Followers

Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Saturday, November 21, 2020

Betul Ke PH Gagal Ambil Alih Kerajaan Sebab Tolak Mahathir ?

 

 

Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula. 

 
Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M. 
 
Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian. 
 
Para 7-9 pula tentang peristiwa pada 23 Februari 2020 - mesyuarat tergempar MPT Bersatu. Pada petang itulah pemimpin UMNO, PAS, GPS, Bersatu, Warisan dan Azmin datang ke rumah Tun. Malam itu ada makan malam di Sheraton tapi Tun tak hadir. 
 
Para 10-13 Tun cerita hal yang mendorong beliau letak jawatan. 
Di sini kita perlu sedar, Tun dakwa Anwar nak ambil balik mandat tak libatkan dia. Dia tak sebut kerajaan yang dia ketuai jatuh sebab dia letak jawatan tak bincang dengan pimpinan parti komponen. Mungkin sebab beliau anggap itu kerajaan Mahathir, bukan kerajaan PH+. 
PH pernah ajak Tun kembalikan mandat rakyat dan komited dgn manifesto. Tetapi Tun enggan. PH namakan Anwar kerana tidak bersetuju dgn idea Tun untuk jadi PM kerajaan perpaduan.
 
Saya setuju dengan Para 15. Dan Tun tulis jelas Anwar dapat 92 sokongan, beliau 66. Masa tu baru tahu ada blok yang cadangkan nama Muhyiddin. Ini tidak didedahkan tetapi masa awal itu Tuan Ibrahim Tuan Man telah tersebut kepada media. Lepas tu Takiyuddin betulkan dan beritahu media bahawa kenyataan rasmi PAS hanya akan datang daripada Presiden PAS dan beliau selaku SUA PAS.
Yang menariknya ialah Para 18, Tun kata:
“18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.
 
19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.”
 
Tun tak tulis pula jika dia pengaruhi 65 lagi untuk sama-sama sokong Anwar yang pada masa itu dapat sokongan tertinggi, maka sokongan boleh juga jadi 158. Kot mana pun Anwar nak disalahkannya. Dia menang sentiasa. 
 
Dalam Para 20-22 Tun cerita pasal PH nak sokong dia semula. 
Di sini kita perlu tahu bahawa ketika Anwar ada 92, Tun ada 66; Tun tak hubungi Anwar. Tetapi Anwar yang pergi cadangkan kepada Tun supaya mandat rakyat boleh dikembalikan. Tun hanya fikir dia nak jadi PM, bukan nak bolehkan mandat rakyat dikembalikan. 
 
Bayangkan Anwar tawar sokongan PH dan untuk redakan tuduhan Tun tahu tentang Langkah Sheraton dan ikhlas mahu serah kepada Anwar, maka lantik Anwar jadi TPM, tapi Tun enggan. Adakah kita tidak boleh mengagak sikap beliau dalam hal ganti jadi PM? 
 
Saya pernah cerita Anwar kejut kami MP2 Keadilan pukul 2 pagi untuk sampaikan keputusan dan kesediaan beliau berkorban lagi. Dinihari itu juga Yusof Qaradhawi buat panggilan dan Anwar minta beliau doakan Malaysia - dibuka loud speaker untuk kami sama-sama aminkan doa tersebut. 
 
Apa berlaku selepas itu? Ini penting disebut. Tun kata jika PH 92 campur dia 66, maka jadi 158. Tapi masa kumpul Kenyataan Bersumpah, PH intact 92 orang, Tun gagal yakinkan 66 yang disebutnya. Itu pun masih salah Anwar!
 
Dalam Para 23 Tun sebut Muhyiddin dapat persetujuan dilantik jadi PM. Saya bahas di Dewan Rakyat, berasaskan keyakinan saya, pada 1 Mac itu, jika mengambil kira undian 112-109 (Maximus Ongkili tidak hadir seingat saya kerana isu kesihatan) penolakan Speaker TS Ariff, paling banyak pun Muhyiddin hanya ada sokongan 111 undi kerana Serian dan Lubok Antu telah menandatangani Kenyataan Bersumpah sokong Tun. Mereka hanya sokong Muhyiddin beberapa minggu selepas pengumuman pelantikan PM. 
 
Para 24-30 cerita pasal usaha dapatkan balik mandat. Semua orang tahu Tun tidak mahu cadang nama Anwar malah sanggup umum nama Shafie Apdal. Mungkin begitu cara beliau mengharapkan KEADILAN untuk terus mempercayainya. 
 
Apa yang Tun tidak cerita ialah KEADILAN telah usulkan 107 intact (dengan mengambil kira PSB belum mewujudkan blok khusus yang komited sebagai pembangkang), dan mana-mana pemimpin yang boleh membawa sokongan untuk mendapat semula mandat maka mereka berhak diangkat menjadi PM. Tapi ini pun ditolak oleh blok Tun kerana mahu Tun sahaja dicalonkan sebagai PM.
 
Para 31-34 Tun bercakap tentang pengumuman Anwar tentang sokongan untuk menjadi PM. Tun mengeluh kerana Anwar tidak libatkan beliau dan kumpulannya. Tun sepatutnya bertanya bilakah selepas Langkah Sheraton Tun pernah memberi isyarat untuk menyokong Anwar? Adakah Tun hendak beritahu jika Anwar datang meminta sokongan beliau maka sokongan itu akan diberikan? Tidak. Dan Tun tidak perlukan sokongan ini diminta. Tun sebagai orang lama dalam politik boleh memberi isyarat terbuka untuk memberi sokongan. 
 
Sama ada Anwar akan berjaya atau tidak, itu telah dijawab olehnya: Bertawakal kepada Allah s.w.t. selepas usaha telah dibuat. 
 
