagai kaum di negara ini, semua yang menjadi persoalan,” tambahanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini berkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

sumber...mKini

Darurat Tanda Muhyiddin 'Akui' PN Sudah Kalah - Nazri

 


Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan di seluruh negara adalah pengakuan tidak langsung bahawa presiden Bersatu itu kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini bekas menteri undang-undang itu berkata langkah memohon agar darurat diisytiharkan sebelum ini pernah dibuat bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

"Sebab kita tengok apabila tak ada majoriti, dia (perdana menteri) kena buat pilihan raya (umum), tapi kita tau macam mana nak buat kalau Covid-19 sedang melanda.

"Saya samakan apa yang dia buat ini macam PRK Batu Sapi dan Grik," katanya.

Menurut Nazri lagi tujuan kerajaan meminta darurat diisytiharkan ialah kerana PRK tidak boleh diadakan.

"Samalah ini. Sekarang apabila (PN) hilang majoriti dia kena buat PRU di seluruh negara.

"Apabila dia buat permohonan untuk darurat maknanya dia buat pengakuan dia sudah kalah dan dia sudah tidak ada majoriti," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pasir Salah merangkap Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Pun begitu menurut Nazri dengan adanya perisytiharan darurat sekarang bermakna PRU mesti diadakan sebaik saja pandemik Covid-19 dapat dikawal.

"Pada saya ia (permohonan darurat) adalah langkah logik yang diambil Muhyiddin sebagai perakuan dia sudah kalah, dia sudah hilang majoriti," katanya.

Menjawab pertanyaan lain Nazri menjelaskan dia berpendapat darurat yang dipohon Muhyiddin semalam ialah "darurat politik" dan bukannya darurat kesihatan.

Hal itu kerana, katanya, ia dibuat bagi mengelak agar PRU tidak diadakan pada waktu ini.

Kalau disebabkan mahu mengekang Covid-19, kata Nazri, darurat tidak perlu dikuatkuasakan kerana ia boleh dikawal melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang berlaku pada Mac tahun lalu.

"Jadi maknanya boleh dibaca begitu - ini adalah darurat politik bagi mengelakkan PRU," katanya.

Pun begitu Nazri mengingatkan kenyataan itu - dan langkahnya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin - bukan bermakna dia menuntut diadakan PRU serta-merta.

"Kita cuma nak bagitahu kerajaan ini dah runtuh. Kalau 109 (ahli parlimen yang menyokong), tapi dalam masa beberapa hari ni ada lagi tga atau empat lagi (akan tarik balik sokongan) jatuh majoriti dia.

"Saya rasa inilah darurat politik," katanya.

sumber...mKini

Friday, December 25, 2020

‘Umno Sokong Anwar Kerana Sangat Bencikan Muhyiddin’

 


Sokongan Umno kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk mencapai jumlah majoriti di Parlimen, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, Umno menyokong Anwar bukan kerana menerima Pakatan Harapan (PH) sebaliknya didorong bencikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Umno bersama menyokong Anwar, kononnya. Saya tidak tahu lebih dari itu, tapi saya yakin usaha Anwar (membentuk kerajaan) sudah mencapai tahap perkembangan yang besar.

“Umno menyokong Anwar bukan kerana sokong PH. Mereka sokong Anwar untuk memastikan ada majoriti di Parlimen.

“Umno bukan sokong agenda PH tetapi mereka melakukan sedemikian kerana sangat membenci Muhyiddin, Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih besar daripada dia (Umno) tidak suka kepada kita (PH),” katanya dalam bicara secara langsung menerusi Facebook beliau malam tadi.

Mujahid mengingatkan penyokong PH terutamanya, bahawa hal itulah sebenarnya motif sokongan Umno kepada Anwar.

“Biar kita jelas. Umno lagi tidak suka Muhyiddin dan Bersatu. Bagi Umno, lebih baik berkawan dengan Datuk Seri Anwar di Parlimen untuk mendapat majoriti daripada dia (Umno) terus menyokong Muhyiddin dan Bersatu,” katanya.

Dalam slot bicara selama 1 jam 20 minit itu, Mujahid berkata, Bersatu hendak memastikan Umno mati secara keseluruhannya meliputi seluruh akar umbi dan segala organisasi berkaitan parti keris itu.

“Hanya dengan itu, barulah Bersatu boleh ganti Umno. Inilah yang orang Umno tidak boleh terima. Bagi Umno, Bersatu adalah musuh nombor satu.

“Pada masa ini, Umno melihat sokongan kepada Anwar adalah lebih baik dalam mengekalkan kewujudan Umno berbanding kekal dengan PN.

“Jadi, jangan kata Umno sokong Anwar kerana mereka setuju dengan perjuangan PH,” kata Mujahid.

Sehubungan itu, jelasnya, sokongan Umno hanya berlaku dalam kalangan 222 Ahli Parlimen parti untuk membolehkan PH mempunyai majoriti.

“Sokongan MP-MP Umno supaya kita (PH) mencapai majoriti yang membolehkan kita menjadi kerajaan adalah berlaku di dalam Parlimen di kalangan 222 Ahli Parlimen. Itu sahaja.

“Ia tidak melibatkan perjanjian pilihan raya, pembahagian kerusi, manifesto, atau apa-apa persetujuan politik di luar Dewan Rakyat.

Hal inilah penyokong PH dan Umno mesti faham betul-betul,” kata Mujahid yang juga Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia AMANAH itu lagi.

sumber...MDline

Thursday, December 10, 2020

Dominan: Zahid Peluk Muhyiddin Negeri Perak Umno Dapat MB

 


Akhirnya Umno kembali menguasai negeri Perak setelah Peja berjaya disingkirkan melalui undi percaya dalam DUN Perak.

Lipat lepat  umno kali ini menjadi.Peluk bukan sebarang peluk,kali ini pelukan Zahid berjaya menguasai kembali kerusi Menteri Besar.

Adakah PPBM pimpinan Muhyiddin tidak menyimpan sebarang rasa bila ADUN ADUN umno Perak menjatuhkan Peja ?

Drama ahli politik PN ini nampaknya akan bersambung lagi.Ada kemungkinan pelukan Zahid untuk kali kedua akan berjaya untuk menyingkirkan Hajiji dari kerusi Ketua Menteri Sabah pula,Stay tune.

BERSATU ,Pas sepakat terima Saarani selepas Zahid minta maaf

Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru di negeri itu.

Persetujuan itu diumumkan Setiausaha Agung BN Annuar Musa di media sosial dengan memuat naik salinan kenyataan media bersama ketiga-tiga parti itu.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan bersama membabitkan Setiausa Agung PAS, Takiyuddin Hassan, Hamzah Zainudin (Bersatu) dan Annuar sendiri mereka berkata presiden ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur hari ini.

"Dalam pertemuan itu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Adun-adun BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

"Atas semangat PN ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai menteri besar Perak yang baru untuk diperkenankan oleh Sultan Perak," kata mereka.

Menurut kenyataan sama perbincangan di antara Ahmad Zahid dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang (PAS) mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan Perak.

Pada 4 Dis lalu, Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

laporan...mKini

Monday, October 26, 2020

Muhyiddin Sila Letak Jawatan Segera Sekiranya Ada Maruah Diri


 

Agong buktilan kebijaksanaan,PM Muhyiddin pertama kali dalam sejarah ditolak oleh YDPA dan Majlis Raja Raja Melayu

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tamparan hebat semalam apabila buat pertama kali dalam sejarah penubuhan negara, Yang di-Pertuan Agong mengetepikan nasihat Kabinet dalam menentukan pelaksanaan darurat.

