Followers

Sunday, March 17, 2019

Penganut Kristian Jaga Masjid Ketika Umat Islam Solat




Biarpun berlainan agama, penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Trip Kekawan, sekumpulan penganut Kristian di negara Kiwi berkenaan berjaga di sebuah masjid susulan insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch semalam.

“Menitis air mata melihat kasih sayang merentasi agama ini. Penduduk beragama Kristian di New Zealand menjaga masjid ketika Muslim sedang menunaikan solat dan meraikan mereka,” katanya.

Selain status terbabit, pengguna Facebook berkenaan turut memuat naik beberapa gambar mempamerkan penduduk tempatan berjaga di perkarangan masjid selain bermesra dengan jemaah rumah ibadah itu.

- Ihsan FB Trip Kekawan

- Ihsan FB Trip Kekawan

- Ihsan FB Trip Kekawan
Status yang mendapat lebih 200 perkongsian itu turut menerima lebih 1,000 tanda ‘like selain 43 ulasan oleh pengguna Facebook lain.

“Orang-orang New Zealand memang terkenal dengan sifat baik, yang buat onar dan jahat dari negara lain, tempiasnya terkena kepada New Zealand. Moga Islam makin subur di bumi New Zealand, hikmah daripada kejadian kelmarin,” tulis pengguna Facebook dikenali sebagai Aliyaisma Ariffin.
Sekurang-kurangnya 50 terkorban, manakala 48 lagi mangsa termasuk tiga rakyat Malaysia cedera dalam insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch.

Serangan itu disasarkan ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, apabila seorang lelaki menyerbu masuk dan melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah.

Ketika melakukan serangan terbabit, penyerang bersenjatakan raifel itu turut memuat naik keganasan berkenaan secara langsung menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitternya.

 Ihsan FB Trip Kekawan