Tapi yang jelas ramai semakin melihat Tun mahukan ia gagal. Dan ramai meyakini kesimpulan tersebut kerana alasan Tun tidak dapat menjadi PM semula dan sikap pendendam Tun kepada Anwar.

oleh: Amin Ahmad ialah ahli Parlimen Kangar.

Friday, October 9, 2020

Antara Masalah Anwar Tidak Boleh Jadi PM ?

 


Aku sebenarnya eager nak tahu kenapa orang tak nak Anwar jadi PM.
 
Put aside lah sentimen dan emosi. Aku harap ada yang mampu jawab persoalan-persoalan kat bawah ni secara matang 👇
 
Bila Muhyiddin dan PN dikritik sampai #MuhyiddinOut trending, penyokong Anwar ambik kesempatan buat #AnwarIn
 
Waktu tu, aku nampak ada yang tulis, "PH perintah pun macam taik 22 bulan, ada hati nak jadi PM".
 
Macam mana nak tahu Anwar layak atau tak? Tengok bila last Anwar dalam kabinet.
1990an, Anwar jadi Menteri Kewangan.
 
AsiaMoney ikhtiraf beliau sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia. Euromoney angkat Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia.
 
Itu kali terakhir Anwar dalam kabinet dan beliau bukan diikhtiraf oleh Ramesh Rao, tapi oleh dunia.
 
Merit tinggi.
 
So, kenapa nak nafikan merit beliau?
"Itu tahun 90an. Tengok lah masa PH perintah. Gagal".
 
Apa kaitan dengan Anwar?
22 bulan PH perintah, Anwar tiada dalam kabinet.
 
Kalau rasa 22 bulan PH itu gagal, Anwar tiada kaitan pun.
 
22 bulan, Anwar hanya menjadi MP Port Dickson. Rujuk sendiri aktiviti beliau di PD. Very impactful.
Tapi itu je lah kuasa beliau. Di PD.
 
Apa yang boleh seorang MP biasa nak execute? Sangat terhad.
 
So, secara matang, bolehlah jawab soalan ni:
 
1) Kalau PH gagal, kenapa Anwar pula yang dihukum?
Yang jawat jawatan tertinggi zaman itu ialah Muhyiddin, Azmin, dan beberapa pimpinan PN sekarang, kenapa Anwar yang tidak ada dalam kabinet yang terpaksa tanggung beban?
 
2) Kali terakhir Anwar dalam kabinet, beliau diikhtiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.
Jadi, kenapa takut nak bagi peluang pada pemimpin yang bermerit tinggi?
 
sumber...Twitter: @Farhan Zulkefly

Friday, March 6, 2020

Gempak Sidang Dewan Rakyat 18 Mei 2020



Kegawatan suasana politik tanah air belum lagi reda .

Pergeseran antara puak BERSATU Muhyiddin Yassin ,Umno,Pas dan GPS setelah mengambil alih kuasa melalui pintu belakang atau sesuatu yang amat memalukan seperti digambarkan oleh media berita terkemuka di England iaitu The Guardian semakin ketara.

Puak puak ini sedang bertelagah untuk mendapatkan jawatan TPM dan Mentri Kanan.Annuar Musa dan straregis Umno Tun Hamid berkata Muhyiddin besar kemungkinan digulingkan pada sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 akan datang.

Selain itu partai Pas juga turut melobi beberapa jawatan penting ,Umno dan GPS juga semakin ghairah untuk menghalang Pas dan Muhyiddin untuk jawatan tersebut.Kerjasama mereka dilihat rapuh dan sedang menuju kepada sesuatu keadaan tidak menentu.

Semalam di Melaka ,BN Melaka telah memutuskan kerjasama dengan Bersatu.Di Johor Bersatu kehilangan jawatan MB kepada Umno.Mungkin di Perak pula selepas ini.

Berlainan keadaan di Kedah yang dikuasai oleh kem Mukhriz Mahathir,PH Kedah stabil dan semakin kukuh.

Malang bagi Bersatu Selangor kerana Mb Selangor telah menamatkan semua lantikan politik dari parti Bersatu Selangor,apa nasib Exco,Pengarah GLC Ahli Majlis,MPKK dan lain lain lagi .Bijakkah Muhyiddin selaku Presiden Bersatu ?. Perak juga bakal mengalami nasib yang sedemikian.

Percaturan Muhyiddin untuk menjadi PM dari pintu belakang nampaknya merugikan parti itu, kehilangan kuasa di Johor,Selangor,Melaka dan bakal jadi di Perak menjadikan aktivis,ahli dan penyokong partai semakin hari semakin tidak keruan dan kata kata makian terhadap beliau boleh kita tengok di group Whatsapp dan facebook.

Semalam juga parti Warisan telah memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir untuk kembali menerajui kerajaan. Apa akan berlaku untuk hari hari mendatang,pastinya lebih mendebarkan.

Komen Timbalan Ketua Pemuda AMANAH

Shazni Munir

Pakatan Harapan, Warisan serta ahli-ahli parlimen yang mendokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri telah pun mendedahkan kepada umum jumlah sokongan majoriti 114 yang mereka miliki.

Bahkan jumlah ini dipercayai bakal bertambah ekoran perasaan malu ahli-ahli parlimen lainnya untuk bersama dengan kerajaan yang berhimpun dalamnya gerombolan perasuah dan penyamun.

Dengan pendedahan berani yang dibuat oleh Dr Mahathir semalam, jelas lagi bersuluh bahawa majoriti memihak kepada beliau.

Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar telah mengelirukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung status ‘majoriti’ yang beliau miliki harus membuktikan kepada awam bahawa beliau benar-benar memperoleh mandat majoriti untuk mentadbir Putrajaya.

Pemuda Amanah percaya selagi Muhyiddin tidak membuktikan majoriti yang beliau miliki, masyarakat awam akan terus mempersoalkan legitimasi kerajaan pintu belakang yang beliau ketuai.

