Followers

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, September 21, 2020

Ku Li Serang Isu Air Karat dan Soal Kerjasama Pas-Umno

 


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyerang Pas lagi susulan kegagalan menyelesaikan masalah air di Kelantan

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut mengkritik sikap Pas dalam soal kerjasama politik dengan partinya.

Bahkan, Ahli Parlimen Gua Musang dalam wawancara dengan sebuah media secara sinis mempersoalkan kepentingan Pas.

Apa penting Pas ini? Di Kelantan pun air berkarat lagi. Dah berpuluh tahun dia (Pas) berkuasa di Kelantan.

Sekarang ini kita dengar nak ambil masa 30 tahun baru boleh menyelesaikan masalah air yang merah karat warnanya.

Nak beri laluan kepada dia (Pas) apa lagi? Dia dah berkuasa di Kelantan. Dia dah dapat kerusi terbanyak di Kelantan,” tempelaknya.

Bekas Menteri Kewangan itu juga secara spontan menjawab sambil ketawa, “Dia (Pas) nak dunia.”

Beliau berpendapat agihan kerusi bertanding untuk PRU-15 mesti mengambil kira kekuatan Umno dan Pas.

“Kalau dia (Pas) seorang duduk di situ. Tiada kerjasama.

“Sepatutnya (agihan kerusi) sama banyak. Patut yang kuat, kekal Umno. Yang kuat kekal Pas.

“Yang nampak 70:30 Umno, bagilah kepada Umno. Kita kerjasamalah selepas itu tengok siapa terpilih,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ku Li mendedahkan sikap bolot Pas seperti berlaku di Terengganu dan Kedah.

Dia (Pas) tak nak bagi Umno masuk dalam Exco (kerajaan negeri). Tapi sekarang dia masuk kerajaan Pusat. Jadi menteri dan sebagainya.

Di Terengganu pun dia (Pas) tidak bagi. Kita ada banyak kerusi di Terengganu tapi satu kerusi pun dia tak bagi. Di Kedah pun sama.

Apa makna kerjasama?” soal pengasas Petronas itu secara sinis sebanyak dua kali.

sumber...MDline

Wednesday, February 12, 2020

Kelantan Disaran Anjur Perarakan Mercedes Berhias




Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap cara kerajaan negeri menguruskan acara perarakan kereta berhias sempena pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 baru-baru ini mendapat perhatian Pemuda Amanah negeri itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan, berkata ada cara untuk kerajaan Kelantan 'menebus' semula rasa tidak senang penduduk negeri terbabit dengan mengadakan perarakan khas.

Secara sinis, Hazmi berkata, kerajaan negeri boleh saja mengadakan perarakan kereta Mercedes Benz berhias dengan membariskan kenderaan rasmi yang digunakan menteri besar, timbalan menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri.

"Saya membaca laporan media mengenai permohonan maaf oleh exco pelancongan Kelantan berhubung salah faham yang berlaku pada penganjuran perarakan kereta berhias sempena pelancaraan Tahun Melawat Kelantan 2020 baru-baru ini.

"Beliau juga menyatakan satu acara khas bagi perarakan kereta berhias itu boleh diadakan sekiranya menjadi kehendak rakyat.

"Jadi saya mencadangan supaya acara itu dibuat dan ditambah baik dengan perarakan kereta Mercedes Benz berhias," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Tambah Hazmi, memandangkan kereta rasmi itu masih lagi baru, kerajaan negeri boleh membuka peluang kepada rakyat Kelantan untuk lihat dengan lebih dekat kenderaan tersebut.

Kos pun tak besar
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung 'kekeliruan' yang berlaku kepada orang ramai yang menghadiri pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020, pada Jumaat lalu.

Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Md Anizam Ab Rahman, berkata perarakan 10 kereta berhias yang mewakili setiap daerah itu diadakan sempena majlis pelancaran pada malam itu sahaja dan bukannya penganjuran besar-besaran untuk pertunjukan kereta berhias.

Ia selepas isu pertunjukan kereta berhias menjadi rungutan rakyat Kelantan di media sosial dengan pelbagai reaksi dalam kalangan pengunjung yang tidak berpuas hati.


Ramai antara mereka menyifatkan ia cuma membuang masa apabila tiada perarakan kereta berhias di beberapa lokasi jalan yang ditutup seperti yang tular dalam media sosial sebelum itu.

Sementara itu Hazmi berkata, cadangannya itu sebenarnya relevan dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah yang mempertahankan pembelian Mercedes Benz itu atas alasan agar pemimpin Islam 'kelihatan hebat'.

"Jadi saya berharap kerajaan negeri dapat merealisasikan pertunjukkan itu, dan rakyat pasti akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan pemimpin Kelantan.

"Kos juga tidak besar kerana cuma guna kereta rasmi barisan exco negeri yang sudah pun dibeli. Cuma mungkin perlu ditambah dengan perhiasan tertentu.

"Ia juga dapat mengubati kekecewaan ribuan pengunjung yang hadir pada malam pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 itu," katanya.

0leh:  N Faizal Ghazali

Monday, July 15, 2019

Audit: Rumah Mampu Milik Kelantan Tak Capai Objektif



Jabatan Audit Negara menegur tiga agensi kerajaan di Kelantan membabitkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang menguruskan Program Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan (Pengurusan Skim Bantuan Am Al-Musa'adah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK Sawit Sdn Bhd).

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1 mendapati secara keseluruhan mendapati RMMK tidak mencapai objektif yang ditetapkan kerana sasaran bagi menyedia dan menawarkan 5,000 unit RMMK dalam tempoh 2014 hingga 2018 tidak tercapai.

