Followers

Showing posts with label amerika syarikat. Show all posts
Showing posts with label amerika syarikat. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

Bagaimana Jika China Batuk?




ULASAN | “China berbeza daripada negara lain”. Mantera ini diguna pakai oleh Sinophiles berulang kali dengan semangat keagamaan yang tinggi. 

Bank-bank di China boleh terus berkembang tanpa memikirkan hutang yang lapuk; dengan Renminbi (RMB) boleh disokong secara langsung oleh permintaan domestik, PetroYuan akan mencabar Petrodollar, dan banyak lagi mitos kewangan yang lain.

Sepanjang 20 tahun yang lalu, secara metaforanya, walaupun para penggembala mengumpul banyak kambing di dalam kawanannya, akhirnya kambing-kambing ini akan bertemu pisau juga suatu hari nanti.

Kita mungkin dapat menyaksikan halangan di dalam “keajaiban” ekonomi China, disebabkan oleh bintang realiti terbesar di dunia yang memainkan peranan utama sebagai musuh kepada China.

Satu konvensyen antarabangsa yang telah diletuskan oleh Trump boleh dikatakan sebagai taktikal dan bukan hanya bombastik ketika beliau menolak pengembangan ekonomi China yang tidak dikawal itu.
“Perang Dagangan” Trump telah mencetuskan sesuatu yang berbeza dan menyebabkan China tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi.

20 tahun yang lalu, AS hanya menutup mata terhadap China dan membolehkan mereka berkelebihan dan berdaya saing. Bush dan Obama mengekalkan polisi yang selaras, di mana mereka memudahkan eksport berasaskan pembuatan yang menyokong pertumbuhan China.

Kini, China telah memperluas ekonomi mereka pada kadar AS$12-13 trilion, manakala AS pada kadar AS$21 trilion. Sementara itu, penduduk di China telah mengeluarkan sejumlah AS$23 trilion RMB dengan hanya 1 peratus daripada global settlements, manakala dollar AS free-float pada kadar AS$19 trilion sebagai pertukaran de facto di dunia.

Ini telah mewujudkan modal yang berlebihan daripada lebihan perkadaran. Ia juga menjadikan kuantitatif lebih mudah oleh Persekutuan AS selepas Krisis Kewangan Global (GFC) pada tahun 2008.

Jika kawalan modal dinaikkan pada hari ini, mata wang China pasti akan jatuh menjunam, dan soalan yang akan timbul adalah berapa dalam ia terjunam.

Hutang lapuk AS dianggarkan kira-kira 2.6 peratus deposit bank, tetapi China, angka rasmi mencecah 9 peratus - sama ada betul atau tidak - diumumkan oleh Parti Komunis China (CPC); angka sebenar Non Performing Liam (NPL) tidak disangkal lagi, lebih tinggi.

Antara bank-bank utama di China, hanya beberapa sahaja bank yang telus mengenai angka ini, dan disebabkan itu, institusi kewangan global dengan sengaja menghadkan pendedahan kewangan mereka di China.

Apa yang diketahui, terdapat beberapa pengguna Renminbi di luar China dan juga inisiatif-inisiatif seperti Belt and Road (BRI) direka untuk menggunakan lebihan RMB di dalam projek-projek besar yang tidak penting, yang mana syarikat-syarikat Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) milik kerajaan China memberi pinjaman dan membelanjakan dana tersebut dikalangan mereka sahaja.
Memang benar, tidak ada pasaran kewangan digelar RMB yang lebih besar di tempat lain.
Meskipun usaha keras telah dilaksanakan, China terpaksa membeli sumber utama mereka seperti minyak, keluli, tembaga dan lain-lain dalam jumlah matawang Dollar AS.

Dengan matawang Yuan yang bernilai serendah 12 tahun kebelakang dan kos perang dagangan menelan belanja lebih kurang AS$200 bilion mengikut kos tarif yang melambung, China berada dalam situasi yang teruk walaupun dengan rizab AS$2 trilion di dalam simpanan mereka.

Hakikatnya, China telah menyedari bahawa mereka perlu melancarkan “Peperangan Tanpa Batas” bagi menghapuskan “Penghinaan Berabad Lamanya” oleh Barat.

Ini adalah berdasarkan strategi yang telah ditulis oleh dua orang profesor dari China, Qiao Liang dan Wang Xiangsui pada 1999 dan strategi tersebut telah digunapakai hingga kini.

Intipati strategi itu mengatakan mereka hanya boleh mencabar Amerika Syarikat dengan hanya menggunakan data maklumat dan juga ekonomi, bukanlah ketenteraan.

“Kepulauan Reef” China di Laut China Selatan merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kedudukan yang sama rata, dengan cubaan untuk mengawal Selatan China di mana kebanyakan barangan mereka diambil. Sekali lagi, Trump membelakangi perkara ini, di mana Bush dan Obama tidak pernah lakukannya, sama ada dia berada di pejabat ataupun tidak, dasar Amerika Syarikat ketika ini tidak mungkin dilonggarkan.

Ketepikan segala implikasi politik - ulasan ini semata-mata merujuk kepada skop ekonomi - jelas bahawa konvergensi anomalis menunjukkan pertumbuhan eksport yang semakin meningkat perlu didamaikan dengan pantas dan cepat, dan pergolakan di Hong Kong, walaupun tidak terancam kepada pucuk pimpinannya, cabaran yang lebih mendalam hanya akan diburukkan lagi oleh kemelesetan ekonomi.

Daripada perspektif Malaysia, sementara perang dagangan ini sekali lagi telah menggantikan China kepada Amerika Syarikat sebagai rakan perdagangan Malaysia yang terbesar, implikasi pergolakan di China pasti akan mengakibatkan implikasi global.

Boleh dikatakan seluruh dunia akan demam apabila Amerika bersin. Hari ni, kita semua akan selesema apabila China batuk. Adakah kita telah bersedia?

oleh: Dr Rais Husin ,Presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Wednesday, February 1, 2017

US BAN: CEO Starbucks Mula Protes



CEO Starbucks rancang upah 10,000 pelarian selepas sekatan Trump

 NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks Corp, Howard Schultz berkata, syarikat itu merancang untuk menggaji 10,000 pelarian di 75 negara dalam tempoh lima tahun, dua hari selepas perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengharamkan kemasukan pelarian dari negara tertentu ke negara itu.

Trump pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap kumpulan pelarian ke AS selama empat bulan manakala pelancong dari Syria serta enam negara Islam lain dihalang masuk ke negara itu buat sementara waktu kerana menganggap langkah itu akan membantu melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.

Perintah itu mencetuskan kritikan antarabangsa, kemarahan aktivis hak-hak sivil dan cabaran undang-undang secara meluas.

Starbucks dalam satu surat daripada Schultz memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa syarikat itu akan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong pekerja yang terlibat.

Usaha pengambilan yang diumumkan pada Ahad akan bermula di AS dengan memberi tumpuan kepada individu yang telah berkhidmat dengan tentera AS sebagai penterjemah dan kakitangan sokongan di pelbagai negara di mana pasukan tentera memerlukan sokongan tersebut, kata Schultz.

Schultz telah bersikap lantang dalam pelbagai isu dan telah meletakkan Starbucks dalam perhatian negara, apabila ia meminta pelanggan untuk tidak membawa senjata api ke dalam premisnya dan menggesa perbualan mengenai hubungan kaum.

Trump dan badan perundangan Republikan yang dikawal juga sedang meneliti untuk melemahkan Akta Penjagaan Mampu, yang lebih dikenali sebagai Obamacare.
 
Schultz akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada kedai-kedai kopi mewah baharu, menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Ketua Pegawai Operasi Kevin Johnson, yang sudah lama menjadi eksekutif teknologi.

Dia akan menjadi pengerusi eksekutif pada April ini.

Schultz juga mengesahkan komitmen syarikat itu untuk berdagang dengan Mexico.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/30/starbucks-upah-pelarian/#R43cgqeqLjJ1D2R8.99

Saturday, November 15, 2014

Ini Dia Pakar Komputer Berumur 5 Tahun !!