Tamparan hebat itu tidak lama selepas Muhyiddin berdepan tekanan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian pemimpin UMNO untuk terus mengekalkan hayat pentadbiran kerajaan PN yang baru berusia tujuh bulan itu.

Setelah lebih 60 tahun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu menuruti nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dalam melaksanakan perkara penting di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, semalam Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat titah bijaksana bagi mengelakkan institusi diraja terheret dalam kemelut politik.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara menegaskan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini sekarang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu petang semalam.

Majoriti rakyat Malaysia menyifatkan keputusan itu menyerlahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang adil dan saksama dalam menyelesaikan krisis negara.

Keputusan Yang di-Pertuan Agong itu turut membawa kepada persoalan lebih besar, apakah yang berlaku seterusnya selepas ini? Adakah Muhyiddin bakal kehilangan sokongan di Parlimen? Atau adakah titah Agong untuk menghentikan politiking dapat mendamaikan ahli-ahli politik yang sedang mencatur kuasa?

Kuasa Agong

Bagi menjawab persoalan itu, pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang mengajak rakyat untuk kembali menyelami intipati pelaksanaan proklamasi darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 150 (1) menjelaskan sekiranya Agong berpuas hati dengan kewujudan keadaan yang menyebabkan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam di negara ini terancam, maka Seri Paduka Baginda boleh mengisytiharkan proklamasi darurat.

“Jadi dalam konteks ini, keputusan itu berkemungkinan mengambil kira kebijaksanaan Agong dalam menilai keadaan krisis semasa yang dihadapi negara masih terkawal,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Salleh turut menjawab kekeliruan mengenai kuasa budi bicara Agong dalam melaksanakan proklamasi darurat di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli undang-undang berhubung takrifan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Ada yang mentafsirkan Agong sebenarnya mempunyai kuasa terhad dan diwajibkan bertindak atas nasihat Jemaah Menteri bagi Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Perkara 40(1) dan (1A), Yang di-Pertuan Agong sememangnya perlu mengikut nasihat tetapi Seri Paduka Baginda boleh meminta pengesahan daripada Perdana Menteri sama ada beliau mempunyai majoriti atau tidak.

“Namun, sekiranya Agong tidak yakin kerajaan sedia ada mempunyai sokongan majoriti, Seri Paduka Baginda tidak perlu mengikut nasihat dan boleh bertindak mengikut budi bicara sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai implikasi keputusan Yang di-Pertuan Agong terhadap masa hadapan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin, Salleh menegaskan, Perdana Menteri dan kerajaan PN sebenarnya sudah boleh menghitung hari-hari terakhir mereka menerajui kerajaan sedia ada.

“Pandangan peribadi saya, sepatutnya Muhyiddin wajar membuat keputusan bijak dengan mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada Agong menggunakan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda sekali lagi dalam menentukan hala tuju politik negara,” katanya.

Dari sudut pandangan lain, pakar perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpandangan keputusan Agong itu bukanlah satu situasi negatif, tetapi sekadar memberi peringatan kepada semua ahli politik.

“Fokusnya supaya ahli politik tidak terlalu berpolitik hingga boleh mendatangkan musibah kepada rakyat dan negara terutama ketika negara sedang berdepan dengan kemelut kesihatan dan ekonomi pada ketika ini,” katanya lagi.

Istimewanya, Nik Ahmad turut bersetuju peristiwa politik semalam merupakan kali pertama seorang Yang di-Pertuan Agong enggan mengikuti nasihat Perdana Menteri berhubung proklamasi darurat.

“Dari perspektif perlembagaan, ia satu perkara baharu dan signifikan dalam tafsiran Perlembagaan secara keseluruhan khususnya berkaitan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Ahmad memberitahu, pertikaian berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong khususnya berkaitan pengisytiharan darurat tidak harus timbul kerana Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keputusannya perlu dihormati.

Bagi pakar undang-undang, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, usaha kerajaan PN untuk mendapatkan pengisytiharan darurat mungkin mempunyai kaitan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen sekali gus memungkinkan Belanjawan 2021 tidak diluluskan.  

Hilang kepercayaan

“Sekiranya darurat diisytiharkan maka dengan menggunakan kuasa darurat, Belanjawan 2021 boleh dimasyhurkan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen.

“Semasa darurat pula Yang di-Pertuan Agong kebiasaannya menurut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, undang-undang (Ordinan) juga dapat dibuat dengan menggunakan kuasa darurat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, apabila rang undang-undang yang penting seperti Belanjawan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat kerana tidak mendapat sokongan majoriti, maka ia juga boleh menjadi alasan untuk membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sekiranya semua ahli Parlimen menghayati dan menuruti mesej tersirat titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kepentingan Belanjawan 2021 untuk menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, Muhyiddin dan Menteri Kewangan boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan untuk bajet berkenaan diluluskan adalah tinggi.

Dalam pada itu, menyokong keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, dalam situasi semasa yang menyaksikan Malaysia berdepan isu survival kesihatan awam dan survival ekonomi, pengisytiharan darurat bukanlah sesuatu yang patut berlaku.

“Kita tidak boleh mengizinkan negara berada dalam keadaan tidak stabil untuk mengelakkan pelabur-pelabur luar menarik keluar pelaburan mereka di Malaysia sekali gus menggugat ekonomi negara.

“Akibat porak peranda politik, pada Februari lalu umpamanya, telah mencetuskan penjualan panik di Bursa Malaysia dan pada hari berikutnya mengakibatkan modal pasaran sebanyak RM43.4 bilion terhakis daripada Bursa hanya dalam masa satu hari,” katanya.

sumber...S.Harian

Sunday, July 26, 2020

Serah Kerusi kepada Bersatu, Ahli Umno akan Berontak, kata Ku Li




Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran, ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka, Bersatu.

Memetik Utusan Malaysia, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, tentangan akar umbi perlu diambil kira sebelum melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu.

Ini kerana katanya, kemarahan dan kekecewaan akar umbi parti terhadap tindakan beberapa bekas pemimpin mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih belum reda.

“Orang Umno tidak setuju (pembentukan PN) kerana kerusi yang sekarang ini diwakili sesetengah mereka yang berada dalam Bersatu, adalah kerusi kita. Dia lompat lari dari kita. ini bagi orang UMNO di peringkat bahagian, mereka marah betul.

“Mereka bekerja bermati-matian menolong calon Umno tiba-tiba dia cabut lari, orang Umno tempatan marah. Jadi, kalau kita bertindak nak memihak kepada apa dituntut oleh Bersatu, saya rasa kita semua akan dihalau oleh orang Umno,” katanya seperti dipetik Utusan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini baru-baru ini.

Ku Li sebelum ini mendedahkan cadangan untuk mendaftarkan PN sebagai gabungan parti politik yang sah, bakal mendapat tentangan ramai khusus­nya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan, ramai yang memilih mahu kekal di bawah naungan BN dan menolak sebarang penggunaan logo parti lain.

Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, masih ada antara akar umbi mereka menolak untuk bersalam dengan bekas pemimpin Umno yang kini dalam Bersatu, terutama ketika solat Jumaat sekaligus menunjukkan kemarahan mereka masih belum reda.

