Followers

Showing posts with label tentera. Show all posts
Showing posts with label tentera. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Krisis Mesir : 450 Terbunuh, 10,000 Penyokong Morsi Cedera

 

Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.-14 Ogos 2013.

sumber...TMI

Sunday, November 20, 2011

Nasib Askar Seumpama "Ayam" ??

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.

Oleh Aidila Razak malaysiaKini

komen terbaek..

Kong Bu Fenzi ·

OOOOI... kementerian pertahanan patut beli senapang plastik.
peluru plastik , bom kabat , meriam plastik untuk askar menjaga keamanan negara , inilebih jimat kos , untung lebih banyak.
- Kalau boleh gunakan kereta kebal plastik atau fiber.
- Jeep plastik, kapal terbang mainan kanak kanak remote kontrol , tulis bill tinggi melanggit , ini lagi untung kalau nak rasuah.. kah kah kah.
- Malaysia ini mana jabatan yang tidak rasuah , itu bukan kerajaan malaysia.

Thursday, August 4, 2011

Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat

Pengakuan bekas kerani tentera

Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Nasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Menurut Nasir lagi, oleh kerana dia "mungkin BN" pada masa, maka undi diberikan kepada parti pemerintah itu.

"Saya ambil hak orang lain yang sepatutnya undi kertas itu. Tetapi saya sebagai tentera kena yes men (jadi penurut)," katanya lagi yang tamat perkhidmatan dengan tentera pada tahun 1998.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang.

'Bukan jumpa kerani Datuk Wan'

Hadir sama dalam majlis pendedahan "penipuan" sistem pilihan raya itu antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Mohd Sany Hamzan dan Pengerusi Sekretariat Mobilisasi dan Pemulihan Demokrasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Sementara itu, Nasir ketika ditanya kenapa beliau tampil membuat penjelasan selepas hampir lebih 20 tahun, beliau mengakui "takut" sebelum ini.

"Tetapi apabila saya lihat tidak lagi terikat dengan sebarang perintah tentera, sebab itu sekarang saya berani," katanya sambil memberitahu rasa terpanggil bertanggungjawab terhadap sistem demokrasi negara ini.

Nasir bagaimanapun buat masa itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memanjangkan kes yang disimpannya selama 25 tahun itu kepada pihak SPR.

"(Ia) bergantung kepada keadaan," kata Nasir lagi yang kini bergiat bersama PAS.

Sementara itu, Suhaizan pula berkata, ketika pihaknya mengetengahkan dakwaan Abu menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang dua tahun lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berjanji perkara itu tidak akan berulang.

"Tetapi kalau sistemnya sama, ia masih boleh boleh berlaku. Saya cakap ini dengan Tan Sri Aziz, saya jumpa dengan dia.

"Saya bukan jumpa kerani (timbalan SPR) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar), saya jumpa bos Datuk Wan Ahmad," kata Suhaizan dengan nada menyindir.

Terlalu teknikal

Dalam forum pasca 9 Julai yang menyaksikan Wan Ahmad dan Pengerusi BERSIH S Ambiga sebelum ini, Wan Ahmad pernah menolak soalan teknikal daripada peserta dengan menyifatkan ia sebagai "soalan kerani".

Sementara itu, dalam pembentangan lebih dua jam kepada media hari ini, Suhaizan membentangkan pelbagai data dakwaan "penipuan" yang dikumpulkannya dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Sibu sebelum ini.

NONEBanyak disentuh berhubung undi pos yang "terlalu teknikal" yang didakwa terdedah kepada banyak ruang manipulasi, antaranya penjualan kertas undi di pasaran gelap dan kuasa terhadap petugas SPR dan pemantau di kem tentera.

Dalam masa yang sama, beliau menimbulkan persoalan sama ada SPR benar-benar berhasrat memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos kerana sehingga sekarang belum ada sebarang pindaan dibuat.

"Kalau pilihan raya bulan 11 ini adakah dia boleh buat? Nak buat (pindaan) kena bawa Dewan Rakyat, Dewan Negara lagi. Jadi pilihan raya akan datang pakai sistem apa?" soalnya.

Sehubungan itu, Suhaizan mencadangkan, undi pos hanya mestilah melibatkan pihak yang mempunyai tugas-tugas kritikal sahaja, contohnya tentera di perbatasan.

"Isterinya tak perlulah terlibat, dia (isteri tentera) kerja lain pun. Kalau undi awal pula, buat luar kem, kerana dalam kem kawalan lebih sukar," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

sumber...malaysiaKini