Microsoft iktiraf budak lima tahun sebagai pakar teknologi komputer

AYAN QURESHI berusia lima tahun diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia selepas lulus dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft di Universiti Birmingham.

COVENTRY, Britain – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah diiktiraf sebagai pakar teknologi komputer selepas dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft yang diambil di Universiti Birmingham, Britain.

Kejayaan itu juga menyebabkan kanak-kanak berkenaan, Ayan Qureshi diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia kerana peperiksaan itu biasanya diambil oleh orang dewasa yang telah menamatkan pengajian di universiti.

Kecemerlangan Ayan itu sekali gus berjaya mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mehroz Yawar dari Lahore, Pakistan.

Peperiksaan Sijil Profesional Microsoft menyediakan soalan-soalan yang sukar dan biasanya diduduki oleh siswazah yang sedang mencari pekerjaan terutama dalam bidang teknologi komputer.

Sebelum ini, Ayan nyaris tidak dapat menduduki peperiksaan itu selepas pengawas yang bertugas terkejut melihat usianya yang terlalu muda sebelum seorang pegawai daripada Universiti Birmingham merujuk perkara tersebut ke ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk mendapatkan kebenaran menduduki peperiksaan tersebut.

Kanak-kanak pintar dari Coventry itu akhirnya dibenarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut dan dia mengambil kurang daripada had masa selama dua jam yang diberikan.

sumber...Agensi

Thursday, September 25, 2014

Gambar F-22 Raptor Yang Menyerang Kedudukan ISIL Di Syria



Sebuah jet pejuang F 22 milik tentera Amerika Syarikat

Serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria kelmarin menjadi medan ujian peperangan pertama kepada sebuah pesawat tempur generasi baharu AS, F-22 Raptor.

Pesawat F-22 merupakan jet pejuang paling canggih milik AS yang direka supaya tidak boleh dikesan radar dan mampu terbang lebih jauh serta lebih pantas berbanding jet pejuang F-15 Eagle.

F-22 juga boleh terbang melebihi dua kali ganda kelajuan bunyi dan mempunyai jarak operasi sejauh 3,200 kilometer serta dilengkapi dengan pelbagai jenis peluru berpandu antipesawat canggih.

Jet pejuang itu direka untuk menguasai ruang udara serta mampu memusnahkan musuh di darat kerana boleh membawa dua bom pintar GBU-32 seberat 453 kilogram atau lapan bom yang lebih kecil.

Kelajuan dan sistem pengesan serta pengendalian yang canggih membolehkan F-22 menjatuhkan bom sejauh 24 kilometer dari sasaran.

Syarikat Lockheed Martin yang mengeluarkan pesawat itu berkata, F-22 akan menjadi kuasa udara dominan untuk tempoh 40 tahun akan datang.

Sementara itu, sebuah badan pemantau hak asasi di Syria memberitahu, tentera bersekutu melakukan 20 serangan ke atas beberapa lokasi IS dan al-Qaeda yang sedang mara ke bandar Kobane yang didiami penduduk Kurdis.

Menurut badan itu, seramai 120 militan IS dan al-Qaeda termasuk lapan orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara berkenaan.

sumber... Agensi

Friday, August 1, 2014

Malaysia Jadi Pusat Gerakan HAMAS ??




Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.


Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu.

sumber...s.harian

Saturday, July 26, 2014

Gambar Gereja Berusia 127 Tahun Bertukar Menjadi Masjid



Bangunan gereja berusia 127 tahun yang kini diubah suai menjadi masjid.

 MINNIESOTAGereja St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam.

Dikenali dengan nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127 tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Ramadan.

"Oleh kerana terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu, Feisal M. Elmi.

Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.

Sebaliknya, perkembangan Islam menyebabkan gereja Katolik di Syracause, New York itu di ubah suai menjadi masjid.

Keputusan untuk megubah status geraja berkenaan dilaksanakan selepas mendapat kebenaran Dewan Perlindungan Sejarah Syracause kerana ia didirikan ketika zaman penjajahan Jerman.

Sukarelawan North Side Learning Center iaitu sebuah organisasi Islam, Yusuf Soule berkata, pihaknyanya berniat mengubah gereja yang "sudah tidak terpakai" sebagai tempat umat Islam beribadat.

Soule juga sudah meminta izin untuk menurunkan salib di dalam gereja kerana ia bukan simbol yang tepat untuk melambangkan agama Islam.

sumber...Mstar OL

Thursday, July 24, 2014

MH17: Inilah Fakta Yang Menjadi "DURI" Kepada Blok Barat

  

Rusia mempunyai bukti kukuh jet pejuang Ukraine hampiri MH17 sebelum nahas berlaku

 Rusia menyatakan rekodnya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang berhampiran dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev dan menafikan dakwaan bahawa mereka membekalkan sistem peluru berpandu atau senjata lain kepada pemisah Ukraine.

Dalam satu taklimat khas, dua pegawai tinggi tentera Rusia membentangkan kes terhadap Ukraine dengan menunjukkan beberapa carta dan imej.

Mereka turut mendakwa bahawa terdapat satelit Amerika Syarikat berada di kedudukan atas Ukraine ketika kejadian.



Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat milik MAS itu juga tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Jet terbabit didakwa berada sekitar tiga hingga lima kilometer berhampiran pesawat MH17 yang 'tersasar dengan jarak maksimum 14 kilometer dari laluannya ke utara”.

"Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini," katanya.

Kementerian Pertahanan Rusia turut mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi terbabit.

"Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum," katanya.

Menurutnya, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Walaupun dalam taklimatnya Kartopolov secara spesifik tidak menamakan Ukraine sebagai pihak yang menembak jatuh pesawat MH17, tetapi berdasarkan bukti dan data yang didedahkan ia dipercayai cuba mengaitkan Ukraine.

Ini adalah dakwaan pertama Rusia beserta bukti bagi menafikan tuduhan yang mengaitkan negara bekas komunis itu dengan nahas MH17.

Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

sumber...astro awani

Saturday, June 28, 2014

Kisah Benar: Cara Nak Bunuh Boss Al Qaeda Anwar Al Awlaki



Pada pandangan ‘sau­daranya’ yang ekstrem, dia adalah orang putih yang baru memeluk agama Islam dan bersemangat melakukan jihad. Hakikatnya, Morten Storm adalah perisik M15 dalam Perkhidmatan Perisikan Rahsia British dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). 


Sheikh yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang mengagumkan, tinggi lampai dalam jubah putih, pedang tersisip di pinggang­nya, seorang ulama dan juga ahli falsafah.
Dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dan berketurunan Arab, dia melarikan diri selepas kejadian 9/11 kerana bimbang menjadi sasaran Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Sheikh itu dianggap se­orang daripada tokoh utama Al-Qaeda berpengaruh dan berkarisma selain Osama bin Laden.

 Morten mengembara ke Yaman pada 2009 untuk berjumpa Sheikh yang nama sebenarnya Anwar Al-Awlaki.

Anwar Al Awlaki sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang selamat dan menyampaikan mesej kebencian menerusi e-mel dan Internet.

“Saya berdoa agar Allah memusnahkan AS dan sekutunya.

“Kami akan melaksanakan undang-undang Allah di bumi ini,” kata Awlaki yang memakai jaket tentera menutupi jubahnya sambil menggalas Kalashnikov.

“Orang AS menuntut kematian saya,” kata Awlaki kepada Morten ketika mereka duduk bersama.

Pesawat AS drone (tanpa pemandu) merayau di langit menjejak Awlaki.

Menurut Morten, Awlaki bercerita de­ngan bang­ga me­ngenai orang-orangnya yang menyerang hendap tentera kerajaan Yaman dan mendapat senjata berat termasuk roket antikereta kebal untuk dihantar kepada pejuang Islam di Somalia.

“Awlaki mendesak saya pulang ke Eropah dan me­rekrut militan agar datang ke Yaman untuk mendapat­kan latihan.

