Followers

Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Saturday, January 19, 2019

Pertama Dalam Sejarah, Putrajaya Saman Kelantan Demi Orang Asli

  

Sekumpulan Orang Asli di Pejabat Perdana Menteri pada Ogos tahun lepas. Putrajaya hari ini mengumumkan saman terhadap kerajan Kelantan.

Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli, yang pertama oleh kerajaan persekutuan melibatkan hak tanah pribumi.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah pribumi untuk menjalankan aktiviti komersial.

“Penerima manfaat dalam saman ini adalah Orang Asli. Litigasi ini adalah percuma,” kata Peguam Negara dalam kenyataan hari ini.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta.
Thomas berkata tindakan kerajaan persekutuan memulakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli adalah yang pertama sejak Merdeka, tindakan yang dilihat seperti Putrajaya mengiktiraf kewajipannya melindungi masyarakat itu.

“Orang Asli mempunyai sejarah yang kaya dan kuno. Mereka menjalani kehidupan yang damai dan lestari di hutan-hutang Tanah Melayu sejak zaman dulu,” kata Thomas.

Beliau berkata ekonomi dan budaya Orang Asli sangat bergantung kepada tanah nenek moyang mereka.

“Sememangnya seluruh warisan, tradisi dan kehidupan mereka bergantung kepada tanah nenek moyang dan sumber-sumber berkaitan,” tambahnya.

Thomas berkata hak asasi masyarakat itu sudah terlalu lama tidak diendahkan.

Kerajaan Kelantan dan agensi-agensinya baru-baru ini menganugerahkan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat swasta untuk memasuki tanah-tanah pribumi Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor, berdekatan Gua Musang.
Kawasan-kawasan hutan dilapor dibersihkan untuk membuka laluan kepada ladang-ladang durian dan getah.

Thomas berkata tindakan itu menyebabkan Orang Asli suku Temiar kehilangan tanah pribumi dan sumber, dan menyebabkan hakisan tanah, pencemaran dan kerosakan pada ekonomi dan lanskap Pos Simpor.

“Kerajaan Kelantan tidak berunding dengan Orang Asli suku Temiar sebelum menganugerahkan lesen-lesen pembalakan itu atau menawarkan sebarang pampasan atas kehilangan tanah pribumi dan sumber,” tambahnya.

Beliau berkata walaupun kerajaan Kelantan mempunyai bidang kuasa berhubung tanah, perhutanan dan perlombongan, ia juga mempunyai kewajipan untuk melindungi dan memelihara kebajikan Orang Asli suku Temiar.

“Pembangunan komersial dan mencari keuntungan tidak boleh mengorbankan Orang Asli suku Temiar dan hak mereka ke atas tanah dan sumber yang secara tradisi dimiliki dan digunakan mereka,” katanya.

sumber...FMT
foto: FMT

Tuesday, October 16, 2018

Putrajaya Tidak Dibangunkan Seperti Dirancang - PM



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan mengikut apa yang dirancangkan beliau sebelum ini.

Dalam temubual bersama Wall Street Journal (WSJ), Dr Mahathir berkata, Putrajaya mempunyai terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduknya dilihat lebih suka memandu berbanding berjalan di sepanjang jalan utama yang luas.

“Saya mahu membina sebuah boulevard seperti Champs-Élysées di Paris, dengan jalan raya dan banyak kedai,” katanya dipetik dalam temu bual itu, merujuk kepada Persiaran Perdana di sini.

Jalan raya sejauh tiga kilometer yang dipanggil ‘The Boulevard’ oleh penduduk di sini, melalui bangunan pentadbiran di Presint 2 hingga 4, dengan Dataran Putra yang menempatkan Pejabat
Perdana Menteri di satu hujung dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di hujung yang lain.

“Orang ramai akan pergi berjalan-jalan dan menikmati kopi di kafe dan semua itu tetapi penjawat awam, mereka mahu menjadi eksklusif, mereka tidak mahu sesiapa di sana.

“Saya beritahu mereka jika anda berbuat demikian, maka seluruh bandar mati dan ia menjadi bahaya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengadu mengenai pemandangan menara setinggi 564 kaki (171.9 meter) dari pejabatnya.

“Kenapa mereka mahu membina bangunan tinggi ini? Ia merosakkan segala-galanya,” katanya.

Bangunan yang dirujuknya itu adalah bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setinggi 39 tingkat terletak di hujung jalan raya, bersama-sama dengan bangunan tinggi lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selepas Dr Mahathir berundur (sebagai Perdana Menteri keempat), banyak idea beliau dibatalkan oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, termasuk sistem pengangkutan monorel di pusat pentadbiran ini, yang kini hanya tinggal terowong yang tidak disiapkan dan jambatan yang tidak dihubungkan merentasi tasik buatan manusia.