Lantas kami mendesak agar Muhyiddin tampil ke depan mendedahkan sokongan sebenar yang beliau miliki. Jika benar beliau berstatus majoriti, beliau tidak perlu lari dengan gesaan sederhana ini.

Rejuvenasi Malaysia Baharu

Monday, March 4, 2019

Angkat Anwar Jadi PM Secepat Mungkin !



Berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) sebanyak dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, saya percaya kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat.


Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH, Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai perdana menteri ke-8 seperti dipersetujui sebelum ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar mahir dalam urusan ekonomi negara.

Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan timbalan perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan Malaysia akan menjadi tunjang kekuatan beliau untuk menjadi pemerintah yang berkesan.

Rombakan kabinet

Di samping itu, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan selaras dengan portfolio diberikan.

Pegawai-pegawai tertinggi yang tidak efisien di setiap kementerian juga perlu digantikan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dengan berkesan.

Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH bahawa hukuman tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji yang masih menjadi tunggakan kerajaan.

Oleh yang demikian, PH perlu segera bangkit dan memperbetulkan keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai kerajaan pilihan di PRU15.

Sekiranya PH lewat bertindak kemungkinan besar akan menerima impak yang besar pada PRU15, dengan ini segala usaha yang dilakukan untuk menukar kerajaan yang korup selepas 60 tahun memerintah negara ini menjadi sia-sia dan usaha ke arah membentuk Malaysia Baru tidak tercapai sepenuhnya.

Maka dengan ini saya menyeru agar kerajaan menyegerakan proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Anwar di mana ia menjadi satu titik permulaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PH semula.

Masih guna polisi BN
 
Seperti dinyatakan di atas pengalaman Anwar ia akan menjadi tunjang kekuataan beliau dan Kerajaan PH. Hubungan baik beliau dengan pemimpin-pemimpin negara luar juga akan membantu negara kita dari segi ekonomi dan memacu negara kita ke arah negara maju.

Di sini saya juga menyarankan kerajaan PH untuk mewujudkan polisi-polisi baru yang relevan dengan keadaan masa kini memandangkan kita masih menggunakan polisi yang sedia ada d imana ia diwujudkan semasa pemerintahan BN.

Sebagai kerajaan pemerintah baru, PH harus memperkenalkan polisi-polisi baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bagi membuktikan PH sebagai kerajaan prihatin yang mempedulikan rakyat.

Dalam konteks ini, polisi yang menjadi keutamaan buat masa sekarang ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin menekankan bukan sahaja golongan B40 namun semua lapisan rakyat.

Janji manifesto
 
Sejajar dengan ini, usaha menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa memandangkan kewangan negara masih terumbang-ambing disebabkan parti pemerintah yang lalu dan kini masih dalam proses pemulihan, kita tetap perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menunaikan janji-janji manifesto contohnya penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penstabilan harga minyak.

Kedua-dua perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan pinjaman PTPTN melibatkan pengundi muda manakala harga minyak membabitkan dari anak muda hingga warga emas.

Kini di media sosial dapat dilihat anak-anak muda sudah mula menunjukkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan PH di ruangan komen.

Anwar merupakan individu yang terbaik dimana beliau berwibawa untuk memperkenalkan jalan penyelesaian atau formula baru menangani peningkatan kos sara hidup di samping merancang hala tuju kerajaan PH.

Diharapkan pengumuman proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai PM ke-8 akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.

oleh:  KUMARESAN ARAMUGAM adalah Adun Batu Uban, Ketua AMK Bayan Baru dan Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang (MPNPP).

Monday, January 7, 2019

Anwar dan Tun Mahathir Bergaduh Lagi ?



Ini game tahap tinggi,bukan semua lapisan boleh faham,bukan semua seni boleh difahami,benarlah politik itu satu seni, pemain politik juga orang seni.

Politik Malaysia telah mengukir sejarah bahawa Tun M dua kali boleh menjadi PM, Malaysia juga melakarkan sejarah dua kali Anwar membantu untuk kemenangan Tun M dalam pilihanraya umum menentang parti lawan.

Kedua dua tokoh politik ini adalah 'Gifted'.

Anwar Ulangi: Dr M,saya dah setuju peralihan kuasa

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan beliau dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju mengenai pelan peralihan kuasa.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Anwar berkata spekulasi pertelingkahannya dengan Dr Mahathir bersumberkan laporan tidak tepat pihak akhbar dan desas-desus di media sosial.

"Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun (Dr Mahathir) tentang soal peralihan kuasa. 

"Kita telah bersetuju berkenaan proses dan pelan transisi tersebut, dan juga turut dimuafakati di peringkat Pakatan Harapan," katanya.

Ini kali kedua Anwar bercakap mengenai hubungannya dengan pengerusi Pakatan Harapan sejak mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu lalu.

Watak-watak mahu lihat PH gagal

Spekulasi mengenai pelan peralihan kuasa itu muncul kembali selepas perwakilan Bersatu menggesa Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri bagi tempoh satu penggal.

Sebelum pilihan raya 9 Mei, keempat parti komponen PH telah bersetuju Mahathir akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya sebelum menyerahkan pemerintahan kepada Anwar. Tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu, Anwar berkata beliau menyokong kenyataan Mahathir bahawa kerajaan PH kuat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata PH akan menghadapi cabaran mendatang yang hebat dan PH perlu berpadu tenaga untuk berjaya.

"Walaupun telah banyak yang dicapai, cabaran-cabaran yang mendatang memerlukan kerjasama dan dukungan kuat semua pihak dalam Pakatan Harapan.

"Kita juga menyedari wujudnya watak-watak yang ingin melihat kita gagal. 

"Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat.