“Tugas saya adalah untuk mencari, mengesan dan memaklumkan me­ngenai kegiatan orang yang berkongsi kepercayaan­nya dengan saya tidak lama dulu.

“Senarai sasaran teratas adalah Awlaki yang satu ketika adalah ‘abang’ dan rakan saya.

“Saya bawakan dia bekalan yang diminta seperti gogal visi malam dan komputer riba tetapi tanpa pengetahuannya terdapat peranti pengesan, ihsan daripada kawan-kawan baru saya, CIA.

“Awlaki memperkenal­kan saya kepada perisian khas yang dipanggil ‘Mujahideen Secrets 2.0’ yang unik dengan kod digital rahsia untuk mengunci dan membuka mesej,” kata Morten.

Peristiwa di Texas menarik Awlaki menjadikan dia sasaran utama CIA. Pada 5 November 2009, warga AS Mejar Nidal Hasan, 39, pakar psikiatri tentera memasuki pangkalan tentera Fort Hood dan menembak mati 13 orang dan mencederakan 30 orang lagi.

Menurut Hasan, dia tidak mampu bersabar untuk bersama Awlaki di akhirat yang membolehkan mereka berbual tanpa wain alkohol.

FBI menganalis e-mel terbabit, tetapi melabel mereka sebagai tidak berbahaya. Tetapi tidak lagi.

Agensi AS kini meneliti segala yang berkaitan de­ngan Awlaki. Mereka sudah melihat bagaimana Awlaki mengetuai pengikutnya di barat.

“Pada Mac tahun itu, saya mengatur pengumpulan dana rahsia menerusi Skype dengan sekumpulan pe­nyokong British-Pakistan di Rochdale. Beberapa doktor begitu bersemangat untuk menyumbang ke arah jihad.

“Mereka terpesona mendengar jawapan Awlaki yang mampu menjawab pel­bagai topik agama. Malah, saya masih menyimpan rakaman majlis itu. Awlaki mahir mengumpul dana seperti mana ahli politik AS.

“Bagi menghormati kematian Nidal Hasan, Awlaki menyeberangi Rubicon. Kata petugas CIA saya, sudah masanya untuk me­ngumpan dia keluar.

“Terbukti Awlaki bukan sasaran yang mudah. Peluru berpandu dilancarkan ke arah bilik mesyuarat yang dihadirinya bersama tokoh kanan Al-Qaeda dan laporan awal mengesahkan Awlaki terbunuh.

“Tetapi saya menerima e-mel berkod daripada Awlaki yang berbunyi: Phew. Hampir-hampir terkena.

“Tidak lama selepas itu, seorang pemuda Islam Nigeria cuba meletupkan dirinya di dalam pesawat yang terbang dari Amsterdam ke Detroit. Dia tidak berjaya, ditangkap dan ternyata misi syahid itu dirancang Awlaki,” kata Morten.

Tidak hairanlah apabila Presiden Obama membuat keputusan meluluskan pembunuhan warganya sendiri kerana Awlaki kini terbabit dalam plot keganasan.

Di Washington, pegawai perisikan mengkaji imej satelit kampung di Yaman, tempat yang dilawati Morten dan pasukan khas Yaman menyerbu untuk menang­kapnya.

“Malangnya, Awlaki tiada di situ pada hari kejadian. Sebahagian daripada pengikutnya mati termasuk orang yang saya kenal dan hormati.

“Perkara ini meresahkan saya kerana tersebar berita me­ngenai pekerjaan saya sebagai pemberi maklumat hing­ga membunuh ramai orang.

“Awlaki memberitahu, seluruh AS sudah bertukar menjadi negara jahat. Jihad menentang AS kini me­ngikat diri saya seperti mana ia mengikat orang Islam lain.

“Selama ini Awlaki tidak pernah mengesyaki saya, malah menganggap saya antara ‘saudara’ yang dipercayainya,” katanya.

Beliau berkata, kata-kata Awlaki menyentuh perasaannya, malah pada suatu ketika berada dalam dilema antara menangkap Awlaki atau tidak.

“Kunci penyelesaian ditemui apabila dia meminta saya carikan seorang wanita barat untuk dijadikan isteri.

“Melalui Facebook, saya menemui wanita cantik Croatia bernama Irena yang menukar namanya kepada Aminah selepas memeluk Islam. Dia juga fanatik seperti Awlaki.

“CIA merancang untuk menanam peranti pengesan dalam bagasi Aminah ketika dia ke Yaman untuk berkahwin dengan Awlaki dan akan membawa CIA kepada lelaki itu. Saya ditawarkan RM793,510 sebagai ganjaran,” kata Morten.

Semuanya berjalan lancar antara Aminah dan peranti pe­ngesan yang dilekat­kan pada beg­nya. Tetapi kemudian perkara tidak dijangka berlaku.

Atas arahan wakil Al-Qaeda, Aminah membuang beg terbabit di padang pasir. Tiada peranti pengesan ketika perjalanan ke rumah Awlaki.

“Kegagalan misi ini me­nyebabkan AS membekukan hubungan de­ngan saya. Mereka hanya menghubungi saya pada awal 2011.

“Keadaan terdesak apabila Awlaki terdedah sebagai perancang utama yang ingin meletupkan pesawat kargo AS.

“Dia benar-benar melakukan jihad di tempat kelahirannya. Ketika itu, Osama bin Laden sudah terbunuh dalam satu serbuan pasukan khas AS di rumah­nya di Pakistan. Tetapi Awlaki pantas mengambil tempatnya.

“Orang hubungan saya memberitahu, Awlaki adalah musuh nombor satu AS, tetapi bukan mudah me­ngumpan dia keluar. Pesawat tentera AS mengebom trak pikap yang dinaikinya, namun Awlaki sempat menukar kenderaan beberapa saat sebelum dibom.

“Perancangan itu memerlukan saya kembali ke Yaman dan mendekatkan hubungan dengan ‘saudara’ lama saya.

“Saya diberi latihan senjata intensif pada senapang ringan dan Kalashnikovs selain diajar menembak me­nggunakan kedua-dua belah tangan dan mengelak bom ketika memandu.

“Rakan ejen berkata: Anda melakukan kerja yang paling berbahaya di dunia jadi pastikan tuntutan anda dipenuhi,” katanya.

Katanya, bersemuka dengannya pasti saat yang sukar.

“Agak perlahan untuk mendapatkan Awlaki, tetapi sedikit demi sedikit saya menghampiri lelaki berbahaya di dunia itu.

“Saya menerima laporan agensi seperti CIA yang gembira dengan perkembangan itu sehingga mereka menawarkan saya RM1.5 juta jika berjaya mendapatkannya.

“Saya mengatur perjumpaan dan menunggu. Akhirnya pertemuan ditetapkan dengan pengikutnya di tempat letak kereta restoran KFC di Sana’a.

“Saya menyerahkan beg sukan yang berisi bekalan kepada kurier yang tiba. Saya menerima e-mel daripada Awlaki tiga hari kemudiannya mengesahkan dia menerima barang itu,” katanya.

Menurutnya, pada Ogos, dia bercuti dan pulang berehat di rumah bersama keluarga di Eropah. Dia mempunyai anak lelaki, Osama dan anak perempuan, Sarah hasil daripada isteri pertama, Karima.

“Sewaktu ketiadaan saya, permintaan barangan Awlaki dipenuhi pengikutnya dan AS yang memantau pertukaran barangan itu me­ngesan kedudukannya.

“Suatu hari pada Sep­tember, berita di televisyen mengenai drone CIA yang berlepas dari Arab Saudi dan tepat menembak ke arah trak pikap di padang pasir Yaman.

“Peluru berpandu Hellfire dilancarkan dan Awlaki bersama enam anggota Al-Qaeda terbunuh serta-merta. Akhirnya AS membunuh lelaki yang dianggap paling berbahaya.