Jambatan itu digambarkan Dr Mahathir sebagai ‘satu-satunya jambatan tergantung yang tertangguh di dunia’.

Laporan WSJ turut melabelkan Putrajaya sebagai ‘cultural backwater’ (pusat kebudayaan yang tak berkembang) dengan pelancong bingung dengan kekurangan lokasi kedai makan yang ditawarkan, sementara rancangan untuk membuka francais Hard Rock Cafe yang disokong oleh Dr Mahathir, dibatalkan oleh pelabur.

Namun, difahamkan dengan kembalinya Dr Mahathir menerajui kerajaan, kebangkitan Putrajaya kembali di landasan, ditambah pula dengan kehadiran pelancong yang semakin meningkat sejak Pakatan Harapan yang diketuai beliau memenangi pilihan raya lalu.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu juga menjadi pilihan bagi acara sambutan kemerdekaan tahun ini berbanding Kuala Lumpur.

 Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Tuesday, October 8, 2013

Menjelang Muktamar : PAS Semakin "Caca Marba" ..

  

Dalam tempoh lebih kurang setahun yang lalu "Kebimbangan" Mat Sabu berkenaan Slogan PAS Ganti Umno nampaknya memasuki garis politik terkini parti PAS.

Pesanan Mat Sabu  supaya PAS menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan politik dan masa depan Melayu BUKANNYA ganti PERANGAI Umno !!

"Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya).

"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah, kata Mat Sabu.

Perebutan kuasa kecohkan mesyuarat agung dua kawasan PAS Wilayah Persekutuan

 Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan.

Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya.

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.

Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu,  Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir.

"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana.

"Samentara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan tindakan merehatkan dirinya kerana ia bertentangan dengan satu kes yang berlaku sebelum ini iaitu kes Pendang apabila Pejabat Agung PAS membatalkan keputusan itu.

Sementara itu, di kawasan Batu, mesyuarat agung pada 29 September lalu kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan satu cawangan iaitu Taman Datuk Senu mengundi.

Menurut sumber yang hadir, keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu, lapor sebuah portal berita.

"Bagi saya, ini adalah usaha sekumpulan anak muda kita yang cuba menafikan pimpinan orang lama," kata Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada The Malaysian Insider.
Ishak berkata, kekecohan berlaku apabila Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai Setiausaha Perhubungan dan Ketua Pemuda cuba mengambil alih proses pemilihan kawasan itu.

"Mengikut amalan kami di Wilayah Persekutuan ini, satu kawasan lain akan menyelia dan menjadi pemerhati mesyuarat kawasan ini. Dalam kes Batu, PAS kawasan Cheras yang diputuskan berbuat demikian. Bila Badan Perhubungan yang mengambil alih, mula timbulnya syak wasangka dan menimbulkan masalah ini," katanya.

Ishak menyertai PAS pada awal 1980-an selepas meninggalkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Akibat kejadian itu, katanya, beliau dipandang serong oleh sesetengah pihak dalam PAS.

Selepas apa yang berlaku dalam mesyuarat itu, penyelia pemilihan mempertikaikan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Harian Kawasan untuk menolak perwakilan Taman Datuk Senu kerana mereka menghantar dua senarai perwakilan yang bercanggah.

"Bagi mengelak masalah timbul dalam mesyuarat agung, kami tolak kedua-dua kumpulan perwakilan cawangan itu. Namun apabila pemilihan hendak dibuat, penyelia pemilihan meminta perwakilan Datuk Senu diterima. Ini yang menimbulkan kekecohan," kata Ishak.

Sumber daripada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, bagi pihak satu lagi pula, perwakilan Datuk Senu ditolak oleh PAS Kawasan Batu bertujuan menyekat pencalonan lain untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan yang dipegang Ishak.

"Dalam mesyuarat agung semula selepas itu, Ishak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kerana bila ditolak pencalonan Datuk Senu hanya tinggal satu sahaja pencalonan untuk calon lain, sedangkan perlu dua pencalonan untuk menjadikan pencalonan itu sah," kata sumber itu.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu disambung semula pada 6 Oktober di Taman Gombak dan dalam mesyuarat itu, Ishak serta dua lagi pimpinan utama PAS Kawasan Batu menang tanpa bertanding untuk jawatan yang dipertua, timbalan dan naib. – 8 Oktober, 2013.

sumber...TMI

Sunday, May 19, 2013

Siapa Ketua Jabatan Kena Tangkap Khalwat Pulak ??



