Followers

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Ini Dia Pakar Komputer Berumur 5 Tahun !!


Microsoft iktiraf budak lima tahun sebagai pakar teknologi komputer

AYAN QURESHI berusia lima tahun diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia selepas lulus dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft di Universiti Birmingham.

COVENTRY, Britain – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah diiktiraf sebagai pakar teknologi komputer selepas dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Profesional Microsoft yang diambil di Universiti Birmingham, Britain.

Kejayaan itu juga menyebabkan kanak-kanak berkenaan, Ayan Qureshi diiktiraf sebagai kanak-kanak paling pintar di dunia kerana peperiksaan itu biasanya diambil oleh orang dewasa yang telah menamatkan pengajian di universiti.

Kecemerlangan Ayan itu sekali gus berjaya mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mehroz Yawar dari Lahore, Pakistan.

Peperiksaan Sijil Profesional Microsoft menyediakan soalan-soalan yang sukar dan biasanya diduduki oleh siswazah yang sedang mencari pekerjaan terutama dalam bidang teknologi komputer.

Sebelum ini, Ayan nyaris tidak dapat menduduki peperiksaan itu selepas pengawas yang bertugas terkejut melihat usianya yang terlalu muda sebelum seorang pegawai daripada Universiti Birmingham merujuk perkara tersebut ke ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk mendapatkan kebenaran menduduki peperiksaan tersebut.

Kanak-kanak pintar dari Coventry itu akhirnya dibenarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut dan dia mengambil kurang daripada had masa selama dua jam yang diberikan.

sumber...Agensi

Thursday, December 15, 2011

Daa Nasib Badan : Gaun Aktress Tertanggal Di Karpet Merah


SEORANG aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan di Anugerah "Men of the Year 2011" apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu.

Ketika kejadian itu, Pelakon cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.

Selepas bergambar,Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya.

Sun terkejut dan dengan serta-merta menarik pakaian manakala pembantu beliau bergegas ke arah Sun dan membawa kot untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah.

Sun dikatakan meninggalkan majlis itu sejurus selepas itu tanpa menanti majlis penganugerahan berlangsung.

Daripada keadaan ketika kejadian, ada yang mengesyaki sesuatu tentang gerak tubuh dan riak wajah Sun apabila bahagian dadanya yang telah dibedah untuk menambah cantikannya separuh terdedah di hadapan kamera wartawan.

Ia seakan-akan komedi dimana Sun menunjukkan wajah terkejut dan seakan-akan tidak berpuas hati manakala Fang yang terpijak mengambarkan mimik wajah kaget.

Ia seakan-akan dirancang untuk mendapatkan publisiti murahan untuk menaikkan nama apabila tahap popularitinya dikatakan semakin merosot.

Ketika sesuatu majlis anugerah berlangsung, kebanyanyakkan artis gemar menayangkan bentuk tubuh dan dada selagi tiada pengharaman keras ke atas isu ini dilaksanakan oleh kerajaan dan Sun dikatakan mengambil kesempatan di atas keadaan ini untuk meraih populariti.

Terdapat beberapa pihak yang bersimpati dengan keadaan di mana artis seperti Sun begitu terdesak untuk meraih perhatian dengan mencipta publisiti murahan untuk meraih populariti ketika karier mereka di ambang kejatuhan.

Sumber...Asian Fanatics

Wednesday, July 27, 2011

Cunnya Wanita Menteri Luar Pakistan


Menteri wanita Pakistan runding konflik 64 tahun

NEW DELHI: Wanita pertama dilantik Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar, 34, menjadi tumpuan apabila tiba di sini semalam untuk mengadakan rundingan hari ini dengan rakan sejawat dari India yang 45 tahun lebih tua daripadanya.

Khar dilantik minggu lalu selepas berkhidmat sebagai menteri luar muda sejak Februari, menjadi wajah diplomatik Pakistan ketika tempoh kritikal, lebih-lebih lagi berkaitan hubungan negara itu dengan Washington.
Menteri yang mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan hotel itu akan terbabit dalam rundingan berhubung isu sempadan yang paling kacau di dunia yang membawa kepada peperangan tiga kali sejak 1947, dengan Menteri Luar India, SM Krishna yang jauh lebih berpengalaman.
Rundingan itu yang pertama antara kedua-dua negara pada peringkat berkenaan sejak setahun lalu, adalah mesyuarat kedua bagi Hina selepas menghadiri forum keselamatan serantau dengan Asean di Bali minggu lalu, yang mana beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Hina menggesa kedua-dua India dan Pakistan meninggalkan ‘beban’ sejarah.
“Kedua-dua negara harus maju ke hadapan sebagai jiran yang baik yang sudah mempelajari daripada sejarah dan tidak dibebani oleh sejarah”, katanya.

India menggantung rundingan dengan Islamabad selepas serangan pengganas ke atas 2008 Mumbai yang New Delhi meletakkan kesalahan terhadap militan di negara jirannya itu.
Sejak itu, kedua-dua negara mengambil langkah bagi memulihkan hubungan.
Hina yang memakai selendang adalah ibu kepada dua anak perempuan tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan Benazir Bhutto, Perdana Menteri wanita Pakistan yang dibunuh sejurus pulang dari hidup dalam buangan pada 2007.

sumber...AFP