"Mari kita bergerak ke depan dan bekerja ke arah memungkinkan sebuah Malaysia yang progresif, sejahtera dan aman sentosa," kata MP Port Dickson itu lagi.

sumber...mKini

Wednesday, January 2, 2019

Anwar Angkat Sumpah Sebagai PM Bulan Jun 2019 ?



Berbagai andaian,ramalan dan spekulasi dari pengamat media ,penganalisa politik dan sebagainya mengenai penyerahan kuasa  Tun M selaku PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tempoh masa sebagai PM ke7 nampaknya semakin hari semakin jelas Tun M akan menyerahkan tugas sebagai PM kepada Anwar.

Blog ini berpendapat bulan Jun 2019 akan berlaku pemindahan kuasa dari Tun M kepada Anwar,

Berdasarkan beberapa scenario semasa nampaknya Tun M sendiri akui keadaan kondisi beliau tidak membenarkan untuk bertugas sehingga umur beliau menjangkau 95 tahun.

Tun M sudah berjaya meletakkan dirinya sebagai negarawan terbilang,pesaing ,pemain dan penentu arah politik anak watan dan Malaysia.Knock Out kepada Najib Razak,umno BN dan sekutunya telah terbukti.

Detik sejarah sedang menanti antara dua musuh politik yang dahulunya berpencak silat kini sahabat sejati untuk memakmurkan negara Malaysia.



Dr M: Anwar tak pernah kata mahu jadi PM lebih awal

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.

"Dia (Anwar) tak ada kata 'saya mahu jadi perdana menteri lebih awal' atau seumpamanya," kata Mahathir dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Isnin lalu .

Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menepati janji untuk menjadi perdana menteri selama dua tahun.

"Mungkin lebih sedikit, tapi saya sudah janji, saya akan tunaikan janji," katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun enggan memberi pandangan sama ada beliau melihat Anwar sebagai calon terbaik menggantikannya.

"Bukan saya yang menilai perkara itu. Apa yang saya kata, ketika kita tubuhkan Pakatan Harapan (PH), kita sudah setuju bahawa dia akan menggantikan saya.

"Saya tidak pernah kata dia calon perdana menteri yang baik atau buruk. Mereka cuma mahu saya berjanji bahawa saya tidak akan jadi perdana menteri dalam tempoh yang lama.

"Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua," katanya.

Selain persetujuan dalam kalangan PH, jelas Mahathir, jawatan Anwar sebagai pemimpin PKR menjadikannya orang yang layak menjadi perdana menteri berbanding bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam atau veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Tambah Mahathir lagi, beliau hanya mahu membetulkan kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran sebelumnya yang kini, menurutnya, baru pada tahap 30 atau 40 peratus.

Meskipun Mahathir beberapa kali memberikan jaminan akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar, terdapat pihak termasuklah dalam Bersatu yang mencadangkan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Cadangan itu turut dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 30 Dis lalu.

sumber...mKini

Sunday, December 30, 2018

Dr M Tetap Pegang Janji Serah Jawatan PM pada Anwar




Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya untuk berpegang pada janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang perwakilan daripada Kelantan, Zulkifli Zakaria pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini mencadangkan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15.

"Macam-macam orang ada pendapat, mereka ada pendapat masing-masing.

"Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Sumber memaklumkan cadangan itu dibangkitkan ketika perwakilan berkenaan membahas ucapan dasar presiden, Muhyiddin Yassin.

Sesi perbahasan berkenaan diadakan secara tertutup.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini dinamakan sebagai individu yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya juga pernah dibangkitkan sebelum ini oleh Bersatu Setiawangsa.

Pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.

Sementara itu, diminta mengulas reaksi perwakilan yang bersetuju dengan usul itu, sambil tersenyum Mahathir berkata: "Mana saya tahu, tapi ramai yang berdiri.”

Dr Mahathir juga dijangka akan mengulas isu tersebut ketika ucapan penggulungan persidangan itu, petang ini.

Laporan ini disediakan oleh Anne Muhammad, Alyaa Alhadjri dan Norman Goh.mKini

Wednesday, December 19, 2018

PM: Saya Tak Suka Majoriti Dua Pertiga, Saya Mahu Pembangkang Yang Kuat



Berbeza daripada kenyataannya tiga minggu lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak gemar mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Secara peribadi, saya tidak suka majoriti dua pertiga. Saya mahu pembangkang yang kuat, " kata Mahathir ketika ditanya sama ada langkah Bersatu mengalu-alukan mereka yang meningglkan Umno adalah satu usaha untuk meningkatkan bilangan MP Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kemasukan Ahli Parlimen Umno yang telah ditapis ke dalam Bersatu akan mengukuhkan parti itu dan Pakatan Harapan.

Pada 28 Nov, ketika Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali dan empat bekas senator Umno menyertai Bersatu, Mahathir berkata mereka diterima kerana kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, dan tidak dapat menunaikan beberapa janjinya.

"Jadi dengan kemasukan mereka, kita mungkin mendapat angka yang kita perlukan," kata Mahathir ketika itu.

Bercakap dalam satu temu bual semalam, PM berkata beliau percaya tentang perlunya pembangkang sejak pertama kali beliau menjadi perdana menteri sebelum ini.

"Ketika saya mengetuai BN, saya pernah mengatakan bahawa kita memerlukan pembangkang.

"Tanpa pembangkang, ia seperti tidak mempunyai cermin untuk melihat diri sendiri. Anda fikir anda cantik tetapi sebenarnya anda sangat hodoh," kata Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, pembangkang telah berkecai, dengan MIC dan MCA "tidak berfungsi", sementara Umno telah berpecah kepada pelbagai puak.

"Jadi tidak ada lawan yang berwibawa pada masa ini," katanya.

Mahathir kemudian berkata bahawa Bersatu tidak mampu untuk mengabaikan semua mereka yang meninggalkan Umno.