"Didapati prestasi program dari segi pencapaian output fizikal dan pencapaian 'outcome' hanya 160 unit (3.2 peratus) RMMK yang dapat disedia dan ditawarkan," menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut antara kelemahan yang dikena lpasti adalah peruntukan kewangan RMMK tidak dibelanjakan secara optimum, terma dalam Dasar RMMK iaitu syarat kuota dan levi bagi projek perumahan/ bercampur tidak dimasukkan dalam syarat kelulusan kebenaran merancang, syarat sekatan/ moratorium tidak dikenakan dan projek yang sudah siap tidak dapat dijual kerana masih belum mendapat Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Justeru, laporan itu mengemukakan beberapa syor antaranya kuota RMMK bagi projek swasta perlu dilaksanakan bagi membantu mencapai sasaran 'output' dan 'outcome' program dan penilaian semula tahap keberkesanan dan sasaran RMMK perlu dilakukan bagi memastikan objektif program dapat dicapai.

"Selain itu, pengurusan program RMMK perlu dilaksanakan dengan cekap di mana peruntukan kewangan untuk RMMK digunakan secara optimum bagi memastikan lebih banyak RMMK dapat dibina, pelaksanaan kuota dan levi perlu diberi pendedahan kepada agensi pelaksana dan syarat moratorium perlu dilaksanakan sebagaimana dasar," menurut laporan itu.

Sementara itu, laporan itu turut menegur Pengurusan Skim Bantuan (SBA) Am Al-Musa'adah belum mencapai tahap kecekapan yang optimum kerana berlaku kelewatan penamatan bayaran kepada penerima bantuan yang telah meninggal dunia walaupun prestasi SBA Al-Musa’adah telah mencapai objektif ditetapkan untuk membantu individu yang tidak berkemampuan mendapatkan keperluan asas mereka.

Laporan itu menyebut JKM Kelantan mengagihkan bantuan kepada penerima bantuan masing-masing seramai 7,529 orang pada 2016, 7,641 orang (2017) dan 7,911 orang (2018). Bantuan yang diagihkan ini telah mencapai 82.2 peratus hingga 101.7 peratus daripada sasaran yang ditetapkan.
Bagaimanapun penemuan utama Audit yang perlu diberikan perhatian oleh JKM Kelantan adalah 167 (45.6 peratus) kes bayaran SBA Al-Musa’adah lewat diberhentikan antara satu hingga tujuh bulan dari tarikh kematian menyebabkan berlakunya lebihan bayaran berjumlah RM26,640.

"Selain itu, semakan turut menemui 50 penerima bantuan yang ditukar skim, 22 penerima bantuan (44.0 peratus) telah diberi kelulusan skim baharu dan bayaran dibuat sebaik sahaja SBA Al-Musa’adah ditamatkan. Bagaimanapun, 12 penerima bantuan (24.0 peratus) tidak diberikan kelulusan skim baharu secara serentak selepas SBA Al-Musa’adah ditamatkan.

"Sementara itu, 16 penerima bantuan (32.0 peratus) masih belum diberi bantuan skim baharu walaupun telah ditamatkan bantuan menyebabkan 28 penerima bantuan (56.0 peratus) tidak mendapat sebarang bantuan dalam tempoh satu bulan hingga 35 bulan," menurut laporan itu.

Antara syor bagi penambahbaikan yang dikemukakan ialah kerjasama antara jabatan dan agensi perlu ditingkatkan dalam menyediakan program atau suntikan modal untuk membantu penerima bantuan.

"Bagi penerima bantuan SBA Al-Musa’adah yang dikenal pasti mempunyai potensi untuk berdikari, program atau suntikan modal hendaklah diperuntukkan bagi membantu penerima bantuan meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya mampu berdikari," menurut laporan itu.

Dalam perkembangan sama, laporan menegur amalan tadbir urus PMBK Sawit Sdn Bhd (PMBKSSB) yang kurang memuaskan kerana terdapat keperluan penambahbaikan berkaitan peranan dan fungsi Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Pengurus Besar, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman, pelaksanaan Rancangan Korporat/Pelan Strategik, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Selain itu, kedudukan kewangan PMBKSSB adalah lemah. PMBKSSB mengalami kerugian berterusan sejak 2012 dan kerugian bersih sejumlah RM5.66 juta pada 2015, RM3.24 juta (2016) dan RM5.52 juta (2017) dan sehingga 31 Dis 2017, kerugian terkumpul syarikat berjumlah RM21.30 juta.

"Tahap kecairan aset semasa berbanding liabiliti semasa pada kadar 0.04:1 menunjukkan syarikat tidak berupaya menampung obligasi jangka pendek menggunakan sumber dalaman. Pada akhir 2017, baki tunai dan kesetaraan tunai PMBKSSB adalah defisit berjumlah RM1.45 juta. Analisis yang dijalankan juga menunjukkan wujudnya risiko 'going concern'," menurut laporan itu.

Justeru, laporan mengesyorkan PMBKSSB meningkatkan tadbir urus syarikat selaras dengan amalan terbaik dengan menentukan aspek peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit bermesyuarat mengikut keperluan dan SOP yang disediakan mendapat kelulusan.

"Ini termasuk memastikan keputusan Lembaga Pengarah dipantau dan diletakkan tempoh pelaksanaan supaya ia dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, menilai semula kedudukan syarikat dan membuat keputusan berhubung hala tuju syarikat dengan mengambil kira keupayaan menjana keuntungan pada masa hadapan kerana wujudnya risiko 'going concern'," menurut laporan itu.

sumber...Bernama

Friday, February 1, 2019

Amanah Kelantan Minta Pelantikan Azmin dikaji Semula



Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan sepakat untuk meminta ahli-ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersuara berhubung isu lantikan pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan yang diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas biro politik Amanah Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, malam tadi.

Katanya, Amanah Kelantan berharap keputusan melantik Mohamed Azmin sebagai pengerusi MTNg dikaji semula.