Tak sempat ciluk...
Kantoi ler jawabnye..

Orang sibuk pasal penipuan ubn dan spr..
Diorang ni sempat lagi buat "Projek"..

Ini daa kes yang ke berapa kalinya melbatkan Ketua Jabatan, Ketua Pengarah ..

Nat buat camner... bila "cacing daa naik ke mata"

Ini ler ujian bagi setiap lelaki yang normal..

Harta..
Tahta..
Kereta..
Wanita...

Putrajaya: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan ketua jabatan sebuah agensi kerajaan beribu pejabat di Johor yang disyaki berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di sebuah rumah di Presint 11 di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 54 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala wanita berusia 31 tahun yang juga rakan sepejabatnya, dikatakan berpisah dengan suaminya awal Januari lalu dan ada seorang anak.
 
Penduduk curiga

Sumber berkata, kekerapan lelaki terbabit mengunjungi rumah wanita itu, terutama pada hujung minggu mengundang kecurigaan penduduk sebelum melaporkannya kepada Bahagian Penguat Kuasa JAWI Putrajaya untuk menyiasat dan bertindak.

Katanya, sepasukan pegawai penguat kuasa JAWI Putrajaya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi semalam.

Anggota penguat kuasa JAWI memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum ia dibuka seorang wanita memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang, katanya ketika dihubungi.

Pasangan disiasat

Sumber berkata, seorang lelaki lengkap berseluar panjang dan memakai kemeja-T turut berada dalam rumah berkenaan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak wanita itu turut berada di rumah berkenaan dan tidur ketika pemeriksaan dilakukan.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat JAWI di sini untuk siasatan lanjut, katanya.