Ini kerana pemimpin-pemimpin itu mempunyai sokongan orang Melayu yang besar di kawasan luar bandar, yang mana kerajaan perlukan sokongan mereka.

Mahathir juga berkata bahawa beliau tidak bimbang dengan MP Umno cuba berjumpa dengannya dan bakal penggantinya Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata dalam 'Malaysia Baru', semua orang dialu-alukan untuk berjumpa sesiapa sahaja, sama ada dirinya atau anwar.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau telah menemui Anwar untuk memastikan Umno tidak dibatalkan pendaftarannya.

Sebagai pertukaran, Nazri berikrar bahawa semua Ahli Parlimen Umno akan menyokong Anwar apabila beliau akhirnya menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Oleh:  Zikri Kamarulzaman

Monday, December 17, 2018

Isu MP PAS Jumpa PM: Kenyataan Tuan Ibrahim dan SU Bercanggah




Isu pertemuan dua anggota parlimen PAS dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin menjadi menimbulkan tanda tanya.

Ia susulan kenyataan dua pimpinan kanan parti itu saling bercanggah antara satu sama lain.
Bagi Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, perkara itu tiada isu yang berbangkit kerana pertemuan dua anggota parlimen itu sudah dimaklumkan.

Malah beliau menegaskan, kedua-dua MP itu juga tidak perlu dipanggil untuk sebarang penjelasan.
"Tak (dipanggil). Ia bukan isu pun, (pertemuan) dalam makluman parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

PAS akan kenal pasti MP jumpa Dr M

Sebelum ini isu tersebut tular di media sosial dan Tuan Ibrahim yang juga MP Kubang Kerian mengakui terdapat dua anggota parlimen PAS yang mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

Katanya, pertemuan itu satu perkara biasa memandangkan Mahathir adalah pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman dan sering menjadi rujukan banyak pihak.

“Saya pun ada dengar begitu (pertemuan). Tapi Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dia memang terbuka menerima kunjungan siapa sahaja. Saya pun pernah jumpa tiga, empat kali dengan beliau," katanya.

Sementara itu nada sebaliknya disuarakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyatakan pihaknya akan mengenal pasti dan memanggil dua ahli parlimen berkenaan.

MP Kota Bharu itu berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai pertemuaan itu dan ia tidak dimaklumkan kepada parti.

"Pihak saya memang tidak tahu menahu adanya pertemuan seperti yang diuar-uarkan. Adakah betul mereka jumpa? Jika betul mereka jumpa kita akan panggil dan dapatkan kepastian.

“Sekiranya ia perjumpaan atas hal individu atau peribadi, ia bertentangan dengan pendirian PAS dan mereka melanggar disiplin, tindakan mereka menimbulkan pelbagai persepsi dan seharusnya perjumpaan itu dibuat melalui parti, apapun kita akan siasat dulu," katanya, petik Sinar Online.

Menurut laporan itu, beliau berkata sekiranya benar (ada pertemuan) sebagai seorang ahli parlimen dan atas apa jua urusan, pertemuan itu perlulah dimaklumkan kepada parti.

Malaysiakini juga menghubungi Takiyuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, bagaimanapun setakat ini beliau belum memberi sebarang maklum balas.

sumber...N Faizal Ghazali  mKini

Tuesday, October 16, 2018

Putrajaya Tidak Dibangunkan Seperti Dirancang - PM



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan mengikut apa yang dirancangkan beliau sebelum ini.

Dalam temubual bersama Wall Street Journal (WSJ), Dr Mahathir berkata, Putrajaya mempunyai terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduknya dilihat lebih suka memandu berbanding berjalan di sepanjang jalan utama yang luas.

“Saya mahu membina sebuah boulevard seperti Champs-Élysées di Paris, dengan jalan raya dan banyak kedai,” katanya dipetik dalam temu bual itu, merujuk kepada Persiaran Perdana di sini.

Jalan raya sejauh tiga kilometer yang dipanggil ‘The Boulevard’ oleh penduduk di sini, melalui bangunan pentadbiran di Presint 2 hingga 4, dengan Dataran Putra yang menempatkan Pejabat
Perdana Menteri di satu hujung dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di hujung yang lain.

“Orang ramai akan pergi berjalan-jalan dan menikmati kopi di kafe dan semua itu tetapi penjawat awam, mereka mahu menjadi eksklusif, mereka tidak mahu sesiapa di sana.

“Saya beritahu mereka jika anda berbuat demikian, maka seluruh bandar mati dan ia menjadi bahaya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengadu mengenai pemandangan menara setinggi 564 kaki (171.9 meter) dari pejabatnya.

“Kenapa mereka mahu membina bangunan tinggi ini? Ia merosakkan segala-galanya,” katanya.

Bangunan yang dirujuknya itu adalah bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setinggi 39 tingkat terletak di hujung jalan raya, bersama-sama dengan bangunan tinggi lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selepas Dr Mahathir berundur (sebagai Perdana Menteri keempat), banyak idea beliau dibatalkan oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, termasuk sistem pengangkutan monorel di pusat pentadbiran ini, yang kini hanya tinggal terowong yang tidak disiapkan dan jambatan yang tidak dihubungkan merentasi tasik buatan manusia.

Jambatan itu digambarkan Dr Mahathir sebagai ‘satu-satunya jambatan tergantung yang tertangguh di dunia’.

Laporan WSJ turut melabelkan Putrajaya sebagai ‘cultural backwater’ (pusat kebudayaan yang tak berkembang) dengan pelancong bingung dengan kekurangan lokasi kedai makan yang ditawarkan, sementara rancangan untuk membuka francais Hard Rock Cafe yang disokong oleh Dr Mahathir, dibatalkan oleh pelabur.

