Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menasihati timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali untuk "bertenang".
Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu.
Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya.
"Bertenang (keep cool)...Mungkin
ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu.
Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita
telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat
PKR.
[Baca berita asal]
sumber... Annabelle Lee mKini