"Kesimpulannya kita minta dikaji semula lantikan pengerusi MTNg Kelantan dan Terengganu supaya diberikan kepada menteri daripada Amanah.

"Ia sekali gus bertepatan dengan persetujuan asal Majlis Presiden PH bahawa Kelantan, Terengganu dan juga Melaka diterajui Amanah, " katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Awal hari ini, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan Amanah Kelantan mengadakan perbincangan khas berhubung perkara itu.

Namun sumber itu berkata, perbincangan tersebut tidak mencapai kata sepakat sama ada untuk membantah atau menerima lantikan tersebut.

Hazmi berkata, laporan tersebut kurang tepat dan Amanah Kelantan membuat keputusan agar lantikan Azmin dikaji semula.

"Ia demi kesepakatan antara parti-parti dalam PH, diharapkan satu keputusan boleh dibuat agar konsensus yang dicapai sebelum ini yang meletakkan Amanah menerajui Kelantan.

"Konsensus bahawa Amanah menerajui Kelantan, Terengganu dan Melaka yang dicapai melalui Majlis Presiden PH dan diharap ia dapat kekal dihormati untuk kestabilan PH," jelasnya.

Tambahnya, kebijaksanaan pimpinan diharapkan dapat membuat keputusan sewajarnya demi kestabilan PH dikekalkan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pejabat Azmin berkaitan bantahan itu.

oleh: N Faizal Ghazali  mKini

Saturday, January 19, 2019

Pertama Dalam Sejarah, Putrajaya Saman Kelantan Demi Orang Asli

  

Sekumpulan Orang Asli di Pejabat Perdana Menteri pada Ogos tahun lepas. Putrajaya hari ini mengumumkan saman terhadap kerajan Kelantan.

Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli, yang pertama oleh kerajaan persekutuan melibatkan hak tanah pribumi.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah pribumi untuk menjalankan aktiviti komersial.

“Penerima manfaat dalam saman ini adalah Orang Asli. Litigasi ini adalah percuma,” kata Peguam Negara dalam kenyataan hari ini.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta.
Thomas berkata tindakan kerajaan persekutuan memulakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli adalah yang pertama sejak Merdeka, tindakan yang dilihat seperti Putrajaya mengiktiraf kewajipannya melindungi masyarakat itu.

“Orang Asli mempunyai sejarah yang kaya dan kuno. Mereka menjalani kehidupan yang damai dan lestari di hutan-hutang Tanah Melayu sejak zaman dulu,” kata Thomas.

Beliau berkata ekonomi dan budaya Orang Asli sangat bergantung kepada tanah nenek moyang mereka.

“Sememangnya seluruh warisan, tradisi dan kehidupan mereka bergantung kepada tanah nenek moyang dan sumber-sumber berkaitan,” tambahnya.

Thomas berkata hak asasi masyarakat itu sudah terlalu lama tidak diendahkan.

Kerajaan Kelantan dan agensi-agensinya baru-baru ini menganugerahkan lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat swasta untuk memasuki tanah-tanah pribumi Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor, berdekatan Gua Musang.
Kawasan-kawasan hutan dilapor dibersihkan untuk membuka laluan kepada ladang-ladang durian dan getah.

Thomas berkata tindakan itu menyebabkan Orang Asli suku Temiar kehilangan tanah pribumi dan sumber, dan menyebabkan hakisan tanah, pencemaran dan kerosakan pada ekonomi dan lanskap Pos Simpor.

“Kerajaan Kelantan tidak berunding dengan Orang Asli suku Temiar sebelum menganugerahkan lesen-lesen pembalakan itu atau menawarkan sebarang pampasan atas kehilangan tanah pribumi dan sumber,” tambahnya.

Beliau berkata walaupun kerajaan Kelantan mempunyai bidang kuasa berhubung tanah, perhutanan dan perlombongan, ia juga mempunyai kewajipan untuk melindungi dan memelihara kebajikan Orang Asli suku Temiar.

“Pembangunan komersial dan mencari keuntungan tidak boleh mengorbankan Orang Asli suku Temiar dan hak mereka ke atas tanah dan sumber yang secara tradisi dimiliki dan digunakan mereka,” katanya.

sumber...FMT
foto: FMT

Sunday, December 16, 2018

Kes Rogol di Kelantan Membimbangkan

 


Kebanyakan kes rogol terbabit ialah "mahu sama mahu" yang melibatkan remaja bawah umur. Gambar hiasan

Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Katanya, bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit ialah "mahu sama mahu" yang melibatkan remaja bawah umur.

Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada pemberita selepas Majlis Townhall "Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?" anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di sini hari ini.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
 
"Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan," katanya.

Dalam pada itu katanya  jenayah samun berkawan tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.

"Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus," katanya.

Hasanuddin juga berkata, kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah.

sumber...Bernama

Thursday, October 25, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Hulur Bantuan Walau Pas Cerca


Guan Eng: Bantuan buat Kelantan dilulus meski dicerca PAS

 Kerajaan negeri Kelantan masih berhutang sebanyak RM1,460.7 juta dengan kerajaan persekutuan pada 30 September 2018, dengan tunggakan hutang sebanyak RM478.6 juta, di mana pembayaran balik jumlah ini juga lewat daripada yang dijadualkan.

Hutang RM1,460.7 juta kepada kerajaan persekutuan hanyalah hutang untuk pembangunan dan infrastruktur.

Ini tidak mengambil kira pendahuluan untuk perbelanjaan pengurusan yang merupakan bantuan kewangan tambahan oleh kerajaan persekutuan untuk membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri Kelantan dan kos operasi.