Tambahnya lagi, soal formula pembahagian kerusi dengan Bersatu pula tidak patut timbul kerana parti itu setakat ini tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Benda ini tidak pernah bincang. Tetapi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang saya hadir baru-baru ini, ramai menyuarakan pendapat bahawa kita tidak pernah ada hubungan dengan Bersatu.“Dan kerusi-kerusi ini masih dianggap kerusi Umno. Pagoh, Muar, Langkawi. Itu semua kerusi Umno. Kerusi Jerlun pun,” katanya seperti dipetik sebagai berkata.

sumber...UMonline

Thursday, June 25, 2020

Warong Mahathir



WARONG MAHATHIR

Katakan Keadilan menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semula, selepas enam bulan, kerajaan itu sangat berkemungkinan dirampas lagi. Ketika itu, hujah sama bisa digunakan.

Konon bukan kerana Dr Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim, tetapi Anwar—dan sekali lagi Pakatan Harapan (PH)—dikatakan tidak cukup angka. Seperti sekarang, konon yang menyokong Dr Mahathir, tidak mahu menyokong Anwar. Wal-hasil balik-asal.

Helah dan kira-kira begini, orang kampong yang menyembang di warong kopi pun tahu. Bagi mereka, kalau Dr Mahathir ikhlas, beliau perlu menyokong Anwar sekarang. ‘Menyerahkan’ kuasa kepada Anwar sekarang. Bukan enam bulan lagi.

Kalau enam bulan baru hendak sokong, nampak semacam skrip lama mahu diulang. Nampak ada yang tidak kena—ketika Dr Mahathir merayu kepada Anwar dan PH selepas beliau ditekan Muhyiddin Yassin.

Mungkin sahaja, “Langkah Sheraton” tempohari tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Hah!
Makin hari makin nampaklah komplot di dalam Langkah Sheraton bukan benar-benar mahu mengangkat Muhyiddin sebagai PM. Muhyiddin hanya pilihan kedua. Ada pilihan lain yang menjadi pilihan pertama yang hendak diangkat sebagai PM.

Malangnya, matlamat dan pilihan berkenaan tidak kesampaian kerana Langkah Sheraton juga dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka yang berkhianat, waktu itu, sangat takut kalau-kalau Anwar sempat terpilih sebagai PM. Jadi, sekemas mana pun Langkah Sheraton, nampaknya tangkap muat sahaja dahulu.

Bila matlamat masih tidak kesampaian, maka skrip sebelum Langkah Sheraton perlu digunakan kembali. Agar ‘pilihan pertama’ tadi, dapat benar-benar diangkat sebagai PM. Agar misi Langkah Sheraton, pun sempurna.

Begitulah bacaannya—orang-orang kampung yang tidak ada kepentingan apa-apa, melainkan menunggu air pasang untuk ke laut—nampak jauh lebih bijak daripada segelintir yang orang yang berkepentingan. Bagi mereka, mahu menjadi PM buat kali ketiga pada umur 95 itu sendiri sesuatu yang sudah cukup pelik. 

Di sebaliknya tentu ada agenda tersendiri, yang hendak dijayakan.

Membenci Muhyiddin nampaknya hanya alasan, tetapi bagi Dr Mahathir jarang beliau disebutkan—atau hampir tidak pernah—siapakah yang sebenarnya menyusun Langkah Sheraton, yang antara matlamat utamanya mengagalkan peralihan kuasa? Kalau Muhyiddin sahaja yang seperti mendapat rezeki terpijak, muhtahil pengkhianatan sebegitu besar boleh terjadi.

Waktu menjadi PM selama 22 bulan, Dr Mahathir juga enggan membuat rombakan kabinet. Sedangkan desakannya sangat kuat. Alasan yang diberikan Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu campur urusan dalaman parti lain, khususnya Keadilan. Hanya seorang menteri, yakni Mazlee Malik yang digugurkan—bagi meredakan tekanan untuk sebuah rombakan lebih besar.

Sedangkan setiap perlantikan menteri kabinet adalah di tangan PM. Untuk melantik, atau membuang. Mudah cakap, semuanya di tangan Dr Mahathir ketika menjadi PM tempohari. Semua tanggungjawab memastikan kaninet yang bersih, beliau abaikan.

Dr Mahathir boleh sahaja tidak menunggu Keadilan membuat keputusan kerana beliau mempunyai akses kepada maklumat. Termasuk polis, pejabat peguam negara serta SPRM. Keadilan sebagai sebuah parti politik, tidak mempunyai peluang akses kepada maklumat, berbanding seorang PM.
Apabila pilihan pertama nampaknya bermasalah, maka Muhyiddin pun didekati bagi diangkat sebagai PM. Sifatnya nampak sebagai ‘PM sementara’, atau menyamai konsep ‘PM peralihan’.

Namun dalam diri Muhyiddin pula, kira punya kira, rasa menarik juga tawaran sebagai PM. Mungkin dalam hatinya berkata, “inilah peluang terbaik bagi aku!” Persoalan akan ditikam belakang, nantilah diuruskan kemudian.

Maka, Muhyiddin pun memgambil kesempatan atau tawaran menjadi PM. Merelakan dirinya seakan-akan diperguna—meski di mata PH dan apatah lagi rakyat, dia akan dikenang sebagai sebahagian daripada kumpulan pengkhianat. Muhyiddin tidak peduli.

Masalah Muhyiddin sekarang, dia tidak mempunyai sesiapa yang boleh dipercayai. Dari luar, dia dimusuhi; dari dalam perikatan, punggungnya dicucuk-cucuk.

Sekali lagi memetik ngomong-ngomong di warong kopi hujung minggu lalu ketika saya balik ke kampung tiga-empat hari sebelum Lebaran berakhir, kata orang, “biar musuh dari luar kerana nampak jelas. Musuh dalam selimut Muhyiddin adalah musuh yang lebih bahaya.”

Di sini, nampaknya Anwar sudah mengambil langkah yang tepat serta cukup berhati-hati. Keadilan tidak mahu masuk ke dalam lubang ular yang sama—di mana usaha untuk menggulingkan Muhyiddin hanya dijadikan sebagai satu lagi bentuk permainan demi akhirnya mengangkat dalang utama yang sedang menyucuk punggung Muhyiddin sekarang.

Inilah yang dinamakan ‘membunuh’ dengan “menggunakan tangan orang lain.” Tidak memakai tangan sendiri. Supaya tangan dan muka ‘pembunuh’ kekal nampak bersih dan tidak bergelumang darah.

Strategi ini sebenarnya strategi klasik di dalam sejarah politik di mana pun dalam sejarah dunia. Tidaklah terlalu menghairankan, tetapi memang menjadi persoalan apabila masih ada ahli politik di era pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu mudah terperangkap.

Jawapannya mungkin satu, yakni gopoh. Mungkin juga akibat terlalu merasa terdesak. Sudah kesedapan 22 bulan lalu jadi menteri ke sana ke mari dengan diiringi pegawai dan pengawal.

Apabila dalam keadaan terdesak dan kesedapan kuasa, maka hujah “untuk mengembalikan mandat rakyat” pun digunakan. Tujuan hujah nampaknya tidak lain ialah untuk melepaskan keterdesakan diri mereka. Bukan kerana rakyat.

