Berbagai andaian,ramalan dan spekulasi dari pengamat media ,penganalisa politik dan sebagainya mengenai penyerahan kuasa Tun M selaku PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tempoh masa sebagai PM ke7 nampaknya semakin hari semakin jelas Tun M akan menyerahkan tugas sebagai PM kepada Anwar.
Blog ini berpendapat bulan Jun 2019 akan berlaku pemindahan kuasa dari Tun M kepada Anwar,
Berdasarkan beberapa scenario semasa nampaknya Tun M sendiri akui keadaan kondisi beliau tidak membenarkan untuk bertugas sehingga umur beliau menjangkau 95 tahun.
Tun M sudah berjaya meletakkan dirinya sebagai negarawan terbilang,pesaing ,pemain dan penentu arah politik anak watan dan Malaysia.Knock Out kepada Najib Razak,umno BN dan sekutunya telah terbukti.
Detik sejarah sedang menanti antara dua musuh politik yang dahulunya berpencak silat kini sahabat sejati untuk memakmurkan negara Malaysia.
Dr M: Anwar tak pernah kata mahu jadi PM lebih awal
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.
"Dia (Anwar) tak ada kata 'saya mahu jadi perdana menteri lebih awal' atau seumpamanya," kata Mahathir dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Isnin lalu .
Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menepati janji untuk menjadi perdana menteri selama dua tahun.
"Mungkin lebih sedikit, tapi saya sudah janji, saya akan tunaikan janji," katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun enggan memberi pandangan sama ada beliau melihat Anwar sebagai calon terbaik menggantikannya.
"Bukan saya yang menilai perkara itu. Apa yang saya kata, ketika kita tubuhkan Pakatan Harapan (PH), kita sudah setuju bahawa dia akan menggantikan saya.
"Saya tidak pernah kata dia calon perdana menteri yang baik atau buruk. Mereka cuma mahu saya berjanji bahawa saya tidak akan jadi perdana menteri dalam tempoh yang lama.
"Dalam dua tahun lagi saya 95 tahun, itu sudah terlalu tua," katanya.
Selain persetujuan dalam kalangan PH, jelas Mahathir, jawatan Anwar sebagai pemimpin PKR menjadikannya orang yang layak menjadi perdana menteri berbanding bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam atau veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Tambah Mahathir lagi, beliau hanya mahu membetulkan kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran sebelumnya yang kini, menurutnya, baru pada tahap 30 atau 40 peratus.
Meskipun
Mahathir beberapa kali memberikan jaminan akan menyerahkan jawatannya
kepada Anwar, terdapat pihak termasuklah dalam Bersatu yang mencadangkan
agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum
(PRU) ke-15.
Cadangan itu turut dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 30 Dis lalu.
sumber...mKini