“Selepas cerita ini tersebar, tekanan ke atas rahsia hidup saya akan bertambah, malah jauh daripada bantuan perlindungan kerana ketua saya pasti akan meng­khianati saya nanti,” kata Morten.

 Story by Morten Storm

susunan... Siti Salmiah A Hamid

Saturday, July 13, 2013

Krisis Syria: Apa Berlaku Di Syria ?






 Apa berlaku di Syria?

Saya pernah sampai ke kota Damas - panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.

Sebelum sampai ke Damas saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS - General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.

Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa saya melingkari kota Damas.

Pada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung ada kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami - saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.

Saya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 - lama sebelum Revolusi Iran kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatollah Khomeini masih lagi ‘orang buangan' sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.

Dengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syia di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.

Hari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamaman untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memailih Islam sebagai musuh baru.

Senjata Sunni-Syiah

Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis, kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.

Awas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab - Sunni dan Syiah - untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.

Saya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al-Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab/Islam. Di belakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika. Perkara inilah yang ingin saya terangkan agar ianya dapat membawa pencerahan untuk kita semua. Ini bukan bermakna saya lebih bijak dari pembaca. Apa yang saya paparkan ini hanya satu analisa dari kajian, pembacaan dan pengalaman saya.

Justeru, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Syiah, Kristian, Baath atau Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya: minyak.

Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya: serangan ke atas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.

Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperial Amerika itu bunyinya amat lunak. Lalu saya meminta semua pembaca bertenang dan berfikir sajenak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria. Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi.

Dari fakta pembacaan, negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasullulah.

Demokratik sungguhkah Qatar?


Sebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah darul yang lebih demokratik. Mari kita bertanya: bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?

Telah saya katakan tadi bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.

Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.

Apabila kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.

Sahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.

Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.

Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faizal - pada tahun 1972 - ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.

'Kong kalikong' Amerika

Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.

Di sinilah muncul 'kong kalikong' yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar - Saddan Hussein dibunuh. Gadaffi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.

'Kong kalikong' Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertaluk dibawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.

Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kesah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.

Ketika saya di Beirut pada tahun 1975, saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.

Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita. Di Lubnan, Khristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia Melayu dengan Cina.



Oleh :

Monday, October 8, 2012

Buat Apa Haramjadah USS George Washington Di Malaysia??


 

Kapal perang Amerika di M’sia, kerajaan ada agenda tersembunyi?

Kerajaan Umno BN digesa tidak menjadikan negara sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di sini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Jangan jadikan Malaysia sebagai ‘base’ (pangkalan). Jangan dedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik,” katanya merujuk kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang, semalam.

Bernama melaporkan kenyataan pegawai pemerintahnya, Kapten Greg Fenton, kapal tersebut yang memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 dengan 5,000 anak kapal akan berada di negara ini selama lima hari.

Laporan itu turut menyatakan enam projek komuniti akan diadakan, manakala lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan dirai dalam satu majlis di atas kapal tersebut hari ini.

Mahfuz yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kebimbangan apabila USS George
 Washington dikatakan sebagai pasukan siap siaga untuk ‘bertindak melindungi dan mempertahan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik’.

Laporan itu juga menyebut, USS George Washington dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

“(Apabila) mereka datang untuk mengetahui maritim, sudah tentu mereka tahu tentang logistik. Adakah ada agenda tersembunyi?” soal Mahfuz.

Beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran kapal pengangkut berkuasa nuklear itu turut bertujuan ‘mengimbangi’ peranan China di Asia Pasifik.

“Sedangkan, Malaysia sendiri ada kepentingan ekonomi dan sebagainya dengan China. Kita akan cadang membawa usul mempersoal tindakan kerajaan membenarkan kapal itu berlabuh,” tegas Mahfuz.

Mahfuz menambah, tidak ada jaminan perairan Malaysia akan selamat dari kesan radiasi akibat kehadiran kapal berkuasa nuklear USS George Washington sekiranya berlaku kebocoran.

“Apa jaminan bahawa kapal (dipantau) di bawah penjagaan baik? Kerajaan tak patut benarkan kapal nuklear itu berada di sini. (Kita) nasihat, tinggalkan Malaysia segera,” tegasnya.

Pada 8 Mac 2011, kapal ‘The USS Blue Ridge’, Armada Ketujuh dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, pernah singgah di Port  Klang Cruise Center (PCKK), kononnya bagi meningkatkan hubungan ketenteraan dengan Malaysia.

Oleh Sidiqin Omar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37530

Sunday, August 12, 2012

Krisis Syria : Minyak Dan Politik Dunia

  
Memahami minyak dan politik dunia

Apa sahaja tulisan yang cuba menghuraikan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah – tanpa  memahami ekonomi dan kepentingan kaum pemodal – maka analisa itu akan kantoi. Hasilnya bukan satu analisa yang kukuh yang boleh membawa pencerahan tetapi cakaran perasaan ‘kesukuan mazhab’  yang  amat cetek dan kurang ilmiah.

Analisa politik tanpa  ekonomi akan menghasilkan analisa yang tidak mendalam yang hanya berupaya membincangkan  nama watak, nama tempat dan apa yang  telah atau sedang berlaku. Politik  Timur Tengah tanpa diikat rapat  dengan bahan bakar petrol bukan satu analisa politik yang  tuntas.

Saya perhatikan masih ada lagi yang gagal memahami konflik antara  Amerika dengan Syria. Masih ada lagi yang mengira mayat di Syria sebagai tanda kezaliman Presiden Bashar.  Yang menjadi lawak sedih ialah apabila tukang kira ini juga – mungkin kerana mangsa guruh – telah tidak pula mengira mayat-mayat yang terus bergelempangan di Pakistan akibat serangan drone. Drones ini ialah   kapal terbang  pengembom tanpa pemandu milik kuasa imperialis Amerika.

Ramai yang masih berpendapat bahawa apa yang sedang berlaku di Syria ialah pertembungan antara mazhab Shia dengan Sunni. Pandangan ini salah. Pandangan inilah yang  sedang dijual oleh media antarabangsa. Inilah juga ‘cerita’ yang dipungut oleh Pak Lebai dan Pak Khatib ketika mereka cuba memberi  ‘kuliah pencerahan’. Kuliah perncerahan berbentuk ini samalah saperti  Rosmah Mansor memberi kuliah tentang  berjimat cermat – sesat lagi menyesatkan.

Sekali lagi di sini saya nyatakan bahawa apa yang sedang berlaku di Timur Tengah khususnya di Syria adalah hasil perancangan kaum pemodal antrabangsa bersama NATO.  Rancangan untuk mengubah lanskap politik Timur Tengah telah lama di rancang.

Seymour Hesh pada 5 March 2007 dalam majalah New Yoker telah membocorkan dengan panjang  lebar strateji Amerika  yang baru untuk menundukkan rejim-rejim yang dilihat gagal untuk menjadi barua setia saperti Saudi Arabia.

Jantan Yahudi yang bernama Seymour Hesh ini pada tahun 1969 telah memeranjatkan dunia dengan laporan My Lai. Ini adalah berita  jenayah perang  Presiden Richard Nixon di Vietnam. Orang kampung di My Lai telah dibunuh beramai-ramai  oleh soldadu Amerika dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan Gerakan Pembebasan Vietnam.

Wartawan ini juga telah bertanggungjawab membocorkan  berita tentang apa yang sedang dilakukan oleh soldadu Amerika terhadap para tahanan di Abu Ghraib Iraq pada tahun 2004. Laporan Abu Gharaib  ini telah mensahihkan sekali lagi bahawa kempen ‘demokrasi dan hak asasi’ yang dibawa oleh Amerika   ke  Timur Tengah hanyalah tipu helah untuk menakluk telaga minyak di Iraq

Menurut  Seymour dalam tulisannya yang  bertajuk Redirection dalam majalah New Yorker;  pada tahun 2007- satu rancangan telah diatur untuk memastikan  semua  rejim-rejim yang dilihat degil dan tidak sudi tunduk kepada Amerika akan dijatuhkan. Antara perancang projek ini ialah Dick Chenny, Donald Rumsfled,  dan Paul Wolfowitz. Termasuk juga Zalmay Khalilzad yang berasal dari Afghanistan.