Pun begitu, mandat yang dicuri memang perlu dikembalikan. Cuma di dalam masa yang sama, perlulah berhati-hati kerana di dalam kandang politik bukan sahaja wujud pencuri, tetapi wujud juga penipu. Keduanya sama bahaya.

Kita tidak mahu rakyat kecewa kali kedua. Kecewa kerana mandat dirampas, dan kecewa lagi kerana ditipu sehinggakan cita-cita untuk melakukan reformasi dan membela rakyat tetap juga terkandas. Sebagai parti yang berteraskan semangat rakyat, Keadilan nampaknya boleh berbangga dengan keputusan bijak dan cermat yang dibuat.

Sekarang terpulang kepada Dr Mahathir. Bola di kaki beliau.

Beliau mungkin mempunyai peluang terakhir untuk memperlihatkan kejujuran dan keihklasan terutama kepada Anwar—selepas Anwar pernah memberikan peluang kepada beliau di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Caranya mudah, dengan menyokong—serta meminta semua pihak yang menyokongnya—untuk menyokong Anwar dan PH secara keseluruhan bagi mengambilkan kembali mandat rakyat yang dirampas lebih tiga bulan lepas.

Sebelum itu, Dr Mahathi mungkin juga perlu menyebutkan kesemua nama-nama mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton—dan setiap kejahatan yang telah dilakukan. Jangan lindungi seorang pun. Jangan tertumpu hanya tertumpu Muhyiddin-Muhyiddin-Muhyiddin. Meski, memang Muhyiddin antara yang terlibat.

Cara memuji satu-dua parti—misalnya DAP yang kini mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai di dalam PH—bukan jalan penyelesaian. Cara mendapat sokongan dengan memuji-muji adalah cara lama. Bahkan, pujian yang berlebih-lebih, sekali lagi boleh dilihat sebagai usaha menyembunyikan sesuatu.

Bagi yang cepat mabuk dek pujian, terpulang. Pujian yang menghilangkan pertimbangan dan kewarasan nampaknya juga menjadi senjata politik yang bahaya.

Kalau benar Dr Mahathir bersama mandat rakyat—dan tidak punya agenda lain atau mahu menyempurnakan misi Langkah Sheraton yang tempohari tidak lengkap—maka dia tidak boleh tidak perlu menyokong Anwar sebagai PM. Di situ, sudah tentu satu bentuk kerjasama yang lebih ikhlas boleh terjalin untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum meninggalkan warong, orang-orang yang menyembang tadi ketawa terbahak-bahak. Semua strategi yang bagi sesetengah orang sangat sulit, sebenarnya tidak sulit bagi mereka. Bezanya mereka bukanlah orang politik yang kemaruk kuasa.

Mereka hanya ingin ke laut, menangkap ikan. Bila air pasang. Membaca ribut di atas ombak, sama sahaja dengan membaca ribut di atas darat.

oleh: Hasmi Hashim
(Tulisan ini pertama kali terbit di The Malaysian Insight pada 23 Jun 2020)

Friday, May 15, 2020

Takut Usul Dr Mahathir, Muhyiddin Gadai Usul Kerajaan




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan usaha mempertahankan 'Langkah Sheraton' daripada membahaskan krisis Covid-19 secara bersama di Parlimen.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata beliau yakin sidang yang berlangsung 18 Mei nanti sekadar membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong adalah atas permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri.

"Dalam 'ketakutan' PM terhadap usul persendirian Langkawi beliau telah menggadaikan keperluan usul kerajaan sendiri yang merupakan satu keutamaan.

"Ahli Parlimen turut menanti usul dari kerajaan untuk dibahaskan secara sihat demi mencapai konsensus untuk negara.

"Saya berkeyakinan kerajaan PN telah hilang fokus kerana keutamaannya adalah untuk mempertahankan kewajaran 'Langkah Sheraton' daripada membahaskan krisis covid secara bersama di Parlimen Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, media melaporkan sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini, hanyalah semata-mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melibatkan sebarang urusan lain.

Ia sekaligus menutup pintu untuk sebarang usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu beliau menerima surat pemakluman daripada Muhyiddin selaku ketua Majlis Dewan Rakyat, bahawa kerajaan memutuskan tiada sidang selepas titah Diraja yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi, pada 18 Mei, Isnin ini.

Katanya, beliau dimaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Perkara sama turut dizahirkan dalam satu notis pemberitahuan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat ditujukan buat ahli-ahli Parlimen dan dilihat Malaysiakini, bertarikh hari ini.

Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini merupakan persidangan pertama sejak “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, agak malang apabila sidang Parlimen yang telah banyak kali ditangguhkan hanya mendengar titah Yang di-Pertuan Agong saja.

"Jelaslah sidang 18 Mei ini hanya memenuhi kehendak peraturan dan tidak ada kena mengena hasrat kerajaan PN untuk gunakan peluang persidangan untuk membahas kepentingan besar negara semasa krisis.

"Ia satu langkah primitif ke belakang dan sekaligus menjejaskan kewibawaan institusi parlimen negara," kata Mujahid.

Katanya, dalam suasana negara mengalami krisis Covid-19, banyak perkara yang perlu dibahaskan demi memastikan negara bersatu dalam menangani krisis ini.

oleh: Mujahid Yusuf Rawa

foto ehsan zunar cartoonist

Sunday, May 3, 2020

BERSATU Tiada Pilihan Lain Lagi...




Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu, dan kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional.

Saya percaya ramai ahli-ahli Bersatu dan Umno telah membaca kenyataan-kenyataan itu, serta kenyataan balas yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Bersatu dan PH dari peringkat negeri.
Jelas daripada pendirian yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad bin Hasan, Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi, Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak wujud. Tidak ada sebarang perjanjian antara Umno, PAS dan BN bersama Bersatu untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan kerajaan PN.

Angkuh dan sombong - itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin Umno terhadap Bersatu yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar PN di peringkat persekutuan dan juga beberapa negeri.
Sebaliknya semasa kerajaan dikuasai PH, kerjasama yang terjalin antara Bersatu dengan parti-parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama Parti Warisan Sabah dizahirkan dari keakraban sewaktu berganding bahu melawan Kerajaan kleptokrasi BN. Dan Kerajaan BN itu sudah lebih 60 tahun bertapak.

Pengalaman bekerja secara rapat dalam keadaan yang sangat mencabar sebelum dan semasa kempen PRU14 melahirkan hubungan silaturahim yang seikhlasnya erat di kalangan anggota PH dan Warisan ketika itu.

Saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan Umno. Soalan-soalan ini juga saya tujukan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa begitu banyak janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan.

Janji-janji yang dimaksudkan adalah yang telah beliau kemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ahli-ahli Parlimen Bersatu sebagai asas kenapa Bersatu perlu segera tinggalkan PH dan menyertai perikatan baru dengan Umno dan PAS yang bergabung menerusi Muafakat Nasional.
Soalan-soalan ini juga berlegar dalam benak fikiran setiap ahli Bersatu. Jika tidak dijawab, ia akan menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan.

Ramai ahli-ahli Bersatu ingin tahu adakah benar kerjasama politik yang wujud antara Muafakat Nasional dan Bersatu hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar? Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan Umno dan PAS menjelang PRU15 nanti?

Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu pada pilihan raya nanti?

Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Justeru tapak politik mereka adalah sama - iaitu orang Melayu khususnya di luar bandar.
Maka sudah tentu Bersatu, Umno dan PAS berhasrat untuk bertanding di kawasan demografi tersebut. Sememangnya tiga parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.

Oleh itu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ia akan berdepan dengan Umno atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka? Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun? Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenanginya pada PRU lalu?

Dalam jemaah menteri lantikan perdana menteri sekarang, memang ada wakil-wakil dari Bersatu. Ada juga yang dilantik sebagai menteri kanan dan juga barisan timbalan Menteri. Apakah nasib mereka setelah bubarnya Dewan Rakyat? Adakah mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN? 

Contohnya di Parlimen Ketereh, ahli Parlimennya dari Umno dan dilantik menjadi menteri manakala Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada menteri Umno itu pada PRU14 dilantik menjadi senator ketika pentadbiran PH dan kini menjadi menteri kanan. Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihan raya nanti? Atau mereka berdua harus berentap merebut kerusi sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN?

Usahkan menteri, bagaimana dengan nasib Tan Sri Muhyiddin sendiri? Adakah beliau akan masih dipilih sebagai perdana menteri selepas PRU15? Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” yang bersifat sementara sahaja, untuk tempoh tiga tahun atau selagi Dewan tidak dibubarkan?

Kerajaan PN ini terbentuk pada Mac 2020. Jika Dewan dibubarkan dalam tahun ini juga, adakah Bersatu akan terpaksa berhadapan dengan 'rakan politik' Umno dan PAS di setiap kerusi termasuk Pagoh, Tambun, Alor Gajah dan Titiwangsa? Adakah situasi tidak menentu ini baik untuk rakyat dan negara?

Apakah yang menyebabkan Bersatu sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? 

Benar presiden Bersatu adalah perdana menteri. Tapi perlu diingatkan bahawa perdana menteri sebelum ini pun dari Bersatu juga. Kata timbalan presiden UMNO, untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan, satu krisis dalaman telah dicetuskan dalam PH oleh pihak tertentu. Siapa pihak yang dimaksudkan?

Tidakkah nasib Bersatu jauh lebih baik bersama PH? Beberapa kenyataan oleh pemimpin PH menggambarkan kesediaan mereka untuk menerima Bersatu kembali. Hubungan antara kita walaupun sedikit tercalar akibat Langkah Sheraton masih boleh dipulihkan untuk kesejahteraan negara.

Agihan kerusi boleh saja dirunding seperti dulu supaya kita semua berkongsi kekuatan untuk menawan hati rakyat. Sekurang-kurangnya kita dapat mempertahankan kepentingan Bersatu bersama PH, berbanding dengan ketidaktentuan, risiko dan kerugian jika bersama Umno dan PAS.

Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai dua bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi.

Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Tun Mahathir Mohamad.

Jika ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali ke pangkal jalan. Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

oleh:  Mukhriz Mahathir MB Kedah dan Timbalan Persiden BERSATU

Tuesday, March 17, 2020

Caca Marba Ke 3: Selamatkah Kedudukan Muhyiddin Sebagai PM ?



Tun M masih tidak mahu bertemu dengan Muhyiddin walaupun lebih dari seminggu Presiden Bersatu itu mengutus surat untuk bertemu Tun M.

Tun M masih tetap dengan pendirian beliau tidak akan bertemu dengan Muhyiddin jika masih berkongsi kuasa dengan puak kleptokrat.

Perkembangan hari ini lebih menarik lagi apabila Pengerusi Pemilihan PPBM Syed Hamid Albar memberitahu kepada media Tun M menang jawatan Pengerusi Bersatu tanpa ada pertandingan.

Pengumuman oleh Syed Hamid hari ini, dipetik dari mKini.

Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya calon yang menghantar borang untuk bertanding jawatan pengerusi Bersatu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Ketika ditanya apakah itu bermakna bekas perdana menteri itu menang tanpa bertanding, Syed Hamid berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perkara berkenaan.

“Menang tanpa bertanding itu, saya tak boleh umum, sampailah tarikh persidangan bahagian ditetapkan nanti.

“Dia punya pencalonan kita terima, tiada calon lain,” katanya.

Semua pencalonan bagi merebut sebarang jawatan dalam parti itu ditutup pada jam 3 petang, hari ini.

Sekarang siapa yang sakit

Ramai penganalisis meramalkan kedudukan Muhyiddin semakin terancam kerana Mukhriz Mahathir masih tetap bertanding jawatan Presiden PPBM menentang Muhyiddin,kawan rapat bertemu dalam penentuan kalah mati dalam karier politik ini bertambah menarik .

Kesan dari pertandingan ini dapatlah dibahagi kepada beberapa bahagian:

Jika kalah Muhyiddin akan hilang terus maruah sebagai PM,tak mungkin Ahli Parlimen PN akan tunduk kepada Presiden PPBM yang kalah dalam pemilihan.Apa nasib Azmin Ali dan kumpulan lompatnya?

2. Mukhriz pastinya disokong kuat oleh ayahanda beliau Tun M,ini bermakna maruah Tun M dipertaruhkan kepada Mukhriz untuk menamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM dan PM tebuk ikut atap.(kata Haji Hadi)

3.Banyak teka teki dapat diselesaikan kerana ramai bertanya untuk apa kerusi TPM dikosongkan oleh Muhyiddin ?

4. Kenapa Mukhriz masih kukuh sebagai MB Kedah walaupun kerajaan pusat telah beralih pentadbiran?

5.Bolehkah Tun M kembali memegang jawatan PM ? ( Boleh,kerana Pakatan Harapan memberi laluan kepada Tun M sehingga habis penggal,rujuk mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH).

Itulah antara beberapa persoalan yang akan terjawab setelah pertandingan jawatan presiden PPBM berakhir.

Nampaknya Harimau Asia masih gagah walau semakin ditelan usia.

oleh: G.black

Foto ehsan S.Harian

Friday, March 13, 2020

Bungkus: Kerajaan 1 Bulan Azmin-Muhyiddin ?



Umno Hanya Tukang cukupkan korum kerajaan Azmin-Muhyiddin

Dua hari lepas TS Annuar Musa berkicau di Twitter mencadangkan supaya “Parlimen dibubarkan agar kerajaan dapat dibentuk melalui pintu depan, seperti yang dimahukan Muafakat Nasional.” 

Sejak semalam makin ramai MP/warlord Umno mula buat bantahan terbuka.
Sebenarnya dah menjadi rahsia umum bahawa:

1. MP Umno dan Pas hanya dijadikan pak turut kerajaan Muhyiddin-Azmin. Azmin yang dibuang oleh PKR diangkat sampai jadi TPM bayangan, menjadikan secara tidak langsung PPBM menguasai kerusi PM dan TPM. Tindakan Muhyiddin ini menghina peranan Umno yang ada 41 kerusi dan Pas dengan 18 kerusi. Harus diingat bahawa ahli parlimen PPBM yang asal cuma 13 orang (termasuk Tun Mahathir, Mukhriz, Dr. Maszlee, Syed Saddiq, Ir. Amiruddin, dan arwah Dr Md Farid). Jadi PPBM asal yang dibawa oleh Muhyiddin hanyalah 7 orang sebab 14 orang lagi MP PPBM adalah yang melompat dari Umno. Azmin cuma bawa 10 kerusi dan surprisingly 9 orang dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri, sorang lagi memang Timbalan Speaker.