Kerajaan Kelantan telah mendapat pinjaman tambahan daripada kerajaan persekutuan dalam bentuk Pendahuluan untuk membiayai kos membayar gaji/emolumen dan kos operasi ini. Ini diakui sendiri oleh kerajaan Kelantan dalam beberapa surat rasmi kepada Kementerian Kewangan.

Seperti yang semua sedia maklum, Kelantan adalah penerima dan penghutang terbesar dana pendahuluan. Perlu ditegaskan, hanya sebilangan kecil kerajaan negeri sahaja yang memohon dana Pendahuluan untuk bayaran gaji/emolumen dan kos pengurusan.

Negeri-negeri seperti Selangor, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang tidak pernah meminjam dana Pendahuluan kerana mereka tidak ada masalah membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri.

Pada 30 September 2018 dana pendahuluan yang dihutang oleh Kelantan ialah RM404.4 Juta, yang masih belum dibayar. Dengan kata lain, jumlah keseluruhan hutang Kelantan, mencakupi hutang pembangunan dan hutang pengurusan sebenarnya ialah RM1,865.2 juta.

Perlu diingatkan bahawa jumlah hutang sebanyak RM1,865.2 juta ini adalah bantuan tambahan di samping pemberian per kapita dan jalan yang telah diberikan kepada kerajaan Kelantan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya terkejut ada barisan kepimpinan PAS yang tidak faham perbezaan di antara hutang untuk pembangunan dan untuk pengurusan. Begitu juga dengan mereka yang masih tidak mahu mengakui kedudukan kewangan kerajaan Kelantan yang begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan kerajaan Kelantan.


Bantuan bukan sedekah

Kementerian Kewangan ingin membetulkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS kerana kerajaan persekutuan tidak pernah menganggap permintaan bantuan kewangan untuk pembayaran gaji daripada kerajaan Kelantan sebagai permintaan sedekah.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan memberi perhatian yang serius terhadap permintaan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan itulah sebabnya kelulusan dana diberikan.

Abdul Hadi tidak harus menimbulkan prasangka jahat dan memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi kerana bantuan kewangan tetap dihulurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM22.5 juta pada bulan Ogos untuk membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan Kelantan.

Fakta, angka,dan rentetan peristiwa yang jelas menyatakan situasi sebenar di mana kerajaan Kelantan terpaksa memohon untuk mendapatkan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan secara rasmi berulang-kali.

Saya perlu ulangi bahawa bantuan kewangan untuk kerajaan Kelantan membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan masih akan diluluskan meskipun dalam suasana dicerca oleh barisan kepimpinan PAS, dan juga ketika kerajaan persekutuan sedang berhadapan dengan pelbagai kekangan kewangan.
Sama ada audit perlu dijalankan ke atas kerajaan Kelantan, terpulanglah kepada kerajaan negeri kerana itu hak, tanggungjawab dan amanah masing-masing dan kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam urusan kerajaan negeri.

Barisan kepimpinan PAS harus mengubah sikap dari memainkan fitnah jahat kepada pendekatan yang lebih profesional dan berdisiplin untuk mencari sumber-sumber hasil yang baru dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi Kelantan.

Angka dan fakta serta pengurusan profesional, bukannya sentimen dan fitnah jahat secara melulu, yang berupaya menyelamatkan sebuah negeri gagal yang tidak mampu membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri.

Sekiranya bantuan kewangan yang diberikan dibalas dengan makian, nescaya para pelabur pun keberatan hendak datang ke negeri Kelantan.

oleh: LIM GUAN ENG merupakan menteri kewangan dan anggota parlimen Bagan.

Wednesday, October 24, 2018

Apa Kata Cendekiawan Berkenaan Pengurusan Kewangan Kelantan

 

KELANTAN DALAM KONTEKS KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN EKONOMI YANG TIADA NILAI TAMBAH

Apabila Parlimen dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar gaji kakitangannya, (dengan maksud tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat), maka ia adalah merupakan satu hakikat yang tidak seharusnya dinafikan.

Kelantan dalam pembentangan belanjawan 2018, memperlihatkan wujudnya perbelanjaan defisit sebanyak RM 41.74 juta, sedangkan perbelanjaan mengurus melibatkan RM 738.44 juta berbanding dengan perolehan hasil RM 636.98 juta.

Tunggakan hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan Pusat, berdasarkan laporan Audit 2013 berjumlah RM 247.16 juta, bagaimana pun, persidangan Parlimen 12 Mac 2016 telah dimaklumkan bahawa jumlah hutang Kerajaan Negeri Kelantan kepada kerajaan Pusat adalah berjumlah RM1.3 bilion.

Namun begitu, berdasarkan kenyataan akhbar menteri kewangan pada 8 September 2018, merekodkan jumlah tunggakan hutang kerajaan Kelantan sehingga 30 Jun 2018 adalah sebanyak RM 434.5 juta.

Berdasarkan keadaan ini, kemampuan Kerajaan Negeri Kelantan dalam pengurusan kewangan negeri adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan akan keberkesananya kerana ia telah melanggari akan prinsip keberkesanan kos dan prinsip pulangan berasaskan pelaburan (ROI).

Realiti ini akan menyebabkan Kelantan akan terus berhempas pulas untuk keluar daripada perbelanjaan defisit untuk tahun-tahun yang akan datang.

Hakikatnya kerajaan Kelantan tidak boleh membandingkan bantuan pusat yang disalurkan kepada Kelantan, sebagai satu usaha perlu untuk memenuhi tanggungjawab kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri secara madatori dengan meletakkan tanda aras bahawa, negeri-negeri lain juga mendapat bantuan kewangan yang sama daripada kerajaan Pusat.

Realitinya, Kerajaan Negeri Kelantan harus menerima fakta bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan agak lemah, sehinggakan Kelantan diberikan peruntukan yang paling besar bagi Bantuan Kewangan Defisit dan Bantuan Kewangan Pendahuluan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 913 juta.