Selain daripada menawan telaga minyak, rancangan ini juga untuk memastikan negara-negara ini akan dipaksa untuk membuka pasaran. Iraq yang tidak membenarkan syarikat minyak milik imperialis melabur carigali telah menjadi sasaran utama. Libya di bawah Muammar Gadaffi dilihat bahaya kerana dengan duit minyak Gaddafi telah dapat membantu negara Afrika untuk menolak kemasukan soldadu Amerika ke bumi Afrika. Manakala  Iran ketika ini  sedang dikepong dengan sekatan ekonomi  yang bertujuan  melemahkan untuk senang ditakluk.

Latarbelakang projek Timur Tengah Baru ini ialah perang Iraq. Dalam pertempuran dengan gerila Iraq jelas kelihatan kekuatan bala tentera Amerika telah menerima tentangan hebat. Tentangan yang amat hebat telah dilakukan oleh rakyat Iraq - dari semua mahzab anak semua bangsa.

Dengan secara terancang untuk mengalahkan gerila pembebasan ini, Amerika telah memasukan jarumnya untuk melaga-lagakan warga Iraq. Amerika melalui ejen-ejennnya telah mengebom masjid dan tempat ibadah mazhab Syiah. Kemudian ejen yang sama akan pergi mengebom pula masjid Sunni.

Apakah kita semua lupa dengan nama Abu Musab al- Zarqawi – ketua gerila Sunni berkaki satu  - yang cukup hebat menyerang soldadu Amerika. Sandiwara Zarqawi menjadi ‘absurd’ apabila dilaporkan juga bahawa si Zarqawi ini juga bermata satu. Sebenarnya si Zarqarwi yang licik ini hanyalah permainan propaganda Amerika dalam strateji pecah dan perintah.

Sama ada Zarqawi berkaki tiga  atau bermata tujuh wujud atau tidak telah menjadi tidak penting. Apa yang penting melalui ‘ ledakan bom’ telah berlaku keretakan dalam setiakawan menentang imperialis dikalangan warga Iraq. Di bawah Saddam Hussein  konsep pemisahan antara Sunni/Shiah telah cuba dibasmi. Kini perbezaan antara Sunni dengan Shiah telah digunakan oleh kuasa imperil Amerika untuk memadamkan gerakan gerila  menentang mereka.

 Dengan senyap-senyap Amerika juga  telah memberi kelengkapan senjata kepada  ‘kumpulan Shiah’ yang sedang naik minyak kerana masjid mereka dibom. Maka bermulalah pertelingkahan mazhab secara tersusun di bumi Iraq.

Rancangan licik ini sekali pandang memperlihatkan bahawa strategi ini menguntungkan Iran. Ini kerana rejim baru yang dinaikkan ke atas tahta di Baghdad adalah politikus Syiah yang amat bersimpati terhadap Iran.

Awas! Tidak begitu senang dibaca rancangan jahat ini. Jangan tersilap baca. Kaum pemodal dan kuasa imperial Anglo-Amerika bukan hanya merancanag untuk Iraq dan Iran, malah seluruh Timur Tengah. Lanskap  politik baru dengan kemunculan rejim Syiah di Iraq yang ‘ tidak memusuhi Iran’  telah menakutkan Saudi Arabia dan juga semua Negara-negara Teluk. Apabila Saudi takut maka jarum Amerika telah berjaya.

Di sini muncul pula Putera Bandar bin Sultan sosok yang amat dipercayai oleh Raja  Fahad. Semenjak tahun 1983 hingga tahun 2005, selama 22 tahun  Bandar telah menjadi Duta Saudi ke Amerika.  Ketika inilah Bandar telah bekerjasama dengan kumpulan Neo-Con untuk merancang dan mengubah lanskap politik Timur Tengah.

Kerjasama antara keluarga Saud dengan zionis Israel menjadi lebih mesra. Saudi dengan duit petrol telah berjaya  ‘mematahkan’ revolusi Palestin. Perjuangan bersenjata Palestin kini menjadi mandul apabila banyak pemimpin Palestin terperangkap dengan ‘petro dollar’  yang dihamburkan oleh Saudi daripada bertempur dengan zionis Israel.

Harus diterima hakikat sebagai fakta sejarah bahawa Saudi dengan kerjasama Amerika dan CIA telah melahirkan Usama Bin Ladin dan juga apa yang dikenali sebagai Al-Qaeda. Dengan ‘petro dollar’ Saudi telah membiyai banyak kumpulan-kumpulan ‘salafi dan wahabi’ yang memiliki pandangan kolot, reaksionari, anti-perempuan dan kanan.

Sokongan Saudi ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Agama untuk kaum kerabat Saud hanyalah  telaga minyak yang menghasilkan petro dollar. Dengan menyokong kumpulan reaksionari Islam ini , keluarga Saud akan terus dapat bertahta di atas telaga minyak di Semenajung Arab. Melalui petro dolar Saudi dilihat sedia ‘berbelanja’. Ini akan mententeram suasana penentangan terhadap rejim keluarga Saud.

Penentangan Saudi  terhadap Iran ini juga tidak ada sangkut-paut dengan teologi Islam, mazhab Sunni atau  mazhab Shiah. Keluarga Saud menentang Iran kerana Iran sebuah republik. Ketika Iran di bawah Ahamad Reza Pahlevi dahulu hubungan  keluarga  Saud dan Pahlevi ini adalah baik dan tidak bermusuh. Kedua-dua Raja ini  berlumba-lumba untuk menjadi barua Amerika. Dua negara ini berlumba-lumba membeli senjata dari  kuasa Anglo- Amerika

Iran telah  menghumbankan sistem beraja yang tidak wujud dalam teologi Islam.  Tetiba Iran menjadi musuh. Dengan serta merta konflik Sunni/Syiah menjadi agenda utama.  Iran membawa garis kesedaran baru untuk rakyat tertindas. Bayangkan jika umat Islam memiliki kesedaran  bahawa dalam Islam tidak  ada Raja , Shah, Malik atau Sultan – inilah yang mengerunkan keluarga Saud di Riyadh.

Di belakang Saudi ini ialah kuasa imperialis Anglo-Amerika dan syarikat minyak antrabangsa.  Mereka memberi sokongan yang kuat kepada keluarga Saud. Keluarga Saud juga semakin intim hubungan mereka dengan Israel. Malah Israel dan Saudi terus menggalakan Amerika untuk menyerang Iran. Kepada  Saudi Arabia, jika Iran ranap maka barulah mereka dapat bertenang.

Wajib juga kita semua sedar bahawa satelah PLO mandul dan gerila Palestin meninggalkan gerakan bersenjata , kumpulan yang masih berjuang mengangkat senjata  hanya Hamas dan Hisbullah. Hamas kini menjadi pentadbir di Gaza. manakala Hisbullah menjadi satu gerakan politik yang ampuh di Lebanon

Di dalam Projek Timur Tegah Baru – Hisbullah yang disokong oleh Syria dan Iran ini dianggap ‘terrorist/pengganas’ oleh Amerika. Tetapi untuk warga Palestin dan warga Lebanon, Hisbullah adalah wira Arab yang masih berani mengangakat senjata melawan zionis Israel. Jika Syria atau Iran di serang tidak dapat tidak Hisbullah akan pasti menyerang Israel.

Pusing punya pusing kita akan sampai juga kepada Israel – punca  segala masalah di Timur Tengah. Negara ‘pasang siap’ made in Amerika ini telah dipasang pada tahun 19848 dahulu sebagai strategi kuasa imperil untuk menggangu-gugat bumi Arab.

Israel kalau dikaji dengan rapi maka kita akan membuat rumusan bahawa Israel ini hanyalah pangkalan tentera Amerika yang tercanggih. Tugas Israel di Timur Tengah ialah untuk memastikan tidak ada negara di Timur Tengah yang berani sekali lagi bersuara saperti Saddam Hussein atau Muammar Gadaffy.