Namun, difahamkan dengan kembalinya Dr Mahathir menerajui kerajaan, kebangkitan Putrajaya kembali di landasan, ditambah pula dengan kehadiran pelancong yang semakin meningkat sejak Pakatan Harapan yang diketuai beliau memenangi pilihan raya lalu.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu juga menjadi pilihan bagi acara sambutan kemerdekaan tahun ini berbanding Kuala Lumpur.

 Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Thursday, February 25, 2016

Semakin Panas: Tun Mahathir Tibai PM Najib Lagi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan tidak benar, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail AFP, 24 Februari, 2016.

 Najib tidak saman WSJ kerana takut kebenaran terbongkar, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.

Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.

"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.

sumber...TMi

Wednesday, November 4, 2015

Sanusi Junid Tibai Boss 1MDB Lagi..


Pencetus 1MDB punca masalah bukan yang bercakap, kata veteran parti

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid percaya kesal kerana Umno melihat beliau dan beberapa individu sebagai punca masalah terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan mereka cuma menyuarakannya.

Mereka yang memulakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mencetuskan semua masalah berkaitan dengannya sebenarnya lebih teruk berbanding yang hanya membincangkan skandal tersebut, kata bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau yang dipercayai termasuk dalam senarai 7 pemimpin Umno yang bakal dikenakan tindakan disiplin berkata orang sepertinya, berani lantang bersuara tidak sepatutnya dijadikan sasaran.

"Jika anda kata mereka yang bercakap tentang isu itu menyebabkan perpecahan, maka orang yang menyebabkan masalah itu timbul adalah lebih teruk berbanding  yang bercakap tentangnya.

"Bukan kami penyebab masalah, kami hanya bercakap tentangnya. Pastinya bercakap tentang masalah itu lebih baik berbanding menjadi pencetus masalah," veteran Umno itu berkata kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau antara 7 yang sedang berada dalam pemerhatian parti.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB sebagai firma pelaburan strategik negara dan turut berfungsi sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.

Sanusi dikatakan tersenarai sebagai 7 individu yang bakal dikenakan tindakan kerana mengeluarkan "kenyataan tidak masuk akal" terhadap parti.

Beliau hadir pada satu sidang media bersama 5 bekas pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menuntut kerajaan agar tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap pengkritik parti.

Selain Sanusi, turut dikatakan berada dalam senarai pemerhatian ialah Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, yang semuanya secara terbuka mengkritik Najib berhubung 1MDB.

Dua lagi dikatakan sedang diperhatikan ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, kedua-duanya penyokong kepimpinan Najib.

Jamal dikenali sebagai jurucakap utama "perhimpunan baju merah" atau Himpunan Rakyat Bersatu, yang diadakan pada 16 September sebagai tindak balas terhadap perhimpunan anjuran badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, beliau berkata beliau tidak percaya dirinya antara yang tersenarai dalam 7 pemimpin dalam pemerhatian Umno dan berkemungkinan digantung daripada parti terbesar Melayu itu.

Bagaimanapun, beliau menerima keputusan itu sekiranya ia dibuat Majlis Tertinggi Umno.

"Saya memang tidak percaya (berita senarai 7 pemimpin Umno) berita daripada sumber itu.

"Saya tidak pernah tidak sehaluan (dengan parti) dan (kenyataan saya) selari dengan apa yang diperkatakan dalam parti, kerana saya percaya apa yang diperjuangkan presiden parti berada pada landasannya," kata Jamal.

Beliau yang berjanji akan menghormati dan akur keputusan parti turut menegaskan tidak akan berganjak daripada memperjuangkan Umno.

"Saya tidak ada masalah, perjuangan perlu diteruskan. Saya masih tetap dalam perjuangan Umno. Dalam prinsip saya, pemimpin umno perlu dipertahankan terutamanya presiden parti," katanya.

Sebaliknya, menurut Sanusi, beliau yakin sebenarnya lebih ramai orang sudah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran negara dan parti.

Justeru, beliau percaya senarai mereka yang bakal dikenakan tindakan daripada Umno perlu "diperluaskan" lagi.

"Saya teruja dengan perkara ini. Saya rasa kita perlu perluaskan lagi senarai itu dan ada jawatankuasa warga bagi menilai skandal-skandal ini, aktiviti penipuan yang sedang berlangsung," kata bekas ketua penerangan Umno sewaktu Dr Mahathir menjadi presiden parti itu.

Ini kerana, "psike" nasional kini berupa kebencian terhadap pentadbiran negara katanya, sambil menambah orang ramai dahulu takut dengan kerajaan namun skandal demi skandal yang terbongkar merubah ketakutan itu kepada kebencian.

"Melangkaui ketakutan adalah kebencian dan orang kini mula membenci dan belajar membenci. Maka semua elemen ini, personaliti yang berasaskan dengan mencipta ketakutan.

"Mereka boleh mengugut orang, tetapi mereka perlu ingat, dengan mencetuskan ketakutan, mereka memberikan orang keberanian," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, bekas menteri penerangan Zainuddin berkata, beliau tidak sedih atau tersinggung kerana dikatakan sedang dipantau untuk tindakan disiplin.

"Saya tidak ada isu. Saya tidak ada masalah jika mereka mahu menggantung saya atau putuskan saya.

"Saya tidak mempunyai kepentingan dalam Umno. Saya tidak rugi apa-apa walaupun sekiranya saya keluar," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini. – 4 November, 2015.

oleh: KC NAZARI DAN NABIHAH HAMID

Tuesday, September 8, 2015

Undi Tak Percaya: Respon Awal Speaker Dewan Rakyat



Undi Tak Percaya Terhadap PM: Hanya Speaker Buat Keputusan

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan memutuskan sama ada akan membenarkan usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika dan bila ia dikemukakan kepadanya.

Pandikar Amin menegaskan hanya Speaker Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak sesuatu usul.