Kenyataan daripada Kementerian Kewangan menyebut, “Selain daripada pemberian yang biasa disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus (Defisit). Pemberian tersebut diberikan kepada Kerajaan Negeri yang mengalami defisit yang mana hasil Kerajaan Negeri tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan mengurus seperti emolumen, sewa, utiliti dan perbelanjaan operasi yang lain. Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima Pemberian Defisit yang tertinggi antara semua negeri berjumlah RM 363 juta”.

Berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan yang kurang dinamik serta amat bergantung kepada bantuan Kerajaan Persekutuan, mendedahkan realiti pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada potensi krisis defisit secara berpanjangan.

Hal ini disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan yang amat lemah, ditambah pula dengan strategi pelaburan yang kurang berkesan, mengakibatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kelantan kehilangan pemacuan prestasi yang membawa kepada situasi kehilangan nilai tambah ekonomi.

Apakah dengan wujudnya situasi ketiadaan keupayaan kewangan yang berpotensi untuk berlaku secara berterusan, memungkinkan Kerajaan Kelantan untuk bertindak meneruskan pelaksanaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), sebagaimana yang disuarakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di dewan rakyat? Atau ia hanyalah satu lelucon, sedangkan nafsunya longlai dan sejuk?

Dr. Kamarudin Musa
FPE UPSI

Tuesday, October 23, 2018

'Kenapa Tak Marah Bila Najib kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji?'


Ulasan ...Kementerian Kewangan kesal dengan reaksi barisan kepimpinan PAS Kelantan terhadap kenyataan saya di parlimen semalam bahawa pengurusan kewangan kerajaan negeri Kelantan begitu tenat sehingga perlu bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Hakikatnya ini bukanlah perkara baru tetapi telah berlarutan sejak zaman BN di mana kerajaan negeri Kelantan senantiasa terdesak mencari wang untuk membayar gaji/emolumen ahli pentadbiran kerajaan Kelantan.

Soalannya ialah mengapa tidak ada reaksi sebegitu kuat dan keras oleh barisan kepimpinan PAS ketika mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kepada umum pada 28 Januari 2018 bahawa kerajaan Kelantan terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan.

Sebaliknya apabila saya sebagai menteri kewangan buat kenyataan yang sama, barisan kepimpinan

PAS memainkan sentimen yang begitu mengapi-apikan dan membuat fitnah jahat bahawa saya berdendam dengan PAS sedangkan saya hanya menyatakan hakikat bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dari segi urusan ekonomi kerana tidak mampu membayar gaji/emolumen kepada ahli pentadbiran kerajaan.

Pada tahun 2016, Kelantan memang telah menerima RM398 juta, secara keseluruhan, sebagai pemberian (geran) daripada kerajaan persekutuan seperti yang diterima negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia.

Termasuk di dalam pemberian RM398 juta kepada Kelantan ini ialah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji/emolumen ahli pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Fakta berdasarkan angka

Selain itu, kerajaan persekutuan juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pinjaman pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Sehingga 31 Disember 2017, kerajaan negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan kerajaan negeri Kelantan penghutang terbesar pinjaman pendahuluan ini.

Perlulah ditegaskan hanya negeri yang bermasalah dalam aspek pengurusan kewangan perlu memohon pemberian defisit dan pinjaman Pendahuluan.

Inilah latar belakang mengapa Najib membuat kenyataan secara terbuka pada Januari tahun ini bahawa Kelantan tidak mampu membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri Kelantan sendiri dan perlu bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan. Ini adalah fakta 
berdasarkan angka-angka yang benar.

Tahun ini pula pada Jun 2018, kerajaan negeri Kelantan sekali lagi memohon bantuan pinjaman pendahuluan daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membantu membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri Kelantan, dan permohonan itu telah pun diluluskan. Ini juga adalah fakta berdasarkan angka.

Saya ingin tekankan bahawa pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan perlu dijalankan berdasarkan fakta dan angka bukannya sentimen dan fitnah jahat.

Sukar untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur atau membangunkan semula sebuah negeri yang gagal sekiranya membelakangkan fakta dan angka.

Pada masa yang sama, saya tertarik dengan reaksi keras daripada barisan kepimpinan PAS terhadap kenyataan saya, berbanding terhadap kenyataan Najib yang membuat kenyataan yang serupa sebelum ini.

Adakah ini kerana saya adalah sasaran ‘lembut’ yang membolehkan barisan kepimpinan PAS mainkan sentimen yang merbahaya sehingga boleh menggunakan fitnah jahat tanpa segan silu?

oleh...Lim Guan Eng

Monday, October 22, 2018

Guan Eng: Najib Sendiri Pernah kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji



Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung dakwaan kerajaan negeri Kelantan "tidak mampu" membayar gaji kakitangan awam.

Menurut Lim, Datuk Seri Najib Razak sendiri ketika menjadi perdana menteri pernah mengungkapkan hal serupa.

Lim merujuk kenyataan Najib yang dilapor The Malaysian Insight Jan lalu yang bertajuk ‘Kalau tak kerana Putrajaya, Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan’,

“Jadi itulah fakta. Saya tak nak sebut lebih daripada itu. Boleh lihat kenyataan ini (kenyataan Najib), ini memang telah berlaku sejak zaman Najib juga.

“Dan baru-baru ini saya telah luluskan satu jumlah peruntukan kepada Kelantan,” kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Pagi ini, sidang Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan Lim yang menimbulkan kemarahan anggota parlimen pembangkang.

Ia bermula ketika Lim menjawab soalan lisan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang bertanya pendirian kerajaan jika ada kerajaan negeri - seperti Kelantan dan Terengganu - yang mahu meneruskan projek ECRL dengan inisiatif sendiri.