Perang yang dilancarkan oleh Amerika bertujuan untuk memastikan semua negara, semua rakyat dunia,  anak semua bangsa akan tunduk kepada kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial ini memerlu semua sumber  bahan mentah jatuh ke tangan mereka. Semua punca ekonomi akan jatuh ke bawah kawalan mereka. Semua negara akan membuka pasaran mereka untuk kaum kapitalis antarabangsa membuat untung. Rakyat dunia hanya hanya diperlukan untuk menjadi konsumer yang setia tanpa banyak soal-jawab.

Kuasa imperial Anglo-Amerika memerlukan Hamid Karzai, Zadari, Al-Khalifa, Al-Malik Faizal dan bukan Bashar al-Assad dan Mahmooud Ahmadinejad yang menggangu aliran bahan bakar petrol ke pasaran dunia.

 Oleh Hishamuddin Rais

 Israel supports regime change in Syria: Israeli spy chief
The Israeli spy chief says Tel Aviv supports regime change in Syria, amid ongoing efforts by the anti-Syria governments to oust President Bashar al-Assad.


“I hope it (regime change in Syria) will happen, even though I don’t know when or how,” Dan Meridor, who also serves as the deputy prime minister of the Tel Aviv regime, said on Tuesday.

He also expressed “hope” that the “new Syria will understand that joining Iran is a mistake that brings isolation from the Western world.”

The latest remarks by the Israeli official come as anti-Syria Western regimes along with Saudi Arabia, Turkey and Qatar have been supporting insurgents inside Syria.

On August 5, US senators John McCain, Joseph Lieberman and Lindsey Graham said Washington should “directly and openly” provide assistance, including weapons, intelligence and training, to the insurgents in Syria.

The UK newspaper the Guardian reported on June 22 that the Saudi regime would pay the salary of the members of the terrorist Free Syrian Army to encourage “mass defections from the military and… pressure” the Damascus government.

On June 21, the New York Times reported that a group of CIA officers are operating secretly in southern Turkey and that the agents are helping the anti-Syria governments decide which gangs inside the Arab country will receive arms to fight the Syrian government.

Al-Qaeda terrorists have also been involved in the campaign against Damascus over the past months of unrest.

On Tuesday, Syrian security forces carried out an operation in the town of Tal Rafa’at, about 38 kilometers (23 miles) north of the city of Aleppo, killing two local al-Qaeda leaders.

HSN/PKH/HJL press/tv

Tuesday, March 20, 2012

Krisis Syria : Konspirasi Busuk Saudi Dan Qatar


Islam Times- Amerika, Israel, Saudi, Qatar, Turki, al Qaida adalah setali tiga uang, sama-sama berkonspirasi menimbulkan kekacauan di Suriah demi menggulingkan pemerintah dukungan rakyat pendukung perlawanan Palestina.

 Menarik mencermati perkataan wakil Menteri Luar Negeri Iran urusan Arab dan Afrika, Hossein Amir-Abdollahian, dalam sebuah wawancara (8/3) yang dimuat di Islam Times beberapa hari lalu, ketika itu ia mengatakan bahwa Iran tidak akan pernah mengizinkan Amerika Serikat mengambil keuntungan dari krisis yang melanda Suriah. Iran juga tidak akan membiarkan AS mengganggu keseimbangan kekuasaan di wilayah tersebut.

Fokus tulisan ini bukan untuk mendedah hasil wawancara itu (diperlukan tulisan tersendiri untuk membahasnya), tapi akan membahas krisis bikinan paksa yang terjadi di suriah dan konspirasi busuk yang sebenarnya terjadi untuk melengserkan paksa pemerintahan al Asad. Dengan perlahan, terutama setelah semua upaya menggulingkan pemerintahan suriah dukungan rakyat gagal dilakukan, krisis Suriah membuka mata dunia dan mempertontonkan kebusukan musuh-musuh suriah sebenarnya.

1. Amerika, Israel dan NATO
Hampir semua kerusuhan, peperangan dan teror yang terjadi khususnya di Timur Tengah, dalangnya adalah Amerika-Israel dengan menggunakan NATO sebagai ujung tombaknya. Arab spring yang terjadi di dunia Arab sebenarnya konspirasi mereka meskipun tidak semuanya sejalan dengan skenario yang sudah mereka persiapkan. Dikarenakan bangkitnya kesadaran rakyat dan rindunya mereka dengan kebebasan dan kemulian Islam yang selama ini terpendam dalam kubangan lumpur dosa para pemimpin boneka Amerika dan budak Israel.

Suriah adalah diantara negara yang berusaha dikudeta secara halus dengan cara menggunakan segelintir oposisi binaan CIA yang sudah dipersiapkan, baik dana maupun persenjataan. Perusuh-perusuh binaan ini adalah para teroris yang tidak segan membunuh sipil dan anak-anak kecil sekalipun. Barat menamakan mereka “aktivis”.

Amerika – Israel begitu bernafsu menggulingkan pemerintahan sah Damaskus dan menggunakan segalam macam cara termasuk veto PBB, dikarenakan dukungan penuh dan tanpa henti Suriah terhadap trio muqowamah; Iran, Hamas dan Hizbullah. Inilah inti sebenarnya kengotototan Washington. Di samping itu, karena Damaskus begitu mesra dengan musuh Amerika, Rusia dan Cina. Sehingga banyak analis perang mengatakan kalau krisis suriah sebenarnya perang antara Amerika vs Rusia Cina. Bahkan kalau seandainya perang jadi digelar akan terjadi perang dunia ketiga.

Maka tidak heran, jika Amerika-Israel tidak segegabah menurunkan NATO. Sebagaimana kasus Libya yang secara langsung dan prontal mengobarkan perang. Disamping sudah kehabisan modal juga terlalu beresiko kalau mengobarkan perang baru, maka konspirasi Amerika-Israel dengan mempersenjatai teroris dan NATO secara tidak langsung.
Dalam sebuah operasi yang dilakukan pemerintah Suriah di kota Homs terungkap bahwa agen Mossad, CIA dan Blackwater terlibat dalam kekerasan militer di Suriah.

Bukti keterlibatan itu terkuak saat pihak militer Suriah menangkap 700 orang bersenjata dan mereka adalah warga Arab, Israel, dan Amerika yang menggunakan senjata buatan Eropa . Tulis Media Rusia, Rabu (7/3) Al-manar juga melaporkan bahwa Pasukan keamanan Suriah mendapat bukti yang kuat atas keterlibatan militer Barat 'dalam konflik internal Suriah,

Ahli urusan strategis Suriah, Salim Harba mengatakan, "Orang-orang bersenjata yang ditangkap adalah warga Negara Arab, Irak, dan Libanon. Di antara mereka adalah juga agen intelijen Qatar dan non-Arab pejuang dari Afghanistan, Turki, dan beberapa negara Eropa seperti Perancis, "

Harba juga mengatakan bahwa kantor koordinasi opoisi yang berada di Qatar adalah disponsori oleh Amerika. Selain itu, Kebocoran informasi yang diperolah dari perusahaan intelijen Stratfor juga menunjukkan tentara NATO yang menyamar sudah berada di berbagai tempat di Suriah sejak lama.

2. Liga Arab, Saudi, Qatar dan Turki
Dalam krisis yang terjadi di Suriah, Liga Arab sudah kehilangan legitimasinya. Sejatinya, Suriah yang nota bene merupakan anggota Liga Arab dan berhak mendapat perlindungan, justru menjadi korban kebijakan pengayomnya. Dari awal sejak krisis Suriah terjadi, negara-negara liga Arab justru mengembargo pemerintahan Asad dan menguncilkan Damaskus. Dan liga Arab pulalah yang memaksa krisis Suriah menjadi urusan internasional dengan melibatkan PBB.