"Tiada menteri yang boleh menolak apa-apa (usul) termasuk Perdana Menteri. Yang berkuasa hanyalah Speaker," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Perhimpunan Ahli Parlimen Wanita Antara Parlimen ASEAN.

Ditanya sama ada terdapat usul terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata: "Bila Parlimen mengadakan sesinya?". (Dewan Rakyat sedang berehat dan akan hanya bersidang semula pada 19 Oktober).

Tentang apa bentuk keputusannya, beliau berkata: "Saya akan seberangi jambatan bila tiba padanya".

Pemimpin-pemimpin Pembangkang dilaporkan mahu mengemukakan usul tidak percaya terhadap Najib pada sidang parlimen akan datang.

sumber...BERNAMA

Thursday, August 13, 2015

Najib Ada Hubungan Sulit Dengan Marina Mahathir ?



The Malaysian Insider nafi siar berita Najib ada hubungan sulit dengan Marina

The Malaysian Insider hari ini menafikan menyiarkan berita memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan anaknya, Datin Paduka Marina.

Petikan gambar berita bertajuk: "Najib pernah ada hubungan sulit dengan anak saya, Marina, kata Mahathir" itu kini tersebar menerusi aplikasi Whatsapp di telefon bimbit.
Berita berkenaan turut memaparkan gambar dengan kapsyen: "Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuannya, Marina."

Petikan berkenaan turut menunjukkan berita itu disiarkan pada 11 Ogos 2015, pada jam 4.10 petang dengan menggunakan nama wartawan dan jurugambar The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider menyifatkan tindakan menyebarkan petikan palsu (gambar, kanan) berkenaan dan mengaitkannya dengan laman web ini adalah tidak bertanggungjawab.

sumber...TMI

Thursday, July 30, 2015

Video: Muhyiddin Kata PM Akui RM2.6 bilion dalam Akaun


Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.


 Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?

[Baca berita asal]

Tuesday, July 28, 2015

Mungkin Ini Sebabnya Muhyiddin Di Gugurkan Dari TPM..


"Jika Kerana Pendirian Dalam Isu 1MDB Saya Digugurkan, Saya Reda" - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet pada Selasa, menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan hati terbuka.

Katanya, sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Najib, kecuali dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menghormati kuasa prerogatif perdana menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Muhyiddin berkata beliau bagaimanapun akan meneruskan perjuangannya dalam parti sebagai timbalan presiden dan selebihnya berserah kepada Allah.

"Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan Umno. Sebagai timbalan presiden Umno, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.

"Kepada Allah saya berserah," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memberikan peluang untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai timbalan perdana menteri bermula 10 April 2009.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri," katanya.

Najib, ketika membuat pengumuman tersebut menegaskan rombakan Kabinet dilakukan bagi memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, keputusan  menggantikan Muhyiddin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah satu keputusan sukar tetapi terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Dalam rombakan itu, Najib turut menggugurkan empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran negara.

sumber...Mstar

Tuesday, July 7, 2015

Peluang Muhyiddin Jadi PM Sudah Terbuka,Ada Berani ?


Muhyiddin digesa jumpa Agong pohon lucut Jawatan Najib

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa timbalan perdana menteri agar bertemu Yang Di Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan perdana menteri.

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya buat sementara waktu dan seterusnya memangku jawatan perdana menteri.
Husam menggesa agar Muhyiddin bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memohon mengadap ke bawah duli bagi membuat permohonan itu demi "membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil" terhadap dakwaan aliran wang lebih RM2.3 bilion ke dalam akaun Najib.

"Ketika peguam negara membuat kenyataan melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya diambil alih seorang PM yang baharu atau paling kurang pemangku PM.

"Sesuatu mesti dilakukan semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggungjawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam turut menggesa ahli-ahli Parlimen sedia ada tanpa mengira fahaman politik memberikan sokongan mereka kepada Muhyiddin bagi mengambil alih jawatan itu daripada Najib.

Pada masa sama katanya, Muhyiddin perlu menjamin satu tindakan undang-undang akan dilaksanakan tanpa pilih kasih, apabila memangku jawatan itu.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara daripada Najib sekalipun mereka adalah daripada parti-parti di luar kerajaan.

"Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sebab Najib tidak membuat sebarang laporan polis bagi membersihkan namanya ekoran dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa beliau menerima wang itu di dalam akaun peribadinya di AmBank.

"Najib hanya menyatakan peguam-peguamnya akan memberikan nasihat kepadanya tentang tindakan yang sepatutnya diambil beliau.

"Kenapa begitu lambat peguam-peguamnya memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan beliau.

"Najib perlu melakukan pembelaan dirinya dari pada semua tuduhan tuduhan yang dilakukan The Wall Street Journal dan Sarawak Report.

"Langkah yang pertama yang sepatutnya dilakukan Najib ialah membuat laporan polis ke atas WSJ dan SR," katanya dalam kenyataan hari ini.

sumber...TMI

Wednesday, January 21, 2015

Unjuran Ekonomi Semasa Najib, Memang Nampak 'Cincai' Pun

 Patut ler Ketua Penerangan PAS pun kata laporan PM Najib semalam 'cincai' wal halai balai jer .

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, amat menghairankan meskipun Putrajaya mempunyai pakar ekonomi namun gagal mengesan trend penurunan harga minyak yang dijangka akan terus berlaku.

"Pada ketika ini ‎ Najib membuat semakan belanjawan berdasarkan penyesuaian kedudukan kewangan dengan berasaskan unjuran  harga minyak AS$55 dolar setong.

"Bagaimana nanti sekiranya harga turun dan laporan antarabangsa meramalkan beberapa bulan akan datang ia mungkin jatuh sehingga AS$40 dolar setong.

