CEO Starbucks rancang upah 10,000 pelarian selepas sekatan Trump
NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks Corp, Howard Schultz berkata, syarikat itu merancang untuk menggaji 10,000 pelarian di 75 negara dalam tempoh lima tahun, dua hari selepas perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengharamkan kemasukan pelarian dari negara tertentu ke negara itu.
Trump pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap kumpulan pelarian ke
AS selama empat bulan manakala pelancong dari Syria serta enam negara
Islam lain dihalang masuk ke negara itu buat sementara waktu kerana
menganggap langkah itu akan membantu melindungi rakyat AS daripada
serangan pengganas.
Perintah itu mencetuskan kritikan antarabangsa, kemarahan aktivis hak-hak sivil dan cabaran undang-undang secara meluas.
Starbucks dalam satu surat daripada Schultz memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa syarikat itu akan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong pekerja yang terlibat.
Usaha pengambilan yang diumumkan pada Ahad akan bermula di AS dengan memberi tumpuan kepada individu yang telah berkhidmat dengan tentera AS sebagai penterjemah dan kakitangan sokongan di pelbagai negara di mana pasukan tentera memerlukan sokongan tersebut, kata Schultz.
Schultz telah bersikap lantang dalam pelbagai isu dan telah meletakkan Starbucks dalam perhatian negara, apabila ia meminta pelanggan untuk tidak membawa senjata api ke dalam premisnya dan menggesa perbualan mengenai hubungan kaum.
Trump dan badan perundangan Republikan yang dikawal juga sedang meneliti untuk melemahkan Akta Penjagaan Mampu, yang lebih dikenali sebagai Obamacare.

Schultz akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa
beberapa bulan untuk memberi tumpuan kepada kedai-kedai kopi mewah
baharu, menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Ketua Pegawai Operasi
Kevin Johnson, yang sudah lama menjadi eksekutif teknologi.
Dia akan menjadi pengerusi eksekutif pada April ini.
Schultz juga mengesahkan komitmen syarikat itu untuk berdagang dengan Mexico.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/30/starbucks-upah-pelarian/#R43cgqeqLjJ1D2R8.99