Liga Arab menjadi kaki tangan dan corong Amerika-Israel, maka Saudi dan Qatarlah yang mewakili kepentingan mereka, karena mereka punya kepentingan dan urusan yang sama. Disamping unjuk gigi supaya dianggap sebagai negara berpengaruh di kawasan, Saudi dan Qatar juga berupaya menjegal Iran yang dianggap mempunyai pengararuh besar di kawasan.

Menyingkirkan peran Iran terkait krisis Suriah adalah hal penting buat mereka.

Aliran dana dan persenjataan kepada oposisi dan teroris bayaran dari Saudi dan Qatar mengalir deras, dengan melibatkan Turki diperbatasan negaranya. Pelatihan-pelatihan perang kepada oposisi oleh CIA jauh-jauh hari juga sudah dilakukan di Turki.

Menteri Luar Negeri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani dalam pertemuan para menlu Liga Arab di Kairo, Sabtu, 10/03/, begitu bernafsu supaya secepatnya menyerang Suriah.

"Saatnya tiba untuk melaksanakan usul mengirim pasukan Arab dan internasional ke Suriah," kata Sheikh .

Menteri Informasi Suriah, Adnan Mahmud mengatakan, Arab Saudi dan Qatar mendukung "geng teroris bersenjata" beroperasi di Suriah dan mengatakan bahwa mereka bertanggung jawab atas insiden pembunuhan di negara ini.

"Beberapa negara mendukung geng teroris bersenjata, seperti Arab Saudi dan Qatar, teroris adalah kaki tangan mereka, dan menargetkan warga Suriah ... mereka harus bertanggung jawab atas pertumpahan darah," kata Mahmoud.

Sheikh Mohammad Alaedin Madhi (16/3), seorang ulama senior Mesir mengatakan, Arab Saudi dan Qatar terang-terangan campur tangan dalam urusan internal negara-negara Muslim lainnya dan menyebut dua negara tersebut sebagai 'pelayan Israel' karena sedang melaksanakan rencana Israel-AS di Suriah.

"Pertama, apakah ada demokrasi di Qatar dan Arab Saudi? Saya tidak berpikir begitu. Mereka sudah mengganggu di Libya. Mereka juga sudah membunuh orang ratusan kali lebih dari yang Gaddafi lakukan di Libya. Mereka (Qatar dan Saudi) tidak ada hubungannya dengan Islam." Kata ulama tersebut dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Press TV di ibukota Mesir, Kairo.

Bahkan utusan PBB-Liga Arab, Kofi Annan ketika berusaha mencari solusi damai atas kerusuhan Suriah dengan cara mendesak supaya menghentikan kekerasan, justru Kelompok-kelompok bersenjata di Suriah binaan Saudi dan Qatar menolak proposal itu.

Mantan Sekjen PBB ini memperingatkan setiap intervensi militer di Suriah dan setiap kesalahan perhitungan tentang Suriah akan berdampak mengerikan bagi kawasan. Dan konspirasi busuk yang berdampak mengerikan di Suriah saat ini justru sedang berlangsung.

3. Al Jazira, Al Arabiya Dan Media-Media Corong Amerika-Israel
Untuk memuluskan konspirasi yang mereka rancang di Suriah, Amerika, Israel, Turki, Saudi dan Qatar menggunakan media-media mainstream sebagai corong kebijakan busuk mereka. Media yang sejatinya sebagai penerang dan alat warta kebenaran dan berkeadilan, ditangan musuh-musuh Suriah menjadi senjata mematikan untuk mempengaruhi opini publik dunia. Media masa mereka menjadi alat pembenaran arogansi. Barat mengedepankan jargon kebebasan bereksperi, tapi itu hanya untuk musuh mereka dan demi kepentingan mereka sendiri. Sangat disayangkan, media-media nasional di Indonesia menelan mentah-mentah pemberitaan bohong itu (baca editorial Islam Times, Kompas Ngawur (Lagi) Soal Pemberitaan Suriah)

Pekerja media di Al Arabiya milik Saudi Arabia dan Al Jazeera milik Qatar, karena kemanusian dan independensinya terusik ketika harus memanifulasi pemberitaan yang bertentangan dengan fakta, ahirnya ramai-ramai mengundurkan diri (baca editorial Islam Times, Al-Jazeera akan Gulung Tikar?) dan berita Tertangkap Basah: CNN Palsukan Video Kerusuhan Suriah)

Duta Suriah untuk PBB Bashar al-Jaafari mengatakan, seorang wartawan dari Kantor Berita Qatar, jaringan TV Al-Jazeera, di London, memberikan catatan kepadanya dan mengatakan bahwa Kementerian Luar Negeri Qatar menginstruksikan kepada jaringan Al-Jazeera untuk meningkatkan jam tayang liputan media Al-Jazera terkait kerusuhan pesanan di Suriah, sebelum pertemuan Dewan Keamanan pada tanggal 4 Februari lalu.

Ia pun mengkritik saluran televisi berita, Al Arabiya Saudi dan Al Jazeera milik Qatar, yang didirikan semata untuk "melayani kepentingan Israel."

4. Wahabi, al Qoida dan Fatwa Ulama Saudi
Kospirasi yang lebih busuk lagi dalam krisis politik bikinan di Suriah adalah menyatunya antara Fatwa ulama Saudi untuk membenarkan tindakan pemerintahannya mengintervensi Suriah dan seruan pemimpin al Qoida pengganti Osama kepada para pengikutnya untuk mendukung pemberontak dan kesemuanya sejalan dengan keinginan Amerika dan Israel.

Mufti Agung Arab Saudi dan Ketua Ulama Senior Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh, berfatwa bahwa mendukung Tentara pemberontak di Suriah dan membuatnya lebih kuat seiring dengan semakin lemahnya rezim Suriah adalah bentuk jihad di jalan Allah.

Mufti Wahabi panutan kelompok takfiri tersebut mengatakan bahwa segala hal yang bisa memperkuat Tentara Bebas Suriah dan memperlemah rezim Suriah diperbolehkan oleh Syariah (hukum agama).

"Upaya melemahkan rezim Suriah, adalah cara berjuang untuk Allah" tandasnya.

Pemimpin Al-Qaedah, Ayman Al- Zawahiri dalam sebuah rekaman video berdurasi delapan menit dengan judul Onwards, Lions of Syria di sebuah situs, menyerukan para pengikutnya yang berada di Turki, Irak, Yordania dan Libanon untuk mendukung para pemberontak Suriah.

“Rakyat Suriah masih terus berduka setiap hari, sedangkan Bashar al-Assad tidak kunjung tergoyahkan," ujar al-Zawahiri seperti dikutip Reuters Minggu, (12/2).

Dia pun menyeru pengikut Wahabi supaya membantu saudara-saudaranya di Suriah dengan semua yang mereka bisa, hidupnya, uangnya, serta informasi yang dimiliki.

Sebagaimana diberitakan, Deputi kementerian dalam negeri Irak mengatakan kepada AFP, hari Sabtu (11/02) bahwa orang-orang al Qoida dengan senjata lengkap bergerak dari Irak menuju Suriah. Di Irak mereka meneror orang-orang Syiah dan menimbulkan kekacauan, setelah sebagian tentara Amerika ditarik dari Irak, sekarang di Suriah memerangi pasukan keamanan Suriah demi melancarkan agenda Amerika-Israel, saudi-Qatar.

Disadari atau sengaja, konspirasi ulama Wahabi dan seruan pemimpin al Qaida itu sebenarnya dalam rangka melemahkan perjuangan rakyat Palestina dan demi mendukung eksistensi Zionis di kawasan. Bohong belaka mereka memerangi Amerika dan Israel sedangkan yang memperkuat perlawanan di Palestina adalah Basar al Asad di Suriah.

Amerika, Israel, Saudi, Qatar, Turki, al Qaida adalah setali tiga uang, sama-sama berkonspirasi menimbulkan kekacauan di Suriah demi menggulingkan pemerintah dukungan rakyat pendukung perlawanan Palestina.