2. Petanda bahawa Muafakat Nasional (Umno dan Pas) tidak akan melayan PPBM dan geng Azmin dalam PRU-15. MN dan BN tidak sanggup lagi berkongsi pertindihan kerusi Parlimen, kerana pertindihan kerusi antara Umno dan Pas pun sudah complicated.

3. Umno nampaknya tidak senang dengan penghinaan Muhyiddin terhadap Najib (Penasihat BN), Zahid, Tok Mat, Khaled Nordin, Mahdzir Khalid, Tengku Adnan, Tajuddin Rahman, Idris Jusoh, Shahidan Kasim, Bung Moktar, Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi (Ketua Pemuda) dan lain-lain. Dengan tidak melantik mereka ini, Muhyiddin seolah-olah memberi gambaran bahawa nama-nama ini adalah liabiliti kerajaan, tidak lepas tapisan SPRM, dan yang penting sekali hanya backbenchers a.k.a tukang cukupkan korum kerajaan Muhyiddin-Azmin.

4. Sesama parti dalam PN berada dalam keadaan bersyakwasangka. Jika Muhyiddin-Azmin boleh meruntuhkan kerajaan PH dalam satu malam, tidak mustahil mereka juga boleh mempermainkan dan memanipulasi Muafakat Nasional (Umno dan Pas) dan memberi masalah kepada percaturan mereka dalam PRU-15.

5. Susunan kabinet Muhyiddin adalah untuk memerangkap Umno dan Pas. Jika kerajaan PN tidak dapat deliver, Umno dan Pas akan dikambinghitamkan. Contohnya ialah Annuar Musa yang sebelum ini sering mensasarkan usaha Khalid Samad dalam isu Kg Baru. Akhirnya Annuar Musa terpaksa menelan semua propaganda beliau sendiri, dan terpaksa menyelesaikan harga tanah Kg Baru yang katanya boleh dijual dengan harga RM2,000 sekaki persegi. Begitu juga Tuan Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, yang terpaksa memainkan peranan besar di peringkat antarabangsa dan mengurus isu-isu pencemaran alam sekitar (seperti kes Pasir Gudang). Sementara menteri kereta terbang disimpan sebagai Tugas-tugas Khas, Menteri Undang-undang diberi kepada Takiyuddin (Pas) yang bergelut dengan kontroversi undang-undang hudud Pas. Malang sekali Presiden Pas yang diimpikan oleh ahlinya layak menjadi PM, langsung tak dipandang oleh Muhyiddin sekurang-kurangnya untuk Menteri Agama. Padahal masa nak setup kerajaan pintu belakang, Presiden Pas diusung ke sana ke mari jadi front liner siap jadi tekong baca doa.

Muhyiddin meletakkan orang Azmin untuk mengurus komunikasi dan media, melempar tanggungjawab kawalan harga barang kepada GPS dari Sarawak, dan meletakkan ‘kuda tua’ Umno sebagai Menteri Belia padahal dia boleh lantik Ketua Permuda Umno sebagai Senator (update: senator boleh maksimum 2 penggal je) berbanding ketua jargon PPBM.

Muhyiddin beri layanan istimewa untuk pakatan Hishamuddin-Ismail Sabri-Annuar Musa (berbanding geng Zahid) dari Umno. Tapi Hishamuddin yang digosip akan bertanding Presiden Umno pun diletak sebagai Menteri Luar, kerjanya melayan diplomat asing, tiada direct contact dengan program yang melibatkan rakyat. Ismail Sabri pulak jadi Menteri Pertahanan, juga satu kementerian yang tidak berinteraksi dengan orang ramai sebab kena fokus urusan tentera sahaja.

Annuar Musa yang menang undi 25 ribu pulak kena fokus Wilayah Persekutuan sahaja, berbanding Radzi Jidin yang dapat 6 ribu undi di parlimen yang sama dan baru 3 tahun join politik Malaysia dapat jadi Menteri Kanan. Di Wilayah Persekutuan ni masak la Annuar kena hadap kawasan urban dan 8 orang MP PH.

Pendek kata, kalau buat undi tak percaya, kemungkinan besar majoriti MP Umno akan buat undi protes bersandarkan percaturan MN dan BN untuk masuk PRU-15. Hanya ada satu pilihan untuk Muhyiddin iaitu nasihat YDPA untuk bubarkan Parlimen. Masa tu Umno dan Pas akan ucap ilalliqa ma’assalamah wa bittaufiq wannajah kepada PPBM dan kartel Azmin.

Monday, March 9, 2020

VIDEO Tun M: Kelebihan Dia Sikit Sangat,Mudah Terbalik


Muhyiddin kembalikan kerajaan kleptokrasi.

Kita ada 114 undi.Tak tau lah macam mana dia tipu dan dia dipilih jadi Perdana Menteri.

Muhyiddin punya kelebihan sikit sangat,kalau 10,15 orang keluar dia jatuh, dia rempuh masuk saja,tak ikut undang undang.

Friday, March 6, 2020

Gempak Sidang Dewan Rakyat 18 Mei 2020



Kegawatan suasana politik tanah air belum lagi reda .

Pergeseran antara puak BERSATU Muhyiddin Yassin ,Umno,Pas dan GPS setelah mengambil alih kuasa melalui pintu belakang atau sesuatu yang amat memalukan seperti digambarkan oleh media berita terkemuka di England iaitu The Guardian semakin ketara.

Puak puak ini sedang bertelagah untuk mendapatkan jawatan TPM dan Mentri Kanan.Annuar Musa dan straregis Umno Tun Hamid berkata Muhyiddin besar kemungkinan digulingkan pada sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 akan datang.

Selain itu partai Pas juga turut melobi beberapa jawatan penting ,Umno dan GPS juga semakin ghairah untuk menghalang Pas dan Muhyiddin untuk jawatan tersebut.Kerjasama mereka dilihat rapuh dan sedang menuju kepada sesuatu keadaan tidak menentu.

Semalam di Melaka ,BN Melaka telah memutuskan kerjasama dengan Bersatu.Di Johor Bersatu kehilangan jawatan MB kepada Umno.Mungkin di Perak pula selepas ini.

Berlainan keadaan di Kedah yang dikuasai oleh kem Mukhriz Mahathir,PH Kedah stabil dan semakin kukuh.

Malang bagi Bersatu Selangor kerana Mb Selangor telah menamatkan semua lantikan politik dari parti Bersatu Selangor,apa nasib Exco,Pengarah GLC Ahli Majlis,MPKK dan lain lain lagi .Bijakkah Muhyiddin selaku Presiden Bersatu ?. Perak juga bakal mengalami nasib yang sedemikian.

Percaturan Muhyiddin untuk menjadi PM dari pintu belakang nampaknya merugikan parti itu, kehilangan kuasa di Johor,Selangor,Melaka dan bakal jadi di Perak menjadikan aktivis,ahli dan penyokong partai semakin hari semakin tidak keruan dan kata kata makian terhadap beliau boleh kita tengok di group Whatsapp dan facebook.

Semalam juga parti Warisan telah memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir untuk kembali menerajui kerajaan. Apa akan berlaku untuk hari hari mendatang,pastinya lebih mendebarkan.