 Kata Lim kerajaan pusat sedia menunggu kenyataan rasmi dibuat Kota Bharu atau Kuala Terengganu untuk mengambil alih projek berkenaan jika mereka benar-benar berminat melaksanakannya.

"Pada masa sama, saya terfikir, bagaimana Kelantan boleh melaksanakannya apabila gaji (untuk kakitangan awam di negeri itu) pun tak mampu nak bayar," kata Lim.

Kenyataan itu mendorong Takiyuddin bingkas bangun dan meminta Lim menjelaskan kenyataan itu dengan lebih lanjut.

Katanya Lim tidak wajar membuat tuduhan rambang sebegitu.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Takiyuddin menggesa supaya Lim menarik balik kata-katanya dan meminta maaf sama ada di luar ataupun dalam Dewan Rakyat.

Katanya, jika Lim enggan berbuat demikian, anggota parlimen pembangkang tidak teragak-agak untuk membawa usul kepada Jawatankuasa hak dan kebebasan mengikut peraturan 36 (12) iaitu mengeluarkan knyataan yang mengelirukan di dalam Dewan Rakyat.

“Jadi atas dasar itu, kami meminta dan gesa menteri kewangan sama ada didalam dewan atau luar dewan, tarik balik perkataan seumapama ini dan meminta maaf atas remark tersebt. Sekiranya beliau tdk mengemukakan permintaan maaf dan tarik balik, kami mungkin buat satu usul supaya belaiu dirujuk kpd JK hak dan kebebasan.

“Saya rasa bukan hanya penghinaan kerajaan negeri sahaja tapi seluruh rakyat negeri tersebut,” katanya.

oleh...Anne Mohamad

Sunday, October 21, 2018

Wanita Kelantan lebih serasi dengan Amanah


Wanita Kelantan yang aktif dalam pelbagai bidang dan memiliki keupayaan kepimpinan yang tinggi amat serasi dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bersifat inklusif dan berwawasan.

Timbalan pengerusi AMANAH Kelantan, Muhammad Husain berkata penyertaan wanita menyaingi lelaki dalam kemasukan ahli baharu yang begitu rancak di negeri ini terutama selepas pilihanraya umum yang lalu.

“Bukan sahaja begitu ramai wanita menyertai parti kita malah beberapa cawangan ditubuhkan oleh wanita sahaja dan terdapat banyak cawangan yang diketuai oleh wanita,” katanya ketika merasmikan konvensyen AWAN negeri Kelantan kali kedua di Kota Bharu pagi ini.

Di kawasan-kawasan tertentu di Kelantan katanya AMANAH jelas disemarakkan oleh aktivis wanita terutama di kawasan pedalaman.

“Di kawasan Jeli dan Gua Musang jelas usaha kalangan wanita menyebarluas parti AMANAH kadangkala mengatasi kaum lelalki.

“Saya sendiri terus menerus di panggil penggerak-penggerak wanita kita yang menganjurkan pelbagai program dan mengatur penubuhan cawangan-cawangan baru,” katanya.

AMANAH Kelantan katanya, mendapat sambuta hangat selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu dengan mendapat antara dua dan tiga ribu ahli baru setiap bulan.

“Dengan sambutan ini kita perlukan para pemimpin wanita untuk merangka program-program yang wajar untuk meningkatkan keupayaan ahli baharu ini,” katanya.

Mengenai kedudukan Pakatan Harapan (PH) yang kini berstatus pembangkang di Kelantan, beliau yakin wanita mampu menjadi penyumbang besar untuk memenangi pilihanraya akan datang.

“Dengan kesungguhan yang ditunjukkan pihak AWAN seperti konvensyen yang dihadiri begitu ramai hari ini kita semakin yakin untuk berjaya utuk ambil alih negeri.

 “Kita PH adalah gabungan pelbagai parti dan AWAN perlu bekerja lebih rapat dengan parti-parti lain bagi mewujudkan sebuah gerakan yang lebih mantap,” katanya.


Turut berucap di majlis itu adalah ADUN Maharani, Norhayati Bachok mewakili AWAN Nasional dan Ketua AWAN negeri, Normala Mohd Nadzar.

oleh...zikri-abdullah

Monday, March 12, 2018

Najib Akan 'Tercirit' Kalau Dia Ada Disini - Dr M {Video}



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan siri jelajah gabungan itu di Kelantan paling meriah pernah disaksikannya sepanjang mengikut program itu di seluruh negara.

Berucap di hadapan ribuan rakyat di Bachok malam tadi, Mahathir berkata sambutan diterima di negeri Cik Siti Wan Kembang itu pasti menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lena tidur.

"Saya berpendapat bahawa perhimpunan malam ini adalah yang terbesar sejak HARAPAN buat rapat-rapat umum. Apabila dilihat bilangan yang hadir ke ceramah HARAPAN menjadi begitu ramai, fikirkanlah Najib.

 "Kalau beliau ada di sini malam ini, dia tercirit. Saya ingat dia nak berdiri pun tak boleh. Najib memang takut," katanya yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dianggarkan, lebih 8,000 membanjiri ceramah HARAPAN yang diadakan berhampiran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, itu.

Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan pimpinan di peringkat negeri.

Sementara itu, Dr Mahathir mendakwa Najib akan menggunakan pelbagai helah bagi memastikan BN menang dan mengekalkan kuasa.

Katanya, antara langkah yang diambil adalah melalui proses persempadanan semula bagi mencipta lebih banyak kerusi mengikut kaum.

"Najib percaya orang Melayu akan menyokong BN, dengan bagi duit mereka akan undi. Ini tidak betul, kita ambil saja duit tu tapi pangkah HARAPAN," katanya.