Siapa yang akan menang? Kemenangan milik Suriah yang bertahan dan berani melawan dengan dukungan segenap rakyatnya. [IslamTimes/sa]

sumber...islamtime

Wednesday, December 21, 2011

Amerika Isytihar Taliban Bukan Lagi Musuh

Pentadbiran Obama beri isyarat sedia berdamai dengan bekas pemerintah Afghanistan

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyifatkan pergerakan Taliban bukan musuh negara itu, pengumuman yang dilihat sebagai langkah terbaru pentadbiran Presiden Barack Obama berlembut dengan kumpulan itu, pemerintah Afghanistan sebelum tragedi 11 September 2001 (9/11).

“Taliban bukannya musuh kita. Itu amat perlu difahami. Tiada satu pun kenyataan yang pernah dibuat Presiden mengatakan mereka adalah musuh kita kerana dasar itu mengancam kepentingan Amerika.

“Malah, jika Taliban boleh menumbangkan kerajaan sekarang yang bekerjasama dengan kita menghalang pihak jahat melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan Amerika, ia memang satu masalah.

“Jadi, ada perkara di sini iaitu terus menekan al-Qaeda dan memusnahkan mereka. Kedua, letakkan kerajaan dalam kedudukan cukup teguh supaya dapat berunding dan tidak boleh ditumbangkan oleh al-Qaeda,” kata Naib Presiden Amerika, Joe Biden, dalam satu temubual dengan majalah Newsweek.

Beliau berkata, pada sama sama cuba Washington akan memastikan Taliban bergerak mengikut sebab tertentu sambil menerima untuk tidak terbabit dengan al-Qaeda atau pertubuhan lain yang mereka lindungi untuk merosakkan kepentingan Amerika dan sekutunya.”

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, yang menyokong kenyataan Biden, berkata Naib Presiden Amerika itu tidak kesal dengan apa yang disuarakannya.

“Kita tidak menceroboh Afghanistan. Kita tidak hantar tentera ke Afghanistan kerana pemimpin Taliban berkuasa. Mereka pernah berkuasa. Kita bertindak menyerang Afghanistan kerana pergerakan al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Amerika dari negara itu.

“Itulah yang dimaksudkan Biden dan ia berkaitan dengan proses perpaduan yang saya sedang bincangkan iaitu Taliban ketika kita memerangi mereka, penghapusan Taliban bukan isu di sini,” katanya.

Carney berkata, objektif yang digariskan Biden apabila membincangkan strategi Afghanistan jelas menunjukkan prinsip nombor satu ialah mengenakan tekanan untuk mengalahkan al-Qaeda selain membantu menstabilkan negara itu.

Dalam temubual berkenaan, Biden juga mengakui bahawa pemimpin Amerika dan Afghanistan terbabit dalam proses ke arah berdamai.

“Sama ada ia berjaya atau tidak, itu satu persoalan lain,” katanya.

sumber... Agensi

Sunday, December 11, 2011

VIDEO Iran Siarkan Pesawat Amerika Ditembak



Tehran dakwa kapal peninjau teknologi tinggi cabul ruang udara

TEHRAN: Stesen televisyen Iran semalam menayangkan video pesawat kawalan jauh berteknologi tinggi Amerika Syarikat yang didakwa ditembak tenteranya awal minggu ini dan membuat aduan diplomatik berhubung pencabulan ruang udaranya.

Rakaman dua minit itu menunjukkan pegawai tentera Iran memeriksa pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel, dan menawarkan bukti pertama Tehran menawan pesawat itu. Pesawat berkenaan bagaimanapun, tidak mengalami kerosakan.
Ketua bahagian angkasa lepas Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Ami Ali Hajizadeh, mendakwa tentera Iran menembak jatuh pesawat peninjau itu dengan peralatan elektronik, menyebabkan kerosakan minimum kepada pesawat.
Ia ditembak jatuh menerusi operasi bersama Pengawal Revolusi dan tentera Iran, katanya kepada televisyen.

Tehran menggunakan rakaman video itu untuk melancarkan propaganda dan kain rentang di kaki pesawat dalam video itu berbunyi Amerika tidak boleh melakukan perkara terkutuk - kenyataan bekas pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Khomeini. Satu lagi kain rentang dicetak seperti bendera Amerika tetapi bintang diganti dengan tengkorak.

Di WASHINGTON, jurucakap Pentagon, Kapten John Kirby, berkata tentera Amerika dan beberapa pihak lain masih mengkaji imej itu tetapi tidak memberi kenyataan.
Setiausaha Akhbar Pentagon, George Little, berkata Jabatan Pertahanan tidak akan menyebut sama ada imej berkenaan adalah pesawat kawalan jauh Amerika.
Sementara itu, Kementerian Luar Iran memanggil Duta Switzerland semalam untuk membantah pencerobohan ruang udara Iran oleh pesawat berkenaan, menurut laporan televisyen. Ia menyebut kementerian menuntut penjelasan dan pampasan daripada Washington.

Amerika dan Iran tidak mempunyai hubungan diplomatik dan Switzerland mewakili kepentingan Amerika di Iran.

Iran melaporkan kejadian itu Ahad lalu tetapi tidak menyatakan bila ia berlaku.

Ketika itu, agensi berita rasmi IRNA berkata pasukan bersenjata Iran menembak jatuh pesawat peninjau itu, dakwaan yang kemudian ditolak pegawai Amerika yang berkata ia terhempas hujung minggu lalu tetapi tiada petunjuk ia ditembak.

Radio Iran berkata pesawat kawalan jauh itu dikesan di bandar Kahsmar di timur Iran, kira-kira 225 kilometer dari sempadan dengan Afghanistan.

sumber... AP     

Saturday, November 5, 2011

Rakyat Iran laung slogan kutuk Amerika

PELAJAR Iran membakar gambar Obama ketika mengadakan demonstrasi memperingati ulang tahun rampasan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat 1979 di depan Kedutaan Amerika di Tehran, semalam.

TEHRAN: Beribu-ribu rakyat Iran melaungkan slogan ‘Mati Amerika’ sempena memperingati ulang tahun rampasan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat 1979, dengan tindakan simbolik dan ucapan mengutuk tuduhan Washington berhubung Iran merancang plot pembunuhan.

Perayaan tahunan di depan apa yang digelar rakyat negara itu sebagai ‘sarang pengintip’ turut digunakan tahun ini sebagai landasan memuji kebangkitan penduduk negara Arab, dipanggil kebangkitan Islam dan mengutuk Israel.
Sebahagian penunjuk perasaan yang rata-ratanya masih muda mengambil bahagian membakar bendera Amerika dan Israel serta gambar Presiden Barack Obama.
Setiausaha Majlis Keselamatan Agung Kebangsaan, Saeed Jalili, memberitahu penunjuk perasaan kerajaan mempunyai bukti tidak dapat disangkal menunjukkan Washington menyokong dan melatih pengganas menentang Iran.

Beliau mengibarkan beberapa helai kertas dan berkata ia adalah dokumen yang menyokong dakwaannya.

Saeed tidak memberikan maklumat terperinci tetapi berkata Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, dalam usaha mengambil tindakan diperlukan terhadap tindakan biadap itu.

Ketegangan antara Iran dan Amerika semakin memuncak bulan lalu apabila pegawai Amerika menuduh Teheran mendalangi plot membunuh duta Arab Saudi ke Washington.
Iran menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam dakwaan itu dan menghantar surat menuntut Washington meminta maaf. Ia menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha Amerika mengalihkan perhatian daripada masalah ekonomi domestik dan dasar yang gagal di Asia Barat.

Jalili melaungkan nama ketua unit elit Iran, pasukan Quds, Qasem Soleimani, yang didakwa Amerika sebagai perancang utama pembunuhan itu.

Dalam perkataan yang ditujukan kepada Amerika, Jalili berkata: “Dengan sokongan rakyat, salah seorang komander pasukan pertahanan, Qasem Soleiemani, sudah cukup meletakkan anda di tempat sepatutnya.”

sumber... AFP