sumber...b,hairan

Wednesday, May 1, 2013

Pusingan Akhir, Husam Yakin Menang 57% Undi Putrajaya



Pengerusi Jawatankuasa 'Roadmap to Putrajaya' Pakatan Rakyat itu benar-benar serius mahu memecahkan kubu kuat Umno.
PETALING JAYA: Kedatangan Datuk Husam Musa ke Putrajaya pada awal hanya dipandang sebelah mata, malah ada yang berpendapat langkah PAS meletakkannya ke kerusi Parlimen P125 itu semata-mata mahu membunuh karier politik beliau.
Namun sangkaan itu meleset. Ternyata Pengerusi Jawatankuasa ‘Roadmap to Putrajaya’ Pakatan Rakyat  itu benar-benar serius mahu memecahkan kubu kuat Umno.
Masakan tidak, Barisan Nasional (BN) dan calonnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Tengku Mansor (Ku Nan) yang pada awalnya tersenyum kini mula berpeluh melawan serangan ketua pasukan pemikir strategi PAS itu.
Selain bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad juga dibawa turun berceramah membantu Ku Nan menyekat gelombang perubahan yang mula ditunjukkan kakitangan awam.
Digelar ‘Tony Stark’ -satu karakter hero komik Marvel Iron Man- dalam media sosial, Naib Presiden PAS itu yakin mampu memperoleh antara 55 sehingga 57 peratus undi sekaligus merampas kerusi Putrajaya daripada tangan BN.
Di awal tempoh kempennya tidak ramai yang mahu turut serta, jika ada pun mereka berdiri jauh malah ada yang ‘malu’ menyorok di balik pokok dan kawasan gelap, bimbang kredibiliti sebagai penjawat awam akan terjejas.
Mula berani
Namun trend pengundi mula berubah apabila mereka perlahan-lahan mula berani hadir ke program ceramah PAS sehingga kawasan parkir kereta belakang Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya penuh dibanjiri orang ramai pada Jumaat minggu lalu.
“Sambutan sebegini tak dapat dilihat pada tahun 2008. Ini petanda gerakan perubahan seluruh negara tak terkecuali Putrajaya,” katanya.
Air mukanya kelihatan letih selain masih risau dengan tahap kesihatan ibunya yang kini sedang uzur di hospital, namun ia langsung tidak mematahkan semangat anak jati Kota Bharu Kelantan ini untuk terus fokus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
“Rehat ni ikut keperluan, kalau dah nak pitam tu rehatlah. Kalau masih gagah maknanya tak payah rehat lagi.
“Tapi syukur setakat ni saya masih boleh kendalikan lagi, buktinya pak menteri tiap-tiap hari dah komen kenyataan saya.
“Dulu saya duduk di kampung orang tak hirau tapi kini saya berada di pentas utama dalam misi mengubah Putrajaya,” katanya.
`Kawasan kelabu’
Masih menganggap Putrajaya sebagai ‘kawasan kelabu’, Husam melontarkan beberapa idea pembaharuan untuk menambah baik hidup pengundinya termasuk kira-kira 1.4 juta kakitangan awam.
Antaranya mengkaji semula pembayaran gaji kakitangan kerajaan berdasarkan minggu dan bukannya secara bulanan.
Wujud perbezaan empat minggu jika dihitung berdasarkan bulanan (12 bulan x 4 minggu = 48 minggu) berbanding minggu (365 hari / 7hari = 52 minggu).
“Ini bermakna gaji anda dalam setahun sebenarnya kurang empat minggu…perlu dikaji bukannya terus laksana,” katanya.
Katanya, cadangan itu tidak mustahil kerana negara di Barat termasuk Eropah sudah lama mengamalkan sistem sedemikian.
“Ini satu contoh idea pembaharuan yang ingin dilakukan Pakatan Rakyat. Ia sesuatu yang baik jadi (BN) bahaslah idea itu jangan asyik hentam peribadi sahaja,” katanya.
Isu rumah
Beliau turut membangkitkan isu rumah mampu milik dengan mendakwa Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dijual dengan harga RM125,000 sehingga RM150,000 dengan keluasan 850 kaki persegi itu tidak berpatutan.
Sedangkan menurut Husam, sumber daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) memberitahu tanah milik kerajaan Persekutuan diberikan secara percuma kepada pemaju.
PR1MA, agensi kerajaan yang dipengerusikan bekas menteri Datuk Seri Jamaluddin Jarjis itu dengan mudah membelinya dengan harga minimum RM1,000.
“Jadi kenapa harga rumah dinaikkan sedangkan pemaju dapat tanah secara percuma?
“Kerajaan ambil tanah dengan harga RM2.30 satu kaki persegi, nilai tanah sekarang dah jadi RM150 kaki persegi jadi bila diberikan percuma maknanya harga rumah sepatutnya kena rendahlah,” katanya.
`Hijrah Nabi’
Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kawasan pinggiran Putrajaya dimajukan khususnya di Bukit Damar dibangunkan sebagai kawasan perumahan bagi kakitangan yang berpendapatan RM3,000 kebawah.
Mengambil konsep ‘hijrah’ Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai satu strategi politik, Husam nafi mengabaikan kebajikan DUN Salor walaupun sibuk berkempen di Putrajaya.
“Pengundi di Salor anak emas saya. Sebagai anak emas kalau saya menang di Putrajaya mereka paling bangga sekali,” katanya.
Ditanya tentang potensi Pakatan Rakyat ketika ini, Husam berkata berlaku peningkatan kemenangan di 118 kerusi Parlimen berdasarkan maklumat daripada bilik gerakan dan boleh meningkat sehingga 122 kerusi.
“Apa yang kita jangka BN lebih panik sekarang dan petugas Pakatan Rakyat dinasihatkan agar lebih tabah dan tenang menjalankan kerja di hari-hari terakhir ini,” katanya.

sumber...fmt

Monday, April 29, 2013

Alamat Terbaru Pakatan Rakyat Bakal Menerajui Putrajaya


Putrajaya: Majlis Professor mesyuarat tergempar


Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya.

Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.



sumber...harakahdaily

Sunday, April 28, 2013

Pakatan Semakin Hampir Tawan Putrajaya - Kit Siang



PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin Pakatan Rakyat 'semakin hampir untuk menawan Putrajaya' selepas mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Lim yang akan bertanding di Gelang Patah, Johor, berkata daripada beliau menerima sambutan yang menggalakkan daripada lawatannya di Sandakan, Kota Kinabalu, Kuching, Mas Gading dan Serian.
Beliau mendakwa 'wujudnya angin perubahan yang kuat' daripada rakyat.
Lim turut meminta pengundi 'meningkatkan langkah untuk mencipta sejarah perubahan' dengan memenangi 33 kerusi Parlimen di negeri simpanan tetap Barisan Nasional iaitu Johor, Sabah dan Sarawak.
"Pakatan hanya menang tiga atau satu kerusi di setiap negeri pada pililihan raya umum 2008, antaranya di Bandar Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Bakri di Johor.
"Namun tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran yang ditetapkan lima tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Lim berkata beliau turut menjangkakan Pakatan Rakyat bukan hanya akan memenangi satu pertiga kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri, namun akan mencipta kejutan dengan memperoleh 33 kerusi Parlimen secara keseluruhan di negeri berkenaan.

sumber...mstar OL

Friday, April 26, 2013

Maklumat Umno Putrajaya Bocor Lagi...



Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam. 

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan. 

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.