'Sekarang panggil Mat Sabu tuan haji'

Mengakui penglibatannya dalam HARAPAN sebagai aneh dan luar biasa, Mahathir berkata langkah itu bukan sebab beliau mahu menjadi perdana menteri semula, sebaliknya kerana ingin menumbangkan Najib.

"Bukan muda, tak pernah termimpi saya nak duduk sebelah Mat Sabu, dulu saya sumbat dia ke Taiping (Kem Tahanan ISA).

"Sekarang dia dan saya duduk sebelah, berbisik-bisik. Ini benda pelik, kenapa pelik? Kerana keadaan negara kita memerlukan kita bertindak lebih daripada biasa.

"Ya dulu dia (Mohamad) musuh saya, panggil saya mahafiraun, tapi sekarang saya panggil dia Tuan Haji Mohamad Sabu," katanya disusuli tepukan dan sorakan gemuruh penyokong.

Sebagai rekod, Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri, manakala Dr Wan Azizah sebagai timbalannya sekiranya HARAPAN memenangi PRU14 nanti.

sumber...mKini


Tuesday, February 23, 2016

Baik Punya Sindiran Mahfuz Kepada BoSS PAS ?


Mahfuz: Cadangan k'jaan teknokrat patut mula di Kelantan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat selepas timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gabungan politik baru yang akan membolehkan teknokrat untuk memimpin negara ini.

Mahfuz juga secara halus menyindir kepimpinan PAS yang kini dikuasai oleh kumpulan konservatif agama selepas mereka menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu.

Cadangan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.
Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.
Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata cadangan teknokrat itu sukar diterima oleh kerajaan BN kerana mereka melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

Oleh itu, katanya, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan perlu meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

Cadangan yang baik daripada Presiden PAS tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang.

Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

Idea itu pertama kali dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam.

sumber...mKini

Monday, January 18, 2016

HANGAT: Rafizi Jawab Bantahan Setiausaha Pas Kelantan !


PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan PAS, kata Rafizi

Rafizi Ramli berkata untuk menjatuhkan Umno, PKR akan akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu.

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. – 17 Januari, 2016.   

sumber...TMi

*gambar FB Datuk Wan Rahim

Wednesday, January 13, 2016

Kerjasama Umno dan Pas,Titik Mula Bersatu

 Ahmad Jazlan menyampaikan makanan kepada penduduk Sungai Hala dalam majlis bersama penduduk di kampung itu, kelmarin.

Kerjasama Umno, Pas titik mula bersatu

MACHANG - Kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno dilihat positif malah tidak mustahil menjadi titik permulaan untuk bersatu dalam politik pada masa depan.

Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Pas itu, malah sentiasa terbuka dalam membincangkan pelbagai isu, terutamanya melibatkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

Katanya, keputusan tersebut menguntungkan semua umat Islam di negara ini khususnya Kelantan yang mempunyai  lebih 96 peratus penduduk Melayu beragama Islam.

“Keterbukaan dan keputusan yang dibuat pimpinan utama parti itu ternyata disambut baik masyarakat termasuk pimpinan di akar umbinya dan ia dapat dilihat dengan jelas apabila  mereka mula menyertai program yang dilaksanakan Umno.

“Jika dulu mereka membantah malah marah-marah apabila kita buat program di kawasan mereka namun keadaannya berbeza apabila mereka turut sama menjayakannya memandangkan program yang dilaksanakan itu sebenarnya membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepagi Bersama Penduduk di Kampung Sungai Hala, di sini.

Ahmad Jazlan berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh  dalam sebuah portal berita mengenai tindakan  majlis itu yang memutuskan bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan BN, tetapi tidak akan menyertaimya.

Terdahulu, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang, menziarahi penduduk sekitar yang uzur serta menyampaikan makanan kepada kira-kira 150 ketua isi rumah.

Ahmad Jazlan berkata, kesediaan Pas untuk bekerjasama itu mampu menjadi nadi penting bagi mengukuhkan perpaduan rakyat di negeri ini yang mana terkenal  dengan semangat kepartian termasuk sanggup memutuskan tali persaudaraan demi menegakkan  parti politik masing-masing.

“Bagi saya, perkara yang penting di Kelantan adalah bersetuju untuk berada dalam satu jemaah. Kita berada dalam satu kumpulan untuk membela agama, bangsa dan tanah air tetapi jika berpecah belah kita akan lemah serta rugi. Bersatu bukan bermaksud ditindas, tetapi percayalah bahawa keamanan, kesejahteraan dalam negara akan lebih bertambah kental

“Tujuan dan hala tuju Umno dan Pas adalah sama, tetapi mungkin kaedah sahaja yang berbeza. Bagi saya sekiranya Pas mahu mencari rakan, Umno adalah rakan terbaik, bukan PKR atau DAP. Saya juga tidak fikir bahawa Pas mahu bersendirian di saat parti lain mempunyai gabungan pakatan kerana ia akan merugikan pihak mereka sendiri.

“Walaupun begitu, kita mesti hormati sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka. Mungkin mereka tidak mahu sertai buat masa ini, tetapi saya berharap akan sertai pada masa akan datang,” katanya.

Oleh ZUMURNI HAMZAH

Saturday, January 2, 2016

Anak Nik Aziz Sertai Amanah


Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.

Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu.

sumber...TMi

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Friday, November 6, 2015

Wednesday, October 28, 2015

Husam Musa Tibai Din Ayam Pulak


Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu?

Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ni, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.


Caranya dengan menyerang saya.

Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa Pas kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai.

Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu.

Itu gaya Al Qur'an ketika berbicara tentang kekalahan di Uhud dan Hunain.

Allah membedahnya sehingga ia kekal sebagai kajian post mortem sampai hari ini. Dengan cara itu, pelajaran boleh di tekuni.

Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004.