Komen Timbalan Ketua Pemuda AMANAH

Shazni Munir

Pakatan Harapan, Warisan serta ahli-ahli parlimen yang mendokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri telah pun mendedahkan kepada umum jumlah sokongan majoriti 114 yang mereka miliki.

Bahkan jumlah ini dipercayai bakal bertambah ekoran perasaan malu ahli-ahli parlimen lainnya untuk bersama dengan kerajaan yang berhimpun dalamnya gerombolan perasuah dan penyamun.

Dengan pendedahan berani yang dibuat oleh Dr Mahathir semalam, jelas lagi bersuluh bahawa majoriti memihak kepada beliau.

Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar telah mengelirukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung status ‘majoriti’ yang beliau miliki harus membuktikan kepada awam bahawa beliau benar-benar memperoleh mandat majoriti untuk mentadbir Putrajaya.

Pemuda Amanah percaya selagi Muhyiddin tidak membuktikan majoriti yang beliau miliki, masyarakat awam akan terus mempersoalkan legitimasi kerajaan pintu belakang yang beliau ketuai.

Lantas kami mendesak agar Muhyiddin tampil ke depan mendedahkan sokongan sebenar yang beliau miliki. Jika benar beliau berstatus majoriti, beliau tidak perlu lari dengan gesaan sederhana ini.

Rejuvenasi Malaysia Baharu

Friday, February 22, 2019

Berita Baik: Pengumuman Kerajaan Mengenai TOL dalam Masa Terdekat




Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas.

Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

sumber... Bernama

Saturday, December 29, 2018

Muhyiddin: PAS Sanggup 'Cium Mulut' dengan Perompak




Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berpantun untuk menjelaskan fitnah pihak pembangkang terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

"Racun ikan akar beluru,
ikan dimakan matilah rasa,
fitnah pembangkang bagai peluru,
membunuh umat hingga binasa," kata beliau ketika berucap merasmikan pembukan Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Beliau menyuarakan keyakinan orang Melayu dapat melihat pendekatan berbahaya politik perkauman dan agama.

"Selepas Umno dan PAS kalah dalam Pilihanraya Umum ke-14, kedua-dua parti ini mengambil pendekatan politik perkauman dan agama yang ekstrem semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

"Melayu sudah kenal siapa Umno, siapa PAS. Kedua-duanya dua kali lima sahaja.

"Seorang perompak, seorang lagi nama sahaja Islam, tetapi sanggup bercium mulut dengan perompak.

Raih laba

"Orang Melayu akan tetap ingat sewaktu Umno berkuasa dahulu, kedua-dua parti ini sanggup bermain kayu tiga dan berkhalwat semata-mata untuk meraih laba politik.

"Bermacam-macam hujah dan istilah Islamik digunakan untuk mewajarkan perbuatan khalwat mereka," kata beliau ketika berucap merasmikan pembukan Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Muhyiddin berkata Umno dan PAS telah menjalin hubungan antara satu sama lain selama bertahun-tahun tetapi percantuman dua parti itu masih belum menjadi kenyataan.

"Cerita Umno berpakat dengan PAS ini dah berkurun lamanya tetapi tidak pernah berlaku di alam nyata. Baru beberapa minggu yang lalu mereka duduk bersama di atas lori di Dataran Merdeka," jelasnya.

Beliau memberi contoh jalinan hubungan Umno dan PAS dalam perhimpunan membantah konvensyen PBB mengenai keadilan dan kesaksamaan kaum (Icerd).

"Terujalah ahli-ahli Umno, kononnya inilah masanya kesatuan politik orang Melayu dan Islam akan benar-benar terbina. Ini satu detik yang amat bersejarah bagi mereka.

"Seolah-olahnya, kalau pilihanraya diadakan esok, Umno dan PAS akan menang dan membentuk sebuah kerajaan baru.

"Tak sampai seminggu, berbondong-bondong wakil rakyat dan ahli Umno keluar parti.

"Lebih menyedihkan lagi buat Umno, Presiden PAS beberapa hari yang lalu buat satu kenyataan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana bahtera Umno sedang bocor katanya. PAS takut bahtera partinya juga akan karam kalau dilihat terlalu rapat dengan Umno," katanya lagi.

Muhyiddin berkata kedua parti itu tidak akan dapat bekerjasama kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Bersatu tak guna slogan Islam

"Maknanya tiada harapan untuk Umno berpakat dengan PAS, dan PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai. PAS hanya mementingkan partinya sendiri.

Menurut Muhyiddin lagi, Bersatu tidak akan menyalahgunakan nama Islam seperti PAS dan Umno.
"Kepada umat Islam, saya ingin menyebutkan bahawa Bersatu tidak menggunakan slogan Islam, tetapi kita melaksanakan Islam.

"Kita mencegah kemungkaran, menentang penyelewengan, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian ekonomi dan mengangkat maruah serta kehormatan umat Islam. Inilah kewajipan kita sebagai seorang Muslim.

"Malah perjuangan menegakkan Islam adalah salah satu asas perjuangan yang termaktub di dalam perlembagaan parti kita," jelasnya lagi.

Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri mencadangkan pembentukan Majlis Permuafakatan Ummah yang dianggotai wakil kerajaan dan badan-badan Islam.

"Untuk itu, saya mencadangkan penubuhan sebuah Majlis Pemuafakatan Ummah yang dianggotai oleh wakil-wakil kerajaan dan badan-badan Islam untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ummah di Malaysia," katanya.

sumber...mKini

Saturday, February 27, 2016

Muhyiddin Terus Tibai PM Najib


Kita sedang saksi kemunculan diktator baru, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang mengukuhkan kuasanya dan bekas timbalan perdana menteri itu memberi amaran tentang kemunculan diktator baru.

"Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baru," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan pagi ini.

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan pemimpin nombor dua parti itu kerana kritikannya terhadap Najib.

Bekas timbalan perdana menteri itu mensasarkan Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri atas dakwaan menerima RM42 juta dari syarikat milik negara SRC International dan RM2.6 bilion daripada satu akaun luar pesisir.

"Hanya kerana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, peguam negara tidak berani mendakwa Najib

"Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa.

"Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.," kata Muhyiddin.

Menurutnya lagi, hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas.

"Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.

"Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau bersedia untuk bersama dengan rakyat untuk menentang kezaliman.

"Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.

"Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Tuntut perubahan, bukan sekadar desak PM berundur

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata episod hitam yang berlaku di negara telah mematangkan rakyat dan menggesa mereka bersedia bersama menuntut perubahan jika mahu malihat Malaysia kembali sebagai negara yang dihormati dan rakyat hidup lebih sejahtera.

"Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita.

"Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

"Ia bukan sekadar mendesak perdana menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat.

"Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti," katanya.

Muhyiddin menegaskan demikian dalam satu kenyataan selepas Majlis Tertinggi Umno menggantungnya daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana kritikannya terhadap Najib.

Muhyiddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantungnya dari jawatan timbalan presiden Umno, bukan satu perkara yang mengejutkan.

"Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai timbalan presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan.

"Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

"Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan timbalan presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu presiden.

"Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu presiden?

"Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan Umno, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

"Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada presiden serta menegur presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan Umno. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

"Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan Umno ke landasan yang betul supaya Umno terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu presiden.

"Adakah membantu presiden itu bermaksud menyokong presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu.

"Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," kata Muhyiddin.

Hari ini, katanya, tercatat dalam lipatan sejarah Umno, seorang timbalan presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur presiden.

"Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai timbalan presiden," tegasnya.

sumber...mKini

Gantung Muhyiddin: Mukhriz Ramal Umno Akan "Bungkus"


Mukhriz: Umno akan terima padah dalam PRU

Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti?
Saya percaya yang sebaliknya berlaku.

Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 nanti,” kata bekas menteri besar Kedah itu yang jugu menjadi mangsa pengguguran sebelum ini.

Dalam kenyataannya, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata beliau amat kecewa dengan petang tadi dan menyifatkannya sebagai “keputusan menjelikkan”.

Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan presiden parti sebenarnya punca rakyat mulai menolak Umno, malah imej negara juga tercemar di persada dunia,” katanya.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".

Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi penyingkiran Muhyiddin ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.

Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.

sumber...mKini





Friday, February 26, 2016

Giliran Pemuda Umno Pagoh Tibai Nazri Aziz Pulak !

Pemuda Umno Pagoh membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anjing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016.

Pemuda Umno Pagoh desak Nazri mohon maaf pada Muhyiddin

Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman hari ini membidas Datuk Seri Nazri Aziz, menyatakan tahap kesabaran mereka kini sudah sampai ke kemuncak susulan kenyataan ahli Majlis Tertinggi (MT) itu yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "anjing".

Zaid berkata, kenyataan Nazri itu amat mengguris hati akar umbi Umno Pagoh dan juga rakyat Johor, lebih-lebih lagi menteri pelancongan itu sebelum ini pernah bertelagah dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

"Sebelum ini juga beliau dikaitkan dengan kenyataan menghina TMJ.

"Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan beliau itu dan meminta beliau meminta maaf secara terbuka," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seluruh rakyat Johor terhina dengan ungkapan yang dikeluarkan Nazri terhadap timbalan presiden Umno itu, yang juga ahli Parlimen Pagoh dari Johor.

"Apa yang menjadi kemusykilan, bagaimana seorang pemimpin berjawatan menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menjijikkan sedemikian rupa.

"Kita percaya bukan kami saja yang marah dan terhina dengan kenyataan menjijikkan itu tapi Bangsa Johor keseluruhannya juga rasa terhina," katanya.

Pada Selasa, Nazri dilaporkan berkata tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini menghentam pemimpin parti ibarat "anjing yang sibuk menggigit kaki" sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

“Kita sekarang hendak buat kerja, kebajikan rakyat jauh lebih penting. Jadi, kita kena tumpu sebagai satu pasukan, membantu presiden untuk membantu rakyat.

Tetapi, kalau Muhyiddin bersikap macam anjing, dok gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Meja Bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.

Zaid berkata, perkara pokok permasalahan dan tekanan yang berlaku dalam kerajaan dan parti sekarang ini bukan Muhyiddin, tetapi presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi kami, Muhyiddin pemimpin yang berjiwa besar. Walaupun digugurkan daripada kerajaan dan dilayan dengan amat buruk sebagai timbalan presiden Umno, beliau tidak pernah menghasut supaya kita bangkit menentang presiden.

"Namun apa yang berlaku mutakhir ini dan penghinaan yang melampau terhadap beliau adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dan dimaafkan. Ini menjadi titik noktah kesabaran kita," katanya.

Zaid berkata, Pemuda Umno Johor juga sebelum ini cuba percaya kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara baik.

Malah, dalam Persidangan Pemuda Umno tahun lalu, katanya, Pemuda Johor mengusulkan agar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut itu.

"Namun kelihatannya tidak berlaku," katanya dalam kenyataan itu, memetik isu besar yang dibangkitkan dan menjadi kerisauan rakyat termasuk kes 1Malaysia Development Berhad, derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

"Dan macam-macam lagi (isu) yang menagih jawapan dan penyelesaian yang tuntas daripada kerajaan. Namun jawapan yang diberikan tidak dapat meyakinkan kita, apatah lagi rakyat seluruhnya," katanya.

Sebaliknya, Zaid berkata, banyak perkara yang memusykilkan dan menimbulkan tanda tanya.

"Berkenaan derma RM2.6 bilion contohnya, mula-mula dinafikan transaksi berlaku.

"Kemudian mengaku ada transaksi yang dikatakan sebagai derma dan dinafikan ‘menteri badut' dengan mengatakan 'bodohlah kalau PM nak masukkan dalam akaun peribadi'.

"Namun apabila disiasat, bukti mengesahkan sejumlah duit masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Dan yang menghairankan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah bertindak sebagai peguam peribadi perdana menteri sedangkan perbuatan menerima duit itu melibatkan perkara peribadi perdana menteri yang jelas dimasukkan ke dalam akaun peribadi," katanya.

Zaid berkata perkara itu dilihat rakyat sebagai salah guna kuasa dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana “reality is a matter of perception” (soal realiti ialah berkenaan tanggapan) yang perlu dipertahankan.

"Sekarang kita tak pasti siapa yang bodoh, yang nyata kita semua diperbodohkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka mendesak Najib bercuti dan mengundurkan diri sementara memberikan laluan kepada siasatan lebih adil dan telus kepada pihak yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas mereka.

"Jika betul tidak melakukan kesalahan, apa yang perlu dibimbangkan," katanya.

Mengulas memberi tumpuan kepada rakyat seperti disebut Nazri, Zaid berkata, isu membabitkan Najib perlu diselesaikan terlebih dulu.

"Berkenaan dengan kebajikan rakyat, kita tidak perlu bimbang, kerana kakitangan kerajaan yang ada sekarang cukup untuk membantu apa jua permasalahan rakyat.

"Cuma yang menjadi masalah ialah barisan menteri Kabinet yang diragukan kewibawaannya," katanya.

sumber...TMi

Saturday, February 20, 2016

Bila Lagi Mahu Saman WSJ, Tanya Muhyiddin



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan undang-undang harus segera diambil terhadap The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya kenyataan terbaru pengarang akhbar itu, yang menafikan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi, adalah tidak benar.

Timbalan presiden Umno itu berkata, ketiadaan sebarang tindakan berhubung perkara itu menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai sama ada penafian itu benar atau tidak.

Ini kerana katanya, peguam negara sebelum ini mengumumkan yang wang dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datang dari Saudi dan tidak melibatkan unsur rasuah.

"Baru-baru ini, seorang daripada editor utama WSJ menyatakan dia ada banyak bukti menunjukkan RM2.6 bilion itu datang daripada pelbagai sumber, dan ada kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Soalannya sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah? Kita hendak cari kebenaran. Tolong jawab.

"Dulu sudah kata hendak saman, tak saman. Apabila keluar berita tak betul, tak saman. Orang sana (WSJ) menunggu. Dia kata, bila awak mahu saman saya?

"Sekarang ini, kalau tak betul apa yang disebut Ken Brown, saman dia dan saman WSJ. Kenapa takut?" kata Muhyiddin merujuk kepada pengarang kewangan WSJ.

Muhyiddin tidak menyebut sebarang nama dalam ucapannya tetapi banyak pihak sebelum ini mengatakan Najib harus menyaman WSJ bagi membersihkan namanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipertikai beberapa pihak apabila WSJ menyangkal kenyataannya yang mendapati tiada bukti menyokong dakwaan Najib terlibat dalam salah laku berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi seperti diumumkan Apandi sebelum ini, sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib pada awal Julai tahun lalu.

sumber...TMi