"Adakah ini bermaksud apabila berlaku penurunan mendadak maka kerajaan terpaksa sekali membentangkan belanjawan mengikut unjuran? Namun, ketika itu tidak mustahil  pembentangan akan dijalankan di tepi jalan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur.....lapor TMI


Rafizi: Ada benda penting Najib tertinggal

"Kalau kerajaan perlu memotong hutang ataupun perbelanjaan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah memotong peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak)  iaitu peruntukan bebas PM yang tidak menyentuh kepada mana-mana projek,".

Demikian reaksi Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli mengenai pembentangan unjuran semasa keadaan ekonomi negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya hari ini.

Namun, sebaliknya, perkara penting itu langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri.

"Tiada  pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai perkara ini.
"Sepatutnya pemotongan peruntukan kepada PM menjadi perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau dalam pembentangan tersebut," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jelas Rafizi lagi, oleh itu beliau melihat perdana menteri tiada keseriusan daripada aspek 'kehendak politik' untuk mengawal perbelanjaan kerajaan.

"Oleh itu pengumuman ini tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk meneliti  perkara sebenar yang menggugat kewangan kerajaan," katanya.

Ulasnya penangguhan Program Latihan  Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri tidak menjawab soalan pokok kepada permasalahan kewangan negara sebaliknya penjimatan tersebut hanya 'penyelesaian  kecil' sahaja.

"Pengumuman  yang dibuat beliau hanyalah menyentuh beberapa isu kecil dan tidak menyentuh perkara-perkara pokok yang lain.

"Isu perbelanjaan negara dan kejatuhan matawang RM tidak disentuh, namun beliau sentuh  mengenai PLKN, yang dilihat terlalu 'kecil' isunya," katanya.

Pagi tadi, Najib membentangkan unjuran kewangan semasa ekonomi negara.


sumber...sh
Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Wednesday, January 7, 2015

Siam Pulak Bocor Apa Nyonya Mansor dan PM Buat di Bangkok



Media Thai: Najib membeli-belah, main golf

Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.

Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.


 Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di Hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

 


“Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.

“Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya. Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini,” kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Kehadirannya di Thailand bagi tujuan tersebut, dan juga kemunculan Rosmah di negara berkenaan menimbulkan persoalan mengenai penggunaan jet Malaysia - pesawat Airbus A319 dengan tanda panggilan 9M-NAA.

Najib dan anggota keluarganya berlepas ke Hawaii dengan pesawat tersebut pada 20 Disember.

Beliau seterusnya bergegas pulang ke Malaysia apabila timbul kritikan meluas mengenai percutian dan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika tanah air dilanda bencana banjir buruk.

Najib dilaporkan menaiki pesawat komersial dari AS ke Hong Kong dan kemudiannya dijemput dengan sebuah lagi pesawat kerajaan – dan seterusnya mendarat di Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir pada 27 Disember.

Sementara itu, pesawat Airbus A319 yang digunakannya ke AS itu dikesan membuat persinggahan di beberapa lapangan terbang di Los Angeles, Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok.

Pesawat itu mendarat di Bangkok pada hari Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat tersebut tidak digunakan oleh keluarga Najib tetapi mengalami masalah teknikal.

PMO bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai persinggahan di bandar-bandar utama tersebut, sehingga tiba di KLIA dari Bangkok.

[Baca berita asal]


Tuesday, January 6, 2015

Pukul 2:00 Pagi Nyonya Mansor Duk Buat Apa Tuu ?


Sejak balik dari 'holiday' ada saja akai baru FLOM nie..

Wa ingatkan beliau nak cepat cepat berziarah mangsa mangsa banjir seperti kata suaminya MALA PETAKA BESAR, rupa rupanya ada benda lain pulak  yang maybe beliau rasakan lebih afdhol, mungkin ostad maza @ kazem dah bagi pencerahan berkenaan fiqh aulawiyat kot..

Siyes jer wa nampak statement terbaru beliau hari nie, wa ingat kot beliau terbangun pada awal pagi nak buat amal ibadat seperti Tahajjud ke Tartil ke ape bende amal yang soleh ler katekan..

Tup tup ade bende laen pulak yang beliau nak habaq mai ...

Buat pii ler...kot kot alasan nie boleh koner baring supaya tak buat lawatan ziarah mangsa mangsa banjir seperti tahun tahun dahulu ... !

Kan bang Jib pon daa kene E.COLI kan..takot tersangkut E.COLI jugak ke ? minta maap ler, mintak simpang dijauhkan segala bala bencana.

Rosmah tak dapat tidur motosikal bising

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap orang ramai tidak putus asa dalam usaha mendidik remaja yang gemar menunggang motosikal pada lewat malam.

Beliau menyatakan harapannya itu pada majlis penutup acara Kem Perkasa Remaja Puri Pujangga, di Bangi pagi ini.

Menurut Rosmah, harapan itu mendorong beliau mencetuskan program tersebut.

"Ketika itu saya melihat banyak gejala-gejala sosial yang terjadi kepada anak-anak muda kita.

"Ini merupakan satu concern (perkara yang perlu diambil berat) bagi kita semua, terutama sekali inilah anak-anak kita yang suka naik motosikal.

"Sebab rumah saya di KL tepi jalan, bila tengah malam dengar motosikal bukan main laju dan kuat, lama pula.

"Mesti ramai yang berlumba di tengah jalan. Apabila saya dengar itu saya rasa perlulah kita membuat sesuatu kerana memang saya dengan (Datuk Seri) Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi motosikal.

"Kalau dengar bunyi motosikal waktu petang tak apa tapi ini pagi pukul 2," katanya.

"Kita jangan putus asa dengan mereka.

"Apa kita lihat hari ini mereka mempunyai iltizam untuk menjadi insan yang baik," katanya lagi.

[Tonton video berkaitan]