Jika Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih.

Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan.

Bersama tulisan fitnah Ustaz Masri Yusuf, seorang guru YIK dan se orang petugas di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan untuk tindakan saman malu.

Bagaimana orang berpendidikan Islam boleh sewenang wenang memfitnah?

Tujuan belajar agama adalah untuk mencapai syurga tiba tiba larangan Allah terus dilanggar.
Bolehkah menuju syurga?

Husam Musa
15 Muharram 1437/28 Oktober 2015

sumber... https://www.facebook.com/datohusam/

Tuesday, October 27, 2015

Musim Tengkujuh Bermula Lagi, Apa Tindakan PAS Kali Ini ?


Ramlah, salah seorang mangsa banjir pada tahun lepas, menjemur pakaian di kawasan penempatan sementara mangsa banjir di Tamam Ethnobotani, Gua Musang.

Musim Tengkujuh Bermula, Penduduk Di Kelantan Kembali Resah 

Musim tengkujuh atau monsun timur laut telah bermula, dengan hujan lebat pertama dijangka berlaku dalam tempoh seminggu lagi.

Bagi beribu-ribu rakyat Kelantan, mimpi ngeri lama kembali menjelma.

Disember lalu, banjir yang paling teruk dalam sejarah telah melanda negeri itu, menyebabkan beribu-ribu penduduk terkandas.

Malah, pejabat daerah dan jawatankuasa bencana juga menjadi mangsa banjir dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mangsa lain.

Lebih daripada 100,000 orang di 12 daerah telah dipindahkan dengan Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang dan Kota Baru menjadi kawasan paling teruk terjejas.

Di Bandar Utama, banyak keluarga kini hidup dalam ketakutan.

Sekurang-kurangnya 14 keluarga masih tinggal di khemah selepas hujan lebat pada Disember lalu menghanyutkan kira-kira 200 buah rumah di Gua Musang.

"Setiap kali hujan saya takut. Ia mengingatkan saya kepada apa yang berlaku tahun lalu," kata Ramlah Ismail, 51, yang masih tinggal di dalam khemah.

"Ia masih segar dalam ingatan saya. Saya tidak fikir khemah ini akan dapat bertahan apabila dipukul ribut."

Pada masa yang sama, dia gembira kerana keluarganya belum lagi berpindah ke rumah baru yang telah dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Rumah-rumah tersebut terletak di atas tanah yang lebih rendah, dengan jarak lebih kurang 5km dan berkemungkinan besar akan musnah sekali lagi jika berlaku satu lagi banjir besar.

"Ia boleh jadi satu rahmat yang terselindung. Tidak ada jaminan bahawa rumah-rumah itu tidak akan ditenggelami air," katanya.

Katanya, dia tidak marah dengan pihak berkuasa kerana mengambil masa yang lama untuk membina rumah-rumah baru, walaupun khemah tempat dia berteduh berada dalam keadaan tidak baik sekarang.

"Hampir semua bahagian koyak selepas berada di bawah matahari dan lembaran plastik terpaksa diletakkan di atasnya," katanya, sambil menambah dia bernasib baik berada di tempat yang lebih tinggi.

Ku Amran Ku Mat, 49, seorang lagi mangsa banjir yang tinggal khemah-khemah di kawasan lapang, tidak gembira apabila janji bahawa rumah ganti akan siap dalam tempoh empat bulan tidak ditunaikan.

"Kami telah tinggal di khemah ini berbulan-bulan lamanya. Saya bimbang kerana musim hujan akan tiba," katanya.

"Mungkin, pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik dan membina rumah baru kami di kawasan bebas banjir," katanya.

"Saya tak kisah menunggu, saya tidak mahu melalui sekali lagi apa yang saya lalui pada tahun lepas.

"Saya pasti semua orang di sini merasakan yang sama," katanya.

127 keluarga daripada kira-kira 200 keluarga yang rumah mereka musnah akibat banjir pada tahun lepas telah tinggal di kem PLKN di Gua Musang.

Tetapi mereka perlu keluar pada bulan Disember sebelum pelatih diambil semula pada Januari.

Pembinaan rumah baharu untuk beratus-ratus mangsa banjir sedang dilakukan namun dalam proses yang perlahan.

Kira-kira 100 buah rumah telah dibina oleh kerajaan negeri dan persekutuan, dan angka itu tidak termasuk rumah yang dibina dan disiapkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti persatuan Buddha, Mercy Malaysia dan individu-individu tertentu.

Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada rumah-rumah ini dibina di atas tiang setinggi 2.5 meter. Banjir besar akan menyebabkan mereka terkandas di rumah mereka tanpa jalan keluar sehingga penyelamat tiba.

Kebanyakan mangsa banjir juga enggan berpindah ke Kampung Telekung, kira-kira 30km dari Bandar Kuala Krai kerana mereka bekerja dan mempunyai perniagaan.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan kenyataan akhbar pada Isnin, menyatakan bahawa musim tengkujuh telah bermula dan hujan lebat pertama dijangka turun awal minggu depan.

Walau bagaimanapun, ia berkata, fenomena El Nino akan mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir yang melampau.

sumber...Mstar

Thursday, August 27, 2015

Kantoi: Mohd Amar Ngaku Beli Range Rover RM200,000.00



Timbalan MB Kelantan mengaku beli Range Rover RM200,000

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau memiliki beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.

Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000,” katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan setiausaha akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Mohd Asri dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut dan tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” katanya.

Katanya, dakwaan itu bertanggungjawab dan fitnah berat kepada menteri besar terhadap perkara yang tidak wujud.

“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Sedangkan hakikatnya beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.

“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi Menteri Besar. Beliau memulangkan kembali kepada kerajaan negeri elaun yang sepatut diperolehnya," katanya.

sumber...TMI